Thursday, 27 November 2014

Tips rawatan untuk batuk ,selsema dan demam ?


Sekarang ni musim hujan kan ,boleh kata setiap hari pun hujan.Bila hujan ,cuaca sejuk-sejuk ni yang biasa mudah dapat selsema dan batuk dah tentulah anak-anak kan.Orang dewasa yang badan tak berapa kuat sistem daya ketahanan badan pun mudah kene apatalah lagi anak-anak.
Ramai kawan-kawan yang bekerja susah hati , pergi kerja teringat anak kat nurseri yang demam ,batuk ,selsema.Ada juga yang terpaksa amik cuti walapun boss tak bagi demi anaknda tersayang (Pengorbanan seorang ibu  =( .. anak-anak yang kene serangan asma pun ramai musim-musim hujan ni.
Jangan sedih ye kawan-kawan , dari kita mengeluh ,yakinlah ada hikmah di sebalik ujian yang ALLAH bagi ni.Mungkin Allah nak bagi ''bonding'' kita dengan family  lebih kuat lagi.Ok apa kata kita baca dulu artikel ni tentang tips hilangkan batuk kanak-kanak ,bayi dan orang dewasa.Kredit to WOM
Adakah anda menderita batuk yang berpanjangan? Bukan setakat seminggu dua, sebaliknya berbulan-bulan!
Batuk yang menjadi-jadi sangat merimaskan. Bukan setakat menganggu aktiviti seharian, bahkan tidur anda pun boleh terganggu hanya kerana disebabkan oleh penyakit batuk ini.Apakah punca utama batuk yang berterusan sehingga kadang kala terjadinya batuk bersama kahak ini?
Antara sebab-sebabnya adalah:
  • Demam selsema.
  • Merokok atau habuk, penyakit lelah.
  • Jangkitan saluran pernafasan.
  • Penyakit paru-paru.
  • Kelemahan jantung.
Batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Batuk kering iaitu batuk yang tidak menghasilkan kahak tetapi menyebabkan tekak berasa gatal.
2. Batuk berkahak iaitu batuk yang menghasilkan kahak dan menyebabkan dada terasa penuh dan sukar bernafas.
Petua Menghilangkan Batuk Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak
  • Madu Asli
Berikan anak anda satu sudu kecil madu dengan menggunakan sudu plastik untuk mengekalkan zat madu tersebut. Sekiranya madu itu pekat,anda bolehlah campurkan ia dengan air sedikit.
  • Kunyit Hidup
Dapatkan serbuk kunyit hidup dengan menggosoknya di permukaan yang kasar. Kemudian serbuk kunyit itu dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan di dada bayi.
  • Bawang Putih
Bakarkan bawang putih seketika dan campurkan bawang putih yang telah dibakar itu dengan sedikit lada hitam dan minyak masak. Kemudian sapukan pada dada anak anda.
  • Daun Bunga Tahi Ayam
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir. kemudian sapu pada tengkuk dan dada anak anda.
  • Daun Kaduk
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih dan sapukan pada dada dan perut anak anda
  • Pucuk Ubi
Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramaskan sehingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.
  • Gula Melaka
Pecahkan gula melaka kepada bahagian kecil seperti gula-gula dan berikan pada anak anda untuk dimakan.
  • Kismis
Sekiranya anak anda sudah pandai mengunyah,berikan dia makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.

Petua Menghilangkan Batuk Untuk Dewasa
Petua 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga batuk dan kahak anda hilang.
Petua 2
Halia dan lemon dibersihkan dan buang kulitnya. Selepas itu,hiris nipis-nipis dan masukkan kesemuanya di dalam satu bekas yang berisi madu. Pastikan bekas itu ditutup rapat. Kemudian,masukkan bekas tersebut di dalam peti sejuk. Hasilnya halia,lemon dan madu tersebut akan menjadi likat seperti agar-agar dan ia dapat selama 2 hingga 3 bulan di dalam peti sejuk.
Jika anda mahu menggunakannya,masukkan satu sudu madu ini ke dalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk anda sembuh.
Petua 3
Belahkan limau nipis dan perahkan sehingga keluar air. Kemudian,campurkan perahan limau nipis itu bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari sehingga sembuh.
Petua 4
Tumbukkan sedikit halia hingga lumat.Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.
Petua 5
Ambilkan 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Akhir sekali,minum air rebusan tersebut sekerap mungkin.
Petua 6
Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupaskan kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.
Selain dari tips di atas , saya sangat sarankan Omega Guard sebagai ikhtiar untuk jaga yang tersayang  ..diri sendiri pun termasuk la yang tersayang kan =)

MENGAPA PILIH OmegaGuard Shaklee ?
# HALAL dan memperolehi kelulusan KKM
# OmegaGuard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan secara teliti. 
# Penyulingan 3 peringkat secara semulajadi menjadikan OmegaGuard Shaklee berkualiti tinggi yang tiada tandingannya. 
#Proses ini juga mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. 
# OmegaGuard diperbuat daripada ikan, bukannya hati ikan yang mungkin boleh memberi kesan toksik (side-effect).



Omega 3 di katakan mampu mengurangkan serangan asma dan mengelakkan anak-anak dari asma ,Omega guard kaya dengan OMEGA 3

Omega 3 juga kaya dengan DHA iaitu makanan untuk sel otak kita , banyak khasiat dalam OmegaGuard ni

Jom baca feedback daripada pengguna OmegaGuard =)




Berminat nak dapatkan Omega Guard untuk keluarga tersayang ,hubungi saya atau boleh order secara ONLINE DI SINI ya

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **




No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.