Sunday, 30 November 2014

Rahsia transformasi kulit jadi gebu ?


Assalamualaikum semua =)

Cuba perhatikan gambar kat atas ni ..nampak tak perbezaan kulit Puan ni?
Oh ye ,ni gambar real ye ..bukan di edit dengan kamera 360 tau.

Hari ni saya  nak share tetsimoni Puan Amilia yang KONSISTAN mengambil set vitamin kecantikan Shaklee dan ESP



Nampak kan perbezaan nya ?.. Berminat nak dapatkan set vitamin untuk kulit cantik sebegini boleh hubungi saya atau order secara ONLINE DI SINI ya =)



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Thursday, 27 November 2014

Tips rawatan untuk batuk ,selsema dan demam ?


Sekarang ni musim hujan kan ,boleh kata setiap hari pun hujan.Bila hujan ,cuaca sejuk-sejuk ni yang biasa mudah dapat selsema dan batuk dah tentulah anak-anak kan.Orang dewasa yang badan tak berapa kuat sistem daya ketahanan badan pun mudah kene apatalah lagi anak-anak.
Ramai kawan-kawan yang bekerja susah hati , pergi kerja teringat anak kat nurseri yang demam ,batuk ,selsema.Ada juga yang terpaksa amik cuti walapun boss tak bagi demi anaknda tersayang (Pengorbanan seorang ibu  =( .. anak-anak yang kene serangan asma pun ramai musim-musim hujan ni.
Jangan sedih ye kawan-kawan , dari kita mengeluh ,yakinlah ada hikmah di sebalik ujian yang ALLAH bagi ni.Mungkin Allah nak bagi ''bonding'' kita dengan family  lebih kuat lagi.Ok apa kata kita baca dulu artikel ni tentang tips hilangkan batuk kanak-kanak ,bayi dan orang dewasa.Kredit to WOM
Adakah anda menderita batuk yang berpanjangan? Bukan setakat seminggu dua, sebaliknya berbulan-bulan!
Batuk yang menjadi-jadi sangat merimaskan. Bukan setakat menganggu aktiviti seharian, bahkan tidur anda pun boleh terganggu hanya kerana disebabkan oleh penyakit batuk ini.Apakah punca utama batuk yang berterusan sehingga kadang kala terjadinya batuk bersama kahak ini?
Antara sebab-sebabnya adalah:
  • Demam selsema.
  • Merokok atau habuk, penyakit lelah.
  • Jangkitan saluran pernafasan.
  • Penyakit paru-paru.
  • Kelemahan jantung.
Batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Batuk kering iaitu batuk yang tidak menghasilkan kahak tetapi menyebabkan tekak berasa gatal.
2. Batuk berkahak iaitu batuk yang menghasilkan kahak dan menyebabkan dada terasa penuh dan sukar bernafas.
Petua Menghilangkan Batuk Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak
  • Madu Asli
Berikan anak anda satu sudu kecil madu dengan menggunakan sudu plastik untuk mengekalkan zat madu tersebut. Sekiranya madu itu pekat,anda bolehlah campurkan ia dengan air sedikit.
  • Kunyit Hidup
Dapatkan serbuk kunyit hidup dengan menggosoknya di permukaan yang kasar. Kemudian serbuk kunyit itu dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan di dada bayi.
  • Bawang Putih
Bakarkan bawang putih seketika dan campurkan bawang putih yang telah dibakar itu dengan sedikit lada hitam dan minyak masak. Kemudian sapukan pada dada anak anda.
  • Daun Bunga Tahi Ayam
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir. kemudian sapu pada tengkuk dan dada anak anda.
  • Daun Kaduk
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih dan sapukan pada dada dan perut anak anda
  • Pucuk Ubi
Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramaskan sehingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.
  • Gula Melaka
Pecahkan gula melaka kepada bahagian kecil seperti gula-gula dan berikan pada anak anda untuk dimakan.
  • Kismis
Sekiranya anak anda sudah pandai mengunyah,berikan dia makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.

Petua Menghilangkan Batuk Untuk Dewasa
Petua 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga batuk dan kahak anda hilang.
Petua 2
Halia dan lemon dibersihkan dan buang kulitnya. Selepas itu,hiris nipis-nipis dan masukkan kesemuanya di dalam satu bekas yang berisi madu. Pastikan bekas itu ditutup rapat. Kemudian,masukkan bekas tersebut di dalam peti sejuk. Hasilnya halia,lemon dan madu tersebut akan menjadi likat seperti agar-agar dan ia dapat selama 2 hingga 3 bulan di dalam peti sejuk.
Jika anda mahu menggunakannya,masukkan satu sudu madu ini ke dalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk anda sembuh.
Petua 3
Belahkan limau nipis dan perahkan sehingga keluar air. Kemudian,campurkan perahan limau nipis itu bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari sehingga sembuh.
Petua 4
Tumbukkan sedikit halia hingga lumat.Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.
Petua 5
Ambilkan 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Akhir sekali,minum air rebusan tersebut sekerap mungkin.
Petua 6
Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupaskan kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.
Selain dari tips di atas , saya sangat sarankan Omega Guard sebagai ikhtiar untuk jaga yang tersayang  ..diri sendiri pun termasuk la yang tersayang kan =)

MENGAPA PILIH OmegaGuard Shaklee ?
# HALAL dan memperolehi kelulusan KKM
# OmegaGuard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan secara teliti. 
# Penyulingan 3 peringkat secara semulajadi menjadikan OmegaGuard Shaklee berkualiti tinggi yang tiada tandingannya. 
#Proses ini juga mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. 
# OmegaGuard diperbuat daripada ikan, bukannya hati ikan yang mungkin boleh memberi kesan toksik (side-effect).



Omega 3 di katakan mampu mengurangkan serangan asma dan mengelakkan anak-anak dari asma ,Omega guard kaya dengan OMEGA 3

Omega 3 juga kaya dengan DHA iaitu makanan untuk sel otak kita , banyak khasiat dalam OmegaGuard ni

Jom baca feedback daripada pengguna OmegaGuard =)




Berminat nak dapatkan Omega Guard untuk keluarga tersayang ,hubungi saya atau boleh order secara ONLINE DI SINI ya

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **




Tuesday, 25 November 2014

Masalah Keputihan ?



" Keputihan merupakan lelehan daripada vagina yang keluar daripada kuantiti biasa(banyak).
Berdasarkan beberapa kes, kita dapati masalah ini bukan sahaja dialami oleh wanita yang sudah berkahwin bahkan gadis remaja turut mengalaminya" - DR Suhaimi Isa (Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai, Ampang)



Keputihan adalah masalah yang biasa di alami oleh setiap wanita samada gadis ataupun wanita yang telah berkahwin.Namun ,jangan pandang remeh pada keputihan ..jika dibiarkan ..keadaan akan menjadi teruk dan boleh mengundang penyakit berbahaya seperti kanser.Adakah anda pernah mengalami keputihan? Jom ketahui cara atasi keputihan penyebab faraj berbau di sini…
Keputihan adalah salah satu penyakit dalam faraj wanita yang sering berlaku, faktor utama yang berlakunya keputihan apabila mereka tidak menjaga permakanan yang betul. Ini akan membawa risiko keputihan kepada jangkitan kulat.
Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.
“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.” Katanya.
Jangkitan kulat seperti ‘Candida Albicans’ selalu membiak di kawasan faraj. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos.
Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dijangkiti kulat yang lebih teruk sebanyak 15%.
Oleh hal yang demikian, faktor permakanan yang sihat perlu dititikberatkan ini kerana keputihan boleh menggangu aktiviti harian anda. Justeru itu juga, akan mengecewakan pasangan ketika melakukan hubungan intim anda, bagi wanita yang telah berkahwin.
Di bawah ini, kami sediakan cara-cara untuk mengatasi bau faraj bagi anda yang mengalaminya. Mungkin serba sedikit ia akan membantu anda dan jika anda mendapati ia kurang berkesan dan keputihan masih berterusan. Dapatkan pakar untuk menyelesaikan masalah faraj anda.
1) Minum 8 gelas air putih/ 2 botol besar air mineral/ 4 botol kecil air mineral.
Apabila anda minum air yang banyak, ia akan menyebabkan anda akan selalu ke tandas dan membersihkan bakteria secara semulajadi. Ia juga menyingkirkan gula yang berlebihan di dalam badan, yang terjadinya bakteria yang menghasilkan bau faraj.
2) Mengekalkan kebersihan diri
Gunakan air untuk mencuci faraj anda  setiap kali selepas menggunakan tandas. Anda boleh mencuci faraj anda dengan menggunakan sabun 4-5 kali sehari. Pastikan kawasan faraj anda bersih dan kering. Seeloknya biarkan rambut kemaluan anda pendek supaya  kuman tidak dapat membiak.
3) Pemakaian pakaian dalam jenis kapas
Menurut Dr.Jaafar pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
Seeloknya, pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Pemakaian ‘pantyliner’ lebih bagus supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
Nota: Pakai ‘pantyliner’ yang ada kandungan sirih, tea tree dan sebagainya untuk menghilangkan bau vagina anda.
4) Tukar pad dengan kerap ketika haid
Ketika haid, wanita seharusnya kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang memakai tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya selalu.
* tampon ialah sejenis pad yang berbentuk silinder, sering digunakan oleh para atlet.
Nota: Kebersihan yang rapi perlu dilakukan supaya faraj anda tidak gatal atau berlaku ruam.
5) Permakanan menghilangkan bau faraj
Selain kebersihan, makanan juga berperanan terhadap bau khas yang keluar dari faraj anda. Makanan yang beraroma kuat seperti bawang putih dan rempah ratus dapat mengubah bau pada vagina. Bawang putih berfungsi sebagai anti-fungus dan juga anti-bakteria.
Permakanan buah-buahan sitrus juga membantu mengurangkan bau faraj anda ini kerana vitamin C kaya dengan anti oksidan dan mampu mengurangkan toksin dalam badan. Vitamin C adalah penting untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan meningkatkan sistem imunisasi.
6) Pengambilan yogurt
Makanan selain yang disebut diatas ialah pengambilan yogurt. Yogurt kaya dengan kultur hidup atau lactobacillus, yang membantu menyeimbangkan pH faraj anda ke normal. Cuma mengambil 2 sudu yogurt asli setiap hari.
7) Pengambilan Supplement
Produk yang sinonim dengan mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita saya cadangkan adalah Alfalfa.
Tetapi Alfalfa tidak digalakkan di ambil oleh ibu hamil, jadi Garlic Shaklee sebagai pengganti Alfalfa kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil.
Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.
Keputihan ni kalau dibiarkan akan menjadi lebih teruk sehingga boleh menganggu kesuburan kita.Sebelum jadi lebih teruk,apa kata kita ikhtiar dengan produk Shaklee ni.Jom kita tengok apa kata pengguna yang dah rasa kesan Alfalfa ni =)




Itu sahaja perkongsian dari kami untuk anda. Semoga anda mendapat manfaat dari artikel cara atasi keputihan penyebab bau faraj. Nasihat dari kami anda perlu mendapat nasihat doktor berkaitan masalah ini.

Jika anda berminat nak daptakan kedua produk untuk keputihan ni boleh la hubungi saya seperti yang tertera di bawah atau dapatkan secara ONLINE DISINI




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


TRAGEDI NOVEMBER


Assalamualaikum dan hai ,hari ni saya nak kongsikan bersama pembaca setia www.fazlina.com tentang pengalaman salah seorang pengamal minuman ESP Shaklee.Jom kita baca


[Tragedi November]

Bismillah.
Sekian lama mendiamkan tragedi ini, hari ini nak saya kongsi kan.
Sebabbb.. ramaiii jugak sahabat-sahabat yang bertanya.. Seriously?

Alkisahnya,
Pada 22 November 2013,saya pernah terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal. (Kemalangan sendiri) yang entah bagaimana terjadi dan punca saya pun tak pasti. buka-buka mata je dah di hospital bersama sahabat2 fillah yang setia di sisi menunggu sampai ke pagi..

Bermula kisahnya dari saya discharge dr hospital sehingga la ke kolej kediaman yang terletak di utara Malaysia tu. Selang sehari, saya akan ke hospital untuk cuci luka dan guest what Dr said? "Luka kat muka awak ni mungkin amik masa 2-3 bulan jugak untuk fully recover".

Jadinya, saya diamkan je. hai. no feeling rasanya.
Sahabat-sahabat yang datang menziarah pun ada yang sampai menangis.

Dan ada yang pernah berkata pd saya "How can u setabah ini?"
Saya mulai faham kenapa yang tragis sangat tu.
Ya. Muka kan. Alahaii.. perempuan lagi. "ASET" katanya.

Tapi, alhamdulillah waktu tu saya memang dah sedia-sedia consume produk shaklee.
Disebabkan kemalangan ni jugak hampir seminggu jugak saya tak mampu nak buka mulut di sebabkan luka di kawasan bibir atas mengering menjadi kuping-kuping.

Waktu tu, hanya bubur jadi makanan saya.
Dannn... saya teringat tentang ESP yang penting untuk pembaikan tisu.

Makanya, saya terpaksa "susahkan" Housemate kesayangan untuk bancuh ESP untuk saya setiap hari sebelum mereka ke kuliah atau selepas pulang dari kuliah. * Waktu tu saya terpaksa bertapa di rumah & absent dr kuliah selama seminggu*

Day by day, Alhamdulillah. see the picture. Thats #ShakleeEffect.




1. Gambar selepas kemalangan.

2. Gambar minggu ke 3 selepas kemalangan.*dah selamat attend kuliah selepas seminggu bertapa di kolej*
That time, what can i say selain Alhamdulillah. yes. Dr. itu manusia yang menyatakan perkiraan mengikut ilmunya. Dan saya hanya berusaha. & Allah perkenankan. Time tu, still bengkak & nampak kemerah-merahan kulit bahagian yang baru sembuh dari luka tu. After that, saya consume Shaklee Collagen Powder. & Latest fully recover saya kira dalam sebulan++.
Kurang dari jangkaan Dr. ALHAMDULILLAH!

3. Gambar terkini Jun 2014.


*Ini kisah saya.*
Niza Ahmad


Untuk kenal dengan lebih lanjut minuman ESP ni boleh KLIK SINI


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **




Saturday, 22 November 2014

MINUM SUSU MAMPU KURANGKAN KOMPLIKASI SEMASA BERSALIN ?



Biasanya kalau pergi check up kat klinik ,mesti Doktor atau nurse pesan ibu untuk ambil kalsium secukupnya samada minum susu atau makan makanan yang mengandungi kalsium.Agak-agaknya kenapa penting sangat ye ambil kalsium ni ?
Khasiat makanan yang dimakan oleh ibu mengandung sangat penting kerana ia juga akan diserap oleh bayi yang dikandungnya.
Ibu mengandung sangat digalakkan untuk memilih makanan yang betul sepanjang tempoh mengandung. Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien untuk bayi anda.
Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.
Salah satu tabiat pemakanan yang wajib dilakukan oleh ibu hamil adalah minum susu. Sebenarnya,wanita disarankan untuk menjadikan minum susu sebagai amalan harian sejak sebelum hamil lagi.
Zat Di Dalam Susu Hamil
Asid Folat, AA dan DHA yang terdapat di dalam susu  yang diformulakan khas untuk ibu hamil, tidak sama seperti susu biasa kerana ia ditambah dengan kandungan nutrisi. Kebiasaannya kandungan lemak dan kolestrol dikurangkan tetapi susu tersebut akan ditambah dengan Vitamin C,  dan juga Vitamin B-Complex. Pengambilan susu untuk ibu mengandung ini dapat menjamin zat-zat penting yang diperlukan untuk perkembangan janin terutama jika makanan yang diambil oleh ibu hamil tersebut tidak diserap dengan baik ataupun tidak seimbang.

Jumlah  Susu Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil
Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari. Maka, ia bermakna seseorang itu perlu minum susu ibu mengandung sebanyak satu liter setiap hari. Jika ibu-ibu hamil tersebut tidak meminati susu,mereka juga mempunyai alternatif lain seperti mengambil keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu.
Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil juga boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kumpulan makanan ini mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

Kepentingan Susu Untuk Ibu Hamil
Kalsium berfungsi untuk membuatkan jantung terus berdenyut secara berterusan dan mengepam darah. Tambahan pula semasa mengandung,jantung akan bekerja lebih kerana jantung pada ketika itu berat. Maka susu untuk ibu mengandung sangat penting untuk mengelakkan risiko mendapat pelbagai penyakit jantung.
  • Baik untuk Sistem Imun
Sistem ketahanan tubuh (antibodi) bertindak umpama perisai yang melindungi dan menolak unsur asing di dalam badan. Oleh itu,jika si ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga mengganggu pergerakannya. Malah,sistem imun yang terganggu juga boleh memberi kesan sampingan kepada kulit seperti keradangan kulit dan jerawat.
  • Mencegah Osteoporosis
Selepas melahirkan, kalsium sangat diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jika kalsium tidak mencukupi dalam badan, ia akan mula menyerap dari tulang dan gigi, maka kerapuhan tulang mungkin akan berlaku. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis pada kadar lebih cepat.
Kekurangan kalsium pada si ibu menyebabkan gigi mudah rapuh,berlubang,goyang dan mudah tertanggal. Faktor kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi menyebabkan si ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Malah sebab inilah kehamilan dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi.
  • Mengurangkan Komplikasi Semasa Meneran
Kekurangan pengambilan kalsium bagi ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Oleh itu,susu untuk ibu mengandung yang mengandungi kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain.
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Sekaligus menyebabkan berlakunya masalah masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu kerana pada ketika itu si ibu telah kehilangan banyak tenaga semasa proses bersalin.oleh itu,pengambilan kalsium yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Bahaya Kehilangan Kalsium
Ada yang berpendapat bahawa pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin, namun ternyata tindakan tersebut adalah salah kerana sewaktu hamil,ibu hamil akan kehilangan kalsium sekitar tiga hingga 10 peratus. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi
Sebenarnya, ibu-ibu terutamanya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
Susu mengandungi kalsium yang tinggi, jadi sebab itulah ibu mengandung jangan sesekali pandang remeh tentang kekurangan kalsium semasa hamil mahupun setelah melahirkan anak. Kena minum tau!
Tak suka minum susu ? tak mengapa ..anda boleh ambil tablet OSTEMATRIX  DI SINI



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


ELAK BAU NIFAS BUSUK ?


Tengah mencari-cari artikel bab nifas kan ,tetiba terjumpa artikel menarik mengenai cara jaga makan ketika berpantang untuk elak darah nifas berbau busuk.Saya share disini ye untuk bacaan kawan-kawan semua.
Pengalaman berpantang bagi wanita yang baru bersalin selama 44 hari tentunya menguji kesabaran. Berpantang sangat penting dan perlu dijaga kerana ia akan mengembalikan potongan badan asal seseorang wanita yang baru lepas bersalin.
Selain menjadi sihat dan cergas seperti sediakala, wanita yang lepas bersalin juga pasti mahu kelihatan jelita serta mampu mengekalkan minat pasangannya. Salah satu aspek yang perlu dijaga semasa berpantang adalah makanan.
Makanan Yang Patut Dielakkan Ketika Berpantang:
  • Kumpulan Ikan Tertentu
Sewaktu berpantang,anda dilarang makan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Elakkan juga ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.Selain ikan berbisa, ikan yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan juga dilarang. Contohnya, ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.Sebaliknya ikan yang disyorkan ketika berpantang adalah ikan haruan dan ikan yu. Kedua-dua ikan ini dikatakan dapat memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka manakala ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu.
Wanita yang berpantang dilarang sama sekali makan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung.Anda juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat,nangka, cempedak, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis dan sebagainya. Ini kerana kesemua makanan tersebut akan mengakibatkan sakit tulang serta lemah sendi.

  • Ayam dan burung
Burung puyuh dan merpati adalah baik untuk wanita dalam berpantang kerana ia dapat melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam. Malah wanita berpantang juga disyorkan makan ayam hitam, ayam didik ataupun ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.
  • Ulam-ulaman
Serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Oleh itu,ulam-ulaman itu sangat bagus untuk dimakan oleh wanita berpantang.

Ekstra!
Resepi Makanan Dalam Pantang Selepas Bersalin
  • Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
  • Ayam/Daging.
  • Halia muda,kunyit hidup,garam secukupnya (kesemua bahan ini adalah untuk diperap bersama ayam).
  • Lada hitam,bawang besar,air asam jawa (bahan pencicah).
Cara Membuatnya:
1.Bakar ayam/daging dengan menggunakan bahan perap tadi.
2.Setelah siap masak,hiriskan ayam/daging tersebut.
3.Hidangkan dengan pencicah.

  • Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
  • Daging batang pinang dihiris nipis.
  • Bawang putih diketuk.
  • Bawang besar.
  • 1 bij lada benggala/cili padi.
  • Sedikit sos tiram.
  • Sedikt kunyit hidup/kunyit serbuk.
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak kemudian masukkan daging yang telah diperap dengan kunyit dan garam.
2.Setelah daging itu lembut,tumiskan bawang putih dan halia.
3.Masukkan juga sos tiram dan bahan perasa mengikut kesesuaian.
4.Akhir sekali,masukkan lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
5.Jika anda mahukan kuah,bancuhkan tepung jagung dengan air dan tambahkan sedikit air asam jawa.
Kredit foto: sekadar gambar hiasan

Oh ye ,Dapatkan set cadangan vitamin untuk anda ketika berpantang DI SINI

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.