Wednesday, 27 May 2015

Jamu dan vitamin .. nak makan yang mana ye ?

Apakah perbezaan antara vitamin dan jamu yang sering kali menjadi persoalan ibu-ibu yang bakal berpantang kelak. Disini saya ingin membincangkan mengenai perbezaan antara vitamin dan jamu. Apakah definisi bagi kedua-dua benda alah tersebut.
Definisi Vitamin dan Jamu.
Vitamin adalah bahan organik (tiada campuran bahan kimia) yang diperlukan oleh tubuh badan kita dalam jumlah yang sedikit.  Vitamin boleh didapati secara terus dari sumber makanan yang kita makan seharian atau dengan mengamalkan vitamin serta supplement tertentu.
Jamu adalah bahan-bahan semulajadi yang diproses dari tumbuhan seperti contoh akar kayu, dedaun dan juga batang pokok. Ia juga dikenali sebagai herba yang digunakan secara tradisional oleh segolongan masyarakat.

Perbezaan antara vitamin dan jamu.

Badan kita memerlukan vitamin dan mineral dalam melakukan aktiviti harian. Vitamin dan mineral yang diperlukan haruslah mencukupi dan ia tidak membebankan organ-organ dalaman badan. Vitamin dan mineral akan diserap oleh tubuh untuk digunakan mengikut fungsi-fungsi tertentu.
Mari kita lihat perbezaan antara vitamin dan jamu yang membezakan kedua-duanya.
Penyerapan nutrisi akan lebih efektif dalam bentuk yang ringkas.
perbezaan antara vitamin dan jamu
  • Vitamin lebih cepat meresap kerana struktur vitamin lebih     ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk diurai oleh badan.
  • Jamu lebih kompleks dan penyerapan khasiat mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan.
Isi kandungan bagi penghasilan vitamin dan jamu juga berbeza.
  • Vitamin dilengkapi dengan khasiat seperti asid folik, zat besi, zink dan lain-lain vitamin yang menjadikan vitamin itu sudah cukup menampung nutrisi yang kurang dalam badan.
  • Jamu pula menggunakan ramuan mengikut bahan herba tradisional dan resepi turun temurun yang tidak diketahui ramuannya dengan tepat.
Sifat dan karektor vitamin dan jamu:
Slide22
  • Vitamin lebih bersifat semulajadi, melengkapkan nutrisi zat seharian dan memudahkan penggunaannya.
  • Jamu pula lebih bersifat panas dan kadang-kadang tidak sesuai untuk digunakan oleh ibu berpantang bagi jarak masa tertentu kerana dikhuatiri bayi akan mengalami kesan sampingan seperti demam kuning.
Perbezaan antara vitamin dan jamu juga boleh dilihat dari segi:
Fungsi penggunaannya juga dalam situasi ibu berpantang.
  • Vitamin selamat digunaka terus sejurus selepas melahirkan. Ia mampu memulihkan dalaman serta luaran ibu secara 100% sama ada bersalin normal atau melalui pembedahan.
  • Jamu pula kadangkala akan memberi kesan sampingan kepada ibu bersalin melalui pembedahan seperti luka bernanah dan jahitan boleh terbuka. Ini kerana bahannya yang lebih panas dikhuatiri memberi kesan buruk kepada ibu bersalin.
Emosi dan perasaan ibu bersalin.
  • Vitamin seperti B-Complex dan Vitamin C mampu memberikan kawalan emosi yang positif kepada ibu selepas bersalin. Meroyan amat ditakuti oleh ibu-ibu selepas bersalin. Oleh itu, pengambilan nutrisi yang seimbang mampu mengawal emosi dengan baik.
Penyusuan susu ibu.
  • Vitamin dijamin 100% selamat untuk ibu dan bayi semasa dalam proses penyusuan susu ibu. Vitamin dan mineral juga membantu dalam proses penghasilan susu ibu.
  • Jamu dan penyusuan susu ibu perlu lebih berhati-hati. Ini kerana, sesetengah bayi menerima kesan daripada pengambilan jamu oleh ibu dan menyebabkan bayi cirit-birit dan kembung perut.
Pilihan saya? dan juga pilihan anda?
Masing-masing punya pendapat dan hujah persendirian mengenai perbezaan antara vitamin dan jamu. Ada yang lebih suka untuk mengamalkan vitamin dan tidak kurang juga mengamalkan jamu dalam kehidupan seharian. Tepuk dada tanya selera.
Pilihan saya? Saya lebih senang untuk memilih vitamin kerana ia lebih mudah dan dijamin berkesan untuk badan tanpa ada sebarang kesan sampingan yang teruk. Vitamin juga melalui proses-proses farmasitukal yang terbaik dalam penghasilan vitamin yang baik. Kajian telah dibuat untuk menghasilkan sesuatu vitamin tersebut.
Jika nak ambil jamu pun tiada masalah ,hanya saja perlu jarakkan masa pengambilan antara keduanya.Macam saya dulu , bila ambil jamu , baby cirit-birit ... sebab tu saya teruskan pengambilan vitamin sebagai ikhtiar untuk dapatkan nutrisi yang secukupnya ..bila badan sihat ..kita pun rasa bertenaga ,sihat dan ceria je ..penyusuan pun lancar ..Jika anda berminat nak dapatkan set vitamin untuk ibu bersalin ni ,boleh hubungi saya ya =)
Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...



FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.