Thursday, 9 October 2014

FAMILY CLOWN ?

Bila ada rakan-rakan niaga yang mengadu customer cancel order , pos hantar barang lambat , promote takde orang nak beli barang , untung tak banyak  ... saya hanya tersenyum =)

Saya juga tak pernah sunyi dari ujian-ujian kecil sebegini ..apatah lagi dengan cabaran mengendalikan empayar yang ada lebih kurang hampir 200 orang dengan pelbagai kerenah dan cara.Adakalanya terbit rasa rajuk di hati ..yelah kan mana nak handle customer lagi ,anak buah lagi ..anak kandung ..tugasan rumah lagi.Tapi rajuk saya biasanya tak lama ,paling lama pun 5 minit ..memandang mereka yang lebih hebat di uji merupakan antara TERAPI untuk mendidik hati.


Gambar hiasan


Pernah satu ketika , saya singgah ke salah sebuah shopping mall untuk beli roti.Ketika itu jam menunjukkan hampir pukul 11 malam.mall tu pun hampir menamatkan operasi.Ketika itu pandangan saya tertarik ke arah  sebuah family clown yang sedang gigih menghiburkan mata-mata yang ada di situ.Entah mengapa , hati saya jadi sebak ..air mata deras mengalir ..bukan kerana dek  lucunya persembahan beliau .. tetapi ada susuk tubuh kecil yang begitu menarik perhatian saya .. di sisi penghibur itu ada 2 anak kecil yang saya kira seusia dengan anak saya yang berusia 4 dan 5 tahun sedang tersenggut-senggut menahan ngantuk.Sementara ada baby di atas meja yang bermain sendiri.Ada juga seorang wanita yang sangat cekap memintal belon untuk diberikan kepada mereka yang sudi menghulurkan sejumlah wang kedalam bakul comel itu.Pastinya wanita tersebut adalah ibu hebat untuk anak-anak kecil itu dan isteri yang cekal buat suaminya.


Tentu ada yang bertanya,kenapa saya tidak ambil gambar mereka untuk tatapan pengunjung setia coretan saya.Pada mulanya saya ingin snap gambar mereka tetapi entah mengapa...melihat wajah lesu anak kecil ini ,saya tidak sampai hati :(

Orang yang melihat ,tertawa riang ..tetapi mereka tak tahu penanggungan di sebalik wajah badut itu ..ketika anak-anak kita lena dibuai mimpi ,anak-anak kecil ini terpaksa berjaga dibawa bersama oleh pasangan ini demi mencari sesuap nasi...




Kita lihat pula peniaga-peniaga jalanan yang terpaksa mengangkut kerusi-kerusi dan meja hampir setiap hari ..jika hujan maka basahlah ..tiadalah jualan untuk hari itu ..jika panas terik ..maka terpaksa sajalah berjemur demi mecari sesuap nasi


Cuba kita bandingkan mereka dengan kita yang hanya berniaga secara online ,yang saya kira cukup selesa ..panas hujan kita masih di bawah bumbung.Di saat kita sedang rancak mengira jualan .. peniaga di luar sana ada yang bingung memnguruskan kos belanja sewa , bayar gaji pekerja tu tak kira lagi masalah pekerja lari ke atau nak cari pekerja .Kita juga tak perlu pening-pening fikir nak bayar loan atau hutang  dan cari modal untuk tambah barang jualan..peniaga kat luar sana ada yang tak lena tidur memikirkan perniagaan mereka dan ada juga yang hari-hari di kejar along ..Kita juga tak perlu bawa anak-anak keluar masa berniaga seperti anak family clown tadi .




Kalau nak dibanding dengan ujian yang kita hadapi ni apalah sangat dengan ujian-ujian mereka ini.Nak menjadi usahawan yang hebat perlukan hati yang hebat ..tak mudah merajuk ..tak  mudah mengalah dan tak kenal erti putus asa. Bila sebut tentang kejayaan ahli perniagaan ..ramai yang kagum dan ingin menjadi seperti mereka ...semua ingin kaya seperti mereka ..tetapi berapa ramai yang sanggup BERKORBAN seperti apa yang mereka telah korbankan ??

TIPS ATASI RASA DOWN DALAM PERNIAGAAN

Sepanjang berniaga secara online hampir 9 tahun ,banyak yang saya belajar dari pengalaman saya sendiri dan dari rakan-rakan niaga yang lain.Sungguh pengalaman itu sangat mematangkan dan mengajar saya erti sabar dan cekal.Ada sebab mengapa dikatakan 9/10 rezeki itu dari berniaga.



1.Fikiran positif adalah berfikir ke arah kebaikan dan fokus kepada perkara yang baik. Kadang kala otak kita ini susah nak fikir benda yang baik-baik sahaja dan adakalanya yang negatif juga akan muncul. Saya sarankan anda abaikan sahaja yang negatif ketika itu. Fikirkan bagaimana mahu terus melangkah dan bina semula perniagaan kita. Hanya ada dua MAKE PROGRESS atau MAKE REASON.Pilihan terletak di tangan anda
2.Ingin ubah cerita kehidupan, Ia merupakan matlamat. Contoh dalam biz mesti ada target yang perlu dicapai. Maka ingat semula matlamat atau tujuan kenapa anda pilih untuk berbisnes dan mengapa pilih bisnes ni.
3.Check hubungan kita dengan Allah ,baiki lompang-lompang yang ada. Amalan-amalan rohani kita laksanakanlah dengan sebaik mungkin.
Ini pula adalah antara tips yang saya ambil dari mentor bisnes yang terkenal iaitu DAO.Jika  masih lagi menghadapi waktu sukar dalam bisnes (walaupun sudah belajar ratusan strategi pemasaran), berikut adalah item-item penting untuk dinilai semula:
1) Pasaran.
2) Produk.
3) Pemasaran.
===
1) Pasaran
===
Sebelum jual produk, kaji pasaran terlebih dahulu.
Supaya kita tahu ada permintaan.
Apabila usahawan tidak mengkaji pasaran, maka
jalan mereka untuk GAGAL lebih pantas.
Sebab tidak ada sesiapa pun yang perlukan produk kita.

===
2) Produk
===
Produk yang terbaik dan selesaikan masalah orang.
Ini adalah kata kunci untuk berjaya dalam bisnes.
Perkara utama adalah mempunyai produk yang
terbaik dari pelbagai sudut.
Apabila produk itu bagus dan membantu pasaran,
maka bisnes  bakal meletup dan
melonjak ke tahap yang lebih LUAR BIASA.
===
3) Pemasaran
===
Kunci MUTLAK dalam perniagaan adalah PEMASARAN.
Sehebat mana pun kualiti produk, tetapi jika strategi
pemasaran kita ‘hampeh’ dan tidak berkesan, maka
semuanya jadi sia-sia. 90% bisnes gagal kerana tidak menguasai pemasaran.

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.