Saturday, 4 October 2014

Alhamdulillah ..Jom balik kampong !!

Seawal pagi bersiap-siap packing baju ..packing order customer .Mujurlah baby Fayyadh bagi chance kat ummi ''langsai' kan kerja-kerja pastu baru lah dia bangun.Kami bergerak dalam pukul 11 pagi ..almaklumlah siap-siapkan wonderkids 3 orang tu je dah berapa jam kan.

Rasa tak sabar nak sampai kampong ..hihi ..Sampai kat Penang , kami singgah di Shaklee untuk register ahli baru keluarga Shaklee kami dan orderkan barang untuk pos customer.Bestnya lah siapa yang duduk dekat dengan branch ni ... sempat lagi tu berangan kalau lah Shaklee bukak branch kat Alor Setar :)

Ni namanya beg memberkit ,dalam tu semua ada ..buku resit ..buku mannual

Pastu kan ,sementara tunggu turn , tetiba nampak muka sendiri kat wall tu.Dulu selalu bercakap dalam hati ,bila lah gambar kami nak naik kat situ ..Alhamdulillah naik betul ..hopefully lepas ni dapat naik kat kolum Master Coordinator pulak .. amiiin :)




Bercakap tentang visualisation ni ..memang ternyata benar ..teringat pada sebuah hadis Qudsi ..Allah berfirman bahawa  ''Aku menuruti sangkaan hamba KU"

Banyak sangat perkara yang berlaku jadi realiti lepas di visualise kan dalam minda.Apa yang saya capai dalam Shaklee pun antara yang pernah saya impikan sebelum ni.Tetapi perlu disusuli dengan tindakan  yang bersungguh-sungguh la bukan sekadar berangan je.

Ada cerita juga saya nak kongsikan bersama anda hari ni ,sebelum ni ..saya teringin sangat nak beli telekung cantik yang berwarna ..tapi nak beli online risau tak selesa dan warna sebenar tak cantik ..saya pun bayangkan lah telekung yang saya nak tu ..nak yang selesa ..warna cantik ( yelah kan nak berdating dengan Allah mestilah nak cantik-cantik ye tak? )

Alhamdulillah ..Tetiba ,masa saya nak bertolak tu ..tuan rumah datang bawak kain telekung untuk jual ..Masha Allah ..Allah bawa terus apa yang saya mahukan ..ni lah telekung  nya ,,harga murah RM65 sahaja dan memang selesa ..sama seperti yang saya visualisekan dalam minda :)

Ni lah telekung nya ,warna hijau ceria ..memang jamilah jiddan




Kami sampai kat rumah bonda dan ayahnda dalam pukul 6 petang camtu..Alhamdulillah ..jalan tak sesak dan anak-anak pun ok je tak meragam :)



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





2 comments:

  1. Betullah kan, kena berani bermimpi, lepas tu usaha. Allah kan Maha Penyayang dan Pemurah. Saya dulu visualize dapat bersalin dengan aurat terjaga dan suami ada di sisi. Kami pergi kelas Amani semua dengan harapan timba ilmu dan bersedia untuk bersalin di mana-mana. Memang nak pergi hospital dah, Allah bagi bersalin kat rumah dengan disambut suami. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menariknya pengalaman Fauzana ..ye ..mula-mula masa baca tentang teknik visualize tu antara percaya dan tak percaya.Tapi siapa kita nak menidakkan kuasa Allah kan..dalam satu hadis qudsi..Allah berfirman..Aku menuruti sangkaan hambaKu..sedar atau tak kita memang telah di didik dengan teknik visualize ni sejak dulu lagi.Salam perkenalan ya..terima kasih sudi singgah ke fazlina.com =)

      Delete

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.