Tuesday, 18 August 2015

Perlu ke ambil supplement ANTIOKSIDAN ?

Apakah yang menyebabkan sebatang pokok yang besar boleh hidup lama dan kekal kuat sebagaimana seperti di dalam gambar di atas?

Jawapannya ada 2 sebab utama, Pertama kerana AKAR nya yang sihat, kuat & panjang yang membolehkan ia menyerap segala nutrien dan air yang diperlukan oleh pokok. Keduanya adalah kerana BAJA nya yang betul dan mencukupi untuk ia kekal sihat dan kuat.

Persoalannya, apakah 'AKAR' & 'BAJA' kepada manusia?
Pada manusia pula, AKAR adalah ibarat SEL dalam badan manusia yang merupakan asas kepada manusia. Manakala, BAJA yang diperlukan SEL dalam badan manusia adalah MAKANAN YANG SEIMBANG.

Sel sangat penting kepada badan manusia kerana dari SEL akan terbentuknya TISU. Dengan gabungan lapisan TISU akan membentuk ORGAN seperti Jantung, Hati, Buah Pinggang dll. Gabungan beberapa fungsi ORGAN akan membentuk beberapa SISTEM penting dalam tubuh badan manusia dan akhirnya terbentuklah kita hasil kombinasi beberapa sistem penting dalam tubuh manusia membentuk kita seperti hari ini.

Namun, setiap hari sel kita akan rosak disebabkan faktor-faktor seperti makanan, pencemaran, radikal bebas, kesan radiasi dan sebagainya yang menyebabkan sel akan sakit dan akhirnya menyebabkan penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, kanser dan sebagainya.

Apa itu Radikal Bebas?

Kita selalu dengar sahaja radikal bebas (free radicals) tapi tak ramai yang betul-betul faham maksudnya.
radikal bebas
Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan satu elektron dari pasangan elektron bebasnya atau merupakan hasil pemisahan homolitik satu ikatan kovalen. Akibat pemecahan itu, molekul yang terpecah menjadi radikal bebas yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan.
Secara tak langsung, ia boleh menganggu fungsi sel termasuk DNA sel itu sendiri. Cara paling berkesan adalah dengan mempunyai sistem pertahanan antioksidan.
 Pengoksidaan berlaku Setiap Hari
Jika kita perasan, ikan yang ditangkap dari laut bila dibiarkan lama akan membusuk, buah yang dikopek cepat hitam, luka pada kulit berparut. Ini semua dipanggil pengoksidaan dan ia adalah proses semulajadi.
Proses ini jugalah yang berlaku di dalam badan kita seperti yang akak terangkan di atas.
Ingat lagi tak sains tingkatan 2 kalau tak silap, dari kumpulan sel membentuk tisu. Dari kumpula tisu pula membentuk organ, seterusnya membentuk sistem dan dari kumpulan sistem itulah tubuh badan kita terjadi.
Oksigen adalah unsur terpenting dalam pernafasan. Ia mampu berinteraksi dengan apa jua sel. Proses perubahan di antara sel ini lah yang dipanggil Pengoksidaan.
Perubahan inilah yang membuatkan sel mati atau rosak. Seperti contoh tadi hirisan buah makin lama bewarna coklat, kehitaman dan makin mereput. Bagi kes sel kulit pula, sel-sel yang mati akan digantikan dengan sel-sel yang baru sehinggalah luka baik.
Walaupun badan memetabolisme oksigen secara efficient iaitu 1-2% sel yang rosak, pada masa yang sama ia juga boleh bertukar menjadi radikal bebas.
 Makanan Antikoksidan ada Di Sekeliling Kita
Berjuta makanan antioksidan yang terdapat pada alam semulajadi termasuklah buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran dan bijirin.
antioksidan melindungi tubuh dari radikal bebas

Sebab itulah setiap hari kita digalakkan makanan dari sumber semulajadi. Malangnya, kita bukan duduk seperti nenek moyang kita 50-60 tahun lepas. Mereka dahulu semuanya tanam sendiri, baja pun guna tahi binatang fresh. Kita?

Bahaya Radikal Bebas pada Badan

Apabila radikal bebas menyerang, ia bukan sahaja merosakkan sel malah ia akan ‘bebas’ mencari pasangannya yang lain. Sekaligus merosakkan DNA sel tersebut sehingga mencetuskan benih-benih penyakit.
kesan radikal bebas pada DNA
Apabila DNA sel berubah, sel akan bermutasi. Mutasi sel bermaksud sel akan tumbuh tidak normal dan akan mengeluarkan sel luar biasa dengan cepat.
Bagi sel yang sihat, sebenarnya radikal bebas dapat dilindungi dengan kawalan antioksidan secara semulajadi. Sebaliknya, badan menjadi tidak mampu melawan sendiri ialah apabila radikal bebas lebih berkuasa berbanding pertahanan badan.
Antara sumber radikal bebas adalah pencemaran udara, asap rokok, minuman beralkohol, sinaran uv dan sebagainya.

Sebab itu, rata-rata orang yang Merokok atau menghidapi penyakit Kronik, saya terus cadangkan Vivix. Di dalam vivix bukan sahaja terkandung antioksidan yang tinggi, malah ia adalah 10x ganda lebih kuat dari Resveratrol biasa.
 Alhamdulillah ramai yang sekarang dah aware dengan kandungan vivix dan terus order. Dengan izin Allah, ada pesakit kronik diabetes dari 22 turun 5.5, ada pesakit kayap kering dalam 2 minggu.
Tak kurang juga pakcik yang dah 30 tahun merokok, tiba-tiba berhenti dalam hanya 2 bulan tanpa paksa. Padahal sehari tak kurang 3 batang dia hisap. Anaknya sendiri terkejut kerana selama ni macam nak gaduh bila disuruh berhenti.
Jadi apa tindakan kita hari ini ?
Ya , amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dan jangan lupa amalkan pengambilan supplement yang tinggi anti oksidan.Produk Shaklee ada beberapa supplement antioksidan yang sangat bagus untuk kita..



Credit to owner of the pic - naturalvitaminshop


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.