Monday, 6 October 2014

Aidil adha 1435

Allahu akbar .. Allahu akbar


Takbir bergema sebaik sahaja solat berjemaah ,suara encik suami menambahkan lagi rasa shahdu.Terkenang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as demi cintanya terhadap Al Khaliq.Muhasabah diri ... apakah pengorbanan kita sebagai tanda cinta kepada Allah ?

Oh ye , apa menu hidangan raya anda sekeluarga ? Kali ni menu hidangan raya haji kami ialah nasi impit ,sambal kacang ohsem bonda , nasi lemak special , ayam goreng berempah , sambal tumis istimewa bonda , masak lodeh dan kuih lapis air tangan bonda.Kami adik beradik bantu bonda siapkan bahan je ..alhamdulillah ..dapat juga makan hasil air tangan bonda :)




Selepas makan , haruslah ambil 2 biji Phytocol ST untuk elakkan kolestrol naik tambahan plak dah masuk 3 series ni kan.Kesihatan sangat lah penting ,tapi dah time raya  ni kan camne nak elak..balik sini pun bukan selalu ye tak ...hehehe



Mana gambar raya ? alhamdulillah ..smpat lah snap gambar raya suami dan anak-anak yang memakai warna sedondon ..saya je tak sebab lupa bawak baju raya balik Ipoh ..tu lah kan ,sibuk packing baju anak-anak sampai baju sendiri pun boleh lupa :)

Petang nya pula,kami bawak anak-anak ke KIDZOONA di AEON 18 ,tiap kali balik Ipoh ..ni antara tempat yang wajib kami pergi .Memang puas anak-anak bermain ,sampai kat rumah je semua terus pengsan.Alhamdulillah .. hari yang sangat happy ..Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami 


Kullu am wa antum bi khayrr ..
Oh ya ,, di kesempatan ini ..saya ingin mengucapkan Salam Aidil Adha buat anda semua tak kira di mana jua anda berada.Semoga kita dapat hayati erti pengorbanan kepada Allah yang sebenar-benarnya.



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.