Wednesday, 22 October 2014

Teknik Kurangkan Sakit Ketika Bersalin ?






Saya pasti ,proses bersalin adalah saat yang paling mendebarkan bagi semua ibu meskipun kali keberapa kelahiran.Paling tidak boleh dilupakan ialah waktu sakit kontraksi yang sekejap sekejap tu kan.Persis seperti sakitnya sengugut malah lebih sakit dari itu.Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan.

Suka saya nak share doa untuk kurangkan sakit ketika bersalin ni dengan anda semua



Berikut adalah tips untuk kurangkan rasa sakit ketika bersalin





TANPA BANTUAN UBAT

Berkedudukan Tegak

Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.

Duduk Ke Hadapan

Duduk berhadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.

Melutut Ke Hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan seselesa mungkin.

Posisi Merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namum, jangan lengkungkan badan anda.

Meniup

Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut huf...huf...huf... seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.


MENGGUNAKAN UBAT

Suntikan Narkotik

Kebiasaanya suntikan ini dilakukan di bahagian punggung. Suntikan pethidine yang digabungkan bersama maxalon (ubat lawan muntah) diberi ketika tahap pertama proses bersalin. Kelebihan penggunaan suntikan ini ialah ibu boleh beristirehat ataupun tidur. Ini kerana suntikan ini merupakan sedatif dan membuat rasa mengantuk. Suntikan ini paling bagus diberi jika anda terlalu cemas. Namum, anda boleh mengalami kesan sampingan jika menerima suntikan satu hingga empat jam sebelum melahirkan. Anda dan bayi akan mengantuk dan mengalami masalah pernafasan. Akibat terlalu mengantuk juga, anda mungkin gagal meneran dengan baik. Walau bagaimanapun, jika bayi mengantuk selepas dikeluarkan, antidot narcan akan digunakan untuk mengatasinya.







Epidural

Suntikan yang dilakukan di bahagian tulang belakang ini baik jika anda tidak tahan sakit, melahirkan anak pertama, proses kelahiran mengambil masa yang panjang, mengalami tekanan darah tinggi dan pernah melahirkan kembar secara pembedahan. Suntikan ini diberi oleh doktor pakar bius setelah kontraksi yang dialami semakin kuat. Dengan menggunakannya, anda dapat bertenang dan tidak stres. Namum, akibat terlalu selesa, anda mungkin sukar untuk meneran dengan baik dan boleh meningkatkan risiko penggunaan vakum dan forsep untuk mengeluarkan bayi.



Etanox

Kaedah menahan sakit ini menggunakan topeng yang disalurkan dengan campuran gas nitrus oksida dan oksigen. Anda perlu menghidu gas menggunakan topeng ketika awal hingga lewat tahap pertama proses bersalin. Jika anda tidak menyedut dengan betul, rasa sakit tidak dapat dihilangkan. Sebetulnya, topeng mesti dipekapkan ke bahagian muka sehingga tiada ruang rongga. Hidu gas sedalam-dalamnya dan kemudian tarik dan hembus nafas seperti biasa. Jika dilakukan dengan betul, kesannya dapat dirasai selepas 15 saat. Setiap kali kontraksi berlaku, lakukan langkah yang sama. Oleh kerana kesannya akan hilang dalam tempoh 1 mint selepas dihidu, jadi anda perlu kerap menghidu topeng entonox.

Terapi Alternatif

  • Aromaterapi berupaya mengurangkan kesakitan. Urut tubuh menggunakan minyak aromaterapi dapat membantu melegakan kesakitan.

Oh ye untuk penjagaan kesihatan ketika berpantang,saya sangat sarankan pengambilan set VITAMIN IBU BERPANTANG agar anda kembali sihat,cergas ,ceria dan bertenaga.Saya dah pun cuba set vitamin berpantang ni dan alhamdulillah..pengalaman berpantang kali ni sangat berbeza dengan sebelum ni..Alhamdulillah saya bertenaga dan luka jahitan bersalin pun cepat sembuh dengan izin Allah.Ingin dapatkan set vitamin berpantang asas boleh hubungi saya segera ye untuk dapatkan tawaran hebat .



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.