Sunday, 5 July 2015

Project Biskut semperit Dahlia


Haaa ingat tak hari tu saya citer pasal project baking 1 ..biskut Dahlia semperit.Biskut ni banyak  nostalgia ni ,masa kecik dulu bonda selalu buat biskut ni time raya.Pastu masa kami dah sekolah menengah ,dah tak buat dah sebab time tu femes biskut almond london ngan biskut tart gulung nenas.

Jadi rajin nak buat biskut dahlia ni sebab anak-anak suka betul makan.Kalau nampak kat kedai ada jual,mesti nak beli..so ummi pun buat la ..baru buat satu adunan ...rasanya tak sempat tunggu raya ..dah tinggal suku ..Kene buat lagi la lepas ni ...terima kasih buat encik suami yang tolong isteri dia tekan acu semperit ni ,tangan dah kebas ..mujur la encik suami pro acu kuih semperit ni.Ok ni resipi biskut Semperit Dahlia ni ..sangat sedap !!


BAHAN-BAHANNYA :-)

300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (saya guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla 
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Selamat mencuba !  =)

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.