Thursday, 22 January 2015

Degil ke anak saya ?

Fahami perkembangan otak anak anak kecil.


Soalan:

Degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?
Jawapan pakar:
Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.
Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.
Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.
Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.
Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.
Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.
Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!
Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.
Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.
Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.
Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.
Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.
Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.
Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.
Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.
Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.
Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.
Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

19 PERKARA YANG IBU HAMIL HARUS ELAKKAN


Selain baik untuk kesihatan ibu hamil, ia juga baik untuk kesihatan serta perkembangan janin dalam kandungan.Berikut adalah beberapa aktiviti berbahaya yang merangkumi 19 larangan ibu hamil yang perlu diberikan perhatian.
1.  Wanita Hamil Harus Menjauhi Minuman Keras
Berapapun jumlah atau kadarnya, ibu hamil dilarang sama sekali untuk minum minuman keras. Selain nikotin,minuman keras pun merupakan zat paling berbahaya diambil ketika hamil. Minuman tersebut boleh menyebabkan bayi yang anda kandung itu mengalami masalah pendengaran, gangguan sistem penghadaman, sukar berkonsentrasi, serta bakal mengalami masalah kesihatan fizikal dan juga mental. Minum minuman keras tetap akan membuatkan bayi anda tidak sihat! Jadi, jangan ambil jalan mudah untuk pentingkan keinginan serta kehendak anda tanpa memikirkan risiko yang bakal menanti.
2.  Wanita Hamil Dilarang Berendam Air Panas Terlalu Lama
Relaks dan bertenang memang diperlukan oleh setiap wanita hamil. Tetapi berendam terlalu lama di dalam air panas tidak baik untuk wanita hamil kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung.
3.  Wanita Hamil Dilarang Melakukan Senaman Berat
Wanita hamil memang digalakkan untuk bersenam. Namun, senaman bagi wanita hamil bukanlah senaman berat seperti yang dilakukan oleh orang yang tidak hamil. Usah ambil jalan mudah, walaupun anda  seorang yang aktif atau tahan lasak selama ini.
Senaman yang keterlaluan boleh mengancam keselamatan janin yang dikandung serta menjadi salah satu punca keguguran. Senaman ekstrem seperti berbasikal dan latihan kekuatan sebaiknya dihindari oleh orang yang sedang hamil.
4.  Wanita Hamil Tidak Boleh Menggunakan Lotion
Penggunaan lotion dan produk kecantikan dikatakan boleh mempengaruhi hormon pada wanita hamil. Sebaiknya gunakan lotion daripada bahan semulajadi seperti minyak zaitun.
5.  Wanita Hamil Dicegah Mewarnakan Rambut
Wanita hamil dilarang sama sekali mewarnakan rambutnya kerana kandungan kimia pada bahan pewarna rambut boleh membahayakan kandungannya.
6.  Wanita Hamil Tidak Boleh Menggunakan Pembersih Kimia
Ibu hamil sebaiknya menghindari sebarang pembersih yang mengandungi bahan kima ketika mengelap atau membersihkan bilik mandi. Pembersih kimia berbahaya untuk ibu hamil kerana kandungan bahan kimia ini akan menganggu pertumbuhan janin.
Ektra Tips!
Ibu Hamil Harus Menjaga Kesihatannya.
Semak 5 Tips di bawah!
1. Jauhi Stress – Perkara pertama yang perlu dititik beratkan oleh ibu hamil adalah stress. Jika terlalu banyak sangat yang bermain di fikiran, wanita hamil terutama bagi yang ‘hamil muda’ sangat mudah untuk mengalami keguguran.
2Bersenam – senaman ringan baik untuk ibu hamil kerana ia boleh membantu melancarkan peredaran anda sepanjang kehamilan tersebut.
3.  Jangan Buat Kerja-Kerja Berat
Namun, pastikan ia tidak dilakukan secara berlebihan. Hindari kerja-kerja berat sepanjang kehamilan, terutama bagi ibu hamil muda. Mengangkat beban berat boleh memberikan tekanan pada perut anda ketika hamil. Pada awal kehamilan, anda bakal terdedah pada keguguran jadi hindari sebarang kerja-kerja berat.
4.  Kurangkan Pengambilan Asam
Kebanyakan ibu yang sedang hamil gemar memakan asam. Boleh, tapi janganlah berlebihan. Asam yang terlalu banyak masuk ke dalam tubuh boleh menyebabkan kandungan menjadi tidak sihat, dan mengundang keguguran buat anda yang hamil muda.
5.  Menjaga Pengambilan Nutrisi
Menjaga pemakanan serta pengambilan makanan bernutrisi sangat penting. Aturlah pola pemakanan yang sesuai dan perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk melengkapi zat yang diperlukan oleh anda dan juga bayi dalam kandungan.
** 8 Perkara Yang Anda Harus Berikan Perhatian Ketika Hamil. Jangan ambil jalan mudah untuk melupakannya!
  1. Timbang berat badan anda secara teratur
  2. Jangan Minum Minuman Keras
  3. Kurangi pengambilan makanan yang banyak mengandungi garam dan MSG.
  4. Biasakan diri untuk melakukan senaman ringan.
  5. Hindari penggunaan ubat tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
  6. Hindari memakan makanan yang tidak dimasak atau mentah.
  7. Hindari merokok atau asap rokok.
  8. Kurangi pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi soda.

Ingin dapatkan set supplement untuk nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat ? Hubungi saya di supermomfazlina@gmail.com atau Whatsapp 019 556 0012 untuk dapatkan konsultasi secara percuma dan harga istimewa eksklusif  untuk customer www.fazlina.com 


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Thursday, 15 January 2015

Vitamin C tak boleh dipatahkan dua ?

Semalam agak kecoh dan riuh rendah seketika apabila, beberapa pengedar Shaklee yang pulang dari Health Talk, menyatakan bahawa



Mematahkan pil Sustained Release(SR) Vita-C kepada dua akan menyebabkan penyerapannya kurang berkesan!
Ia adalah bercanggah dengan info dan praktikal yang diperturunkan dari zaman berzaman oleh mereka yang telah lama mengamalkan pengambilan suplemen Vitamin C.

Mengikut pendapat mereka:

Sewaktu demam, batuk, selesema atau kurang sihat, keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu tubuh melawan penyakit. Apabila SR Vita-C dipatahkan kepada dua, seluruh 500mg Vita-C akan direlease kedalam tubuh pengguna. 

---> Ini jugalah yang saya pegang selama 4 tahun, bergelar pengedar Shaklee dan sering melakukannya ketika saya dalam proses untuk lebih sihat. (To be honest, memang rasa perubahan, mengapa? -- mungkin kerana mindset, wallahualam)

Jadi apakah sebenarnya "Sustained Release"?

Shaklee adalah pioneer dalam menggunakan teknologi SR, dimana, setiap vitamin C yang terkandung dalam SR Vita-C, diselaputi lapisan yang akan melepaskan Vitamin C tersebut secara berperingkat, iaitu 100 mg setiap jam.

Mengapa "Sustained Release" perlu untuk Vitamin C?

Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin C adalah sejenis Vitamin larut air.Tubuh kita hanya boleh menyerap Vitamin C 100-200mg dalam masa 1 jam,selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing. Dengan pelepasan berperingkat oleh SR, tubuh kita dapat menyerap Vitamin C dengan lebih optimum dan mengurangkan pembaziran Vitamin C melalui Urine.

Apa berlaku apabila, SR Vita-C dipatahkan 2?

Apabila kita mematahkan, atau menumbuk, kita telah memecahkan matriks yang membentuk lapisan SR. Ini mengakibatkan pelepasan Vitamin C tidak lagi berlaku secara berperingkat.  Lebihan Vitamin C yang terbebas dan tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui urin, di sinilah berlakunya pembaziran kepada wang yang telah kita laburkan. Allahu Akhbar! Ilmu baru yang wajib saya sampaikan dan perjelaskan pada anda semua, untuk saya dan juga semua pengedar dan pengguna Shaklee SR Vita-C.

Bagaimana Saranan Scientist / Nutritionist Shaklee?

Sebaik mendapat pertanyaan dari lapangan tentang isu ini, saya terus menghubungi beberapa Nutritionist Shaklee juga President Shaklee Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan pemahaman yang lebih dari Scientist Shaklee di US.

Alhamdulillah, untuk keperluan harian Vitamin C kita, 500mg Vitamin C adalah mencukupi dan sekiranya kita dalam proses untuk sihat, (cth: demam, selesema, batuk) keperluan Vitamin C diperlukan sehari meningkat tetapi kadar penyerapan tubuh masih sama (atau sedikit meningkat dari 100-200mg). Cara yang efektif adalah dengan mengambil 2 biji SR Vita-C (tanpa dipatahkan) setiap 5 jam. Dengan ini, setiap jam 200 mg Vitamin C akan dilepaskan untuk penyerapan tubuh dengan lebih efektif.

Sekiranya anda mengambil dosage Vitamin C sehingga 500-1000mg tanpa teknologi 'Sustained Release" anda mungkin mahu pertimbangkan semula pelaburan wang anda yang bakal berakhir membazir di urin ")

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr Victor, President Shaklee Malaysia kerana dengan pantas telah membuat perjumpaan ringkas bersama Product Manager, Puan Celine dan Nutritionist serta telah mendapatkan pengesahan terus dari Scientist Shaklee di US. Saya harap penjelasan ini, membantu pengedar dan pengguna Shaklee untuk memastikan kita mendapat manfaat pengambilan Vitamin C dengan optimum dan tidak berlaku lagi pembaziran wang yang telah kita laburkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, dan memerlukan penjelasan lanjut para nutritionist shaklee amat berbesar hati untuk membantu anda.


Credit to Presidental Master Zuraifah aka NinjaPah

Kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak ?

Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.
Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………
Pertama kali membaca luahan hati di atas, hati Ibu menjadi sebak. Ini kerana jika Ibu berada di tempat dia, entah bagaimana tindakan reflect Ibu, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.
Jangan marah anak pada usia 1 tahun
Namun apabila anda baca kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak dibawah, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan reflect. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan degil.
Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
kesan-hukum-anak
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.
Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.
“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.
“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.

sering-marah-anak
“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.

“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.

Sumber: Utusan Malaysia


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Nak kulit cantik ?





Setiap wanita mengimpikan kulit yang kelihatan anjal,cantik dan gebu. Apatah lagi, sekiranya sering dipuji oleh rakan-rakan ataupun suami.
Vitamin kecantikan adalah antara salah satu cara untuk mencantikkan kulit anda, bermula dari dalam sehingga luaran selain mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan seimbang.Jom ketahui rahsia kombinasi vitamin untuk mendapatkan kulit gebu walaupun tanpa make-up. Bak kata orang ‘natural beauty’.
Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik
Vitamin C
Vitamin C memang diketahui umum mempunyai kebaikan untuk kulit kerana ia dapat membentuk meransang kolegen dalam kulit. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu,jika kolegen dalam kulit anda berkurangan,ia akan menimbulkan kedutan pada kulit.
Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat melambatkan penuaan,menjadikan kulit anda lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmentasi pada kulit. Pigmentasi merupakan punca tercetusnya jeragat. Kebaikan vitamin C yang lain ialah:
  • Melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih segar.
  • Merawat jerawat di wajah & badan.
  • Kulit yang sekata, cerah dan lembab.
Vitamin E
Bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi Vitamin E, kulit mereka akan tampak awet muda berbanding usia sebenar. Vitamin E juga termasuk dalam kombinasi vitamin untuk kulit cantik kerana sebiji kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan,mengurangkan kedutan, garis halus,menjaga kesegaran dan keremajaan kulit,melindungi kulit dari sinaran ultra-ungu,menjaga kelembapan kulit,dan juga menghapuskan radikal bebas yang merosakkan. Selain itu juga,Vitamin E dapat memulihkan tekstur kulit dan menghilangkan kesan parut pada kulit.
Vitamin B-Complex
Mungkin ramai yang tidak mengetahui Vitamin B-Complex sebagai vitamin untuk kulit cantik. Tapi bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi B-Complex atau amalkan vitamin B-Complex, kesan paling ketara yang dapat dilihat adalah kulit yang ‘glowing’. Vitamin B9, Vitamin B6 dan Niacin dalam Vitamin B3 akan membantu sel kulit menerima oksigen secukupnya sekaligus mengelakkan pembentukan jerawat dan menggalakkan pembentukan semula sel-sel kulit. Hasilnya kulit akan sentiasa tampak bersih, sihat dan muda.
Vitamin B5 juga akan mengecilkan liang pori menjadikan kulit lebih halus dan meratakan tona kulit supaya kulit kelihatan lebih cantik dan berseri. Jika anda mempunyai kulit kering, kasar dan ada whiteheads atau blackheads, ambillah vitamin B-Complex.
Vitamin A
Tahukah anda Vitamin A juga merupakan vitamin untuk kulit cantik. Jika kulit anda bersisik,kering atau berjerawat,ini bermakna anda kekurangan Vitamin A. Vitamin A ini memainkan peranan yang penting kerana ia akan membantu memulihkan tisu yang rosak dan membantu pembentukan sel kulit baru yang lebih sihat. Namun awas, Vitamin A jika diambil berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Jadi jika anda mahu ambil Vitamin A pastikan ia dalam bentuk beta-carotene kerana ia hanya akan diaktifkan apabila badan kekurangan Vitamin A.
 Info Ekstra!
Amalan Zikir & Ayat Suci Untuk Wajah Cantik Mempersona
Anda boleh mengamalkan mana-mana amalan yang diberikan,tetapi haruslah berterusan untuk mendapatkan wajah cantik mempersona.
Amalan Pertama
Amalan ini haruslah dilaksanakan selepas waktu solat Isyak
  • Tuangkan segelas air.
  • Baca Al-Fatihah diikuti dengan ayat Qursi dengan sempurna.
  • Kemudiaan,disudahi dengan Ayat 35-35 dari Surah Al-Waqiah sebanyak 7 kali.
  • Hembuskan lembut ke dalam air dan minum.
  • Niatkan di dalam hati untuk menjaga kecantikan demi kebahagiaan rumahtangga.
Amalan Kedua
Alunkan zikir seperti yang tertera di bawah dan niatkan alunan zikir supaya wajah kelihatan berseri dari luar dan dalam.
  • Ya Badiyah x 1.
  • Ya Nur x 1.
  • Ya Hadi x1 .
  • Ya Allah x 3.
  • Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan ke wajah setiap hari.
Amalan Ketiga
  • Setiap kali selepas solat subuh, bacalah ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari Surah Al-Waqiah.
  • Sejurus selesai membacanya,hembuskan pada air dan minumlah air tersebut.
  • Niatkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam kerana Allah Taala.
Kesimpulan
Sememangnya gabungan 4 vitamin ini terkenal dalam menghasilkan kulit yang gebu, halus dan licin. Tetapi anda perlulah sabar untuk melihat hasilnya. Jangan mudah berputus asa untuk mendapatkan kulit yang cantik. Elakkan juga daripada mendapatkan kecantikan ekspress dengan menggunakan suntikan. Anda juga harus ingat,sebaik-baik kecantikan adalah ‘beauty come from within’ iaitu kecantikan yang lahir dari dalaman.



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **






Thursday, 1 January 2015

Multivitamin kanak-kanak kembali lagi yeay !!


Assalamualaikum semua =)
Bila tau Vitalea for children dah kembali rasa nak melompat je ! Lama juga vitamin ni takde kat pasaran.Kini dah kembali semula ,ibu-ibu pasti gembira =)
Kebanyakan vitamin dipasaran terutamanya untuk kanak-kanak murah kan? Kerana apa? Macam-macam sebab..mungkin artificial..mungkin sintetik..mungkin tidak lengkap..


Apa KELEBIHAN VITALEA FOR KIDS dari SHAKLEE?
 Lengkap dengan 8 komponen vitamin B.
Vitamin B ni terdiri daripada 8 beradik iaitu B1, B2, B6, B12, FOLIC ACID, NIACIN, BIOTIN, PANTOTHENIC ACID. Kesemua komponen perlu hadir bersama untuk kesan yang optimum. Tetapi kebanyakan pengeluar tidak memasukkan beberapa komponen seperti biotin kerana harganya yang terlalu mahal. Ini menyebabkan kesannya tidak optimum.
#Mengandungi vitamin dan mineral dalam satu tablet!
#Rasa anggur yang enak, tidak mengandungi pewarna, pemanis dan pengawet tiruan.
# Diperasakan dengan xylitol yang membantu mengelakkan kaviti.
Mudah dikunyah!
Ini antara kelebihan Vitalea ni..nutrisi dalam sebiji vitalea ni lengkap dan sesuai dalam membantu perkembangan anak-anak..cuba bayangkan..anak-anak kita kena makan 3 gelas susu, 10 sudu besar peanut butter, 6 oz jus oren bermangkuk brokoli dan sayuran lain untuk mendapatkan khasiat yang serupa dalam 1 biji vitalea..agak2 dapat tak anak kita makan banyak tu setiap hari? Macam tak je kan? Sebab tu lebih senang kunyah je sebiji vitalea hehe dan yang penting ianya SEMULAJADI.

Semulajadi ni kita kena faham..bukan sekadar diperbuat dari bahan semulajadi sahaja dah dikira semulajadi..tetapi seluruh proses haruslah natural barulah ianya dikira semulajadi..maksudnya dari penanaman benih bahan2 untuk vitalea, penjagaan tanaman tanpa racun kimia, proses pembersihan yang mengekalkan khasiat bahan tersebut, dan pemprosesan yang tidak melibatkan sebarang bahan kimia..iti barulah NATURAL..jadi jangan mudah tertipu dengan perkataan semulajadi ni ye..kaji dahulu..
Bulan ni shaklee memperkenalkan NEW AND IMPROVED VITALEA for children..jadi SHAKLEE dengan bermurah hatinya nak bagi promosi..


Vita-Lea® for Children Chewable  
dirumus khas bagi memenuhi keperluan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak.
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
Multivitamin kunyah yang disahkan halal untuk anak-anak. Ia dipenuhi dengan 19 nutrien penting dan menyediakan 100% Nilai Harian vitamin C. Vita-Lea® for Children Chewable kini mempunyai lebih vitamin D – 600 IU setiap hidangan, yang 150% nilai harian serta memiliki kalsium, magnesium, dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat. Dengan perisa yang enak, Vita-Lea® for Children Chewable pasti menyeronokkan.


Ada yang tanya shaklee kenapa harganya mahal dari  yang dulu Ini message dari pihak Shaklee

"The new Vita-Lea® for Children is an improved formulation with 14 higher levels of vitamins and minerals. Shaklee is committed to ensuring all our products are ALWAYS SAFE. ALWAYS WORKS. ALWAYS GREEN.


Even though the bottle price is high, however, it is recommended to consume 1-2 tablets a day instead of 2 tablets a day, which effectively brings the per serving cost to only RM 1.48 per serving compare to old formulation’s RM 1.20, which is an increase of only about 20%.


Berminat nak dapatkan multivitamin untuk anak anda yang genius ?Boleh hubungi saya ye untuk konsultasi dan tawaran hebat 


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **




Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.