Thursday, 6 February 2014

Dah breakfast ?

Salam ceria pembaca yang di kasihi , semoga pagi ini merupakan permulaan hari yang baik untuk kita.Hmm kenapa ada yang masam-masam muka tu nampak letih dan takde mood je.Dah breakfast ?

KENAPA PERLU BERSARAPAN PAGI



Sarapan atau  makan pagi amat penting dalam kehidupan.Tapi ramai yang sering mengabaikan sarapan pagi .Sebenarnya sarapan pagi sangat penting untuk tubuh badan kita.Fenomena pelajar hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di kelas. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.
Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.
Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat.Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.
Setiap pagi, selepas beberapa jam kita tidak mendapat bekalan makanan, sangat penting untuk bersarapan supaya ia dapat membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk melakukan aktiviti seharian.
Jika seseorang itu tidak mengambil sarapan, mereka akan berasa letih, lesu, pening, tidak bermaya, mudah marah dan bermasalah untuk menumpukan perhatian di kelas mahu pun tempat kerja.Jadi,marilah kita semua jadikan sarapan pagi sebagai amalan harian untuk kekal cergas di kelas.
Jika anda terlalu sibuk , apa kata ambil minuman ESP ? Hanya 3 sudu dibancuh bersama minumkan kegemaran anda.
Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.