Sunday, 16 February 2014

TIPS BISNES : TIPU OTAK ?

Artikel ni saya kongsikan bersama anda ..dipetik dari FB Anis Moist Chocolate
[ APA YANG KITA CAKAPKAN ADALAH DOA? ]

Tipu Otak 

Ramai orang yang masih tak perasan lagi, sebenarnya...apa yang dicakapkan adalah satu doa..Kadang-kadang diorang ni tahu dan dah faham..ye lah dah pegi belajar sana sini pasal ni..Tapi disebabkan dah terbiasa hidup 55 tahun baru tahu pasal ni...ambik masa lah sikit kan...takpa takpa, fahaaammmm....

Lagi la jenis yang suka bercakap..pot pet pot pet pot pet..Sambil bercerita, dia tak sedar yang dia sedang mensabotaj dirinya sendiri..Dan dia juga tak sedar apa yang dikeluarkan dari mulutnya adalah DOA!..

Dulu kami pun tak faham jugak...Sering bercakap yang mensabotaj diri..Bila orang tanya pasal bisnes, selalu cakap...boleh laa..bisnes kecik-kecik je...Masa tu memang jadi "boleh laa" saja...dan tak besar-besar..Bukan apa, sebab kita dah terbiasa dalam budaya orang melayu, dan hidup di persekitaran orang melayu, kita tak diajar bercakap besar..kan?..Kita diajar untuk merendah diri...

Dulu memang susah jugak nak tukar..takut orang salah faham, takut orang ingat kita cakap besar..Tapi rupanya tak...Kita yang buruk sangka rupanya...Bila diorang mendengar apa yang kita impikan, mereka sama-sama berdoa untuk kita rupanya..Mereka pun tumpang excited, mereka pun tumpang gembira..Mereka nak lihat kita berjaya rupanya!

Mentor kami selalu sebut apa yang kita cakap adalah satu DOA!!...

Tahuuu...Tapi masih cakap lagi yang bukan-bukan..yang mensabotaj diri..Sebab apa? Sebab tak faahhaamm sepenuhnya..Teringat satu cerita ni..Seorang yang mempunyai galeri seni..Dia melukis, artist lah kira..Orangnya sangat terkenal..lukisan dia semua cantik-cantik..Bila orang tanya dia, macamana bisnes Tuan? Dia sering menjawab macam ni...Bisnes boleh laaa...orang yang datang memang ramai...tapi diorang datang tengok je, mereka tak beli pun....Setiap kali ditanya pasal bisnes, inilah yang dijawabnya..Bermaksud, betullah..itu yang dia mintak..Dia tak pandai tipu hotak dia...Jadi, apa yang dia sebut berulang-ulang kali betul-betul terjadilah...Orang bertambah-tambah datang..tapi.....mereka TAK BELI!!...

Bila dengar citer tu, masa tu kami baru bukak kedai..Of course ramai yang tanya macamana bisnes kann..Dulu kami jawab, alhamdulillah...bisnes ok, buatlah kek banyak mana pun, stok sentiasa tak cukup-cukup...Tak tau kenapa, masa tu setiap kali ditanya..itu yang kami jawab...Sebab situasi tu sedang berlaku masa tu..Stok memang tak pernah cukup-cukup..Kadang-kadang dealer terpaksa tunggu seminggu untuk dapat stok kek...Walaupun masalah ni kira best jugak lahh..tapi kami tetap pening jugak bila pengedar tak dapat kek...macamana diorang nak berbisnes kan?

Tapi lepas dah faham..kami cuba ubah sikit jawapan kami...Kami jawab macam ni pulak, alhamdulillah...bisnes semakin ok, dealer semakin bertambah-tambah, stok kek pun kami sedang usahakan untuk ditambah..insyaallah kami akan buat mesin untuk mengatasi masalah tak cukup stok ni..Masa tu mesin tu main cakap je...betul, memang ada keinginan nak buat..tapi tak nampak lagi macamana caranya..Dan masa tu sale pun tak banyak lagi..tapi saja je TIPU OTAK (pinjam perkataan adik Hakim Najili :))..cakap je pasal mesin..lama-lama dapat betul-betul...Jadi, masalah stok kek pun selesai..At the same time pengedar pun bertambah-tambah sampai ke tahap tahun 2010 dulu kami TERPAKSA tutup pengambilan dealer baru!

Sejak itu, kami sangat berhati-hati bila bercakap..Ada benda yang kami tak berani nak cakap..Ada sorang kawan iaitu salah sorang stokis kami share, dia ni masih bekerja..Dia sering dapat phone calls,SMS dan PM, jadi sebagai seorang business person, dia memang kena jawab semua ni..Kalau tak, buat apa nak buat bisnes kan?..Tapi..bila bekerja, sedikit sebanyak perkara ni boleh mengganggu proses kerjanya kan?..Ye lah, memang ambik masa nak jawab phone calls dan jawab mesej-mesej tu...Sehinggakan dia kata bila sekali tu dia langsung tak dapat phone calls dari customer, tak dapat SMS dan PM, dia kata dia rasa ALHAMDULILLAH sangat-sangat...

Saya terkejut dengar apa yang diceritakan. Saya katakan padanya, tak boleh kot cakap macam tu..tak boleh kot ingat macam tu..Kalau saya lahh..saya takut nak cakap macam tu..Takut bila kita sebut macam tu, time tu hotak kita serap dan percaya apa yang kita katakan tu...Dan dia akan kata, ohhh...ok aku dah faham..kau tak nak customer call kan? kau tak larat nak jawab SMS dan PM kan?..Ok, aku akan tolong kau..aku akan cari cara supaya kau rilek-rilek lepas ni...Kau jangan risau, lepas ni kau boleh berehat, otak kau akan senang..dah tak ada orang akan call dan sms kau...

Saya selalu fikir macam tu..Saya faham situasi pengedar saya ni...Cuma, dia sepatutnya kena belajar TIPU OTAK dia..walaupun dia rasa burden, jangan sebut..kita pandai-pandai lah manage masa kita..Atau paling susah sangat pun...dan tak sempat sangat pun...tetap welcome phone calls..tetap welcome sms...panggil dan tarik sebanyak-banyaknya..sempat jawab atau tak..itu belakang kira...Sambil tu berdoa pada Allah, mintak Dia lorongkan kepada kita bagaimana kita nak menghadapi situasi ni..beri kita kelapangan masa untuk melayan pertanyaan pelanggan..Nanti tengoklah, Dia akan lorongkan sesuatu yang kita tak sangka-sangka..Apa yang kita perlu buat hanya mintak....Bukankah Allah Maha Melorongkan Sesuatu?

Belajarlah TIPU OTAK..supaya dia serap apa yang kita kata..supaya dia percaya apa yang kita kata..Bermaksud, kita kena cakap yang baik-baik saja..Talk about what we want, don't talk about what we don't want..Senang kan...tapi kena praktis..kalau tak, cakap berbuih macamana pun...bila anda tak dapat control minda anda..Anda tak akan perasan pun apa yang anda cakap itu satu DOA!..Anda akan cakap yang bukan-bukan..yang mensabotaj diri anda..bisnes atau kerjaya anda..sabotaj anak-anak anda..

Jangan sampai terlupa, jangan sebut bisnes saya ni boleh laa..cukup-cukup makan..bisnes saya ni kecik je..Ada yang FB dia pun letak nama BISNES KECIK JE...huhuhuu..No No No!!...Tukar kepada ALHAMDULILLAH...Bisnes saya semakin maju, saya yakin bisnes saya berpotensi, saya yakin bisnes saya akan berkembang lagi in future..Dalam hati, selalu tanam perkataan JUTAWAN...selalu sebut...walaupun kita tak tau macamana nak dapat, tapi..kalau otak anda tertipu dan terpercaya, insyaallah anda akan dapat apa yang anda sering sebutkan!...

WALLAHU'ALAM...

-----------------------------------------------------------------------------------
Dah habis baca dah ? Jom TIPU OTAK kita



KIOSK SHAKLEE ONLINE ANDA (^_^)

♥FAZLINA SAMSUDDIN
♥0195560012
♥Acc MAYBANK :1590 1281 3873
♥Email : supermomfazlina@gmail.com

Setakat ni dulu dari saya .. Nantikan entri yang akan datang...

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.