Friday, 23 May 2014

SHAMPOO SHAKLEE ADA SLS ??




Shaklee juga mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut Shaklee untuk merawat masalah rambut secara luaran. Bukan calang-calang ya. Macam-macam Shaklee ada~!! Sesiapa yang mengalami masalah rambut kelemumur atau yang mengalami keguguran rambut tu, boleh mencuba shampoo ni… Sudah sedia maklum produk bebas bahan bahaya. Yang rambut normal pon boleh guna juga. Sebelum tu saya nak kongsikan satu perkara dengan anda. 

Cuba semak shampoo yang anda gunakan sekarang ini. Ada tak term SLS? SLS adalah water surfactant atau ejen pembuih. (to make the water wetter by reducing water’s surface tension) Nama penuh SLS adalah SODIUM LAURYL SULFATE or SODIUM LAURETH SULFATE. Ianya di buat dari asid sulfurik, monododecyl ester dan sodium salt. Pendek kata, SLS ni bukan semulajadi, tapi sintetik dan dihasilkan dari bahan kimia. SLS sintetik adalah bahan yang murah dan menghasilkan banyak buih. Sebab tu bahan pencuci yang murah semua buih bukan main banyak. Zaman sekarang orang ingat makin banyak buih, makin bagus kan? Salah tu! Asalnya SLS ni digunakan untuk pencuci lantai. Buih- buih tu untuk buang kotoran degil kat lantai., tapi ada pulak guna untuk pembersih badan dan shampoo rambut. Bayangkan benda yang asalnya untuk cuci lantai, kita guna kat badan kita, boleh bayangkan tak, kesian badan kita. Macam pakai floor cleaner untuk mandi.

 Kenapa SLS Sintetik bahaya? 
SLS sintetik berbahaya sebab ianya mengeringkan kulit dan membuang lembapan kulit semulajadi. Kalau orang yang kulit jenis sensitif guna barang yang ada SLS, akan naik lah segala ruam sebab body’s natural moisturizer has been removed by the SLS. Itu yang kekadang lepas guna shampoo yang mengandungi SLS, makin banyak pulak kelemumur yang naik. FDA (Food & Drug Association) sendiri pernah menyatakan SLS sintetik ni bahaya untuk mata dan berbahaya untuk jantung, hati dan otak. Ianya bertoksik, dan boleh bertindak balas dengan bahan lain untuk membentuk carcinogenic nitrosamines.  



Shaklee dan SLS Dalam Shampoo Shaklee, yang nama Prosante pun ada surfactant. Surfactant Prosante adalah SODIUM LAURYL SULFOACETATE (tengok abbreviation memang SLS jugak, tapi nama panjang tu lain), nama kimia bagi surfactant yang dihasilkan dari PALM OIL & COCONUT OIL. Ramuan semulajadi ni tak mengeringkan kulit. Ia menjaga lembapan semulajadi & selamat utk tubuh & alam sekitar. Sodium Lauryl Sulfoacetate bersifat hidrofilik , ini bermakna ia tertarik kepada air yang membolehkan ia lebih mudah larut dalam air, dengan itu menyediakan keupayaan bilas unggul! Kandungannya agak pekat, tanpa pewarna, jadi kita tak perlu tuang banyak-banyak untuk cuci rambut. Selepas cuci, kulit kepala rasa bersih dan kering, kepala rasa ringan sangat. Tak seperti shampoo biasa, perlu gunakan shampoo dengan banyak. Dan yang paling best, dengan menggunakan shampoo Shaklee, kita tak perlu cuci rambut hari-hari. Hari kedua dan ketiga pun masih rasa bersih. So, berbaloi la.. Walaupun harganya mahal dan kuantiti sedikit, kita tak perlu pakai hari-hari, rambut dan kulit kepala pun bertambah sihat.



KIOSK SHAKLEE ONLINE ANDA (^_^)

♥FAZLINA SAMSUDDIN
♥0195560012
♥Acc MAYBANK :1590 1281 3873
♥Email : supermomfazlina@gmail.com

Setakat ni dulu dari saya .. Nantikan entri yang akan datang...

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.