Friday, 29 August 2014

TIPS HEBAT UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU !

KLIK UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS



 Alhamdulillah ,ramai para ibu yang dah ada kesedaran tentang betapa pentingnya susu ibu.Say NO to SUSU FORMULA.Baiklah , hari ni saya nak kongsikan tentang RAHSIA UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU .


Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa

Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang

Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping

Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri

Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi

Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan

Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan

Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu

Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu

Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama

Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok

Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.

Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi
 akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit

Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?.Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..


Tercari-cari supplement yang boleh bantu penyusuan anda lebih lancar ? KLIK DISINI untuk ketahui lebih lanjut.Ramai ibu-ibu yang dah cuba dan berpuas hati dengan SET VITAMIN UNTUK PENYUSUAN IBU HEBAT ni.







Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **



 

Masalah angin pasang atau hernia pada baby?



Teringat lagi masa kenangan pengalaman pertama jadi ibu dulu , tiap pagi dan menjelang senja ..mesti mak ingatkan saya supaya tuam ''telur'' baby dengan daun sireh atau daun mengkudu.Nak cegah angin pasang kata nya ..saya pun ikut je ..tak tau sangat pun pasal  angin pasang ni.

Daun mengkudu , tak susah cari daun ni kat kampung sebab banyak tumbuh ka tepi jalan.



Ni pula daun sireh , daun ni pun boleh digunakan untuk tuam telur baby boy

Baru ni ,ada kawan cerita yang dia terpaksa bawa baby boy ke hospital untuk minor surgery disebabkan hernia atau masalah angin pasang.ooo baru saya teringat benda ni la yang bonda bese sebut dulu.

APA ITU ANGIN PASANG atau HERNIA


" Angin pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat.

Apabila bayi ini membesar ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Adalah disyorkan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.


Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar. Umum beranggapan bahawa hernia merupakan gangguan kesihatan yang hanya terjadi di kalangan individu yang telah lanjut usia. Padahal, ia juga boleh terjadi pada kanak-kanak. Hernia bukanlah penyakit keturunan. Proses terjadinya Hernia pada bayi berbeza dengan Hernia pada orang dewasa yang biasanya terjadi kerana kelemahan otot dinding perut.




Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital) dan berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus. Hernia pada kanak-kanak terjadi oleh kerana hubungan antara rongga perut dan kantung kemaluan(merupakan tempat testis bergerak turun dari rongga perut ke kantung kemaluan ketika bayi masih dalam kandungan). Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan. Lubang yang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, bahagian itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Kanak-kanak mempamerkan simptom klasik – kelihatan resah gelisah dan sering menangis sambil teriakannya diiringi dengan benjolan tenggelam timbul, selalunya pada bahagian pusat. Benjolan itu makin ketara apabila si comel menggeliatkan tubuhnya. Perutnya pula kelihatan kembung. Benjolan yang ditolak secara lembut agar memasuki dinding otot semula biasanya berjaya memulihkan keadaan. Jika gagal, segeralah berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda terutamanya jika benjolan menjadi keras dan bayi (khususnya enam bulan ke bawah) mengalami muntah-muntah.

Bayi umumnya mengalami External Hernia (jenis Umbilical) yang boleh dilihat dengan mata kasar. Kadar Hernia Umbilical pada bayi baru lahir adalah setinggi 20 peratus dan melonjak 70 peratus pada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan pada kebiasaannya tidak terbabit dengan penyakit lain. Hernia jenis ini biasanya kelihatan seperti bonjolan kecil pada bawah kulit pusat yang akan tertonjol keluar apabila perut bayi ditekan atau ketika bayi menangis. Hernia Umbilical berlaku apabila kandungan isi perut, iaitu usus dan Omentum, membentuk satu bonjolan atau dikenali Hernia Sac (Sarang Hernia) di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan dinding Fasia Rektus perut. Biasanya penyakit ini menyerang bayi baru dilahirkan disebabkan oleh Cincin Umbilical, iaitu tempat salur darah Umbilical membekal makanan untuk fetus yang membesar di dalam rahim, tertutup dan tidak sempurna.

Bergantung pada saiz, Hernia ini biasa sekecil satu sentimeter (cm) dan ada yang melebihi lima cm. Hernia sekecil satu sm biasanya akan tertutup sendiri tanpa perlu rawatan pada usia tidak lebih empat tahun. Hernia Umbilical kebiasaannya tidak mendatangkan masalah atau kesakitan tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan kesakitan, terutama pada Hernia bersaiz besar menyebabkan kandungan perut, iaitu usus berbelit atau tercekik pada Cincin Sarang Hernia. Jika itu berlaku, pembedahan segera diperlukan. .
Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak dipertimbangkan kerana lubang diharap akan tertutup sendiri selaras tumbesarannya. Namun, jika setelah berusia setahun lubang masih terbuka, doktor akan menganjurkan surgeri kerana kalau dibiarkan, lubang dapat bertambah besar. Ini kerana, ketika anak mulai berjalan dan semakin aktif, lubang tadi dapat terus membesar akibat dorongan terus-menerus. dan boleh mengakibatkan, tidak hanya cairan yang keluar, lebih teruk lagi, usus juga boleh terkeluar, sehingga berlanjutan menjadi hernia.

Petua menghilangkan Angin pasang:
(Biasanya bayi dari usia 1 hari hinggalah ke setahun...paling minimum)

  • Bagi bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bhg bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam(boleh didapati di kedai India menjual ubat). Ini utk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit pasang.
  • Bagi bayi lelaki, sebaik2nya, setelah dimandikan, sapukan sedikit Herbal Blend cream dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari penyakit pasang. 
  • Gunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ( terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang ).
  • Gunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain .Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti ikatan sup bunjut adabi). Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.
  • Tuam guna lada hitam../ biji sawi yg goreng dlm kuali tanpa myk. Lepas tu bungkus dgn kain baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi ini dilakukan setiap hari lepas mandikan dia waktu pagi/ ptg...
  • Tuam dengan pasir yang dicampur halba yang dipanaskan atas api dlm periuk.. jangan panaskan lama2, nanti terlalu panas lak.. dlm 1-2 minit jerk. Pastu, masukkan dlm kain, buat macam bunjut dan ikat terus tuam perut baby ngan telur dia sekali secara menaik maksudnya, tuam telur bayi dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut tuh...
  • Celupkan daun sirih dalam air suam pastu selawat n tekap2 kat area 'anu' die..pastu urut secara menurun dari pinggang( buat dlm keadaan kedua2 belah tgn terbuka)ke tepi kelengkag baby..guna minyak bayi supaya bayi selesa.."


Jumpa lagi di entry akan datang .. 


Wednesday, 27 August 2014

Kemenangan berpihak pada Palestine !

Alhamdulillah..alhamdulillah
Sujud syukur
Tak dapat diseka air mata yang berguguran
Tangisan syahdu dan kegembiraan

Hari ini yang ke 51 ..akhirnya Israel mengaku kalah
Pintu Rafa dibuka untuk membawa masuk bekalan ubatan dan segala jenis bantuan

Berbahagialah saudara saudaraku
Setelah 51 hari melalui episod derita

Ya Allah..peliharalah saudara kami di Gaza
Bantulah mereka mempertahankan Al Aqsa

Berita ni ibarat ubat demam saya hari ni
Terima kasih buat sahabat yang sentiasa update perkembangan di sana..brother Hamza Deirawi
Juga buat badan Al Aqsa Syarif dan Aman Palestin

Tuesday, 26 August 2014

Cara cuci tali pusat baby



Hari ni ternampak ada gambar baby yang tali pusatnya berulat.Seram....jujurnya saya sendiri ...bab cuci tali pusat baby ni yang paling rasa ngilu sekali.Eh betul ke rasa ngilu? Tapi sebab pernah terbaca tentang bahayanya kalau tali pusat baby tak dijaga dengan betul boleh menyebabkan jangkitan kuman seterusnya boleh menyebabkan pendarahan.So take serious ye ..tak berani pun kene buat buat berani jugak.Setiap kali cuci dengan cotton bud atau wool..selepas sekali sapuan ganti dengan yang baru.Bila tukar pampers baby,cuci tali pusat baby dengan ubat yang nurse bagi tu.Kalau boleh,jangan pakaikan barut lagi selagi tali pusat tu belum tanggal sebab nak bagi tali pusat tu kering betul-betul.Pengalaman saya sendiri..anak sulung dan anak kedua ,tali pusat nya hari ike 4 dah kering dan tanggal.Anak yang ketiga je lambat sikit tanggal sebab talipusat nya besooo dan teballl..seminggu baru kering dan tanggal.phewhh..




Ini tips penjagaan tali pusat baby yang saya ambil dari web pa&ma..Semoga bermanfaat

Setelah bayi dilahirkan, penjagaan tunggul tali pusat perlu diberi perhatian utama oleh ibu bapa. Walaupun cara penjagaannya nampak mudah, tetapi jika tidak berhati-hati ia boleh mengundang bahaya.





Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi anda. Di tempat tali pusat melekat ke perut, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu kering dan tertutup.

Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.





1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang


2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.

Ubat cuci pusat 



3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan. Lakukan dua kali sehari.

4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan. Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda baru sahaja memandikannya.

5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada baki tali pusat bayi anda.

6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.

7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.

8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering terkena udara.

9. Adik sudah siap! Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.

Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Deman panas,
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.
* Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Penulis pernah mendengar cerita daripada seorang teman mengenai seorang nenek telah mengunting tunggul tali pusat cucunya yang hampir tertanggal iaitu yang hanya tinggal selembar benang. Akibat tindakan itu menyebabkan pendarahan berlaku di bahagian tunggul tali pusat bayi itu. Ekoran dibiarkan berlarutan beberapa hari ia telah menyebabkan kematian kepada cucunya. Oleh itu, nasihat penulis dalam soal penjagaan tali pusat ini lakukan penuh berhati-hati supaya tiada sebarang jangkitan berlaku dan biarkan ia tertanggal sendiri kerana ia berkaitan dengan sistem saluran darah bayi itu.

Jumpa lagi di entry yang akan datang !








Friday, 22 August 2014

Welcome home #MH117




Hari ni  jenazah mangsa #117 dibawa pulang ke tanah air ... tiada perkataan lain yang dapat di ungkapkan selain rasa sebak , sedih ... Namun takdir mendahului segala nya .. Al fatihah ..


Wednesday, 20 August 2014

Laksam Warna warni Aidilfitri


Indahnya sungguh di hari raya...
Ramainya orang beramah mesra...
Indahnya sungguh di hari raya..

Amboi ..ternyanyi lagu raya la pulak.Hari ni saya nak share idea untuk hidangan jamuan raya.Gambar laksam ni femes betul kat newsfeed Facebook hari ni.Uniknya pada warna mee Laksam ni ..so colorful.Anak-anak mesti suka.

InshaAllah cadangnya nak buat Laksam ni bila anak-anaknda dah sembuh nanti.Skang ni agak bz dengan jaga anak demam dan tugasan WAHM.Tempek dulu gambar untuk rujukan masa akan datang.

Ok sambung nyanyi lagu raya tadi... Hihi


Rasa teruja nak cuba.Kreatif sungguh pemilik resipi ni :)

Klik untuk view image ye ...


Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..


* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..



Kuah laksam 6 orang makan

  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur


Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang




Tuesday, 19 August 2014

Ransang anak jadi cerdik di awal usia !


 
50 PERKARA RANSANG ANAK JADI BIJAK PANDAI

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA 

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA 

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN 

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH 

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG 

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA 

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN 

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN 

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA 

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA 

Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH

Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI 

Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN 

Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU 

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU 

Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK 

Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT 

Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA 

Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA 

Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA 

Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL 

Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA 

Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN 

Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA 

Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK 

Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA 

Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG 

Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH 

Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS 

Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN 

Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN 

Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA 

Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
  
34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA 

Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35-TUTUP TV 

Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN 

Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA 

Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA 

Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN 

Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA 

Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
  
41-BERGURAU- SENDA 

Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN 

Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU 

Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA 

Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA 

Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN 

Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET 

Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG 

Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN “TIRU-MENIRU” 

Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
 
50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN 

Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Selamat mencuba!



Sunday, 17 August 2014

KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE?


Artikel ini adalah tulisan daripada seorang pengedar Shaklee iaitu Kak Long Nuzula , terima kasih kerana izinkan saya untuk share.


SANDARAN YANG PERTAMA

Petunjuk drp Allah melalui solat hajat, istikharah, doa & keberserahan yg TOTAL kpd Allah SWT & hanya kepada Allah SWT. Allah jua sebaik2 penunjuk jalan. 

Semoga Allah tuntun kita di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Amin. InsyaAllah. 



SANDARAN YANG KEDUA
Saya bersandarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

SANDARAN YANG KETIGA
Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."

http://www.sinarharian.com.my/semasa/boikot-produk-israel-bukan-produk-yahudi-1.299245 

Boleh juga baca:
http://drmaza.com/home/?p=1818

SANDARAN YANG KE EMPAT



AQSA SYARIF sendiri mengatakan kita tidak memboikot company/ produk US tapi kita boikot mereka yg jelas menyumbang pd Israel. Umpamanya McD kita boikot sbb JELAS menyumbang pd negara haram Israel.

FB Aqsa Syarif: https://www.facebook.com/aqsa.syarif

SANDARAN YANG KE LIMA
Shaklee tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.

http://www.inminds.com/
http://www.inminds.co.uk/

SANDARAN YANG KE ENAM
Pengakuan Roger Barnett sendiri & company statement sebelum ini mengatakan Shaklee tidak menyokong keganasan, tidak terlibat dgn politik dan TIDAK MENYUMBANG PADA ISRAEL ZIONIS. 

Video pengakuan Roger Barnett:http://www.youtube.com/watch?v=Fkg9WKBwpOs&feature=share

Thursday, 14 August 2014

Apa beza Cinch Mix Shake dan ESP ?






ESP  adalah energizing soy protein. Ia mengandungi 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino, ini termasuk 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk sintesis protein. ESP adalah rendah lemak secara semulajadinya. Ia juga tanpa kolestrol dan tanpa laktos. 

ESP membantu membekalkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama, jadi secara automatik kita akan kurang makan. Jadi anda boleh juga mengambil ESP sebagai ganti hidangan utama anda untuk pengurusan berat badan (maksium 3x sehari, 1 sudu besar setiap kali). ESP ada 1 perasa sahaja, vanilla. 
ESP sesuai untuk dewasa lelaki dan perempuan, wanita hamil, menyusu dan warga tua. Indeks Glisemiknya adalah 39 (agak rendah).

Untuk ibu yang hamil atau menyusukan baby , ESP sesuai untuk anda sebab ESP mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan kita.





Cinch pula adalah protein soya, tetapi ia mengandungi Leucine, ia membantu anda untuk mengurangkan lemak tetapi mengekalkan muscle anda. Protein dalam Cinch bagi setiap hidangan adalah lebih berbanding ESP. Cinch ada 3 perisa: Latte, Chocolate dan Vanilla. Cinch juga mengandungi fiber tinggi yang membantu untuk kurus. Cinch juga boleh diambil sebagai gantian menu makanan anda.

Ada testimoni mengatakan ESP masih membuatkannya lapar, tetapi Cinch lebih sesuai untuknya disebabkan Cinch memberikan tenaga lebih lama dan mengenyangkan dalam tempoh lebih lama. Jadi, kesimpulannya, kalau nak diet, lebih baik ambil Cinch Shake daripada ESP.. 






Mealshake lebih sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi mineral dan vitamin untuk meningkatkan kesihatan dan selera kanak-kanak. Mealshake juga boleh diminum sebagai sarapan segera. Saya tambahkan Mealshake ke dalam ESP untuk rasa yang lebih enak.
Mealshakes sesuai untuk semua. Kanak-kanak (1 tahun ke atas), dewasa, ibu menyusu, orang yang tiada selera makan, orang tua. Indeks Glisemik (IG) bagi Meal Shakes agak tinggi iaitu 44.

Mari kita lihat maklumat mengenai ketiga-tiga jenis minuman protein ni




HARGA BAGI SETIAP CANISTER ( RUNCIT )

Mealshakes  - RM113
ESP               - RM150 
Cinch Shake - RM173

Mengapa BAYAR LEBIH ? JOM JOIN AHLI  UNTUK DAPATKAN 20% hingga 30% DISKAUN dan nikmati pelbagai tawaran yang istimewa.





Monday, 11 August 2014

Petua nak dapatkan anak lelaki dan perempuan?




Tersenyum lebar tatkala baca coretan sahabat saya di FB ni ..semuanya kuasa Allah tapi mana la nak tau kan kut ni tips orang veteran..kikikiki

Credit to Anisah Husna,empunya cerita ni..bacalah ye

[ANAK LELAKI vs ANAK PEREMPUAN]

Hari nie suami saya diberi cuti sebab sekolah takda air. Makanya, pagi nie gigih la kami ke Klinik Kesihatan Bandar Jengka. Bukan sebab check up pregnen saya, tapi sebab nak makan roti canai kat kantin klinik ni. Hahhaha

Dah selesai makan roti canai, tengah kami nak habiskan minuman, ada seorang pakcik tua menyapa kami.

Sambil memandang Tsuwaibah, pakcik tu tanya, "Anak sulung ke ni?"
Kami pon mengangguk dan mengiyakan.
Pakcik tu berkata lagi, "Ada lagi sorang dalam perut tu kan. Anak perempuan jugak. Betul tak?"
Kami pun senyum ja. Ye la kot pompuan. Sebab scan, dokter kate pompuan.

Lepas tu terus pakcik tu ajak suami sy duduk disebelah dia. Suami pon pergi la. Apa lagi, pakcik tu pon turunkan ilmu n beri petua la. Hahaha.

Pakcik tu tanya suami, selalu tidur belah kiri kan. Tu sebab dapat anak pompuan. Kalau anak laki, suami kena tidur belah kanan.
Pakcik tu kata, anak dier berderet 5 org pompuan, lepas tu baru dpt 3 org laki. Pakcik tu just berkongsi pengalaman dia. sebelum nie slalu tido belah kiri isteri, tu sebab dapat anak pompuan. Tukar tempat, dpt anak laki.
-----------------------
Anak laki ke anak pompuan ke, semuanya rezeki dari Allah. Tapi, mcm betul jugak la teori pakcik tu. Hahaha.

Ibu2 lain mcm mana? Ada yang kebetulan sama tak dengan teori pakcik ni?? Hihi



Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.