Thursday, 17 April 2014

FROZEN -- LET IT GOOO

Frozen ni cerita animasi kegemaran anak dara saya Cik Balqis Humaira.Mungkin dah nama pun anak perempuan , watak-watak princess ni sangat la jadi favourite mereka.

Saya sangat suka dengan lagu dalam citer FROZEN ni .. sangat termotivasi ..hehe.. teringat dengan kelemahan diri.Kelemahan saya ialah saya TAK BOLEH CAKAP PEGANG MICROFON atau dalam kata lain PUBLIC SPEAKING saya sangat lemah.Bila  berdiri depan orang ramai ,tangan saya automatik menggeletar walaupun saya cuba conqure rasa phobia tu.

TAPI ... besenya benda yang kita takut tu la akan sentiasa datang dalam hidup kita kan??
Masa zaman sekolah dulu , dek kerana markah penulisan BM saya selalu tinggi .. cikgu suka beno suh saya jadi MC .. memang ketar .. pastu suh wakil tingkatan untuk acara kelas .. pastu kene public speaking kat assembly ..giler lah .. memang ketar lutut di buatnya ..

Habis je SPM saya apply study accountancy ..ingatkan kan best la sebab tak yah cakap depan orang ..yelah kan dah nama pun akauntan ..keje ngira dan buat akaun je la ( tapi memang saya suka sangat akaun) .. sekali subjek elektif semester pertama PUBLIC SPEAKING ? !!!! .. OHOOOO .. memang tak leh lari dengan PUBLIC SPEAKING .. mula2 ok la sebab in group ..pastu kene pulak individual ..cuak memang tahap tak tahu nak rate apa dah.

Pastu plak subjek English pun ada public speaking ..ok ada citer menarik yang saya nak share pasal kelas BEL saya.Minggu tu saya cuti ,sebab demam ..sepanjang demam tu saya duduk kat rumah pakcik saya.memang berehat sungguhla ( demam panas ) .. pastu tlepas sminggu tu,elok je saya sampai kat entrance.. ..tetiba kawan call cakap esok saya masuk group dia untuk presentation ENGLISH .. debate plak tu ..dah la saya ditugaskan untuk jadi opponent.. memang gilos ..dengan blur2 nya memang saya berserah ..dalam hati dok berzikir ntah berapa ribu kali ..sampai je masa nya .. MAGIC ..tetiba saya pun tak percaya eh betul ke aku ni ..dan lecturer umumkan yang saya the best debator .. sampai ke hari ni saya masih cubit pipi macam tak percaya ..entah dari mana datang kekuatan untuk bercakap mematah hujah lawan ..dah la english plak tu .. tajuk nya pun dah tak ingat dah ..soalan dari audience bertubi-tubi tuju kat saya ,tapi tiba-tiba mulut saya ringan jek leh jawab semua soalan soalan tanpa stuck ke apa.memang kuasa Allah..

Ok .. masa nak sambung Degree plak , saya plan sambung business sebab saya memang minat sangat dengan business.Nak tau sangat selok belok  marketing ..kalau orang lain pilih kos marketing sebab last choice tapi saya memang tu 1st choice saya ..coz i love business ..Nak tahu cerita best tak ???

Amik kos marketing .. BOLEH KATA SETIAP HARI ADA PRESENTATION ..99% PRESENTATION ..oho memang tak boleh lari dah dengan public speaking.Tapi hikmahnya , komunikasi saya semakin bertambah baik .. level confidence saya pun makin bertambah .. saya semakin enjoy dengan kos baru saya.
Dan paling best sekali , keje pun bahagian marketing .. 1st keje sebagai perunding kewangan YAPIEM ..ingatkan keje dalam office je la ,,rupanya kene g jabatan-jabatan bagi ceramah pasal awareness ..haahahaha ..apa nak di kato? Lepas tu saya berhenti , keje sebagai Marketing Executive ..memang keje jumpa orang hari-hari ..

Skang plak ..mula-mula bila semakin ramai anak buah Shaklee ..semakin bertambah susur galur team SHAKLEE ..saya mula cuak ..bolehke aku ..takut nya nak bawak amanah ..tapi sekali lagi saya pejam mata ..kuatkan tekad dan keazaman .. REDAH semuanya dan minta dari yang MAHA ESA segala bantuan dan minta agar dipermudahkan urusan.

Kesimpulan nya ? RAHSIA untuk atas kelemahan kita ialah ?CONQURE YOUR FEAR !!


Tuesday, 8 April 2014

Hari pertama berjauhan dengan cinta hati ♥

Wahhh ..kenapa tu ?? Ngee xde lah.hari ni hari pertama Muhammad Fawwaz ke PASTI .. hati dari tadi berdoa semoga Allah lindungi keselamatan anaknda dan bukakan hati beliau seluas luasnya untuk ilmu dan kefahaman.Baru berapa jam dah rindu .. ummi kene kuat untuk hari esok..lusa dan seterusnya .. (^_^)

Wednesday, 2 April 2014

Ostematrix Shaklee


Ostematrix - Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan
Ostematrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahapkepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


Kalsium sahaja tidak mencukupi

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat.Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.


Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

*** Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. 


KESIMPULANNYA
  • Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
  • Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
  • Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  • Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
  • Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis)
  • Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!

OSTEOMATRIX SHAKLEE SESUAI PADA
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.