Monday, 29 September 2014

Tips hindari ekzma bayi:



1. Elakkan mandi terlalu lama
2. Gunakan pelembap/ moisturizer yang bersesuaian selepas mandi.
3. Elakkan mandi dengan air panas dan gunakan sabun yang ringan (mild soap).
4. Kurangkan penggunaan yang menyebabkan iritasi seperti sabun mandi, detergen, brang kemas, minyak wangi dan keadaan persekitaran.
5. Gunakan pakaian yang longgar (gunakan daripaa material cotton dan elakk daripada menggunakan material wool da fibre sintetik).
6. Elakkan makanan yang menyebabkan alergi.
7. Gunakan penyaman udara untuk mengawal rasa gatal-gatal.


Nak cuba ikhtiar lega kan ezcema baby dengan krim serba guna Herbal Blend ? Klik DI SINI untuk berkenalan dengan produk hot HERBAL BLEND


Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Sunday, 28 September 2014

DAPATKAN KULIT SIHAT DAN CANTIK DENGAN VITAMIN ?




Vitamin B complex :
ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C :
ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E :
terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.





Cadangan tambahan

ESP :
sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

Air: sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah





 RAHSIA SEBENAR FUNGSI VIVIX

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.



  

Shaklee Collagen Powder..  Ia dah pun hampir 11bulan dipasarkan di pasaran Malaysia. Saya memilih SCP sebab ia bersumberkan sisik ikan merah (4000mg), size kolagennya yang sangattt kecil iaitu 1000dalton (utk penyerapan unggul dan efek yg segera), dilengkapi dgn klinikal studi, dan yg bestnya ia diperbuat dari 7 ramuan khas..memang perfect.. Berikut secara ringkas fungsi2 stiap ramuan tersebut:

Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal

Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata

Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen

Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan

Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,

Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.

Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.

Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen POwder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan... 

Info tambahan:Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. menarik bukan...sesuai utk saya yg tak dpt nak telah bergelen2 air sehari..hihi.. Kalau sape2 nak rasa kulit lembap sentiasa.. amalkan masker kolagen dan minum segelas sehari.. kesan yg sangat cepat.. mmg menakjubkan










Biar gambar berbicara ..nak tahu mereka ambil produk apa ..Ingin tampil cantik dan jelita dengan cara selamat dan semulajadi ( bebas bahan kimia berbahaya) jom KLIK DISINI


Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih


Berminat untuk dapatkan set vitamin kecantikan ni , hubungi saya seperti di bawah ni ya





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Anak tak duduk diam ?





Satu hari seorang ibu muda telah menelefon saya. Suaranya kedengaran penuh kerisauan dan mula bercerita akan resah hatinya.

Katanya, dia mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun dan sangat aktif. Menurutnya anak itu hiperaktif. Guru kelas juga mengatakan anaknya hiperaktif.

Oleh kerana risau dia telah membawa anaknya berjumpa doktor, yang turut mengesahkan anaknya hiperaktif dan memberi ubat untuk mengurangkan keaktifan anak itu.

Saya tertanya dalam hati, mengapa menghubungi saya jika dia telah berjumpa doktor dan disahkan anaknya sebagai hiperaktif.

Ibu muda itu berkata, mengikut doktor, jika ubat itu diambil berterusan akan memberi kesan buruk kepada anaknya. Lagi pun doktor tersebut bukan seorang pakar dalam attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Dia serba salah, hendak dibiar, anak itu terlalu aktif. Hendak diberi makan ubat, kata doktor ada kesan buruk pada jangka panjang.
Kesian mendengarkan resah hatinya, saya menawarkan diri untuk berjumpa anaknya. Dengan syarat anak itu tidak diberi ubat untuk satu hari sebelum dibawa berjumpa saya. Saya ingin melihat sejauh mana kuatnya hiperakif anak itu.

Dipendekkan cerita, hari saya berjumpa anak itu, saya telah menyuruh ibu berkenaan membiar anaknya bermain di sekitar tempat kami berbual. Suami beliau pun ada bersama.

Si ibu dengan penuh prihatin menceritakan perihal anaknya. Sambil mendengar luahan hati si ibu, saya mengikuti pergerakan si anak lelaki itu dengan ekor mata.

Setelah lebih kurang setengah jam bersembang, saya bertanya si ibu adakah dia memberi anaknya makan ubat dalam masa 24 jam sebelum berjumpa saya. Si ibu berkata tidak.

Saya bertanya begitu kerana selama setengah jam di hadapan saya, anak itu adalah seorang anak lelaki yang aktif dan bukan hiperaktif seperti yang dikatakan.

Anak itu cuma aktif, suka bergerak dan bermain lasak seperti mana-mana kanak-kanak lelaki seumur itu. Saya juga melihat anak itu boleh fokus bermain sesuatu mainan. Anak matanya boleh fokus melihat sesuatu.

Lalu saya bertanya mengapa si ibu mengatakan dia seorang hiperaktif? Mengikut beliau, anak perempuannya, iaitu anaknya yang kedua, boleh duduk diam dan tidak melompat ke sana ke mari seperti anak lelakinya.

Mendengar penjelasannya, saya lalu mengambil tangannya dan berkata: "Puan, anak lelaki sememangnya lebih aktif daripada anak perempuan. Lagi satu kemungkinan anak ini juga belajar dengan cara melakukan dan bergerak, iaitu modaliti pembelajarannya ialah kinesthetik. Apa yang saya lihat anak ini bukan hiperaktif, dia cuma aktif dan banyak tenaga."

Dia kemudian bertanya, perlukah diteruskan pengambilan ubat tersebut? Saya beritahunya: "Pilihan itu di tangan puan dan suami. Jika benar anak ini hiperaktif setelah disahkan oleh doktor yang pakar dalam bidang itu, maka cari ubatan yang tidak meninggalkan kesan yang buruk."


Jika tidak, janganlah diseksa anak itu dengan ubat yang tidak perlu dia ambil. Ubat yang paling mujarab untuknya adalah memberi dia ruang bermain lasak dan aktif setiap hari.

Jika keterlaluan aktifnya, kurangkan gula dalam pemakanannya dan elakkan minuman bergas. Bacalah lebih mendalam mengenai keadaan hiperaktif ini.
Mengapa saya membawa kisah ini? Pertama, kerana perkataan atau terminologi hiperaktif ini terlalu mudah digunakan tanpa kefahaman yang jelas.
Apabila melihat anak tidak tahu duduk diam, cepat sahaja dia dikatakan hiperaktif.

Perkataan itu digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami kesan psikologi kepada anak itu.

Perkataan hiperaktif membawa kesan negatif, seolah-olah satu penyakit dan suatu yang tidak disukai. Bayangkan seorang anak yang aktif digelar hipeaktif, bagaimana agaknya pandangannya kepada dirinya.

Kita mahukan anak-anak yang berkeyakinan, tetapi kita ragut keyakinan itu dengan gelaran yang merudumkan imej dirinya.



Anak yang suka bergerak dan bermain, melompat ke sana ke mari adalah anak yang sihat dan aktif. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik serta koordinasi badannya bagus.

Lagipun kita mesti ingat, badannya kecil, jadi dia tidak cepat letih bebanding kita orang dewasa yang badan besar. Kita bergerak sikit sudah letih, sebab kita perlu membawa badan yang lebih besar maka tenaga yang diambil juga lebih banyak.

Anak kecil badannya ringan dan apabila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga. Oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak.

Bukankah kita dahulu pun begitu semasa kecil. Kita memanjat pokok, mandi sungai dan banyak lagi. Anak-anak sekarang ini terutamanya yang di bandar, kebanyakan terperangkap dalam rumah yang berjeriji.

Kita perlu melakukan sedemikian demi keselamatan mereka, dalam masa yang sama jika mereka itu agak terlebih aktif. Maka fahamilah dan berilah mereka aktiviti yang dapat menggunakan tenaga mereka.

Jika terlalu kerap disuruh duduk diam, lama-kelamaan mereka akan menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan makan dan bermain permainan video. Lama-kelamaan anak membesar menjadi kanak-kanak yang gemuk dan pemalas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140220/kn_02/Anak-tak-duduk-diam#ixzz3EZRTFnnH
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Tercari-cari supplement tambahan untuk tampung keperlua nutrisi tambahan anak-anak anda KLIK SINI ya ..Produk dalam poster hanya lah cadangan ,tak semestinya kene ambil semua ..inshaAllah saya akan suggest mengikut keperluan dan keadaan kesihatan anak anda :)





Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ...



FAZLINA SAMSUDDIN

Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


Bahaya pengambilan ubat dan antibiotik oleh ibu mengandung?




Ketika mengandung, bakal ibu cenderung untuk berasa was-was dengan pengambilan ubat-ubatan walaupun ia dipreskripsikan oleh doktor yang bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan hal pengambilan ubat ketika mengandung bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan selain berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.


Ubat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil yang mengambil ubat antibiotik ketika sedang mengandung mungkin boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.
Kajian yang dilakukan oleh Children’s Hospital of Philadelphia di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan ubat antibiotik oleh ibu hamil dapat mengurangkan kemampuan anak melawan penyakit yang berkaitan dengan kuman dan bakteria, terutama dalam sistem pencernaan.
Dikatakan ibu hamil yang makan antibiotik dapat meningkatkan risiko anak yang lahir mudah terjangkit dengan masalah pencernaan akibat kuman dan bakteria, salah satunya adalah jangkitan E.coli yang boleh membawa maut terutama dalam kalangan bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab itu, bayi memerlukan kekebalan badan yang maksimum terutama bakteria baik di dalam ususnya.
Oleh itu pengambilan antibiotik dalam kalangan ibu hamil mesti diawasi oleh doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan yang besar kepada bayi dalam kandungan. Sebaiknya elakkan daripada mengambil antibiotik jika ibu sekadar diserang demam selesema biasa sahaja.

WASPADA BAHAYA UBAT SEMASA HAMIL
Mohamed Izham Mohamed Ibrahim, PhD (PUSAT RACUN NEGARA)

Kerap kali orang ramai tidak sedari bahawa kebanyakan ubat yang diambil semasa hamil akan mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung (janin). Tragedi dramatik ubat talidomida (Synovirâ) dipasarkan apabila ia didapati selamat digunakan sebagai ubat tidur atau ubat penenang. Ibu-ibu mengandung telah menggunakan ubat tersebut tanpa memberi kesan mudarat pada diri mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada bayi yang telah dilahirkan mengalami kecacatan yang teruk pada bahagian lengan dan kaki. Lebih daripada 10,000 kanak-kanak telah menerima padah akibat penggunaan ubat talidomida oleh ibu mereka.
Para saintis dan profesional kesihatan mula prihatin sejak tragedi tersebut. Banyak kajian yang telah dilakukan bagi mengesan kesan mudarat ubat terhadap janin. Ubat-ubat yang dikaji termasuklah ubat preskripsi, tanpa preskripsi dan dadah-dadah merbahaya. Malangnya, maklumat saintifik sukar didapati kerana penyelidik tidak boleh menguji ubat-ubat ke atas ibu yang sedang mengandung. Pemberian ubat ujian kepada ibu mengandung dianggap tidak beretika kerana ia boleh membawa risiko yang tinggi kepada ibu serta janin. Kajian secara tidak langsung telah digunakan untuk mengenalpasti kesan ubat ke atas haiwan hamil, atau secara soal selidik.
Walaupun terdapat masalah dalam mengenalpasti kesan ubat secara tepat, banyak penemuan berkaitan kemudaratan ubat terhadap janin dan bayi didapati. Sesetengah ubat boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi atau boleh merencat atau melambatkan pertumbuhan fizikal kanak-kanak tersebut. Ubat-ubat ini dikenali sebagai "teratogen". Contoh-contoh teratogen ialah ubat kanser, antibiotik, dan ramuan alkohol. Kesan teratogen bergantung kepada jumlah yang diambil oleh ibu dan masa yang diambil semasa hamil. Secara umumnya, risiko buruk terhadap janin meningkat apabila jumlah yang diambil dan kekerapan pengambilan meningkat. Oleh itu, ubat harus diberikan kepada ibu hamil (hanya jika perlu) dan dalam jumlah (dos) yang paling kecil.

Kemudaratan ubat ke atas bayi juga bergantung kepada waktu pengambilan dalam tempoh 9 bulan semasa hamil. Kebanyakan keganjilan atau kecacatan yang berlaku kepada janin berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama semasa mengandung. Kadangkala ia berlaku kerana si ibu tidak sedar bahawa dia telah mengandung. Keguguran boleh berlaku jika bahan teratogen diambil dalam tempoh 2 - 3 minggu hamil. Pendedahan kepada teratogen dalam minggu 5 - 6 boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi kerana dalam tempoh ini janin sedang mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang kritikal dari segi organ, anggota dan struktur tubuh yang lain. Mulai minggu ke 8 hinggalah kelahiran, bayi melalui tempoh tumbesaran yang penting. Sistem organ dan tubuh terus membesar. Teratogen yang diambil dalam tempoh ini boleh menyebabkan keguguran atau bayi dilahirkan 'tidak cukup bulan'. Bayi yang dilahirkan akan bersaiz kecil daripada saiz normal. Ubat-ubat ini boleh juga merencat otak bayi, dan kesannya hanya dapat dilihat semasa bayi tersebut mula membesar mencapai tahap kanak-kanak. Ia turut menjejaskan pembelajaran dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.

Kemudaratan ubat atau teratogen boleh menjadi teruk jika ibu yang mengambil ubat tersebut telah berumur (tua), kekurangan zat makanan, sedang mengalami penyakit atau sering dalam keadaan tertekan..

Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih






FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


Saturday, 27 September 2014

Rahsia awet muda dengan VIVIX !



Rahsia awet muda yang dinanti-nanti setelah pelbagai produk kecantikan mahupun kesihatan membanjiri pasaran. Inilah tonik anti penuaan terunggul yang berkesan melawan penuaan dari tahap selullar. Ini bermaksud, Vivix berjaya melawan penuaan dari akar umbi dimana ia mula berlaku. Jadi anda akan merasa 25 tahun lebih muda dari umur anda sekarang.
Vivix Shaklee melawan dan melambatkan penuaan sel.
Sel adalah unit utama dalam organisma hidup. Manusia mempunyai trillion sel hidup dan ianya bersatu membentuk tissue. Tissue pula bergabung membentuk organ seperti otak, jantung dan hati. Penuaan yang kita alami sepeti kedutan di muka, kurang penglihatan dan penyakit lain bermula dari penuaan sel. Sel memiliki ciri-ciri kehidupan dan fungsi fisiologi sendiri.
Maka, sel jua akan berusia dan boleh hilang kemampuannya untuk berfungsi dengan baik. Malahan sel yang berusia jua boleh berfungsi secara tidak normal dan seterusnya memberi impak kepada organ dan sistem tubuh.
Sebagai contoh, jantung sesorang yang berusia 20 tahun berupaya mengepam 10 kali ganda darah yang diperlakukan. Namun selepas usianya 30 tahun, purata 1% daripada kecekapan ini akan hilang setiap tahun. Semakin kita berusia, semakin itu sel tubuh akan juga berusia. Berusia disini bermaksud sel musnah, sel dorman, sel abnormal dan tidak berfungsi baik.
Jadi disinilah peranan Vivix iaitu berfungi dalam kesihatan selular. Sekiranya penuaan sel dapat dilambatkan, organ dan sistem di dalam tubuh masih berfungsi dengan baik walaupun usia sudah meningkat. Dalaman yang sihat akan tergambarkan di wajah yang awet muda dan fisikal yang segak.

RAHSIA SEBENAR FUNGSI VIVIX

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

10 LAGI KEBAIKAN DAN FUNGSI VIVIX
1. Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2. Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4. Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5. Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6. Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7. Membantu dlm proses penurunan berat badan
8. Menyokong kesihatan mata
9. Meningkatkan kesihatan imum badan
10. Menggalakan kesihatan keseluruhan

Berminat untuk dapatkan Vivix ? Jom order secara ONLINE DI SINI

   







Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Friday, 26 September 2014

RESIPI Bee hives bread !

Skang ni roti sarang lebah ni plak viral kat FB  ..IG .. kat Alor Setar ni mana la nak cari kan sapa yang ada jual.Ni yang rasa nak beli oven cepat nih ..hihi

Jumpa resepi roti sarang lebah ni tadi tapi lupa plak amik dari mana ..adehh ..sah -sah memang wajib amik Omega Guard semula nih .. Nanti nak try lah buat ,kalau jadi nanti saya tepek kat sini ye result nya ..hihihi




Bahan2
2 cawan tepung roti *cma guna tepung gandum jer
1/2 Sudu teh dry yeast 
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *kalau takde leh gantikan dgn fresh milk
¼ cawan minyak sun flower*cma guna minyak masak biasa
1/2 cawan air suam
**Almond flakes, pumpkin seeds utk tambahan  jika suka


cara2
  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan sampai berbuih. 
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan.
  4. Uli dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.uli dgn cara menyental baju tu.
  5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
  7. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.Buat sampai habis. 
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
  10. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTA
Doh memang lembik.. JANGAN tambah tepung, cuma sapukan tgn dgn minyak masa nk bulatkan doh kecik2.Make sure oven betui2 panas supaya nnti roti lembut bak kapasJANGAN bakar terlalu lama nanti keras

BUTTERSCOTCH SAUCE

Bahan

1/2 cup brown sugar.
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
Garam secubit rasa
1/2 sudu teh Vanila
25g butter


Caranya-
  1. Cairkan butter, Masukkan brown sugar, kacau2 sehingga gulanya cair dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati tutup api.




Vitamin C regim harian ku


Ambil vitamin C ni bukan je setakat dapat tingkatkan sistem immune badan je tau...bonus dapat cerahkan kulit dan pudarkan parut dari dalam tau terutama sekali yang dah berumur 25 tahun ke atas.. 

Badan.kita sangat perlukan vitamin C sebab keadaan sekeliling...stress..dapat susutkan kandungan vit c dalam badan kita...bila vitamin C berkurangan..sistem pertahanan badan menjadi lemah ..sebab tu kita mudah jatuh sakit..wallahualam


Saya terlalu excited nak citer kebaikan Vitamin kesayangan saya ni
Kalau dulu ..gosok gigi je gusi berdarah..
Kulit pun kusam
Selalu sangat kene selsema ..selesema..
Alhamdulillah..2 biji vitamin C sehari ..masalah kesihatan saya dah berkurang..gusi dah tak berdarah lagi..jarang sangat kene flu.. Semoga Allah berikan saya kesihatan yang cemerlang agar dapat jaga amanah-amanah Allah ni sebaik-baiknya
Nak tahu lebih banyak lagi khasiat Vitamin C Plus nih boleh klik SINI





Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


Best ke tak jadi WAHM ni ?



Best ke tak sebenarnya bergantung pada diri sendiri sebab kita yang design kareer kita kan.Kita yang set mood kita happy ke atau sedih ke ..benci ke tak suka ke ..tapi nasihat saya ..kalau nak down tu sekejap je takpe ..jangan lama-lama sebab ia akan bunuh semangat kita dan ambil masa yang lama untuk pulih semula.
Disiplin sangat penting dan pastikan ada visi dan misi yang nak dicapai ..kalau target takde ..sampai dah tongkat lah kita dok usung barang gi pejabat pos .

Pengalaman saya yang dah 8 tahun jadi WAHM.. Sangat best dan mencabar,sebelum ni saya memgendalikan 3 jenis bisnes iaitu printing , eduwonderland (produk dan barangan pendidikan kanak-kanak ) dan produk kesihatan .Terjebak secara serius dalam bisnes Shaklee ni baru setahun lebih.

Kenapa saya rehatkan bisnes saya yang lain ?
Saya suka gunakan istilah rehat ni sebab satu hari nanti saya akan bangunkan semula bisnes lama saya.Sekarang ni saya sedang berusaga gigih membina empayar dan bantu anak-anak buah saya untuk berjaya bersama-sama dengan saya.Bila dah capai rank tertinggi sekali nanti , inshaAllah ..income pada masa itu yang khabarnya paling sedikit pun RM50K sebulan bolehla dijadikan suntikan modal untuk survival bisnes-bisnes saya yang sedang rehat ni.

Antara sebab lain kenapa saya rehatkan bisnes saya yang lain , bisnes Shaklee ni perlukan fokus dan komitmen yang tinggi sebab memasarkan produk kesihatan ni membabitkan  kesihatann pelanggan.Jadi pengetahuan terhadap produk sangat penting dan perlu follow up pelanggan agar mereka sentiasa brepuas hati dengan servis kita.Dari segi empayar pula ,komitmen yang tinggi diperlukan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin (leaders) dari kalangan anak buah saya.Itu lah yang istimewanya bisnes Shaklee ni ..takde istilah teraniaya dan di aniaya .. win win situation ..

Takut takde life??
Ada sebilangan kawan-kawan yang berhajat nak berhenti keje kemudian tanya saya..jadi surirumah ni best ke sebab x keluar meet people kan ..dunia nya kat umah je
Tersenyum kucing saya..hihi
Lor ...kan kita yang design life kita..kita nak life yang camna? Kita yang corakkan dan warnakan life kita 

Time ni National Conference saya dapat award dan dalam gambar ni bersama-sama rakan WAHM SHAKLEE saya

Takde istilah x jumpa orang lah..frankly speak..memangla nampak kami ni macam x berkawan je sebab x keluar rumah..tapi sekarang kan everything on your fingertips..customer2...rakan bisnes..kawan2 blogger... mereka lah kawan2 saya..kawan2 sekolah..seuniversiti ..sekolej yang jauh pun rasa dekat ..malah leh kata every day i meet with different people from different states via online....plus im sooooo happy living blissful with my childrens and family..alhamdulillah
Takde life tu x jadi issue lah sebab kita kan "arkitek " yang design kehidupan kita sendiri 

Training untuk anak-anak buah saya di Jitra

Saya bersama-sama dengan rakan-rakan WAHM yang lain

WAHM Bisnes Shaklee dari kaca mata saya
WAHM bisnes Shaklee ni x ubah macam ketika saya bertugas di department marketing cuma beza nya saya beroperasi hanya di rumah dan berkomunikasi dengan anak-anak buah secara online sahaja.
Dalam bisnes on9 ni kunci nya..do what u love than the money will come..help others so others can help others too..memang best..
Saat paling bermakna bila 4 orang anak buah saya dah pun berjaya menikmati income 4 angka dan kini sedang mengejar peluang2 lain yang ada..anak2 buah yang lain pula sedang menikmati income 3 angka dan dalam perjalanan menuju 4 angka... Jika anda berminat nak sertai team kami dan menjadi sebahagian dari family Shaklee kami ..jangan segan segan hubungi saya di nombor 019 556 0012 atau emai saja ke supermomfazlina@gmail.com

Tanpa keberanian mimpi takkan jadi kenyataan

Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.