Monday, 22 December 2014

Air Kefir minuman prebiotik ?


Masa mula-mula terbaca pasal Kefir water ni ..seram sejuk rasa nye ..yelah kan ..seaka-akan bunyi Kafir ..opss excuse me ..hihi ..oo rupa-rupanya ia sejenis minuman prebiotik yang boleh disediakan sendiri di rumah.Mesti u ols nak tau apa dia kan air Kefir ni ..ni antara info yang saya dapat dari saudari Cik Lily Moha ..seorang PEGAWAI DIETATIK =)

Kefir adalah sejenis probiotik. Probiotik adalah organisma dari jenis bakteria atau yis yang diyakini dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Secara semulajadi usus kita mengandungi lebih daripada 500 jenis bakteria. Mereka adalah si askar kecil yang membantu dalam menjaga kesihatan usus dan penghadaman makanan. Usus yang sihat, membantu dalam penyerapan nutrisi dan seterusnya memberika sistem imun yang kuat!


Kenapa perlu ambil probiotik?

Kajian menunjukkan sekiranya ekosistem askar-askar ini tidak seimbang ia akan memberikan masalah kepada sistem penghadaman. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh;


(1) Ubat-ubat tertentu seperti antibiotik

(2) Pengambilan makanan yang tidak sihat atau kotor.
(3) Lapisan usus yang rosak.

Di hospital, jika ada pesakit yang sering cirit birit dan sebagainya, terdapat probiotik yang akan kita berikan kepada mereka. Tidak semua kes. Ada kajian di mana kes seperti severe pancreatitis mempunya risiko kematian yang tinggi jika diberikan probiotik.

Probiotik terdapat di dalam,

(1) Yogurt
(2) Kefir
(3) Minuman kesihatan seperti Yakult dan Vitagen
(4) Budu dan cencalok
(5) Tapai
(7) Tempe
dll.
Pilihlah dari yang banyak memberi faedah kesihatan.

|Macam mana nak buat Kefir tu?|

Ia tidak boleh dibuat-buat sahabat! Ia seperti pokok, perlu ada benihnya. Dari situlah kita "membela".
Seorang sahabat berjumpa dengan saya semalam dan saya berikan beliau satu balang besar Air Kefir lebih kurang 1.5L. Sayapun berpesan, "Cuba dahululah, ia masam. Mungkin ada yang tidak suka"
Beberapa jam kemudian saya terima mesej daripadanya, "Lily, macam mana ni?"

Saya turut cemas, "Kenapa?"

"Baru bawa pulang, sudah tinggal 3/4 balang! Mereka kata, sedap. Ia seperti air berkarbonat!"

Betul, ia seperti air berkarbonat. Saya suka. Saya minum sehingga 700ml setiap hari.

Saya mudah ke tandas.



Anakanda Dr Iman susah ke tandas, saya beri minum sedikit setelah dipujuk-pujuk, Alhamdulillah urusan ke tandasnya mudah.



Semasa anak-anak diarhea tempoh hari, saya beri mereka minum sedikit, alhamdulillah ia berlangsung sehari sahaja. Sudah selesai.

Adakah ia magis?
Tidak. Probiotik memang sifatnya begitu. Ia membantu urusan ke tandas kita. Tidak ke tandas untuk urusan besar selama beberapa hari, bagi saya adalah satu masalah yang sangat merisaukan.
Maka soalnya, bagaimana mahu membela?



Sahabat perlukan benihnya. Ia tidak dijual. Ia biasanya dikongsi oleh orang-orang yang memilikinya.Jika anda berminat untuk dapatkan benih Kefir ni boleh dapatkan dari Cik Lily Moha




 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Thursday, 11 December 2014

MOTIVATION RALLY PENANG



Alhamdulillah ..kali ni berpeluang lagi naik stage untuk recognition Coordinator.MR yang lepas saya naik stage untuk rank Supervisor tapi kali ni rank Coordinator pula.Best betul Shaklee ni ,kejayaan kita di raikan.Kali ni MR berlansung di CENGAL BALLROOM di HOTEL SUNWAY.Teringat pesan MC ..kalau hari ni datang dengan label Oren ..pastikan MR akan datang dengan label MERAH !!

Yeah ... inshaAllah pasti !!! SENIOR COORDINATOR TO BE

4 leaders in the making ..Ya Allah permudahkanlah urusan kami =)





Bersama Master Nini ( upline saya) dan Sukhriyyah ( cucu Shaklee saya yang hebat ! )

Bersama anak-anak ASC saya - Su , K ira dan saya =)

Dengan  encik Suami tersayang ..hihi


 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Kolagen Shaklee atau nama glamournya SCP ?

Sana sini orang sebut pasal kolagen , best sangat ke kolagen ni ? Ni soalan saya satu masa dahulu ..dan paling aneh sekali ..setiap bulan ada je repeat order untuk SCP ni walaupun harga nya boleh tahan.Tapi bila tengok kesan nya pada customer saya ..ooo patutla mereka jatuh cinta dengan kolagen Shaklee ni .. Ok sebelum saya bercerita lebih jauh ..meh kita tengok dulu apa benda nya KOLAGEN ni.

APA ITU KOLAGEN?

  • Tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen.
  • Kolagen melindungi organ, peut, hati, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.
  • Kornia juga adalah kolagen.
  • 80% daripada tulang adalah kolagen.
  • Kolagen penting dalam kesihatan dan kecantikan dengan mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan menjaga kesihatan badan.



TANDA-TANDA KEHILANGAN KOLAGEN
  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat.
  • Garis halus kelihatan pada leher.
  • Payudara dan punggung kendur.
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
  • Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakitt sendi.

KOLAGEN DARIPADA SISIK IKAN MERAH - Sumber Kolagen Terbaik
  • Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m, dibawah keadaan lautan yang bertekanan tinggi, adalah mustahil bagi ikan biasa untuk hidup.
  • Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pounds, bertelur dan hisup dengan bebas di dalam lautan dalam - menjadikan ia sumber kolagen terbaik (mengekalkan kelembapan kulit)  dan elastik (mengekalkan keanjalan kulit - boleh melantun apabila dicubit).
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi.
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan.
  • Jisim molekul yang sangat rendah - menyerap dengan mudah dan berkesan di dalam badan kita.



SHAKLEE Collagen Powder mengandungi 7 ramuan aktif bagi meningkatkan keberkesanan!
  1. Keanjalan - menyokong pembentukan tisu penyambung
  • Ekstrak Kulit kerangan laut - Mengandungi glukosamine, sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus Acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen.

     2.  Penghidaratan - menyokong penghasilan kolagen dan asid hialuronik
  • Ekstrak Biji Camellia Japonica - mengandungi asid oleik dan isoflavon juga membekalkan nutrisi dan penghidratan.
  • Ekstrak Pfaffia - merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin. Juga meningkatkan tenaga dan prestasi. 



3.  Antioksidan - bekalkan nutrisi untuk penghasilan kolagen dan melawan radikal bebas
  • Vitamin C - menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Vitamin B2, B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel tubuh.

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma.
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit.
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat.
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul.
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif.
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya.

KEBERKESANAN TERBUKTI!



Ni gambar real ye ..bukan edit tau =)



Berminat nak order boleh klik DISINI ye .. TQ


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Apa tu B Complex ?



Vitamin B Complex adalah kumpulan vitamin yang memainkan peranan penting dalam metabolisme tubuh.
Tahukah anda, setiap hari kita akan kehilangan vitamin B melalui sistem penghadaman kerana ia merupakan vitamin larut air? Oleh itu, pengambilan Vitamin B setiap hari sangatlah penting. Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, beras, telur, buah-buahan, gandum, hati, ikan, kentang manis dan banyak lagi. Namun, kita perlu tahu bahawa vitamin B yang lengkap adalah vitamin B complex.
Risiko yang akan kita hadapi sekiranya kekurangan vitamin B Complex adalah ia boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak sekaligus meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu,kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori.
Golongan Yang Harus Ambil Vitamin B Complex?
  • Individu yang banyak terdedah kepada sinaran matahari.
  • Individu yang dibebani tekanan dan kerja yang banyak.
  • Individu yang mempunyai sakit kencing manis,tekanan darah tinggi dan migraine.
  • Individu yang tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Individu yang menjaga kecantikan tubuh badan.
  • Individu yang mahu kelihatan cantik dan muda.
  • Wanita yang mengandung dan menyusukan anaknya.
  • Wanita yang mengambil pil perancang.

Kelebihan Vitamin B Complex
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
3. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
4. Mencegah tekanan daripada berlaku.
5. Menguatkan antibodi tubuh.
6. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
7. Mencegah anemia.

Kelebihan Vitamin B Complex Untuk Kanak-Kanak
  • Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.
Kelebihan Vitamin B Complex Untuk Orang Dewasa
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi dalam pekerjaan

Kelebihan Vitamin B Complex Untuk Ibu Mengandung
  • Diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia.

Kebaikan B Complex Untuk Kecantikan
B Complex untuk rambut Sihat
  • Vitamin B3 (Niasin) – Membaiki aliran darah pada kulit kepala
  • Vitamin B5 (Pantotenik), Vitamin B6 (Piridoksin) – Mengurangkan masalah rambut gugur dan rambut beruban.
  • Vitamin B12 (Sianokobalamin) – Mengatasi masalah rambut gugur.Biotin – Biotin digunakan untuk menghasilkan keratin dan mengatasi masalah keguguran rambut dan juga berfungsi mengawal rambut beruban.
B Complex untuk Masalah Haid
  • Vitamin B5 (asid panthothenik), B6 dan B12 membantu mengurangkan sakit senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan tekanan.
  • Vitamin B6 dapat menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita dan membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu mengurangkan tekanan dan mencegah anemia.
B Complex Untuk Kecantikan Kulit
B complex sememangnya terkenal sebagai rahsia untuk awet muda kerana ia menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia berperanan penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, mengurangkan migraine,keletihan,tekanan,insomniadan juga mencegah rekahan mulut selain mengurangkan garis-garis halus di kulit. Antara peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap.
  • Mencegah pigmentasi.
  • Melambatkan tanda penuaan.
  • Mengubati jerawat.


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Friday, 5 December 2014

Air ketuban kurang ?



Sebut pasa air ketuban kurang ni ,masa mengandungkan Balqis Humaira' .. masa nak dekat due date tu ..DR kata air ketuban saya dah tinggal 4 ..nak tak nak ,kene transfer ke hospital sebab takut baby lemas.Dan bermulalah episod bermalam di LR Pusat Perubatan Arridzuan Ipoh  =)
Alhamdulillah rasa sakit nak bersalin pukul 1 tengahari ...dan saya selamat melahirkan puteri saya tengahari jam 1.30.Eh jom kita baca apa risiko jika air ketuban kurang ?
Air ketuban adalah cecair yang paling penting untuk bayi sepanjang dalam kandungan.
Cecair ini berasal daripada rembesan kulit dan air kencing bayi yang mengelilingi bayi semasa dalam kandungan ibu.Antara sifat air ketuban ialah tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau sebagaimana air kencing.
Masalah air ketuban kurang ini kerap dialami terutama bagi ibu yang melahirkan anak sulung. Selalunya masalah air ketuban ini jarang berlaku pada kehamilan akan datang. Walaubagaimanapun, ia mungkin dianggap perkara biasa justeru tidak ramai mengetahui pentingnya air ketuban serta risiko yang dialami sekiranya kekurangan air ketuban.
Fungsi Air Ketuban
Fungsi air ketuban sangat penting. Antaranya ialah membantu menyerap kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim. Selain itu,ia juga berperanan sebagai menstabilkan suhu persekitarannya dan bertindak sebagai lapisan pelindungan daripada sebarang jangkitan kuman dari luar. Di samping itu, ia turut memberikan ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuhnya.
Masalah Air Ketuban Kurang
Kekurangan air ketuban dipanggil ‘oligohidramnios’. Kadar normal air ketuban ialah dari bacaan 0.5- 2.5 liter. Air ketuban kurang biasanya merujuk kepada masalah buah pinggang bayi atau tekanan darah tinggi ibu, manakala air ketuban lebih pula biasanya disebabkan oleh masalah diabetis ibu.
Masalah air ketuban kurang ini mempunyai beberapa punca. Antaranya adalah:
Koyakan kecil pada dinding air ketuban menyebabkan air ketuban keluar. Koyakan ini meningkatkan risiko jangkitan pada ibu dan bayi kerana koyakan ini memberi laluan kepada bakteria untuk masuk ke kawasan air ketuban. Kadangkala,kebocoran selaput ketuban mengakibatkan lelehan air ketuban secara berterusan sedikit demi sedikit, boleh berlaku tanpa disedari dan disangka lelehan lendir faraj.
Masalah pada placenta akan menyebabkan bekalan darah dan nutrien berkurangan pada bayi anda. Sekaligus menyebabkan bayi berhenti mengitar semula cecair yang dijadikan air ketuban.
Masalah kesihatan ibu seperti buah pinggang serta paru-paru janin menimbulkan masalah air ketuban yang kurang Kelainan kromosom janin juga boleh menyebabkan kurang penghasilan air ketuban ini.
Masalah air ketuban kurang mempunyai risiko yang tinggi sekiranya si ibu mengandung kembar dua atau lebih. Keadaan ini berlaku kerana sindrom peralihan cecair kembar kepada kembar yang lain. Air ketuban yang kurang dibentuk oleh seorang kembar,manakala seorang lagi kembar akan membentuk ar ketuban yang banyak.

Risiko Kekurangan Air Ketuban (Oligohydramnios)
  • Tali pusat terhimpit dan berkemungkinan janin lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada ibu kepadanya.
  • Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.
  • Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlalu seperti kesukaran pernafasan dan pendarahan otak
  • Kematian bayi sebelum dilahir (mati dalam kandungan).

Risiko Air Ketuban Terlalu Banyak(Polihidramnios)
  • Kedudukan bayi songsang seperti kepala ke bawah.
  • Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya adalah kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di trimester akhir kehamilan.
  • Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
  • Risiko melahirkan bayi secara caesarean(pembedahan) adalah tinggi disebabkan kedudukan bayi yang songsang.
Kesimpulan
Sekiranya anda mengalami komplikasi yang teruk,dapatkan bantuan doktor dengan segera bagi mengelakkan kandungan anda terjejas.


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...






FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Bukan senang nak senang , kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang menggunung !


Entry kali ni dedikasi khas buat salah seorang rakan SID se-susur galur saya ..Beliau seorang yang particular , tabah dan cekal .. sengaja saya sisipkan kisah beliau dalam entry blog saya kali ini untuk bacaan pengunjung www.fazlina.com dan juga inspirasi buat anak-anak buah empayar ASC.

Bukan senang nak senang , kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha yang menggunung !




Assalamualaikum.

Saya nak bayar hutang ni. Terlepas berkongsi kisah saya di 2 kelas Next Project kelolaan Surijunior.
Saya percaya kita berada di dalam Shaklee ada sebabnya, bukan kebetulan. Allah dah susun jalan saya untuk tiba di sini, bersama-sama dengan keluarga Shaklee saya. Mungkin sekarang saya belum semewah saya dulu-dulu, tapi saya positif yang keadaan akan jadi semakin baik. Saya positif yang saya akan jadi lebih mewah daripada dulu. Mewah yang saya harapkan sekarang bukannya mewah wang ringgit semata-mata, tetapi juga -

mewah pahala,
mewah impian,
mewah kesihatan,
mewah akhlak,
mewah intelek,
mewah rohani,
mewah emosi,
mewah sahabat karib,
Buat pertama kali, saya Nampak dengan jelas, visi hidup saya bukan semata mata ingin bebas kekangan wang ringgit, tapi lebih daripada itu.
Jom singkap sejarah saya. Dulu saya bekerja sebagai pensyarah. Gaji bersih saya boleh tahan selesa, lebih kurang RM2800 sebulan. Tapi entah kenapa jiwa saya rasa tak seronok, tak tenang. Saya suka mengajar. Saya gemar bercakap depan orang ramai. Saya cintakan usaha berkongsi ilmu.
Tapi mengapa semakin lama semakin saya tak selesa dengan profession saya?
Mungkin sebab bosan selalu disuruh buat kerja admin dan kewangan, mengutip hutang yuran pelajar.
Mungkin sebab saya kena bekerja ikut waktu yang ditetapkan.
Mungkin saya dah tak mahu dipijak kepala, bayaran rendah daripada jumlah waktu bekerja.
Mungkin jam mengajar saya tinggi daripada jam mengajar maksimum yang ditetapkan oleh pihak kolej.
Mungkin sebab saya bosan disuruh datang bekerja hari Sabtu dan Ahad dengan alasan sebab saya belum berumah tangga.
Entahlah. Semakin hari, semakin banyak alasan yang datang untuk saya berhenti kerja. Bukan saya tak ikhlas mendidik. Saya penat dengan kerja-kerja bukan hakiki yang disuruh di kolej.
Bila direnung, saya sedar yang saya suka berniaga. Walaupun saya sudah ada kerja tetap sebagai pensyarah, saya ada buat bisnes sambilan secara online. Saya pernah jual macam macam – alas tilam, sarung bantal, losen tangan, kek, cupcake, lukisan, beg berjenama, kaktus. Macam-macam!
Yang paling saya suka ialah jual cupcake dan kek. Lama-lama, pelanggan semakin ramai, tempahan semakin banyak. Saya mula ponteng kerja. Ambil MC untuk siapkan order kek dan cupcake.
Lama-lama, saya sedar berniaga lebih seronok daripada profession saya makan gaji sebagai pensyarah.
Maka saya ambil keputusan untuk berhenti kerja.
Gempar satu kolej – Apis nak buka restoran. Mesti Apis akan kaya lepas ni. Ye lah, tauke restoran. Duit mesti dapat banyak.
Idea restoran ni dah lama berlegar dalam minda saya. Lebih setahun saya berangan-angan nak buka restoran. Dan saya ambil masa dua bulan untuk renovate restoran. Memang cantik, gayanya ikut kehendak saya. Konsep “industrial chic”.
Gembira betul saya masa tu. Kawan-kawan datang tak henti henti. Masing-masing puji restoran cantik. Konsep interiornya mengancam. Menunya sedap-sedap dan hiasan atas pinggan setaraf hotel. Memang sengaja saya gajikan 2 orang chef yang pernah praktikal di hotel. Restoran saya pernah masuk TV3 untuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Masuk surat khabar pun pernah.
Waktu ni, saya rasa saya hebat. Ye lah, gaji dah capai 3-4K sebulan.
Nak beli barang jenama tak risau-risau dah. Kasut kulit Prada? Dompet Gucci? Beg Kenzo? Beg Marc Jacobs? Semuanya saya dah rasa. Citarasa makanan pun dah macam orang lupa daratan. Tak nak makan di gerai. Nak makan tempat ada air cond je. Seminggu sekali kalau tak pergi restoran mahal-mahal, memang tak sah. Snap-snap gambar dan show off dalam instagram.
Tapi, tak semua tahu yang bukannya senang nak berniaga restoran.
Saya tak malu nak kongsi kejatuhan saya sebab saya mahu anda tahu bahawa bisnes ni bukannya senang. Saya tak nak anda ulangi apa yang saya alami.
Langit bukannya selalu cerah. Selepas 2 tahun, restoran Cupcake Chapter gulung tikar!
Cabaran yang saya pernah alami termasuklah duit top up bulanan tak cukup untuk bayar gaji dan sewa, maintenance. Bahaya kalau tiba-tiba ada yang rosak (paip air, pintu, mesin kopi) sebab semuanya menambah kepada perbelanjaan bulan tu. Duit untuk bahan mentah mesti sentiasa cukup.
Restoran saya memang best. Bukan saya nak berlagak. Makanan tip top. Kuih kek semuanya marvellous, saya berani cakap.
Tapi, salah satu sebabnya yang membuatkan saya gulung tikar ialah tak cukup duit untuk modal pusingan. Meniaga sendiri macam ni memerlukan masa panjang nak dapat untung. Setahun belum tentu dapat pulangan.
Saya terpaksa tutup kedai.
Rasa nak terjun bangunan bila fikirkan RM700K yang telah dibelanjakan untuk set up restoran. Dengan keadaan sehelai sepinggang saya (dan kawan karib saya Yusof) bawak diri ke Johor Bahru. Maka bermula la episod perit hidup kami.
Sewaktu berniaga restoran, memang stress. Jadual makan dan senaman saya tak teratur. Berat badan mencecah 120kg. Doktor diagnos saya borderline diabetes dan high risk untuk serangan jantung.
Sudahlah sehelai sepinggang, kesihatan merosot, gemuk pulak tu.
Keyakinan diri saya mula menurun. Saya rasa saya ni tak layak untuk berjaya.
Hidup selepas gulung tikar amat perit. Duit tak cukup. Waktu tu saya bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM1500 untuk lebih kurang 10 jam sehari.
Dulu gaji saya paling tinggi RM4K, maka tak kisah nak swipe kad kredit. Bahananya ialah, komitmen hutang saya besar sangat. Lebih separuh daripada gaji saya sebagai tukang masak di Johor Bahru.
Saya menyewa sama-sama dengan Yusof.
Taraf ekonomi kami memang menjunam.
Makan bubur garam, catu makanan, menangis merenung siling sebelum tidur tu memang rutin setiap hari.
Baju ada lubang-lubang halus, nak ganti tak ada duit. Seluar dalam pun tinggal satu sahaja. Itulah yang dibasuh setiap hari. Hanya Allah yang mengerti isi hati saya masa tu.
Benda yang positif akibat drama sedih ni ialah, saya rasa lebih rapat dengan Allah. Saya mula rajin ke surau dan cuba untuk solat awal waktu. Dan saya percaya semua ni ada hikmahnya.
Kawan lama saya daripada matrikulasi pujuk saya berniaga Shaklee. Disebabkan kewangan terdesak saya turutkan.
Maka saya pun terjun ke dalam bisnes Shaklee pada minggu ke-4 bulan mei 2014.
Mula mula tu, saya tak serius pun. Ada sedikit tawar hati sebab merajuk meniaga. Dan saya rasa macam saya ni takkan berjaya sampai bila-bila. Nasib saya memang untuk jadi orang miskin agaknya.
Lepas seminggu saya rasa pelik sebab group bisnes Shaklee (Glorious) banyak bincang keagamaan, ada motivational speech, saya dapat rasa bimbingan daripada senior untuk selok belok perniagaan. Dan yang paling penting saya rasa saya diperlukan dalam organisasi itu
.
Saya betul-betul nekad nak berjaya dengan Shaklee. Saya pujuk hati saya mungkin inilah peluang untuk saya berniaga semula. Walaupun restoran dah hancur, tapi saya masih ada hati waja seorang pedagang. Minat berniaga tu masih terlalu tebal.
Saya ingat lagi, saya buat poster, info semuanya selepas balik kerja dan selesai buat kerja rumah. Saya start buat semua tu lepas balik daripada solat isya’ di surau. Rutin saya focus Shaklee sampai pukul 3 pagi. Lepas tu bangun awal untuk tahajud, seperti yang disarankan oleh mak Shaklee saya, Najihah Sudi.
Bulan Ogos 2014, saya selalu demam sebab tak cukup tidur. Semuanya sebab nak buat sharing bermagnet di FB. Saya paksa diri untuk post purata 8 posting sehari. Dalam bulan tu saya demam 3-4 kali.
Allahu Akbar, Allah Maha Kaya, Maha Pemurah. Bulan Ogos 2014 ialah bulan yang mengubah segalanya dalam diri saya. Saya berjaya jadi Supervisor! Syukur tak terhingga kepada Allah.
Luka saya akibat terhempas jatuh, mula nak sembuh. Dan rasanya akan elok semula. Saya yakin satu hari saya akan terbang tinggi.
Progres Bonus saya hingga saat Supervisor.
===================================
Mei 2014: RM30
Jun 2014: RM200.02
Julai 2014: RM340
Ogos 2014: RM 2282.17 – saya jadi Supervisor!
Alhamdulillah, saya berjaya jadi Supervisor. Income bulanan dah cecah 4 angka!
Apa perubahan yang saya perolehi sejak join Shaklee?

1.Saya percaya rohani saya semakin baik. Saya kurang pandang negative pada orang. Saya biasakan diri dengan solat sunat, rutin membaca surah surah Al-Quran, dan macam-macam lagi.
2. Saya dapat semula keyakinan diri. Dulu saya rasa diri macam sampah. Lepas join Shaklee, saya mula rasa yang saya ada tempat dalam masyarakat. Allah... Kasih saying Allah saying kuat. Saya masih menangis kalau teringatkan betapa pemurah dan penyayangnya Allah. Sebak...
3. Kesihatan saya semakin baaik. Saya dapa semula potongan badan saya yang dulu. Daripada 120 kg saya turun ke 85kg. Daripada pinggang 45inci kepada 34inci.
4. Saya ada future yang cerah! Saya percaya saya akan pergi jauh dengan bisnes Shaklee.
5. Saya tak pentingkan diri. Sekarang, saya rasa dalam diri yang saya nak sangat tengok anak cucu bisnes saya berjaya. Saya tak pernah ada rasa macam ni sebelum join Shaklee. Sekarang, saya rasa hidup saya ada tujuan.
Bagi saya apa-apa pun perniagaan atau pekerjaan yang kita ceburi, biarlah ianya semakin mendekatkan diri kita dengan Allah.Terima kasih keluarga Shaklee yang hadir memberikan berjuta-juta makna buat diri saya. Kami sebenarnya saling terhutang budi antara satu sama lain. Ingat mengingati ke arah kebaikan.
Kini saya buat full time Shaklee di rumah. WAHD - Work at Home Dude. Belum lagi jadi ayah. Kini saya menetap di ke Muar dengan ibu. Saya nak hidup dalam persekitaran lebih sihat. Sayur tanam sendiri pakai baja organic buatan sendiri. Projek ternak ayam untuk telur dan daging. Free range egg and chicken. Semoga perniagaan Shaklee dapat membantu saya capai semua ni dengan mudah dan berkat.
Kalau anda tanya cita-cita saya sekarang, saya nak lahirkan ramai anak cucu yang berjaya. Hati saya dah lain macam, saya tak mahu pentingkan diri. Saya tahu betapa susah hidup tak cukup duit dan saya nak anak cucu saya berubah jadi lebih baik.
Saya selalu visualise saya naik pentas semasa Master Celebration saya. Sudah saya bayangkan apa yang akan saya katakan, baju warna apa, fesyen rambut dan senyuman serta tepukan orang ramai.
Anak cucu pun saya tak lupa tau! Saya bayangkan keadaan saya memandang satu-satu anak cucu empayar GloriousPhoenix naik ke pentas semasa Master Celebration mereka. Sayalah yang beri tepukan paling gemuruh untuk mereka!

Doa dari kami ,semoga Hafiz berjaya capai cita-cita yang di impikan !
Semoga kita semua berjaya hingga ke puncak Master Coordinator

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.