Sunday, 31 May 2015

Alhamdulillah ! yang dinanti telah tiba


Akhirnya sampai juga  yang ditunggu-tunggu berhari-hari lama nya. Apa lagi  kalau bukan parcel dari Shaklee untuk pek NC nanti.Alhamdulillah .. =)





Alhamdulillah , Dapat dua beg pack  ... encik suami dah siap berangan nak bawak beg ni kalau g kursus.Dua  T-shirt ..satu untuk suami dan t shirt labuh Muslimah untuk saya ..tag National Conference .. 


Cycle lepas saya dapat 2 tiket .. satu untuk encik suami dan satu lagi untuk saya ..so dapatlah satu bilik ..kalau nak sesaja tido  kat Golden Horse Palace tu rasanya memang tak lah almaklumla harga nya bukan murah ..hihihi..Alhamdulillah ..TQ Shaklee ..tak sabar nak jumpa side line ,upline ,super upline , anak-anak mentor dan juga cucu cicit susur galur saya nanti.Nak team hug ramai-ramai ..


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...






FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Bekas ESP recycle ?

Wowww!!! Cantik kan??

Haaa.. sape2 ada bekas ESP tu boleh la recycle jadikan bekas kuih.. Best sebab bekas ESP kedap udara tau.. Jimattt..

Nak raya dah ni.. sesuai sangat la kan.. Masih belum ada?? Nak puasa ni sesuai sangat ambil Mighty 3 Gem (ESP + Performance + Mealshake).. So habis puasa, bekasnya boleh jadi bekas raya.. Hihihi..

Credit pic : Fiza






Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...






FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Thursday, 28 May 2015

SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE

Tak lama lagi cuti sekolah , biasanya cuti sekolah ni warga kota ambil peluang ni untuk balik kampung menziarahi ibu dan ayah.

Biasanya  bila bertanya khabar , yang lazim kita dengar ialah sakit lutut , sakit sendi , tak boleh solat seperti biasa.Apa kata kita hadiahkan set kesihatan sendi Shaklee ni kepada kedua ibu dan ayah kita.Moga-moga ,dengan izin ALLAH ..jika sebelum ni mereka terpaksa solat duduk ..selepas ambil supplemnt ni mereka dapat beribadah dengan sempurna ..tambah plak tak lama lagi Ramadhan bakal menjelma kan ..nak solat terawih pun best je 

Set ni juga antara set yang paling kerap customer order , sampaikan terpaksa buat stok di rumah.Bukan warga emas je yang ada masalah sakit sendi ni tau , orang muda pun ada terutama sekali yang aktif bersukan dan juga para ibu.

Apa yang ada dalam SET KESIHATAN SENDI SHAKLEE ni ?




Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat


Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Ingin dapatkan set supplement untuk kesihatan sendi ni boleh hubungi saya ye =)


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **



24 May 2015 yang best dan ohsem




24 May 2015 hari tu adalah hari yang bersejarah dalam keluarga kami.Adik lelaki saya mengakhiri zaman bujangnya bersama si cantik manis Carmella atau kini dengan nama Islamnya...Iman Dahlia..sedapkan?




Semoga saya dapat jadi kakak ipar yang baik untuk "adik baru" kami ni.InshaAllah...awal-awal lagi kene set dalam minda..kene terima apa saja kelebihan dan kekurangan orang kerana kita pun manusia biasa kan.Tapi so far..alhamdulillah..kami sekepala..haha!



Oh ya..ya Allah..terima kasih banyak2 kat adik2 dentistry dari Uitm Shah Alam yang sudi datang berkampung bantu persiapan majlis..kalau harap akak ngan abang..memang tak menang tangan..kemuncak preparation sampai pukul 2 pagi kat hotel MH tu..Tahniah semua..walaupun sakit sakit pinggang dan kaki sampai x leh tidor after the event..i am so happpyyyy n enjoyyyy...Alhamdulillah

To my lil bro..the only bro that i have...
Barakallu lakuma wabaroka alaikuma wajamaa bainakuma fi khayrr


Goodies bag untuk tetamu..special tau ..ni telur pindang

Candy booth ni hasil dari idea beramai-ramai ,beli barang props pun last minute ..almaklumla tkqa pernah ada experience buat candy booth ni..3-4 orang gak la yang menanya mana nak tempah candy booth ni ..hihih



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **




Wednesday, 27 May 2015

Jamu dan vitamin .. nak makan yang mana ye ?

Apakah perbezaan antara vitamin dan jamu yang sering kali menjadi persoalan ibu-ibu yang bakal berpantang kelak. Disini saya ingin membincangkan mengenai perbezaan antara vitamin dan jamu. Apakah definisi bagi kedua-dua benda alah tersebut.
Definisi Vitamin dan Jamu.
Vitamin adalah bahan organik (tiada campuran bahan kimia) yang diperlukan oleh tubuh badan kita dalam jumlah yang sedikit.  Vitamin boleh didapati secara terus dari sumber makanan yang kita makan seharian atau dengan mengamalkan vitamin serta supplement tertentu.
Jamu adalah bahan-bahan semulajadi yang diproses dari tumbuhan seperti contoh akar kayu, dedaun dan juga batang pokok. Ia juga dikenali sebagai herba yang digunakan secara tradisional oleh segolongan masyarakat.

Perbezaan antara vitamin dan jamu.

Badan kita memerlukan vitamin dan mineral dalam melakukan aktiviti harian. Vitamin dan mineral yang diperlukan haruslah mencukupi dan ia tidak membebankan organ-organ dalaman badan. Vitamin dan mineral akan diserap oleh tubuh untuk digunakan mengikut fungsi-fungsi tertentu.
Mari kita lihat perbezaan antara vitamin dan jamu yang membezakan kedua-duanya.
Penyerapan nutrisi akan lebih efektif dalam bentuk yang ringkas.
perbezaan antara vitamin dan jamu
  • Vitamin lebih cepat meresap kerana struktur vitamin lebih     ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk diurai oleh badan.
  • Jamu lebih kompleks dan penyerapan khasiat mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan.
Isi kandungan bagi penghasilan vitamin dan jamu juga berbeza.
  • Vitamin dilengkapi dengan khasiat seperti asid folik, zat besi, zink dan lain-lain vitamin yang menjadikan vitamin itu sudah cukup menampung nutrisi yang kurang dalam badan.
  • Jamu pula menggunakan ramuan mengikut bahan herba tradisional dan resepi turun temurun yang tidak diketahui ramuannya dengan tepat.
Sifat dan karektor vitamin dan jamu:
Slide22
  • Vitamin lebih bersifat semulajadi, melengkapkan nutrisi zat seharian dan memudahkan penggunaannya.
  • Jamu pula lebih bersifat panas dan kadang-kadang tidak sesuai untuk digunakan oleh ibu berpantang bagi jarak masa tertentu kerana dikhuatiri bayi akan mengalami kesan sampingan seperti demam kuning.
Perbezaan antara vitamin dan jamu juga boleh dilihat dari segi:
Fungsi penggunaannya juga dalam situasi ibu berpantang.
  • Vitamin selamat digunaka terus sejurus selepas melahirkan. Ia mampu memulihkan dalaman serta luaran ibu secara 100% sama ada bersalin normal atau melalui pembedahan.
  • Jamu pula kadangkala akan memberi kesan sampingan kepada ibu bersalin melalui pembedahan seperti luka bernanah dan jahitan boleh terbuka. Ini kerana bahannya yang lebih panas dikhuatiri memberi kesan buruk kepada ibu bersalin.
Emosi dan perasaan ibu bersalin.
  • Vitamin seperti B-Complex dan Vitamin C mampu memberikan kawalan emosi yang positif kepada ibu selepas bersalin. Meroyan amat ditakuti oleh ibu-ibu selepas bersalin. Oleh itu, pengambilan nutrisi yang seimbang mampu mengawal emosi dengan baik.
Penyusuan susu ibu.
  • Vitamin dijamin 100% selamat untuk ibu dan bayi semasa dalam proses penyusuan susu ibu. Vitamin dan mineral juga membantu dalam proses penghasilan susu ibu.
  • Jamu dan penyusuan susu ibu perlu lebih berhati-hati. Ini kerana, sesetengah bayi menerima kesan daripada pengambilan jamu oleh ibu dan menyebabkan bayi cirit-birit dan kembung perut.
Pilihan saya? dan juga pilihan anda?
Masing-masing punya pendapat dan hujah persendirian mengenai perbezaan antara vitamin dan jamu. Ada yang lebih suka untuk mengamalkan vitamin dan tidak kurang juga mengamalkan jamu dalam kehidupan seharian. Tepuk dada tanya selera.
Pilihan saya? Saya lebih senang untuk memilih vitamin kerana ia lebih mudah dan dijamin berkesan untuk badan tanpa ada sebarang kesan sampingan yang teruk. Vitamin juga melalui proses-proses farmasitukal yang terbaik dalam penghasilan vitamin yang baik. Kajian telah dibuat untuk menghasilkan sesuatu vitamin tersebut.
Jika nak ambil jamu pun tiada masalah ,hanya saja perlu jarakkan masa pengambilan antara keduanya.Macam saya dulu , bila ambil jamu , baby cirit-birit ... sebab tu saya teruskan pengambilan vitamin sebagai ikhtiar untuk dapatkan nutrisi yang secukupnya ..bila badan sihat ..kita pun rasa bertenaga ,sihat dan ceria je ..penyusuan pun lancar ..Jika anda berminat nak dapatkan set vitamin untuk ibu bersalin ni ,boleh hubungi saya ya =)
Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Thursday, 21 May 2015

Sanah helwa azzauj yang ke 32




Alhamdulillah..hari ni room mate saya dah pun genap 32 tahun..

Semoga di panjangkan umur,diberkati..di murahkan rezeki..di lapangkan segala urusan..di beri kesihatan yang cemerlang...

Kali ni celebrate beza sikit.Belanja kawan2 office cake.TQ for ur great service , Supprise planner 






Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Shaklee Statement On Alfalfa Complex



Baru-baru ini viral dilaman sosial pasal seorang penuntut Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta yang dikatakan meninggal dunia disebabkan mengambil suplement berlebihan.

Salah satu suplement yang disebut ialah Alfalfa Shaklee. Namun, pihak doktor telah mengesahkan bahawa kematian beliau bukanlah disebabkan oleh suplement tetapi kerana pendarahan berlaku di dalam otak yang sememangnya susah untuk dirawat dan arwah juga mempunyai masalah migrain.

Ingin saya tekankan di sini, pilihlah suplement yang benar-benar selamat sebelum membeli sesuatu produk. Biarlah terpaksa mengeluarkan belanja yang sedikit besar namun produk tersebut telah terjamin berkualiti dan selamat di makan.

Produk Shaklee semuanya dijamin selamat, berkesan dan sentiasa mesra alam. Setiap produk Shaklee telah menjalani kajian klinikal dan ujian ke atas bahan-bahan yang digunakan. Sebanyak USD 300juta dilaburkan dalam R&D dalam tempoh setahun. Banyak tu kan!?

Di bawah ini adalah kenyataan rasmi daripada syarikat Shaklee berkenaan isu Alfalfa Shaklee. Mohon di baca sehingga habis. Sebarang persoalan atau inginkan maklumat lanjut anda boleh berhubung dengan person in charge seperti nombor yang tertera dalam gambar.

Bersama kita sedekahkah Al-fatihah kepada allahyarhamah. Semoga beliau dirahmati Allah. 




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Rahsia kulit cerah berseri




Cuba tengok perbezaan dulu dan sekarang, beza kan? Kat mana yang beza tu..jeng jeng : )

Ni bukan gambar edit ye,adik Norshahirah ni amalkan Vitamin C Sustained Release dan minum air secukupnya.Menurut beliau , kalau dulu beliau sering diejek dan dihina ..kini tidak lagi.. Admin pasti siapa-siapa yang dulu ejek adik ni mesti sekarang rasa menyesal kan =)

Terima kasih Norshahirah sebab izinkan akak share disini pengalaman indah adik bersama vitamin C Sustained Release 

Nampak kan perbezaan nya ?


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Monday, 18 May 2015

Badan cepat rasa letih ?

Alhamdulillah..siapa tak happy kan bila customer bagi feedback2 camni lepas ambil Shaklee..alhamdulillah..dengan izin Allah juga..jom tengok feedback2 daripada customer www.fazlina.com


Feedback daripada Ustazah Thaiyibah, Jitra Kedah.


Feedback daripada Puan Zai,P.Pinang 


Ok ni feedback daripada Puan Yati, Pahang.


Feedback daripada Puan Sharifah Selangor.


Anda juga sering rasa letih,lesu dan tak bermaya tambah plak banyak tugas yang perlu di galas? Kesian kat tubuh badan kita kan,berterusan dikerah tanpa diberi supplement.Apa kata rewards diri dengan supolement dari Shaklee..InshaAllah,bila badan cukup zat..kita pun bertenaga dan ceria je..takde la hari-hari macam Yuhanis dalam citer Hati perempuan TV3 tu kan =)
Boleh hubungi saya untuk dapatkan nasihat produk apa yang sesuai untuk anda. 

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **




Sunday, 17 May 2015

Best nya vitamin E !!

Assalamualaikum semua :)
Siapa kat sini dah pernah ambil Vitamin E Complex ?

Siapa belum cuba,rugi tau.Alhamdulillah ramai yang dah jatuh cinta dengan Vitamin E ni.. Selain dari bersifat antioksidan,ia juga mempunyai manfaat besar untuk kecantikan kulit kita.

Ni antara feedback pengamal tegar Vitamin E Complex


Ini pula chit chat saya bersama customer yang sangat teruja dengan Vitamin E ni.


Alhamdulillah..anda berminat nak dapatkan Vitamin E Complex ni? Boleh hubungi saya di no yang tertera di bawah ye: )

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **





Sentimental

Tadi masa tengah lipat baju,tetiba nampak ada orang angkut mesin basuh lama naik lori.Rupanya Encik suami jual mesin basuh lama yang dah rosak tu kat besi buruk.

Banyak sentimental value saya dan mesin basuh tu.Mesin basuh tu ialah kelengkapan pertama yang kami beli masa awal kawin dan pindah ke rumah baru.Masa tu kewangan masing-masing pun belum berapa kukuh.Masih ingat lagi waktu kami survey harga mesin basuh tu...masa tu saya sedang sarat mengandungkan anak sulung kami.

Semoga mesin basuh tu dapat beri manfaat kat tuan baru nya : )

Saturday, 16 May 2015

Rahsia kulit halus mulus?



Alhamdulillah, hari ni customer Vivix saya whatsapp keterujaan beliau setelah berapa bulan amalkan Vivix..


Sebenarnya beliau ambil Vivix sebagai ikhtiar untuk kawal bacaan gula tapi banyak sangat effect yang beliau dapat..dengan izin Allah jua...semoga ikhtiar untuk bebas diabetis dengan Vivix di izinkan Allah..amiiin


Oh ye ..bulan ni sempena YES ..ada promosi tau untuk twin pack VIVIX .. lok sangat grab promo ni untuk wat stok VIVIX anda.Hubungi saya segera ye =)







FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **




Friday, 15 May 2015

Kebaikan, Keburukan & Keberkesanan Alternatif Pencegahan Kehamilan





Memilih alat pencegahan kehamilan yang betul boleh menenangkan konflik terhadap hbungan intim selain membantu anda merancang keluarga. Terdapat beberapa jenis alat pencegahan kehamilan yang berguna untuk anda. Namun begitu, beberapa alternatif pencegahan kehamilan perlu anda tahu kerana ada kebaikan dan ada keburukannya.

KAEDAH HORMON

1. SUNTIKAN DAN IMPLAN
- Mengandungi progesteron untuk menghalang penghasilan sperma.

Kebaikan : sesiapa yang menghidap penyakit diabetis atau darah tinggi boleh menggunakan cara ini dengan selamat dan ianya tahan lama. Suntikan akan diberikan pada setiap 6 bulan dan implan akan bertahan selama 5 tahun. 

Keburukan : Berat badan bertambah, rasa mual dan pendarahan secara kerap merupakan kesan sampingan. Tahap kesuburan anda mengambil masa setahun untuk pulih.

Keberkesanan : Suntikan (99.7%) dan implan (99.95%)


2. PIL PENCEGAH KEHAMILAN & CAMPURAN
- Pil ini mengandungi kandungan hormon estrogen dan progestron serta bertindak menghalang penghasilan ovum oleh kaum wanita.

Kebaikan : Melindungi kanser rahim atau ovari dan mengelakkan osteoporosis. Ia akan mengatur datang haid dan mengurangkan Premestrual Syndrome (PMS) dan tidak mempunyai kesan sampingan untuk tempoh yang agak lama. Tidak seperti kondom, ianya tidak mengganggu hubungan keintiman anda bersama suami. Pil ini boleh diambil selepas 6 minggu selepas kelahiran bayi anda.

Keburukan : pening kepala, rasa loya, kenaikan berat badan dan kemurungan merupakan kesan sampingan. Jika anda merokok dan berumur 35 tahnun ke atas, menghidap diabetis atau tekanan darah tinggi, pil ini tidak sesuai untuk anda. Jika anda memberi susu badan kepada bayi, hormon estrogen dan progestron berpindah kepada bayi. Kandungan susu dalam badan juga mungkin berkurang.

Keberkesanan : 97%


3. PIL MINI
Pil ini menyebabkan sperma sukar memasuki uterus kerana mukus dikawasan serviks menebal.

Kebaikan : Sekiranya badan anda bersaiz besar, menghidap tekanan darah tinggi atau seorang perokok atau berumur 40 tahun, inilah cara yang disyorkan.

Keburukan : Perlu diambil pada masa yang sama setiap hari. Jika anda menyusu badan, ada risiko terhadap bayi.

Keberkesanan : 95%

**
KAEDAH HALANGAN

1. KONDOM  
- Ia menghalang pergerakan sperma memasuki ovum selepas berejakulasi. Penggunaan kerap akan menyebabkan kekeringan pada vagina. Elak menggunakan sebarang pelincir berasaskan minyak kerana ia boleh menyebabkan kondom koyak.

Kebaikan : Mudah digunakan dengan risiko kesihatan yang minimum. Kebanyakan mempunyai spermisid (bahan pembunuh sperma).

Keburukan : Anda mungkin terganggu semasa perhubungan seksual. Ia mudah koyak jadi sebaiknya anda tanggalkannya sejurus sahaja selepas persetubuhan.

Keberkesanan : 86%


2. DIAFRAGMA atau TOPI SERVIKS
- Cara ini digunakan bersama spemisid. Diperbuat daripada getah lembut untuk menutup serviks dan perlu disesuaikan dengan bentuknya. Ia boleh dimasukkan ke dalam serviks 6 jam sebelum berejakulasi dan boleh ditanggalkan tidak lebih daripada 30 jam selepas itu.

Kebaikan : Tiada hormon dibawa ke badan anda. Oleh itu anda dibenarkan menyuskan bayi. Kaedah ini menghalang sebarang penyakit pemindahan seksual atau STD.

Keburukan : Serviks anda akan selalu siperiksa untuk melihat salurannya. Pundi kencing anda mesti bersih ketika kaedah ini dijalankan kerana cara ini menekan pundi kencing anda dan boleh menyebabkan Cyctitis.

Keberkesanan : Diaphragm (80%) dan To[pi serviks (60%)


3. KAEDAH SEMULA JADI
- Kaedah ini diamalkan secara teori. Ovulasi terjadi apabila 12-16 hari sebelum datang haid. Oleh itu anda perlu mempunyai kitaran yang teratur dengan tujuan untuk mengenal pasti hari selamat untuk anda berejakulasi.

Kebaikan : Tiada kesan sampingan

Keburukan : Ada halangan dalam perhubungan intim. Ini boleh menjurus ke arah ketegangan dalam perhubungan anda dan pasangan.

Keberkesanan : ?? %



** sumber : Majalah Mami & Baby Oct 2010

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.