Friday, 26 September 2014

RESIPI Bee hives bread !

Skang ni roti sarang lebah ni plak viral kat FB  ..IG .. kat Alor Setar ni mana la nak cari kan sapa yang ada jual.Ni yang rasa nak beli oven cepat nih ..hihi

Jumpa resepi roti sarang lebah ni tadi tapi lupa plak amik dari mana ..adehh ..sah -sah memang wajib amik Omega Guard semula nih .. Nanti nak try lah buat ,kalau jadi nanti saya tepek kat sini ye result nya ..hihihi




Bahan2
2 cawan tepung roti *cma guna tepung gandum jer
1/2 Sudu teh dry yeast 
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *kalau takde leh gantikan dgn fresh milk
¼ cawan minyak sun flower*cma guna minyak masak biasa
1/2 cawan air suam
**Almond flakes, pumpkin seeds utk tambahan  jika suka


cara2
  1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan sampai berbuih. 
  2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung, baking powder dan kacau sebati.
  3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan.
  4. Uli dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.uli dgn cara menyental baju tu.
  5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
  7. Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  8. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.Buat sampai habis. 
  9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
  10. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
  11. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.Time bako dalam 10-15 minit.
  12. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTA
Doh memang lembik.. JANGAN tambah tepung, cuma sapukan tgn dgn minyak masa nk bulatkan doh kecik2.Make sure oven betui2 panas supaya nnti roti lembut bak kapasJANGAN bakar terlalu lama nanti keras

BUTTERSCOTCH SAUCE

Bahan

1/2 cup brown sugar.
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
Garam secubit rasa
1/2 sudu teh Vanila
25g butter


Caranya-
  1. Cairkan butter, Masukkan brown sugar, kacau2 sehingga gulanya cair dan berbuih.
  2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati tutup api.




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.