Wednesday, 12 February 2014

Denggi ?


Petang ni saya ingin kongsikan satu poerkongsian mengenai DENGGI  bersama-sama anda.Moga sharing ini bermanfaat buat kita dalam langkah berjaga-jaga.





Bismillah.

Apa yang perlu anda tahu tentang denggi? Ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan anak saya sendiri.

Ia mempunyai kitaran:

1. Kena ketit nyamuk aedes yang membawa virus denggi. Ia tidak berjangkit melalui sentuhan. 

2. Demam suhu tinggi selama 4-5 hari. Mungkin akan membawa simptom loya, muntah, pening kepala atau tiada simptom lain langsung. 

3. Hari ke-5 demam kebah. Tapi berjaga-jaga masa inilah bacaan platelet akan drop sangat-sangat. Pesakit akan rasa biasa dah sihat namun selera makan akan drop, air tak mampu ditelan, rasa nak tidur sepanjang hari, rasa lemah. Walau pun dah kebah, seboleh mungkin pergilah ke hospital untuk buat pemeriksaan darah. Tak rugi pun. 

4. Ada pesakit yang tidak tahu pun dia menghidap demam denggi malah boleh fight dengan virus ini tanpa perlu sokongan atau pergi hospital. Plateletnya akan naik di hari ke 5-6 dengan cara minum air dengan banyak, minum 100 plus, makan secara kerap walau pun hilang selera makan.

5. Namun begitu, ada yang tidak mampu fight, platelet jatuh teruk dan jadi pendarahan melalui liang roma. Tanda paling cepat - bleeding gum/pendarahan gusi. Masa ini jangan cuba bergerak dengan aktif, jangan gosok gigi. Sebarang pendarahan/impak pada kulit akan menyebabkan kesan lebam. 

Apakah fungsi platelet ini? Petikan dari wikipedia:

Platelet, atau Trombosit (dari bahasa Greek θρόμβος, "ketulan" dan κύτος, "sel"), adalah serpihan sel kecil, tidak sekata jernih (contoh. sel yang tidak mengandungi nukleus mengandungi DNA), 2–3 µm diameter, yang merupakan hasilan dari prekursor megakariosit. Jangka hayat purata bagi Platelet biasanya hanya 5 hingga 9 hari. Platelet merupakan sumber semulajadi faktor pertumbuhan. Ia mengalir dalam darah mamalia dan terbabit dalam hemostasis, mendorong kepada pembentukan darah beku. Platelet membebaskan fiber seperti bebenang bagi membentuk darah beku ini.

Sekiranya bilangan platelet terlalu rendah, pendarahan melampau mungkin berlaku. Bagaimanapun, sekiranya bilangan platelet terlampau tinggi, darah beku mungkin membentuk (thrombosis), yang mungkin menghalang aliran darah dan menyebabkan kejadian seperti angin ahmar, myocardial infarction, pulmonary embolism—atau menyekat saluran darah pada bahagian lain badan, seperti kaki tangan atau kaki. Satu kelainan atau penyakit platelet dipanggil thrombocytopathy, yang boleh sama ada bilangan platelet yang rendah (thrombocytopenia), penurunan dalam fungsi platelet (thrombasthenia), atau peningkatan dalam bilangan platelet (thrombocytosis). Terdapat gangguan yang mengurangkan bilangan platelet, seperti heparin disebabkan thrombocytopenia (HIT) atau trombotik Thrombocytopenic Purpura (TTP) yang biasanya menyebabkan thromboses, atau pembekuan, bukannya pendarahan.

Platelet melepaskan pelbagai faktor pertumbuhan termasuk Platelet-faktor pertumbuhan yang diperolehi (PDGF), ejen chemotactic kuat, dan beta TGF, yang merangsang pemendapan matriks extracellular. Kedua-dua faktor pertumbuhan telah ditunjukkan untuk memainkan peranan penting dalam pembaikan dan pertumbuhan semula tisu penghubung. Lain-lain faktor pertumbuhan bersekutu penyembuhan yang dihasilkan oleh platelet termasuk fibroblast faktor pertumbuhan asas, insulin seperti faktor pertumbuhan 1, yang diperolehi platelet-faktor pertumbuhan epidermis, dan faktor pertumbuhan endothelial vaskular. Permohonan tempatan faktor-faktor ini dalam kepekatan meningkat melalui Platelet kaya plasma (PRP) telah digunakan sebagai tambahan kepada penyembuhan luka selama beberapa dekad.

Ia bertindak sebagai pengikat darah merah. Bilangannya platlet yang normal di dalam darah manusia adalah dikira di antara 150-450 (150,000 dan 450,000/μL (microlitre) darah). Platlet ini dihasilkan setiap hari sebanyak lebih kurang 10,000 μL untuk seseorang yang sihat. 
Memiliki jangka hayat selama 5-9 hari. 

Bagaimanakah untuk meningkatkan kuantiti platlet ini?:

1. Ambil makanan yang tepat seperti buah-buahan/sayur-sayuran yang anti oksida terutamanya seperti kurma, kismis, berry (lihat warnanya, merah/ungu adalah pilihan yang baik), oren, kiwi, tomato dan sayur-sayuran hijau membantu meningkatkan kuantiti platlet. 

2. Ambil makanan yang beromega-3 dengan lebih banyak & kerap seperti ikan, telur, minyak flax seed, tuna dan salmon. Ketika Mastura di hospital saya banyak sediakan makanan berasaskan ini termasuk salmon masak asam pedas (fusion sungguh). Malah saya juga menambah PEVOO yang kaya dengan omega-9 dalam masakan.

3. Ingest vitamin and mineral supplements. Boleh ambil pil mahu pun ekstrak vitamin secara alami seperti daun/pucuk betik. Tenyeh pucuk/daun betik ini dengan lesung tanpa air. Biar keluar airnya sendiri. Minum air tersebut.

4. Banyakkan minum air kosong. Sel darah dihasilkan daripada air dan protein, jika kita minum lebih banyak, maka lebih banyak sel darah dihasilkan.

5. Rehat yang mencukupi.

Ikhtiar lain yang mungkin membantu:

1. Sup ketam dan sup makanan laut. Ia berprotein tinggi. Mampu membantu membina sel. 

2. Masa platelet saya jatuh ke 11, saya paksa diri minum 100 plus 2 botol besar sehari + air kosong + paksa diri makan. Keesokannya platelet naik ke 50, alhamdulillah. Sekali bacaan naik ia akan berterusan naik insyaAllah.

3. Bila kita dalam pilihan untuk berikhtiar, kita akan terus mencuba mencari penawar. Saya pernah upkan entry baru-baru ini tentang keperluan membaca dan memandang sesuatu perkara itu dengan hati lapang dan terbuka. Semasa Mastura di hospital, selepas saya membaca bahawa buah-buahan seperti berry dan berwarna ungu membantu menaikkan platlet, maka saya membawanya buah anggur dan juga Vivix sebagai satu ikhtiar kerana Vivix mengandungi lobak ungu. Nak cari lobak ungu kat pasaraya dah tak sempat. Vivix ada di rumah. Lobak ungu ini bermanfaat untuk meningkatkan imuniti, bertindak sebagai anti inflammatory, antiviral, antiseptic, antimicrobial dan lain-lain. Caranya kami bancuh satu sudu teh Vivix ke dalam air kosong dan galakkan Mastura minum air tersebut.

PALING-PALING PENTING DAN UTAMA!

Sandarkan segalanya pada Allah. Allah yang membawa penyakit ini pada kita. Mesti ada sebab dan hikmah. Tersembunyi mahu pun terbuka. 

Sesuai dengan sifat kita sebagai khalifah, kita WAJIB meletakkan perkara yang berlaku ini atas izinNya. 

Dan insyaAllah, Dia juga akan memberi ilham pada kita untuk kita berikhtiar dan memberi manfaat pula pada orang lain. 

Segala ubat atau ikhtiar hanya dalam izin Allah semata. Dia yang Terbaik, Pendengar Masalah terbaik, Penyembuh dan yang Mengkabulkan Segala Doa. Mintalah dan berdoalah dari Dia...

Cc Mohd Noor Adha Sahran



Setakat ni dulu dari saya .. Nantikan entri yang akan datang...




KIOSK SHAKLEE ONLINE ANDA (^_^)

♥FAZLINA SAMSUDDIN
♥0195560012
♥Acc MAYBANK :1590 1281 3873
♥Email : supermomfazlina@gmail.com

2 comments:

  1. denggi boleh banyak maut..bahaya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan Puan Azhafizah ke blog saya yang tak seberapa ni :)

      ye bahaya sebab tak diduga ..:(-+

      Delete

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.