Thursday, 30 October 2014

MY Best friend forever


Nak tergelak pun ada tapi tetiba rasa so sweet la pulak.Malam ni ada orang message whatsapp saya hantar lagu ni….paling best caption kat bawah video tu " Buat isteriku tersayang " =)

Mr Right saya ni bukanlah seorang yang romantik ..susah nak dengar dia berbual kalau bukan saya yang mulakan ...kawan gaduh saya ..bisnes partner..room mate..naqib saya dan anak-anak..guru saya.. Dan of course orang yang selalu buat saya nangis dan ketawa.hihi



Semoga saya berjaya jadi isteri yang solehah buat Mr Right saya 

Semoga kami bercinta sehingga ke syurgaNya

Semoga rumahtangga kami sentiasa diberkati dan dipelihara Allah 

Semoga zuriat kami.. keturunan kami ...jadi hamba yang soleh ,taat pada perintahNya dan tidak meninggalkan solat

Semoga impian kami menjadi kenyataan


Amiiin

Gambar masa tahun pertama usia perkahwinan kami



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012



Aiskrim fazlina.com yang ohsem!!






Ok sempena bulan promosi Mealshake yang bakal berakhir ni..saya nak share dengan anda resipi homemade ice cream saya..kali ni saya ubah sedikit resipi asal ..tambah Mealshake..hehe


Bahan-bahan

2 cawan Susu low fat ( saya suka jenama Mary gold)
1 cawan serbuk susu tepung ( ada yang guna serbuk coffe mate)
3 sudu makan gula
1 sudu teh perisa vanilla
2 sudu makan serbuk Mealshake
1 sudu ovellete (pastikan yang halal)

** kalau takde ovallete pun takpe ..caranya ..bila dah sejam sejuk  bekukan ..keluarkan dan blend lagi sehingga 3 kali ..pastu terus bekukan sehingga la dalam 5 jam


Cara buat

Satukan 2 cawan susu low fat dan 1 cawan serbuk susu tepung serta kesemua bahan ke dalam blender atau mixer.

Blend sampai adunan jadi gebu dan tuangkan ke dalam bekas.Sejuk bekukan semalaman

Hidangkan dengan hirisan kacang badam panggang dan ikut kreativit masing-masing..selamat mencuba =)


Nak dapatkan Mealshake untuk minuman seisi keluarga ?
Boleh hubungi saya ya =)

Nak tahu apa itu MEALSHAKE dengan lebih lanjut ? KLIK SINI ye 




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012




Tuesday, 28 October 2014

Checklist beg hospital ?






Assalamualaikum dan hye berjumpa lagi kita dalam weblog saya ni www.fazlina.com.Wah ,ramai juga kawan-kawan yang di sahkan hamil dan ada yang tengah menanti hari untuk bersalin.

Yang dah dekat due date tu dah prepare barang mommy dan baby untuk persediaan bersalin ? Bagi yang kandungan dah  7 bulan ,boleh la prepare beg letak siap siap dalam bonet kereta ..bukan apa ..mana lah tahu baby keluar awal kan.



Biasa nya kalau beg baby nak bawa ke hospital ..bawa untuk kegunaan 2 atau 3 hari je.Yang penting baju baby tu cukup ..almaklumla baby ni dengan muntahnya ..dengan bocor pampers nya kan..


  1. Buku pink (buku rekod kehamilan)
  2. Guarantee Letter (GL) - utk yg keje gomen (ni penting sgt)
  3. Kad pengenalan

  1. T-shirt longgar/ ade butang kat depan
  2. Stoking
  3. Kain batik
  4. Sweater
  5. Set mandian (towel, sabun, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, syampu, sikat, bedak etc)
  6. Tuala wanita (utk materniti / heavy flow/ night)
  7. Selipar
  8. Seluar dalam banyak2 sikit 
  9. Nursing bra
  10. Tudung
  11. Breastpump manual + botol
  12. Set penjagaan diri ibu - set berpantang ..KLIK SINI untuk lihat cadangan SET VITAMIN IBU SELEPAS BERSALIN

Baby:
  1. set baju + mitten + booties (saya suka jenis one suit tu je / long romper takyah bawak mitten/booties segala)
  2. Pampers
  3. bedung / selimut hooded
KLIK UNTUK LIHAT IMEJ DENGAN LEBIH BESAR


Di doakan urusan ibu untuk berjihad dipermudahkan Allah.Salam sayang dari saya di www.fazlina.com

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Monday, 27 October 2014

Mealshake tu apa ?




APA KHASIAT MEALSHAKE NI?
-------------------------------------------
✔ Meningkatkan dan menguatkan imuniti anak- anak jarang demam, jarang sakit.
✔ Meningkatkan selera makan anak-berat badan anak akan bertambah secara konsisten
✔ Membantu naikkan berat badan anak
✔ Membantu mengurangkan masalah Eczema, Asma
✔ Kulit tidak mudah lekat parut. Jika berparutakan cepat hilang.
✔ Membantu memperbaiki sistem penghadaman anak- kurang sembelit
✔ Anak lebih cerdas dan cergas dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar
✔ Yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk pil
✔ Membantu mencantikkan tekstur kulit.
✔ Menjadikan anak lebih sihat,bertenaga dan aktif sepanjang hari..
✔ Mengatasi alahan semasa mengandung dan membuka selera bg ibu yang tiada selera makan.
✔ Bagi ibu yang menyusukan,mealshake juga membantu melancarkan penyusuan ibu....
✔ Rasa vanilla yang SEDAP






Wah best kan bila tgk khasiat mealshake ni utk anak2... kita juga boleh ambil skali.., mmg kanak2 kebanyakan akan suka dgn rasa vanilanya yg sedap tu.Awas !!! Sila sorok tin mealshake daripada anak-anak 





TESTIMONI 1 

TESTIMONI 2


Berminat untuk dapatkan supplement untuk permata hati anda ? 
Hubungi saya segera ye  (^_^)


Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


Beli sambil laksanakan tanggungjawab sosial ?




Sebut satu perkataan mewakili perasaan anda bila tengok gambar ni?
Satu perkataan sahaja ya .. 

Ini adalah gambar kanak-kanak yang miskin di luar negara
Tapi tahukah anda di Malaysia juga ada anak-anak yang berada dalam keadaan sebegini?

Tahukah anda ...kanak-kanak yang tidak mendapat makanan secukupnya boleh menyebabkan mereka kekurangan zat makanan dan mengundang pelbagai penyakit?


Bagi ibu-ibu yang dah pun dapatkan set promosi Mealshake 3+1
Anda bukan sahaja dah pun buat pelaburan yang bijak
Anda bukan sekadar bantu anak sihat dan jaga poket keluarga
Tapi anda juga dah pun jalankan tanggungjawab sosial anda 
Kenapa?
Sebab...Shaklee sedang lancarkan program fights hunger
Keuntungan dari promosi ni akan di salurkan ke rumah-rumah kebajikan di bawah naungan program MyKasih
Melalu belian set ini..anda telah pun secara automatik membantu anak-anak yang serba kekurangan ini..
Masya Allah..di doakan Allah melipat gandakan ganjaran yang bakal Puan terima
Bagi yang berminat dengan promosi ni..jangan sedih
Promosi ni masih berlangsung sehingga 31 Oktober ini
Jom jalankan tanggungjawab sosial kita
Anak sihat..ekonomi sihat...lebih ramai yang akan sihat & bahagia 




Alhamdulillah .. Dapat order set promo Mealshake 3+1 lagi
Cikgu Siti dah pun manfaatkan promosi Mealshake ni untuk dihadiahkan kepada anak muridnya.Bertuah sungguh adik yang dapat Cikgu Siti ni..semoga Allah memberikan pahala yang berpanjangan buat Cikgu 
Feeling terharu ..






Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


Thursday, 23 October 2014

Coaching offline yang ohsem!




Assalamualaikum semua pengunjung fazlina.com =)
Hari ni baru dapat nak share aktiviti kami semalam.Semalam orang lain cuti tapi aktiviti WAHM tetap berjalan.

Oh ya..semalam ada kelas coaching offline santai kat teratak saya.Kelas ni basic class untuk yang baru join..gigih sungguh anak-anak buah Shaklee saya study..dah macam tusyen la plak.

Baby Fayyadh plak meragam...terpaksalah ummi dukung sambil present slide.Lepas habis kelas,bawak anak-anak buah dan family g lunch kat Restoran Uncle Ezz..lunch nasi mandy ayam .Semoga kelas coaching ni bermanfaat..



Ada yang bertanya , apa tu coaching ..selalu baca kat Fb Lin sebut coaching moaching ? = )

Coaching ni adalah sesi di mana saya train anak-anak buah Shaklee saya...iaitu mereka yang daftar bawah saya dan ingin serius berbisnes.Biasanya kelas coaching ni secara ONLINE sahaja ,kecuali kalau ada permintaan yang ingin coaching secara OFFLINE ..

Apa yang ada dalam sesi coaching ni?
Dalam sesi coaching ni saya akan lead atau bimbing anak-anak buah saya cara nak mula bisnes Shaklee ,apa yang mereka perlu tahu tentang Shaklee , tips marketing dan branding , modul pembangunan diri dan eh dan macam-macam lagi lah.. Misi saya ialah nak bimbing anak-anak buah saya semua berjaya  jadi jutawan dunia akhirat ..kaya kesihatan ..kaya akhlaq .. kaya harta 

Anda ingin sertai kami ? Boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah ye .. penyertaan individu yang berani ..proaktif ..bersemangat hebat dan ada keinginan berjaya yang kuat ..inshaAllah akan mudah berjaya ..



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Wednesday, 22 October 2014

Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin ?






Saya pasti ,proses bersalin adalah saat yang paling mendebarkan bagi semua ibu meskipun kali keberapa kelahiran.Paling tidak boleh dilupakan ialah waktu sakit kontraksi yang sekejap sekejap tu kan.Persis seperti sakitnya sengugut malah lebih sakit dari itu.Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan.

Suka saya nak share doa untuk kurangkan sakit ketika bersalin ni dengan anda semua



Berikut adalah tips untuk kurangkan rasa sakit ketika bersalin





TANPA BANTUAN UBAT

Berkedudukan Tegak

Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.

Duduk Ke Hadapan

Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.

Melutut Ke Hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.

Posisi Merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namum, jangan lengkungkan badan anda.

Meniup

Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut huf...huf...huf... seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.


MENGGUNAKAN UBAT

Suntikan Narkotik

Kebiasaanya suntikan ini dilakukan di bahagian punggung. Suntikan pethidine yang digabungkan bersama maxalon (ubat lawan muntah) diberi ketika tahap pertama proses bersalin. Kelebihan penggunaan suntikan ini ialah ibu boleh beristirehat ataupun tidur. Ini kerana suntikan ini merupakan sedatif dan membuat rasa mengantuk. Suntikan ini paling bagus diberi jika anda terlalu cemas. Namum, anda boleh mengalami kesan sampingan jika menerima suntikan satu hingga empat jam sebelum melahirkan. Anda dan bayi akan mengantuk dan mengalami masalah pernafasan. Akibat terlalu mengantuk juga, anda mungkin gagal meneran dengan baik. Walau bagaimanapun, jika bayi mengantuk selepas dikeluarkan, antidot narcan akan digunakan untuk mengatasinya.







Epidural

Suntikan yang dilakukan di bahagian tulang belakang ini baik jika anda tidak tahan sakit, melahirkan anak pertama, proses kelahiran mengambil masa yang panjang, mengalami tekanan darah tinggi dan pernah melahirkan kembar secara pembedahan. Suntikan ini diberi oleh doktor pakar bius setelah kontraksi yang dialami semakin kuat. Dengan menggunakannya, anda dapat bertenang dan tidak stres. Namum, akibat terlalu selesa, anda mungkin sukar untuk meneran dengan baik dan boleh meningkatkan risiko penggunaan vakum dan forsep untuk mengeluarkan bayi.



Etanox

Kaedah menahan sakit ini menggunakan topeng yang disalurkan dengan campuran gas nitrus oksida dan oksigen. Anda perlu menghidu gas menggunakan topeng ketika awal hingga lewat tahap pertama proses bersalin. Jika anda tidak menyedut dengan betul, rasa sakit tidak dapat dihilangkan. Sebetulnya, topeng mesti dipekapkan ke bahagian muka sehingga tiada ruang rongga. Hidu gas sedalam-dalamnya dan kemudian tarik dan hembus nafas seperti biasa. Jika dilakukan dengan betul, kesannya dapat dirasai selepas 15 saat. Setiap kali kontraksi berlaku, lakukan langkah yang sama. Oleh kerana kesannya akan hilang dalam tempoh 1 mint selepas dihidu, jadi anda perlu kerap menghidu topeng entonox.

Terapi Alternatif

  • Aromaterapi berupaya mengurangkan kesakitan. Urut tubuh menggunakan minyak aromaterapi dapat membantu melegakan kesakitan.

Oh ye untuk penjagaan kesihatan ketika berpantang,saya sangat sarankan pengambilan set VITAMIN IBU BERPANTANG agar anda kembali sihat,cergas ,ceria dan bertenaga.Saya dah pun cuba set vitamin berpantang ni dan alhamdulillah..pengalaman berpantang kali ni sangat berbeza dengan sebelum ni..Alhamdulillah saya bertenaga dan luka jahitan bersalin pun cepat sembuh dengan izin Allah.Ingin dapatkan set vitamin berpantang asas boleh hubungi saya segera ye untuk dapatkan tawaran hebat .



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

Sunday, 19 October 2014

Perlu ke bertungku ketika dalam pantang?


Bila sebut tungku je mesti teringat kat bonda saya.Mana tidak nya,masa dalam pantang..bonda tak henti-henti membakar tungku untuk kegunaan saya bertungku.Beliau sangat tegas bab bertungku ni,katanya bertungku ni dapat bantu darah nifas keluar habis habis dan elakkan sejuk.Ya Allah ..semoga Allah membalas kebaikan bonda yang telah banyak menjaga saya dari kecil sampai lah berpantang.

Oh ya..di atas tu gambar batu yang saya ambil dari google.Batu yang saya gunakan pun macam tu..makcik yang urutkan saya ambil dari sungai..batu sungai bagus katanya untuk dibuat jadi tungku.Ada juga yang gunakan tungku besi kan.Kedua-dua jenis tungku ni pun bagus digunakan.


Berbalik pada soalan..penting ke brtungku ni? ini adalah pendapat seorang bidan yang berpengalaman dan tukang urut.Beliau juga sering diundang untuk memberi ceramah berkaitan perbidanan.

Apa baiknya Bertungku ?Bagi saya bertungku tu baik…Lebih baik dari berurut. Org lepas bersalin…..badan lemah. Badan jadi lemah disebabkan semasa kita bersalin,kita menggunakan tenaga yang banyak masa kesakitan datang, kesemua dalaman badan kita akan bekerja terutama sekali segala urat2 kita yang membekalkan darah akan menegang , tekanan darah akan meninggi. Lebih2 lagi semasa meneran.
Sebaik sahaja bayi keluar, semua urat akan mengendur dan lebih lembut dari biasa.Pada masa ni angin ataupun udara sejuk lebih mudah masuk mengikut perjalanan darah.Proses membetulkan dalaman badan bermula.Malangnya bukan semua orang mempunyai badan yang sihat 100%. Ramai yang tidak menyedari masalah urat yang dialami…seperti terseliuh, perjalanan darah yang tersekat disebabkan peyempitan urat dan macam2 lagi. Boleh dikatakan 90% ibu bersalin mengalami masalah seperti ini. Perjalanan darah tidak lancar, benjolan akibat darah tidak lancar dan angin yang terkumpul akan menyebabkan kita berasa sakit dan lenguh2 badan. Apabila dibiarkan…..ianya akan terus bertapak di dalam badan kita tanpa kita sedari.( Bila sakit kita ambil ubat tahan sakit…….sakit lain baik …sakit lain pulak dapat. Keterlaluan mengambil ubat tahan sakit akan mengakibatkan penghakisan dinding dalam perut kita. Jadilah gastrik lama2 jadi ulser. Ligamen lutut , sambungan antara tulang akan beransur terhakis sedikit demi sedikit. Akhirnya kita akan menanggung sakit sendi dan yang paling ketara sakit lutut untuk selama-lamanya ).
Apabila kita bertungku, kepanasan ( suam ) yang disebabkan oleh batu panas, kain panas, botol panas atau apa saja akan membuka pori2 kita dan juga akan mengembangkan urat. Apabila urat mengembang benjolan akan mengecil dan seterusnya menghilang mengikut perjalanan darah. Perjalanan darah akan lancar semula…masa ni lah kalau nak urut tak delah rasa sakit sangat sebab dah tak de benjolan. Urutan pun hanya sekadar membantu melancarkan perjalanan darah tapi sememangnya di akui urutan selepas bersalin juga perlu dilakukan tapi tidaklah seperti orang biasa
Setahu saya bertungku ni bukan untuk mengecutkan rahim . Rahim tidak boleh diusik , diurut ataupun disengkak selagi rahim tidak mengecut dengan sendirinya secara normal. Urut rahim atau sengkak semasa rahim belum kecut akan memudaratkan keadaan rahim itu sendiri. Cuba bayangkan rahim sebesar telur ayam membesar berpuluh kali ganda dan menampung bayi adakalanya sehingga 4 kg, uri dan lain2 lagi. Tiba2 menjadi kosong sebaik sahaja bayi dan lain2 tu keluar, rahim kita tidak akan terus mengecut sebesar asal tapi akan mengecut secara perlahan2. Pada masa ni keadaan rahim kita masih besar cuma kosong ( menggeleber ). saluran faraj juga ambil masa untuk pulih. Kalau nak cepat kecutkan rahim dan kembali ke kedudukan asalnya tanpa perlu disengkak. Perbanyakkanlah menyusui anak. Janganlah pulak terlalu aktif dan mengangkat bende2 berat ( banyak menggunakan tenaga dari dalam perut / abdomen ). Nanti lambat pulak pulih disebabkan gegaran akibat pergerakkan yang kasar .Selalunya dalam tempoh 3 minggu rahim kita dah ok tapi masih kurang sihat. 40 hari adalah sebaik-baiknya kalau nak urut sebab rahim kita dah kembali kepada asal. Selalunya urutan ni dipanggil Urutan penutup pantang.
Saya setuju bertungku akan menyebabkan pendarahan nifas bertambah banyak.Ini adalah disebabkan pengembangan saluran darah dan melancarkan perjalanan darah seperti yang saya nyatakan diatas. Apabila perjalanan darah lancar, proses dalam badan akan bertambah baik , pemulihan rahim juga bertambah baik. Pengecutan semulajadi ditambahkan lagi bantuan dari penyusuan bayi, rahim akan mengecut dan menolak darah yang kotor atau masih ada di dalam rahim keluar, inilah yang akan menyebabkan kita mengalami keluar darah nifas yang banyak tapi hanya sementara sahaja sekiranya berlebihan ( pendarahan ) dan tanpa henti kita kenalah jumpa Doktor.Selalunya usehari dua sahaja. Perbanyakkanlah makan makanan yang boleh menambah darah seperti bayam merah, hati dan daging ( jgn makan lebih sangat ).Disamping tu ambillah vitamin dan mintalah nasihat Doktor.

Oh ye untuk penjagaan kesihatan ketika berpantang,saya sangat sarankan pengambilan set VITAMIN IBU BERPANTANG agar anda kembali sihat,cergas ,ceria dan bertenaga.Saya dah pun cuba set vitamin berpantang ni dan alhamdulillah..pengalaman berpantang kali ni sangat berbeza dengan sebelum ni..Alhamdulillah saya bertenaga dan luka jahitan bersalin pun cepat sembuh dengan izin Allah.Ingin dapatkan set vitamin berpantang asas boleh hubungi saya segera ye untuk dapatkan tawaran hebat .



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


Sepetang di Opening play day Tadika ABS



Semalam hujan lebat sangat , mula nya macam nak cancel je plan nak g open play day Tadika ABS kat Tasik Jitra tu.Tapi bila semangat  tu membuak-buak ,alasan telah pun kalah.hehehe

Akhirnya kami pergi juga ke Tasik Jitra petang tu walaupun dalam keadaan hujan lebat.Alhamdulillah best sangat tau ,tak menyesal datang bawak anak-anak.Ini kali pertama saya pergi ke event seumpama ini.



1. Stesyen permainan 3-6 tahun untuk dipilih dan disertai. Kanak-kanak diajar berlumba-lumba dan bukan bersaing. Siapa yang berusaha lebih dan sertai semua permainan di stesyen sehingga habis akan dapat hadiah dan bukannya hanya no. 1,2,3 sahaja.2. Ada Tuan Badut Md Smile yang bijak menghibur dengan pelbagai bentuk belon, chicken dance dan silap mata.3. Ada Tuan Nasrul Lagendaseni yang bijak seni kreatif. Serlahkan bakat dengan bimbingan insan seni.
4. Dapat tahu lebih lanjut tentang Teknik Nabi yang boleh diamalkan di rumah bagi mendorong anak secara berterusan. Tidak perlu membebel panjang, anak sendiri akan terdorong dan berlumba-lumba membuat kebaikan.
5. Ada ReeVo, minuman Malt Coklat yang menjadi sebutan ramai di FB. Rasa sendiri dan nilaikan.
4. Dapat tahu lebih lanjut tentang Teknik Nabi yang boleh diamalkan di rumah bagi mendorong anak secara berterusan. Tidak perlu membebel panjang, anak sendiri akan terdorong dan berlumba-lumba membuat kebaikan.5. Ada ReeVo, minuman Malt Coklat yang menjadi sebutan ramai di FB. Rasa sendiri dan nilaikan.


Masa sampai tu,ada banyak stesyen tau ,ada kiosk mewarna ..kios sains .. eh macam-macam lah ..MR CLOWN pun ada ..kat sini juga ada minuman Reevo diberi secara PERCUMA.Dapatlah saya rembat 2 plastik tanpa perlu beli secara online .hehe

Balqis , anak saya yang kedua tu suka sangat sebab dapat mewarna ,pensil warna pun banyak.Fawwaz lebih suka aktiviti fizikal ,seronok sangat dia dapat ramai kenalan baru.Fayyad pula ,adehh semua station dia explore ..bukan tu je ..saya sampai terpaksa kejar dia sana sini sebab takut jatuh ..tebing pentas sangat tinggi ..dahla pakai jubah ..dah tak hairan dah apa orang nak kata ..kih kih kih . siapa kata pakai jubah membataskan pergerakan kan =)






Saya agak tertarik dengan Kelab Usahawan ARAF yang ada dalam silibus tadika ABS ni ,kecil-kecil lag anak-anak dah diperkenalkan dengan dunia usahawan.Tak sabar rasanya  nak tunggu anak-anak naik sekolah nanti.




Anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Tadik ABS ni ? Boleh layari TADIKA ABS



Oh ye , jika anda tercari-cari supplement tambahan untuk menyokong nutrisi tambahan permata hati anda ,saya sangat syorkan set VITAMIN KANAK-KANAK ni.Tambah pula kalau dah masuk tadika kan , kene bantu anak untuk tingkatkan sistem daya ketahanan badan agar boleh belajar dengan sihat,ceria dan bertenaga 



Berminat untuk dapatkan supplement untuk permata hati anda ? 
Hubungi saya segera ye  (^_^)



Sehingga berjumpa lagi di entry akan datang ... Terima kasih





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012





Saturday, 18 October 2014

AKAR FATIMAH BANTU MUDAH PROSES BERSALIN ?


Saya pasti ramai antara anda yang pernah tengok atau amalkan akar fatimah ni kan.Saya juga dah pernah amalkan akar fatimah ni.Saya guna yang bonda bagi ..warisan bonda tu .hehehe

Dulu nak dapatkan akar Fatimah ni cukup susah ..kene tunggu ada orang yang ke Mekah untuk kirim beli akar ni.

Akar Fatimah popular untuk ibu yang sedang menanti saat melahirkan anak. Akar tersebut perlu direndam sehingga kembang dalam air masak dan kemudian minum airnya HANYA KETIKA JIKA MULUT RAHIM SUDAH TERBUKAdan telah bersedia untuk bersalin. TIDAK PERLU RENDAM TERLALU LAMA. (Boleh diminum di dalam labor room)

Bagaimana akar fatimah membantu?

Ia mengandungi oxytocin / oksitosin iaitu zat yang digunakan oleh tubuh untuk merangsang kontraksi rahim, yang dipercayai dapat mempercepat persalinan. Zat sejenis oksitoksin yang terkandung di dalam rumput fatimah sama seperti ubat yang diberikan untuk menginduksi ibu hamil agar terjadi kontraksi.

Apakah bahayanya?

Kandungan dos oksitosin tersebut tidak dapat diukur. Tumbuhan ini dipakai dengan cara akarnya direndam. Air rendaman inilah yang diminum. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang terlarut pun semakin pekat. Jadi, bila dos oksitosin berlebihan, kontraksi yang berlaku sangat kerap dan sakit yang teramat sangat juga boleh membahayakan ibu dan anak.


-Sumber info :
https://www.facebook.com/groups/GNRAM/




Proses bersalin adalah proses untuk belajar SABAR. Mengapa?
Ya, kerana dalam proses bersalin seorang ibu mesti sabar ketika merasa kontraksi dan menunggu pintu rahim terbuka. Kita tahu bahawa pembukaan rahim dari 0 hingga 10 cm kadang berlaku dengan sangat lambat. Ketika merasakan kurang selesa sewaktu kontraksi, seorang ibu biasanya merasa waktu terasa lambat sekali bergerak. Dan akhirnya merasa ingin “penderitaan” ini segera berakhir. Padahal sebenarnya saat ini adalah saat “perjuangannnya”  bayi untuk turun dan membuka jalan lahirnya. Dan yang diperlukan seorang ibu adalah, rileks dan percaya tubuh dan bayinya agar dapat melaksanakan proses bersalin dengan baik.
Banyak hal yang dilakukan ketika dalam usaha untuk segera “mengakhiri” proses bersalin ini. Namun sayangnya banyak yang melakukan dengan “jalan pintas”, salah satunya adalah minum air rendaman rumput Fatimah.
Aduh, sayang sekali, kerana sebenarnya rumput Fatimah lebih banyak bahayanya di banding manfaatnya dalam proses bersalin.
Mitos mengatakan, jika anda susah melahirkan, minum saja air rendaman rumput Fatimah. Rumput Fatimah (Labisa pumila) adalah tumbuhan semak asal Arab. Tanaman ini cukup popular. Orang Barat menyebutnya Rose of Jericho. Para jemaah biasa membeli rumput fatimah sebagai buah tangan dari Tanah Suci. Tanaman ini walaupun kering sudah puluhan tahun disimpan, namun kalau direndam dalam air akan mekar kembali.
Rumput fatimah atau Labisa pumila ini mengandungi oksitoksin iaitu zat yang digunakan oleh tubuh untuk merangsang kontraksi rahim, sehingga dipercayai dapat mempercepatkan proses bersalin. Oksitoksin yang terkandung di dalam rumput fatimah sama seperti ubat (induce) yang diberikan untuk mendorong ibu mengandung agar berlaku kontraksi. Biasanya, rumput Fatimah ini direndam dalam air hingga mengembang, kemudian air rendamannya diminum.

Namun, kandungan oksitosin tidak dapat diukur. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang terlarut pun semakin pekat. 
Minum rendaman akar rumput fatimah ini akan menimbulkan masalah jika mulut rahim belum terbuka, efek kuat kontraksi ini adalah berbahaya. Risikonya dapat menimbulkan pendarahan akibat kontraksi rahim sehingga menyebabkan pecahnya pembuluh-pembuluh darah dan stres otot. Kontraksi yang ditimbulkan akan sangat tinggi, tanpa henti. Kerap terjadi, para ibu mengandung sudah meminumnya dari rumah. Hasilnya, kontraksi sangat kuat. Tapi pembukaan rahim tidak sesuai dengan kontraksi. Kesannya berbeza-beza, untuk ibu yang pembukaannya sudah hampir sempurna memang dapat membantu mempercepatkan kelahiran, namun bagi yang pembukaannya masih awal tentu tidak sesuai dengan kontraksi yang hebat tersebut. Jika tidak tahan akan kontraksi, si ibu akan terus meneran pada hal pembukaan masih sedikit, dan besar kemungkinan rahim akan koyak. Selain itu akan terjadi perdarahan setelah melahirkan, atau bahkan kematian pada janin.
Biasanya, yang menyuruh untuk minum air rendaman rumput Fatimah ini adalah ibu atau nenek atau orang-orang “senior” yang dianggap banyak pengalaman. Jadi, info yang diberikan adalah “agar lancar proses bersalin” dan  akan diterima tanpa bertanya kesan sampingan dan bahayanya.
Rumput Fatimah ini hanya boleh diminum ketika sudah dekat waktu melahirkan, iaitu ketika pembukaan rahim di atas 6 cm, bukan ketika air ketuban pecah. Jika Rumput Fatimah diminum sebelum pembukaan 6 cm akan terjadi kontraksi yang abnormal. Dan hal ini sangat berbahaya bagi ibu yang hendak melahirkan. Kemungkinan terjadi koyakkan pada dinding rahim dan perdarahan yang banyak.

Oleh itu, meskipun dapat membantu proses bersalin, sebaiknya anda berhati-hati ketika hendak meminum rumput fatimah ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil air rendaman rumput Fatimah. Jangan hairan jika para doktor akan melarang penggunaannya kerana dikhuatiri akan membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

Nota : artikel telah diolah untuk kesesuaian pendapat dan pemahaman.
Sumber asal: http://www.bidankita.com/index.php?option=com_content&view=article&id=345:bahaya-rumput-fatimah-dalam-persalinan&catid=44:natural-childbirth&Itemid=56

Dah terlanjur kita bercerita bab akar Fatimah ni , saya sangat sarankan anda cuba set vitamin berpantang.Boleh KLIK SINIuntuk ketahui lebih lanjut bagaimana set vitamin berpantang ini mampu bantu anda lebih cergas ,ceria dan bertenaga walaupun ketika sedang berpantang


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.