Sunday, 19 October 2014

Perlu ke bertungku ketika dalam pantang?


Bila sebut tungku je mesti teringat kat bonda saya.Mana tidak nya,masa dalam pantang..bonda tak henti-henti membakar tungku untuk kegunaan saya bertungku.Beliau sangat tegas bab bertungku ni,katanya bertungku ni dapat bantu darah nifas keluar habis habis dan elakkan sejuk.Ya Allah ..semoga Allah membalas kebaikan bonda yang telah banyak menjaga saya dari kecil sampai lah berpantang.

Oh ya..di atas tu gambar batu yang saya ambil dari google.Batu yang saya gunakan pun macam tu..makcik yang urutkan saya ambil dari sungai..batu sungai bagus katanya untuk dibuat jadi tungku.Ada juga yang gunakan tungku besi kan.Kedua-dua jenis tungku ni pun bagus digunakan.


Berbalik pada soalan..penting ke brtungku ni? ini adalah pendapat seorang bidan yang berpengalaman dan tukang urut.Beliau juga sering diundang untuk memberi ceramah berkaitan perbidanan.

Apa baiknya Bertungku ?Bagi saya bertungku tu baik…Lebih baik dari berurut. Org lepas bersalin…..badan lemah. Badan jadi lemah disebabkan semasa kita bersalin,kita menggunakan tenaga yang banyak masa kesakitan datang, kesemua dalaman badan kita akan bekerja terutama sekali segala urat2 kita yang membekalkan darah akan menegang , tekanan darah akan meninggi. Lebih2 lagi semasa meneran.
Sebaik sahaja bayi keluar, semua urat akan mengendur dan lebih lembut dari biasa.Pada masa ni angin ataupun udara sejuk lebih mudah masuk mengikut perjalanan darah.Proses membetulkan dalaman badan bermula.Malangnya bukan semua orang mempunyai badan yang sihat 100%. Ramai yang tidak menyedari masalah urat yang dialami…seperti terseliuh, perjalanan darah yang tersekat disebabkan peyempitan urat dan macam2 lagi. Boleh dikatakan 90% ibu bersalin mengalami masalah seperti ini. Perjalanan darah tidak lancar, benjolan akibat darah tidak lancar dan angin yang terkumpul akan menyebabkan kita berasa sakit dan lenguh2 badan. Apabila dibiarkan…..ianya akan terus bertapak di dalam badan kita tanpa kita sedari.( Bila sakit kita ambil ubat tahan sakit…….sakit lain baik …sakit lain pulak dapat. Keterlaluan mengambil ubat tahan sakit akan mengakibatkan penghakisan dinding dalam perut kita. Jadilah gastrik lama2 jadi ulser. Ligamen lutut , sambungan antara tulang akan beransur terhakis sedikit demi sedikit. Akhirnya kita akan menanggung sakit sendi dan yang paling ketara sakit lutut untuk selama-lamanya ).
Apabila kita bertungku, kepanasan ( suam ) yang disebabkan oleh batu panas, kain panas, botol panas atau apa saja akan membuka pori2 kita dan juga akan mengembangkan urat. Apabila urat mengembang benjolan akan mengecil dan seterusnya menghilang mengikut perjalanan darah. Perjalanan darah akan lancar semula…masa ni lah kalau nak urut tak delah rasa sakit sangat sebab dah tak de benjolan. Urutan pun hanya sekadar membantu melancarkan perjalanan darah tapi sememangnya di akui urutan selepas bersalin juga perlu dilakukan tapi tidaklah seperti orang biasa
Setahu saya bertungku ni bukan untuk mengecutkan rahim . Rahim tidak boleh diusik , diurut ataupun disengkak selagi rahim tidak mengecut dengan sendirinya secara normal. Urut rahim atau sengkak semasa rahim belum kecut akan memudaratkan keadaan rahim itu sendiri. Cuba bayangkan rahim sebesar telur ayam membesar berpuluh kali ganda dan menampung bayi adakalanya sehingga 4 kg, uri dan lain2 lagi. Tiba2 menjadi kosong sebaik sahaja bayi dan lain2 tu keluar, rahim kita tidak akan terus mengecut sebesar asal tapi akan mengecut secara perlahan2. Pada masa ni keadaan rahim kita masih besar cuma kosong ( menggeleber ). saluran faraj juga ambil masa untuk pulih. Kalau nak cepat kecutkan rahim dan kembali ke kedudukan asalnya tanpa perlu disengkak. Perbanyakkanlah menyusui anak. Janganlah pulak terlalu aktif dan mengangkat bende2 berat ( banyak menggunakan tenaga dari dalam perut / abdomen ). Nanti lambat pulak pulih disebabkan gegaran akibat pergerakkan yang kasar .Selalunya dalam tempoh 3 minggu rahim kita dah ok tapi masih kurang sihat. 40 hari adalah sebaik-baiknya kalau nak urut sebab rahim kita dah kembali kepada asal. Selalunya urutan ni dipanggil Urutan penutup pantang.
Saya setuju bertungku akan menyebabkan pendarahan nifas bertambah banyak.Ini adalah disebabkan pengembangan saluran darah dan melancarkan perjalanan darah seperti yang saya nyatakan diatas. Apabila perjalanan darah lancar, proses dalam badan akan bertambah baik , pemulihan rahim juga bertambah baik. Pengecutan semulajadi ditambahkan lagi bantuan dari penyusuan bayi, rahim akan mengecut dan menolak darah yang kotor atau masih ada di dalam rahim keluar, inilah yang akan menyebabkan kita mengalami keluar darah nifas yang banyak tapi hanya sementara sahaja sekiranya berlebihan ( pendarahan ) dan tanpa henti kita kenalah jumpa Doktor.Selalunya usehari dua sahaja. Perbanyakkanlah makan makanan yang boleh menambah darah seperti bayam merah, hati dan daging ( jgn makan lebih sangat ).Disamping tu ambillah vitamin dan mintalah nasihat Doktor.

Oh ye untuk penjagaan kesihatan ketika berpantang,saya sangat sarankan pengambilan set VITAMIN IBU BERPANTANG agar anda kembali sihat,cergas ,ceria dan bertenaga.Saya dah pun cuba set vitamin berpantang ni dan alhamdulillah..pengalaman berpantang kali ni sangat berbeza dengan sebelum ni..Alhamdulillah saya bertenaga dan luka jahitan bersalin pun cepat sembuh dengan izin Allah.Ingin dapatkan set vitamin berpantang asas boleh hubungi saya segera ye untuk dapatkan tawaran hebat .



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.