Monday, 21 October 2013

LUKA JAHITAN BERSALIN TERBUKA !

     


SERAM tak baca topik ni ?

Perkara yang paling ditakuti oleh ibu-ibu ketika berpantang bersalin ialah JAHITAN TERBUKA dan SEMBELIT.

Masa melahirkan anak sulung , saya mengalami pengalaman "NGERI" ni .Ketika berpantang , saya ada berlari sebab nak selamatkan baby dari di duduk kan dek anak buah suami.Masa tu fikir keselamatan baby je sampai terlupa yang kita ni dalam pantang.SERAM tak ? Saya terpaksa dijahit semula di klinik swasta tapi kali ni ada berbius , tak sakit macam "jahit mentah" lepas bersalin tu.

Nasihat saya buat para ibu terutama sekali bakal ibu , kene faham kan betul2 cara penjagaan luka lepas bersalin ni. Ada banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan jahitan luka bersalin terbuka antaranya
mencuci luka dengan DETTOL. Ada  yang mengalami luka tertetas selepas menggunakan cecair antiseptik ini. Ia mungkin tidak serasi atau tidak di larutkan dahulu sehingga menghakis benang jahitannya sebelum luka benar-benar bercantum.Benang yang di gunakan adalah 'absorbable sutures' yang akan larut sendiri tanpa perlu di buka apabila luka sembuh. Proses penyembuhan ini mengambil masa selama 2-4 minggu. Jadi penggunaan sebarang bahan pencuci yang sembarangan tidak digalakkan
 
 
 CARA MENJAGA LUKA BERSALIN EPISIOTOMI

1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.




 2. Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.



 3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.




 4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.




 5.Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.



 6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.



 7.Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.Set supplement berpantang SHAKLEE inshaAllah boleh bantu anda untuk elak sembelit ni.




 8.Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.




 9.Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.




10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.



 11.Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.



 12. Jagaan perineum (kemaluan): Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi. Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor



 12. Pemakanan: Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat. Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.



13. Senaman dan Aktiviti: Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi. Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh


14.Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan: Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti: - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam - Cantuman luka : elok atau terbuka - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka - Ibu mengalami Demam


* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.  Setakat ni dulu tips dari SUPERMOM ..


 KLIK UNTUK ORDER !!


BERMINAT  nak dapatkan set bersalin Shaklee ni boleh hubungi saya atau terus order online DISINI




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.