Saturday, 9 August 2014

Potty training ?


Sebelum potty train anak-anak , saya banyak cari maklumat tentang bila dan bagaimana untuk latih anak ke bilik air.

Rata-rata bila dengar pengalaman rakan-rakan ,majoriti ramai yang stress bila latih anak ke toilet.Ada juga yang saya lihat dah potty train anak seawal 2 tahun tapi sampai dah 4 tahun pun belum berjaya.Kesimpulan nya .. Ada beberapa perkara yang perlu kita teliti sebelum melatih anak ke toilet.


Ini pengalaman saya melatih anak sulung saya untuk pergi ke toilet.Fawwaz ketika itu berumur 4 tahun ..mungkin ada yang bertanya kenapa lambat train Fawwaz.Pertamanya sebab pada umur 4 tahun baru lah Fawwaz petah berkata.Masa umur 3 tahun tu bahasanya bahasa Jerman ..Perkembangan Fawwaz yang lain sangat cepat kecuali bercakap.Seawal dalam hari..Fawwaz dah pandai mengiring..10 bulan..Fawwaz dah pandai berjalan.Umur 3 tahun,Fawwaz masih belum boleh beritahu bila dia nak buang air.Tambah plak anak kedua saya jarak setahun dengan yang sulung.Ada baby Fayyad plak tu.


CABARAN POTTY TRAIN

Pengalaman saya , Alhamdulillah ..dengan izin Allah..saya berjaya bantu Fawwaz untuk ke toilet dengan jaya nya.Cara yang saya gunakan,setiap setengah jam ..saya bawa Fawwaz ke toilet dan sentiasa tanya.Dalam masa seminggu ..Fawwaz dah pandai guna toilet bowl dan tau bila masanya dia nak g toilet.Alhamdulillah , tak pernah "tercicir" kat lantai ke ..sangat mudah dan lansung tak stress.

Pengalaman kedua potty train Balqis Humaira pun saya guna kaedah yang sama cuma bezanya Balqis dah petah bercakap seawal usia tiga tahun lagi..jadi pada usia 3 tahun ,Balqis pun dah boleh pergi ke toilet sendiri.

Pada pandangan saya , bila nak potty train anak.Tak perlu rasa stress dan tak perlu ikut orang lain.Yang penting pastikan yang anak kita dah bersedia.

Bagaimana nak tahu anak kita dah bersedia ke belum?

Seeloknya , bila mereka dah pandai bercakap (butir kata jelas) maka boleh lah kita latih mereka untuk pergi ke toilet.

Kalau anak belum pandai cakap tak boleh ke?
BOLEH ..cuma kita perlu banyakkan bersabar kalau anak terlepas 'poops' kat lantai.

Macam saya..saya pilih tak nak stress..tambah plak ada baby..kang di buat nya si abang terlepas kat lantai..sementara nak gi bersihkan..si baby gi main plak ..adehh..

Saya dah tengok sendiri pengalaman anak kawan ..anak mereka jarak dekat dekat macam anak-anak kami..si abang terkencing kat lantai..tengah si ibu bawak abang gi toilet .. baby g tepuk tepuk air kencing tu pastu masuk tangan dalam mulut...Oh No !!

Eh sedar tak sedar,panjang sungguh saya berceloteh.Sekian dulu sharing saya tentang pengalaman potty training anak-anak syurga saya :)




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.