Friday, 28 August 2015

CARA SIMPAN STOK SUSU DAN PERAHAN SUSU (EBM)



Saya kerap ditanya soalan-soalan tentang cara pengurusan stok susu ataupun juga dikenali sebagai EBM. Antara soalan yang selalu diajukan:
  1. Kalau susu beku yang dah dikeluarkan, boleh ke nak bekukan balik?
  2. Kalau bayi minum tak habis, boleh ke simpan & panaskan semula?
  3. Macam mana nak cairkan & panaskan susu EBM yang dah beku?
Di sini saya sertakan jadual ringkas yang diambil dari website Kelly Mom untuk membantu anda ingat tempoh masa penyimpanan susu EBM. Boleh print dan tampal pada di peti air masing-masing ya :)
Jadual Cara Pengurusan Stok Susu EBM
Jadual di atas boleh dirujuk di website KellyMom dan juga dimuat turun secara percumauntuk kegunaan peribadi.

TIPS TAMBAHAN CARA PENYIMPANAN SUSU PERAHAN

1. SIMPAN DALAM BEKAS ATAU PLASTIK YANG KECIL

Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Ye lah kadang-kadang bayi ni menyusu sikit je.
Contoh kaedah menyimpan susu perahan ataupun juga dikenali sebagai EBM
Contoh plastik penyimpanan susu perahan
Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.
Boleh juga merujuk WikiHow tentang tiga cara untuk menyimpan susu EBM :)

2. CATAT TARIKH SETIAP PERAHAN

Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3. CAIRKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.
Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

4. JANGAN CAMPURKAN SUSU PERAHAN SESUKA HATI

Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.
Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.
Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. CARA PANASKAN SUSU PERAHAN

Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).
Cara Memanaskan Susu EBM Dengan Kaedah Rendaman
Cara Merendam Bottle Susu Dalam Air Panas
Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.
Jemput juga membaca empat cara untuk memanaskan susu perahan daripada WikiHow :)
Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Jika anda rasakan entri ini bermanfaat, silalah tekan butang “Share” di bawah yer 😀
Badan terasa letih ? yelah kan ..bila menyusukan bayi ...banyak juga kalori kita yang terbakar ..tambah plak dengan tugasan seharian .. sebab tu pentingnya ambil set vitamin penyusuan ..supaya dapat bantu ibu bertenaga ,bila emosi stabil ..inshaAllah lebih banyak susu dapat dihasilkan dan lancar sahaja..Jom dapatkan set VITAMIN PENYUSUAN UNTUK IBU HEBAT DI SINI
*Credit to diaryofmuhammad.com
Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.