Tuesday, 25 November 2014

Masalah Keputihan ?



" Keputihan merupakan lelehan daripada vagina yang keluar daripada kuantiti biasa(banyak).
Berdasarkan beberapa kes, kita dapati masalah ini bukan sahaja dialami oleh wanita yang sudah berkahwin bahkan gadis remaja turut mengalaminya" - DR Suhaimi Isa (Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai, Ampang)



Keputihan adalah masalah yang biasa di alami oleh setiap wanita samada gadis ataupun wanita yang telah berkahwin.Namun ,jangan pandang remeh pada keputihan ..jika dibiarkan ..keadaan akan menjadi teruk dan boleh mengundang penyakit berbahaya seperti kanser.Adakah anda pernah mengalami keputihan? Jom ketahui cara atasi keputihan penyebab faraj berbau di sini…
Keputihan adalah salah satu penyakit dalam faraj wanita yang sering berlaku, faktor utama yang berlakunya keputihan apabila mereka tidak menjaga permakanan yang betul. Ini akan membawa risiko keputihan kepada jangkitan kulat.
Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.
“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya.” Katanya.
Jangkitan kulat seperti ‘Candida Albicans’ selalu membiak di kawasan faraj. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos.
Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dijangkiti kulat yang lebih teruk sebanyak 15%.
Oleh hal yang demikian, faktor permakanan yang sihat perlu dititikberatkan ini kerana keputihan boleh menggangu aktiviti harian anda. Justeru itu juga, akan mengecewakan pasangan ketika melakukan hubungan intim anda, bagi wanita yang telah berkahwin.
Di bawah ini, kami sediakan cara-cara untuk mengatasi bau faraj bagi anda yang mengalaminya. Mungkin serba sedikit ia akan membantu anda dan jika anda mendapati ia kurang berkesan dan keputihan masih berterusan. Dapatkan pakar untuk menyelesaikan masalah faraj anda.
1) Minum 8 gelas air putih/ 2 botol besar air mineral/ 4 botol kecil air mineral.
Apabila anda minum air yang banyak, ia akan menyebabkan anda akan selalu ke tandas dan membersihkan bakteria secara semulajadi. Ia juga menyingkirkan gula yang berlebihan di dalam badan, yang terjadinya bakteria yang menghasilkan bau faraj.
2) Mengekalkan kebersihan diri
Gunakan air untuk mencuci faraj anda  setiap kali selepas menggunakan tandas. Anda boleh mencuci faraj anda dengan menggunakan sabun 4-5 kali sehari. Pastikan kawasan faraj anda bersih dan kering. Seeloknya biarkan rambut kemaluan anda pendek supaya  kuman tidak dapat membiak.
3) Pemakaian pakaian dalam jenis kapas
Menurut Dr.Jaafar pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
Seeloknya, pakai pakaian dalam jenis kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan. Pemakaian ‘pantyliner’ lebih bagus supaya keputihan tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
Nota: Pakai ‘pantyliner’ yang ada kandungan sirih, tea tree dan sebagainya untuk menghilangkan bau vagina anda.
4) Tukar pad dengan kerap ketika haid
Ketika haid, wanita seharusnya kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang memakai tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya selalu.
* tampon ialah sejenis pad yang berbentuk silinder, sering digunakan oleh para atlet.
Nota: Kebersihan yang rapi perlu dilakukan supaya faraj anda tidak gatal atau berlaku ruam.
5) Permakanan menghilangkan bau faraj
Selain kebersihan, makanan juga berperanan terhadap bau khas yang keluar dari faraj anda. Makanan yang beraroma kuat seperti bawang putih dan rempah ratus dapat mengubah bau pada vagina. Bawang putih berfungsi sebagai anti-fungus dan juga anti-bakteria.
Permakanan buah-buahan sitrus juga membantu mengurangkan bau faraj anda ini kerana vitamin C kaya dengan anti oksidan dan mampu mengurangkan toksin dalam badan. Vitamin C adalah penting untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan meningkatkan sistem imunisasi.
6) Pengambilan yogurt
Makanan selain yang disebut diatas ialah pengambilan yogurt. Yogurt kaya dengan kultur hidup atau lactobacillus, yang membantu menyeimbangkan pH faraj anda ke normal. Cuma mengambil 2 sudu yogurt asli setiap hari.
7) Pengambilan Supplement
Produk yang sinonim dengan mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita saya cadangkan adalah Alfalfa.
Tetapi Alfalfa tidak digalakkan di ambil oleh ibu hamil, jadi Garlic Shaklee sebagai pengganti Alfalfa kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil.
Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.
Keputihan ni kalau dibiarkan akan menjadi lebih teruk sehingga boleh menganggu kesuburan kita.Sebelum jadi lebih teruk,apa kata kita ikhtiar dengan produk Shaklee ni.Jom kita tengok apa kata pengguna yang dah rasa kesan Alfalfa ni =)




Itu sahaja perkongsian dari kami untuk anda. Semoga anda mendapat manfaat dari artikel cara atasi keputihan penyebab bau faraj. Nasihat dari kami anda perlu mendapat nasihat doktor berkaitan masalah ini.

Jika anda berminat nak daptakan kedua produk untuk keputihan ni boleh la hubungi saya seperti yang tertera di bawah atau dapatkan secara ONLINE DISINI




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.