Monday, 22 December 2014

Air Kefir minuman prebiotik ?


Masa mula-mula terbaca pasal Kefir water ni ..seram sejuk rasa nye ..yelah kan ..seaka-akan bunyi Kafir ..opss excuse me ..hihi ..oo rupa-rupanya ia sejenis minuman prebiotik yang boleh disediakan sendiri di rumah.Mesti u ols nak tau apa dia kan air Kefir ni ..ni antara info yang saya dapat dari saudari Cik Lily Moha ..seorang PEGAWAI DIETATIK =)

Kefir adalah sejenis probiotik. Probiotik adalah organisma dari jenis bakteria atau yis yang diyakini dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Secara semulajadi usus kita mengandungi lebih daripada 500 jenis bakteria. Mereka adalah si askar kecil yang membantu dalam menjaga kesihatan usus dan penghadaman makanan. Usus yang sihat, membantu dalam penyerapan nutrisi dan seterusnya memberika sistem imun yang kuat!


Kenapa perlu ambil probiotik?

Kajian menunjukkan sekiranya ekosistem askar-askar ini tidak seimbang ia akan memberikan masalah kepada sistem penghadaman. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh;


(1) Ubat-ubat tertentu seperti antibiotik

(2) Pengambilan makanan yang tidak sihat atau kotor.
(3) Lapisan usus yang rosak.

Di hospital, jika ada pesakit yang sering cirit birit dan sebagainya, terdapat probiotik yang akan kita berikan kepada mereka. Tidak semua kes. Ada kajian di mana kes seperti severe pancreatitis mempunya risiko kematian yang tinggi jika diberikan probiotik.

Probiotik terdapat di dalam,

(1) Yogurt
(2) Kefir
(3) Minuman kesihatan seperti Yakult dan Vitagen
(4) Budu dan cencalok
(5) Tapai
(7) Tempe
dll.
Pilihlah dari yang banyak memberi faedah kesihatan.

|Macam mana nak buat Kefir tu?|

Ia tidak boleh dibuat-buat sahabat! Ia seperti pokok, perlu ada benihnya. Dari situlah kita "membela".
Seorang sahabat berjumpa dengan saya semalam dan saya berikan beliau satu balang besar Air Kefir lebih kurang 1.5L. Sayapun berpesan, "Cuba dahululah, ia masam. Mungkin ada yang tidak suka"
Beberapa jam kemudian saya terima mesej daripadanya, "Lily, macam mana ni?"

Saya turut cemas, "Kenapa?"

"Baru bawa pulang, sudah tinggal 3/4 balang! Mereka kata, sedap. Ia seperti air berkarbonat!"

Betul, ia seperti air berkarbonat. Saya suka. Saya minum sehingga 700ml setiap hari.

Saya mudah ke tandas.



Anakanda Dr Iman susah ke tandas, saya beri minum sedikit setelah dipujuk-pujuk, Alhamdulillah urusan ke tandasnya mudah.



Semasa anak-anak diarhea tempoh hari, saya beri mereka minum sedikit, alhamdulillah ia berlangsung sehari sahaja. Sudah selesai.

Adakah ia magis?
Tidak. Probiotik memang sifatnya begitu. Ia membantu urusan ke tandas kita. Tidak ke tandas untuk urusan besar selama beberapa hari, bagi saya adalah satu masalah yang sangat merisaukan.
Maka soalnya, bagaimana mahu membela?



Sahabat perlukan benihnya. Ia tidak dijual. Ia biasanya dikongsi oleh orang-orang yang memilikinya.Jika anda berminat untuk dapatkan benih Kefir ni boleh dapatkan dari Cik Lily Moha




 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

2 comments:

  1. Salam, boleh saya copy paste tak sebahagian info ini untuk penjualan susu kefir saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh encik aiman..sila kan..semoga bermanfaat =)

      Delete

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.