Wednesday, 8 July 2015

Project baking 2 :Tart gulung Nenas gebu !



Salam Ramadhan ...
Alhamdulillah ..kali ni bersiaran di rumah bonda dan ayahnda di Ipoh ..ada orang Ipoh di sini ? Sep sikit ..heee

Kebetulan suami di tugaskan pergi kursus di KL , dah alang-alang tu ambil peluang ni untuk balik kampung 4 hari. Apa lagi , bermula lah projek baking kedua ..tapi kali ni lebih meriah sebab buat bersama bonda dan adinda-adinda tersayang.

Sedap sangat tau tart nenas gulung ni ..gebu ..cari di mulut ..milky rasanya ..resipi warisan bonda..

Tart Gulung nenas in da making


Tart nanas gulung yang gebu

Dah boleh masuk dalam balang yeay !!


Buat kuih tapi busines Shaklee tetap berjalan ,pagi tadi singgah ke branch Shaklee amek stok untuk order customer-customer tersayang.Best tau sebab kat sini branch Shaklee dekat , poslaju pun dekat =)

Meh nak share Resipi Tart Gulung ohsem ! 

Bahan-bahan

Bahan Doh Tart

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung 
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega ( saya guna buttercup)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula


Bahan untuk inti jem tart
4 biji nenas muda
21/2 senduk gula pasir
sedikti esen vanilla
Kulit kayu  manis
daun pandan




Cara-cara:

1. Campurkan gula dan butter dalam mangkuk.Adun dan sebatikan hingga lembut dan gula larut.
2. Masukkan telur dan kacau.
3. Masukkan vanilla esen.Kacau dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Gaul dan doh mestilah lembut untuk di paipkan dalam acuan nester.
5. Masukkan doh dalam acuan.Paipkan atas dulang dengan bentuk gerigi menghala ke dulang.
Panjang agak sejengkal (2-3 inci)
6. Letakkan jem nenas yg dibulatkan tadi di hujung doh.
7. Gulung doh.Sapu telur diatasnya dan bakar pada suhu 160-170 darjah celcius selama 15-20 minit.

Cara masak inti jem :
1.Masak kesemua bahan sehingga menjadi pepejal dengan api perlahan (dlm 50-60 minit).Kacau selalu.
2.Sejukkan dan bentukkan bulat


Selamat mencuba ! 

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.