Saturday, 22 November 2014

MINUM SUSU MAMPU KURANGKAN KOMPLIKASI SEMASA BERSALIN ?



Biasanya kalau pergi check up kat klinik ,mesti Doktor atau nurse pesan ibu untuk ambil kalsium secukupnya samada minum susu atau makan makanan yang mengandungi kalsium.Agak-agaknya kenapa penting sangat ye ambil kalsium ni ?
Khasiat makanan yang dimakan oleh ibu mengandung sangat penting kerana ia juga akan diserap oleh bayi yang dikandungnya.
Ibu mengandung sangat digalakkan untuk memilih makanan yang betul sepanjang tempoh mengandung. Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien untuk bayi anda.
Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.
Salah satu tabiat pemakanan yang wajib dilakukan oleh ibu hamil adalah minum susu. Sebenarnya,wanita disarankan untuk menjadikan minum susu sebagai amalan harian sejak sebelum hamil lagi.
Zat Di Dalam Susu Hamil
Asid Folat, AA dan DHA yang terdapat di dalam susu  yang diformulakan khas untuk ibu hamil, tidak sama seperti susu biasa kerana ia ditambah dengan kandungan nutrisi. Kebiasaannya kandungan lemak dan kolestrol dikurangkan tetapi susu tersebut akan ditambah dengan Vitamin C,  dan juga Vitamin B-Complex. Pengambilan susu untuk ibu mengandung ini dapat menjamin zat-zat penting yang diperlukan untuk perkembangan janin terutama jika makanan yang diambil oleh ibu hamil tersebut tidak diserap dengan baik ataupun tidak seimbang.

Jumlah  Susu Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil
Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari. Maka, ia bermakna seseorang itu perlu minum susu ibu mengandung sebanyak satu liter setiap hari. Jika ibu-ibu hamil tersebut tidak meminati susu,mereka juga mempunyai alternatif lain seperti mengambil keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu.
Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil juga boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kumpulan makanan ini mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

Kepentingan Susu Untuk Ibu Hamil
Kalsium berfungsi untuk membuatkan jantung terus berdenyut secara berterusan dan mengepam darah. Tambahan pula semasa mengandung,jantung akan bekerja lebih kerana jantung pada ketika itu berat. Maka susu untuk ibu mengandung sangat penting untuk mengelakkan risiko mendapat pelbagai penyakit jantung.
  • Baik untuk Sistem Imun
Sistem ketahanan tubuh (antibodi) bertindak umpama perisai yang melindungi dan menolak unsur asing di dalam badan. Oleh itu,jika si ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga mengganggu pergerakannya. Malah,sistem imun yang terganggu juga boleh memberi kesan sampingan kepada kulit seperti keradangan kulit dan jerawat.
  • Mencegah Osteoporosis
Selepas melahirkan, kalsium sangat diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jika kalsium tidak mencukupi dalam badan, ia akan mula menyerap dari tulang dan gigi, maka kerapuhan tulang mungkin akan berlaku. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis pada kadar lebih cepat.
Kekurangan kalsium pada si ibu menyebabkan gigi mudah rapuh,berlubang,goyang dan mudah tertanggal. Faktor kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi menyebabkan si ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Malah sebab inilah kehamilan dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi.
  • Mengurangkan Komplikasi Semasa Meneran
Kekurangan pengambilan kalsium bagi ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Oleh itu,susu untuk ibu mengandung yang mengandungi kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain.
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Sekaligus menyebabkan berlakunya masalah masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu kerana pada ketika itu si ibu telah kehilangan banyak tenaga semasa proses bersalin.oleh itu,pengambilan kalsium yang secukupnya boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Bahaya Kehilangan Kalsium
Ada yang berpendapat bahawa pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin, namun ternyata tindakan tersebut adalah salah kerana sewaktu hamil,ibu hamil akan kehilangan kalsium sekitar tiga hingga 10 peratus. Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi
Sebenarnya, ibu-ibu terutamanya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
Susu mengandungi kalsium yang tinggi, jadi sebab itulah ibu mengandung jangan sesekali pandang remeh tentang kekurangan kalsium semasa hamil mahupun setelah melahirkan anak. Kena minum tau!
Tak suka minum susu ? tak mengapa ..anda boleh ambil tablet OSTEMATRIX  DI SINI



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.