Monday, 10 November 2014

Menu diet untuk ibu GDM





Alkisahnya ada salah seorang customer saya bertanyakan saya menu untuk ibu mengandung yang ada GDM atau Gestational Diabetis Mellitus ( kencing manis ketika mengandung).Maka bermulalah pencarian tentang maklumat GDM ni ,habis semua kawan-kawan yang keje doktor dan pakar sakit puan saya contact untuk dapatkan maklumat.
Hasil pencarian ,ini adalah menu yang dicadangkan untuk ibu mengandung yang GDM.Saya letak kat blog ni supaya boleh jadi rujukan kawan-kawan yang lain.

Mommies yang ada GDM bolehla follow menu ni  Memula kawan saya bagi list Indeks Glisemik (GI). Apa benda indeks glisemik ni?  blood sugar levels. Carbohydrates that break down quickly during digestion and release glucose rapidly into the bloodstream have a high GI; carbohydrates that break down more slowly, releasing glucose more gradually into the bloodstream, have a low GI.






Basically, makanan yang tergolong dalam GI rendah tu yang elok untuk dimakan. Yang GI tinggi boleh makan jugak, tapi tak boleh makan banyak sangat... 

Contoh makanan yang tinggi GI (elak daripada makan banyak atau jangan makan langsung!) 

- Roti putih

 - Emping jagung 
- Ubi kentang
 - Ubi kayu
 - Roti mil penuh
 - Nasi putih
 - Bertih jagung 
- Labu 
- Lobak merah
 - Kurma
 - Tembikai 
- Pisang 
- Glukosa
 - Maltosa
 - Teh tarik

 Contoh makanan yang sederhana GI (boleh makan sikit-sikit) 

- Beras basmathi
 - Pita 
- Tosei 
- Jagung
 - Ubi keledek
 - Idli 
- Capati 
- Nenas 
- Betik 
- Kiwi
 - Ais Krim
 - Sukrosa 
- Madu 

Contoh makanan rendah GI (makanla banyak-banyak!) 

- Beras perang
 - Oatmeal
 - Ubi keladi
 - Spaghetti 
- Macaroni
 - Laddu
 - Sushi
 - Sayuran hijau
 - Oren
 - Pear
- Mangga
 - Epal
 - Prunes
 - Kacang kuda
 - Kacang panggang
 - Kacang soya
 - Kacang hitam
 - Kacang hijau 
- Lentil 
- Kidney beans
 - Yoghurt
 - Susu
 - Laktosa
 - Fruktosa
 - Jus oren

 Cadangan menu harian untuk ibu yang ada GDM:


 Sarapan

1 gelas susu rendah lemak
 + 1 cawan oats atau 1 cawan mee/kuew teow/mihun sup
 + 1 gelas susu rendah lemak 
+ setengah biji epal atau 1 keping capati 
+ 2 sudu makan kuah dhal
 + 1 gelas susu rendah lemak 
+ setengah biji mangga 

Minum pagi 1 keping roti mil penuh bakar + 1 sudu teh marjerin + 1 kotak mancis daging cincang berempah + 1 cawan teh atau 1 ketul pau ayam + 1 cawan milo O atau  2 biji karipap kecil berinti daging + 1 cawan teh O


Makan tengahari

1 cawan nasi putih
 1 cawan bayam tumis air
 1 ekor ikan selar masak asam pedas
 setengah biji jambu batu
 air kosong atau 1 cawan nasi ayam 
1 peha ayam panggang
1 mangkuk sup
3 keping tomato segar 
1 helai daun salad
1 biji oren 
air kosong atau 

1 setengah cawan spaghetti

1 senduk sos ayam 
1 mangkuk salad 
1 biji oren 
air kosong


 Minum petang 

keping biskut krim kraker
3/4 cawan yogurt rendah lemak
1 potong betik atau 1 biji karipap 
1 gelas susu rendah lemak 
setengah biji epal atau 2 biji popia basah kecil 
1 gelas susu rendah lemak
1 biji oren 


Makan malam 1 cawan nasi putih +

2 ketul daging masak kicap +
1 senduk kangkung tumis air + 
1 potong betik + 
air kosong atau 

1 cawan nasi goreng + 

1 ketul peha ayam +
1 senduk kobis goreng +
1 potong tembikai susu + 
air kosong 

atau  


1 mangkuk kuew teow tomyam + 

2 ketul daging +
1 potong tembikai susu +
 air kosong 

Minum malam 3 keping biskut marie + 1 gelas susu rendah lemak atau 1 keping roti putih + 1 keping keju rendah lemak atau 1 biji muffin coklat + 1 gelas susu rendah lemak



Formula makan untuk orang ada kencing manis ni ialah, kuantiti makanan sikit tapi kerap makan.. Makan sikit tapi kerap,  Macam cadangan menu kat atas ni, untuk 6 kali makan.. Janganla 6 kali makan tapi tiap kali tu makan nasikkk jek. Bukan je gula yang naik, berat pun naik jugak... tak semestinya kene follow 100% menu ni ,nasi stil leh makan tapidalam kuantiti sikit dan tak bertambah. Kalau dulu, 2 pinggan sekali makan. sekarang dah tak leh wat camtu Kalo masak pun jangan  bubuh gula.. Kicap pun letak sikit-sikit je.. 



Supplement yang saya cadangkan untuk ibu mengandung yang ada masalah kencing manis ada lah seperti berikut ;





Set Ibu Hamil Shaklee untuk kencing manis
Vitalea – mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan

B-complex – Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga

Vitamin C – memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah

Ostematrix – membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin

ESP – sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.
Apa itu GDM ?
GDM adalah kencing manis semasa mengandung atau bahasa omputihnya, Gestational Diabetes MellitusIanya boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja walaupun ibu mengandung itu tidak mempunyai sejarah keluarga berlatar belakang kencing manis dengan peratusan hanpir 4%. Uniknya, kencing manis ini akan hilang selepas ibu melahirkan anaknya dan sering dialami oleh wanita yang tidak pernah menghidap kencing manis.
Kenapa GDM ini boleh berlaku ?
GDM dipercayai berpunca daripada perubahan hormon di dalam badan ibu mengandung semasa tempoh kehamilan di mana badan ibu menjadi rintangan kepada insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankres untuk menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam darah. Apabila kadar insulin menjadi rendah atau badan tidak dapat menggunakan insulin secara efektif, kandungan glukosa di dalam darah akan meningkat.

Sebaiknya lakukan pencegahan sebelum anda perlu merawatnya. Rawatan tak semestinya berhasil kan. Jangan bahayakan diri dan kandungan anda sendiri. Berhati-hati juga dengan susu untuk ibu mengandung kerana kandungan gulanya tinggi dan boleh jadi punca kencing manis ketika mengandung. Malah dari pemerhatian saya dengan customer-customer, rata-rata yang amalkan susu ibu mengandung memang mengalami masalah kencing manis ketika mengandung. Jadi buat pilihan yang bijak. Jika mahukan kalsium, bertukarlah ke Ostematrix Shaklee.



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

2 comments:

  1. Terima kasih...sgt bermanfaat utk sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Puan Orked =)
      selamat datang ke weblog saya

      Delete

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.