Monday, 11 August 2014

Segalanya tentang hati



Sabda Nabi Muhammad saw - Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Hati yang ikhlas ..bersih ..akan mudah disinari cahaya ilmu.Betapa pentingnya agar kita sentiasa mencuci hati kita yang kotor dan berkeladak ini dengan istighfar dan rasa taqwa kepada Allah.

Biasan kepada hati yang bersih ini akan melahirkan sifat mahmudah (pekerti yang mulia) seperti taqwa,ikhlas ,jujur serta amanah.

Antara tanda hati kita bermasalah
1.tak boleh tengok kejayaan orang lain , timbul hasad (cemburu negatif)
2.hati rasa benci dan tak suka pada sesorang sedangkan orang tu tak pernah bawa masalah pun kat kita
3.tidak jujur dalam bermuamalah
4.Rasa diri lebih mulia dari orang lain

Dan pelbagai lagi ..

Dari konteks berniaga , menjaga hati ini sangat penting kerana ia berkait rapat dengan aura kita.Semakin malap cahaya hati ..semakin hampir lah kita ke gelombang delta.
Bila kita berada di gelombang delta ...kita mula dikuasai dengan emosi yang negatif antaranya cepat putus asa ,sering mencari alasan,malas berusaha, dan sentiasa berfikiran negatif.Biasanya dalam keadaan ini,ilham dan idea susah nak datang sebab kita dah blok minda kita dengan perasaan negatif.

Cara nak cuci hati?

Istighfar
Besarkan Allah dalam diri
Sentiasa berzikir dan selawat ke atas Nabi
Fikir yang baik-baik
Sebut yang positif-positif sebab kata kata kita itu doa
Pelihara diri dari maksiat cth ghibbah/mengumpat,jaga aurat dsb
Sentiasa back to basic


Jom pelihara hati kita 


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.