Thursday, 22 January 2015

19 PERKARA YANG IBU HAMIL HARUS ELAKKAN


Selain baik untuk kesihatan ibu hamil, ia juga baik untuk kesihatan serta perkembangan janin dalam kandungan.Berikut adalah beberapa aktiviti berbahaya yang merangkumi 19 larangan ibu hamil yang perlu diberikan perhatian.
1.  Wanita Hamil Harus Menjauhi Minuman Keras
Berapapun jumlah atau kadarnya, ibu hamil dilarang sama sekali untuk minum minuman keras. Selain nikotin,minuman keras pun merupakan zat paling berbahaya diambil ketika hamil. Minuman tersebut boleh menyebabkan bayi yang anda kandung itu mengalami masalah pendengaran, gangguan sistem penghadaman, sukar berkonsentrasi, serta bakal mengalami masalah kesihatan fizikal dan juga mental. Minum minuman keras tetap akan membuatkan bayi anda tidak sihat! Jadi, jangan ambil jalan mudah untuk pentingkan keinginan serta kehendak anda tanpa memikirkan risiko yang bakal menanti.
2.  Wanita Hamil Dilarang Berendam Air Panas Terlalu Lama
Relaks dan bertenang memang diperlukan oleh setiap wanita hamil. Tetapi berendam terlalu lama di dalam air panas tidak baik untuk wanita hamil kerana ia boleh mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung.
3.  Wanita Hamil Dilarang Melakukan Senaman Berat
Wanita hamil memang digalakkan untuk bersenam. Namun, senaman bagi wanita hamil bukanlah senaman berat seperti yang dilakukan oleh orang yang tidak hamil. Usah ambil jalan mudah, walaupun anda  seorang yang aktif atau tahan lasak selama ini.
Senaman yang keterlaluan boleh mengancam keselamatan janin yang dikandung serta menjadi salah satu punca keguguran. Senaman ekstrem seperti berbasikal dan latihan kekuatan sebaiknya dihindari oleh orang yang sedang hamil.
4.  Wanita Hamil Tidak Boleh Menggunakan Lotion
Penggunaan lotion dan produk kecantikan dikatakan boleh mempengaruhi hormon pada wanita hamil. Sebaiknya gunakan lotion daripada bahan semulajadi seperti minyak zaitun.
5.  Wanita Hamil Dicegah Mewarnakan Rambut
Wanita hamil dilarang sama sekali mewarnakan rambutnya kerana kandungan kimia pada bahan pewarna rambut boleh membahayakan kandungannya.
6.  Wanita Hamil Tidak Boleh Menggunakan Pembersih Kimia
Ibu hamil sebaiknya menghindari sebarang pembersih yang mengandungi bahan kima ketika mengelap atau membersihkan bilik mandi. Pembersih kimia berbahaya untuk ibu hamil kerana kandungan bahan kimia ini akan menganggu pertumbuhan janin.
Ektra Tips!
Ibu Hamil Harus Menjaga Kesihatannya.
Semak 5 Tips di bawah!
1. Jauhi Stress – Perkara pertama yang perlu dititik beratkan oleh ibu hamil adalah stress. Jika terlalu banyak sangat yang bermain di fikiran, wanita hamil terutama bagi yang ‘hamil muda’ sangat mudah untuk mengalami keguguran.
2Bersenam – senaman ringan baik untuk ibu hamil kerana ia boleh membantu melancarkan peredaran anda sepanjang kehamilan tersebut.
3.  Jangan Buat Kerja-Kerja Berat
Namun, pastikan ia tidak dilakukan secara berlebihan. Hindari kerja-kerja berat sepanjang kehamilan, terutama bagi ibu hamil muda. Mengangkat beban berat boleh memberikan tekanan pada perut anda ketika hamil. Pada awal kehamilan, anda bakal terdedah pada keguguran jadi hindari sebarang kerja-kerja berat.
4.  Kurangkan Pengambilan Asam
Kebanyakan ibu yang sedang hamil gemar memakan asam. Boleh, tapi janganlah berlebihan. Asam yang terlalu banyak masuk ke dalam tubuh boleh menyebabkan kandungan menjadi tidak sihat, dan mengundang keguguran buat anda yang hamil muda.
5.  Menjaga Pengambilan Nutrisi
Menjaga pemakanan serta pengambilan makanan bernutrisi sangat penting. Aturlah pola pemakanan yang sesuai dan perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk melengkapi zat yang diperlukan oleh anda dan juga bayi dalam kandungan.
** 8 Perkara Yang Anda Harus Berikan Perhatian Ketika Hamil. Jangan ambil jalan mudah untuk melupakannya!
  1. Timbang berat badan anda secara teratur
  2. Jangan Minum Minuman Keras
  3. Kurangi pengambilan makanan yang banyak mengandungi garam dan MSG.
  4. Biasakan diri untuk melakukan senaman ringan.
  5. Hindari penggunaan ubat tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
  6. Hindari memakan makanan yang tidak dimasak atau mentah.
  7. Hindari merokok atau asap rokok.
  8. Kurangi pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi soda.

Ingin dapatkan set supplement untuk nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat ? Hubungi saya di supermomfazlina@gmail.com atau Whatsapp 019 556 0012 untuk dapatkan konsultasi secara percuma dan harga istimewa eksklusif  untuk customer www.fazlina.com 


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.