Monday, 28 September 2015

Bestnya Shaklee Collagen Powder ni !




Banyak produk kolagen di pasaran skang kan ? Ok sebelum tu ..meh kita update pengetahuan kita tentang apa itu kolagen terlebih dahulu.


1. APA ITU KOLAGEN / COLLAGEN?

Kolagen atau collagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen dan 80% tulang adalah kolagen. Kornia mata kita pun sebenarnya adalah kolagen


2. APA FUNGSI KOLAGEN / COLLAGEN?

Kolagen bertindak melindungi organ kita seperti hati, perut, jantung, paru-paru, saluran dara, sel otak dan organ dalaman lain. Kalau untuk organ luaran, kolagen membantu dalam kecantikan dan kesihatan. Kulit jadi licin dan berseri, tiada jerawat atau jeragat, jadi awet muda, jadi ejen anti penuaan dan paling best, boleh bantu mencegah penyakit.

Best nya!


3. APA ITU SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) ?

Mesti la kita nak tahu, ape yang best sangat pasal Shaklee Collagen Powder ni.






Shaklee Collagen Powder ni memang semulajadi dan sumber kolagen yang hebat. Sebab? Sebab Shaklee Collagen Powder mengandungi 4,000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) kolagen iaitu kolagen yang sangat berkualiti tinggi, tulen, lasak dan elastik yang diestrak daripasa sisik ikan Snapper. Ikan Snapper ni kalau orang Malaysia panggil ikan merah.


Lepas tuh, selain kolagen ikan tadi ade beberapa bahan utama lain yang dimasukkan kedalam Shaklee Collagen Powder ni. Ade estrak biji  benih camellia Japonica, ade estrak Pfaffia, estrak kerang kerangan, lactobacillius acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Semua bahan-bahan ni digabungkan untuk meningkatkan kadar keberkesanan RSS yg kita dok citer tadi tu.


4. APA BEZANYA SHAKLEE COLLAGEN POWDER DENGAN COLLAGEN LAIN?


Shaklee Collagen Powder ni dibuat daripada kolagen bermolekul sangat ringan lebih kurang 1,00 Dalton aje. Lepas tuh asid amino nye sangat tinggi pulak. Dalam 3000. Kalau jisim molekul biasa, lebih dari 300,000 Dalton pastu asid aminonya 20-50 aje.. Waaaa, beza gila tuh! Sebab tu la Shaklee Collagen Powder ni berkesan!


Bila Shaklee Collagen Powder ni jugak mempunyai jisim molekul yg sangat rendah maka mudahlah diserap badan dan usus kita. Bila senang serap dapatlah bantu tingkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis kulit kita ni dengan berkesan. Ha, faham tak?

Lepas tuh, Shaklee Collagen Powder ni mempunyai sel kepaduan yang sangat tinggi dan mempunyai kapasiti untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. 1 gram asid hialuronik boleh menahan air sebanyak 6 liter. Hebat kan?

Ramuan Shaklee Collagen Powder ni tiada pengawet atau bahan tiruan ye. Semua 100% semulajadi. Pewarna pun tkde, gula pun takde atau bahan terlarang lain semua takde.

Senang pulak tu nak bawak pegi mana-mana pun. 1 sachet tu boleh letak dalam poket seluar, handbagpurse atau letak dalam kereta atau kereta sorong anak.

Dan last sekali, sangat mudah larut. 

5. APA KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Banyak manfaatnya Shaklee Collagen Powder ni. Ni adalah antaranya:

  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Meningkatan kelembapan kulit
  • Mengelakkan kulit kering
  • Mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Anti-penuaan
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengecilkan lubang pori-pori di wajah
  • Mengurangkan 'eye bag'
  • Meningkatan kecergasan tubuh badan
  • Memberikan kesuburan rambut
Banyaknya!

Tapi ada bukti ianya berkesan.

Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut

  • 69% peningkatan terhadap kelembapan kulit
  • 75% peningkatan terhadap kelicinan kulit
  • 90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit
  • 80% pengurangan kedutan diwajah



6. SIAPA YANG KENE AMBIL SHAKLEE COLLAGEN POWDER?

Semua manusia dan haiwan boleh ambil! Hehehe..Lawak je.
Anda mesti ambil kalau dah tergolong dalam golongan ini:


  • Ada kedutan dekat wajah
  • Ade jeragat dan bintik hitam
  • Ade 'eye bag'
  • Ade pori-pori besar
  • Kulit lesu dan mudah kering
  • Kelihatan tua dari umur sebenar (Oh no!!!)
  • Sakit belakang dan sakit sendi
  • Ada pigmentasi dan kulit tona tak sekata
  • Gusi tak sihat
  • Garis halus di leher
  • Payudara kendur dan punggung pun tak perky (heheehe)
  • Kuku senang pecah
  • Ada lingkaran hitam bawah mata
  • Rambut kering lepas tu ada bercabang pulak dihujungnya

Terdapat pelbagai jenis kolagen dipasaran kan? Ada dalam bentuk kapsul, cecair dan juga serbuk. Ada yang dihasilkan dari sumber haiwan, ikan, dan juga tumbuhan. Terpulang masing2 untuk memilih..saya nak share dengan anda bagaimana cara memilih kolagen yang terbaik ?

8 panduan memilih kolagen yg baik… (lepas ni bolehla tgk kolagen pilihan anda memenuhi panduan ini atau tak
.
Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
.
Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
.
Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
.
Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
.
Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
.
Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
.
Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
.
Last but not least, pastikan ia HALAL,selamat dan tidak bertoxin
.
Masih tercari-cari kolagen apa yang terbaik tu ? saya syorkan Kolagen Shaklee ..best sangat tau..Shaklee collagen powder menepati ciri2 ni..ha..bukan senang ye, tambah2 kolagen shaklee ni berkualiti tinggi, telah melalui ujian klinikal dan sebagainya..istimewanya Shaklee, produk2nya tidak menggunakan haiwan dlam ujian klinikal tetapi diuji kepada manusia..dah namanya nak bagi manusia makan kan..awat nya duk try kat haiwan..produknya dijamin selamat dan semulajadi..tiada kerisauan 

Ada tak testimoni consumer SCP ?
Eh mestilah ada ..banyakkk sangat ,,,ni antaranya ye =)





masalah "beg mata" atau "eye bag" ?

Gambar 1 : Awal Disember 2012. Mata nampak letih.

Gambar 2 : Pertengahan Disember 2012

Gambar 3 : Hujung Disember 2012

Gambar 4 : 18 Januari 2013


Nampaknya ia berkesan untuk 
1. Mengurangkan bengkak bawah mata. 
2. Membuat garis senyuman di tepi hidung tidak terlalu ketara.
3. Menaikkan dan menyokong sedikit struktur wajah yg telah jatuh akibat tarikan graviti.

Ralat dalam gambar ialah kadar pencahayaan yang tidak serupa tapi itu tidak mengubah kesan garis pada wajah.

Cara Makan Collagen Powder Shaklee Untuk Hasil Terbaik

1. Cara makannya senang je, Collagen Powder Shaklee dalam bentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda.

2. Jangan bancuh dengan air panas mendidih

3. Ambil 1 sachet setiap hari.

4.Seeloknya ambil sebelum tidur atau ketika perut kosong ye

5.Selepas ambil Kolagen ..tunggu sekurang-kurangnye 2-3 jam baru leh makan makanan lain sebab bila kita makan ..asid yang dilepaskan dalam perut akan rosakkan kolagen ..jadi rugi la kan ..sebab tu saya suggest ambil sebelum tidur atau pukul 11 malam sehingga pukul 4 pagi=)

Pengambilan air masak atau air kosong perlu 2 liter setiap hari untuk memastikan vitamin yang diambil menyerap dengan optimum. 

Nak dapatkan SCP yang berkualiti premium ni boleh hubungi saya atau beli secara online dengan kad kredit atau debit card ..jangan lupa contact saya untuk ketahui cara makan ye =)




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **





Thursday, 17 September 2015

Cheese tart Blueberry


Resipi cheese tart kali ni adalah sangat istimewa di mana Tuan empunya resipi dah pun kembali ke sisi Allah ..Al fatihah buat allahyarham Ustaz Abdullah Mahmod.


( gambar nanti saya update ye ..belum siap buat )

Bahan Pastri:
450g tepung gandum
250g mentega
100ggula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Inti Keju:
250g krim keju
60g gula kastor
50g mentega
1 biji telur
1 bj merah telor
200g inti blueberi

Cara membuat:
1.Pastri:Putar mentega,gula dan esen vanila hingga kembang.Masukkan telur dan air.Putar lagi
hingga adunan berkrim.

2.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.

3.Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 minit sehingga masak.

4.Inti:Putar keju,mentega dan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur dan putar lagi hingga
sebati.

5.Sudukan sedikit inti blueberi ke dalam kulit tat.Tuangkan adunan keju di atasnya hingga penuh.
6.Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180'C hingga masak.

*Untuk corak di atas tat pandai-pandai la buat sendiri yea...guna pewarna merah muda dan
pewarna hijau epal.Caranya,ambil 1/2sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna merah
muda.Kemudian ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna hijau epal.Dotkan
sekali adunan merah di atas tat,kemudian dotkan juga adunan hijau di atas tat dan lorekkan dg
lidi sehingga bentuknya sama seperti di dalam gambar.

*Untuk kulit tat bakar pada suhu 170'C selama 25 minit guna api atas dan bawah.

Wednesday, 16 September 2015

4 jenis makanan punca keputihan ?

Masalah keputihan boleh terjadi pada semua wanita, khususnya wanita yang yang sudah datang haid.Keputihan bukanlah suatu penyakit, tetapi merupakan petanda ada yang tidak kena di dalam organ reproduksi wanita.
Keputihan berupa cecair yang terbentuk daripada sel-sel yang telah mati dan keluar dari alat reproduksi membawa bakteria. Jika keputihan yang anda alami itu normal, ia tidak disertai dengan rasa gatal, sakit mahupun rasa seperti ‘pijar’ dan akan sembuh dengan sendirinya. Sekiranya keputihan tersebut keluar banyak daripada kebiasaannya, berbau busuk dan disertai rasa gatal yang amat sangat, sakit serta ‘pijar’, anda perlu merawatnya.
Banyak perkara yang menjadi faktor ataupun punca keputihan ini. Selain daripada disebabkan oleh bakteria, kulat, kuman, penyakit menular seksual dan lain-lain lagi, makanan yang kita makan pada setiap hari juga boleh menjadi punca keputihan. Terdapat beberapa jenis makanan yang menjadi punca keputihan pada wanita dan anda perlu mengubah pola pemakanan tersebut. Cuba hindarinya dengan sebaik mungkin.Akibat daripada makanan tersebut makan cecair yang keluar juga akan berlebihan.
Berikut 4 jenis makanan yang boleh menjadi punca keputihan:
  1. Makanan Yang Mengandungi Kadar Gula Tinggi
Ada di antara kita yang mungkin suka sangat dengan jenis makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.Makanan dan minuman yang manis serta diambil secara berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan kulat ‘Candida Albicans’ lebih cepat membiak.Kulat yang tumbuh itu akan menimbulkan peningkatan asid di dalam organ intim  yang mana pada akhirnya akan mengganggu kesihatan di bahagian tersebut sehingga anda lebih mudah mengalami keputihan yang disertai rasa gatal di bahagian vagina.
Jika anda menggemari makanan yang manis, sebaiknya jangan makan sekaligus.Nikmatinya secara berperingkat dan dimakan dengan perlahan-lahan kerana ia akan membantu menghindari terjadinya peningkatan gula darah yang boleh menjadi salah satu punca yang menyebabkan keputihan pada wanita.
  1. Makanan Yang Mengandungi Ragi
Jenis  makanan yang mengandungi ragi ini juga boleh menjadi salah satu punca menyebabkan keputihan.Cara menghilangkan keputihan secara semulajadi adalah dengan menghindari jenis makanan mengandungi ragi seperti keju, tapai dan pasta tomato.
  1. Makanan Yang Diperbuat Dari Tepung
Makanan yang mengandungi tepung merupakan salah satu jenis bentuk karbohidrat dengan kandungan gula yang ada di dalamnya. Anda boleh mengganti pengambilan makanan yang mengandungi gula dengan memakan makanan seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kacang-kacangan yang tidak mengandungi tepung. Jika masalah keputihan anda sudah berkurangan, anda boleh meningkatkan pengambilan karbohidratt, namun diambil secara berperingkat-peringkat.
4.  Buah- Buahan Yang Terlalu Manis
Buah-buahan memang bagus untuk kesihatan tubuh anda, tetapi sebaiknya pilihlah jenis buah yang mengandungi kadar gula yang rendah.Selain itu, hindari juga pengambilan buah-buahan kering kerana ia boleh menjadi punca keputihan. Buah yang sudah dikeringkan akan mengandungi banyak gula fruktosa yang sangat tinggi di dalamnya.
Kesimpulan
Untuk menghindari masalah keputihan ini, aturlah jumlah jenis makanan karbohidrat dan jenis makanan yang mengandungi gula yang anda ambil. Antara makanan yang elok anda ambil ketika mengalami keputihan ini ialah jenis makanan yang direbus atau ditumus dengan pelbagai kombinasi jenis sayuran hijau. Bawang putih bagus dimakan untuk memberikan daya ketahanan tubuh terhadap kulat yang menjadi  antara punca keputihan tersebut
Produk Shaklee yang mana bagus untuk bantu kurangkan masalah keputihan anda? 
1) ALFALFA COMPLEX


Alfalfa bertindak sebagai agen antikulat yang kuat untuk membunuh kulat candida yang merupakan punca utama keputihan.


2) GARLIC COMPLEX


Garlic secara tradisi terkenal dengan sifat anti-oksida dan antikulat yang hebat. Selain daripada itu, ianya membantu meningkatkan imun sistem badan untuk melawan jangkitan kuman.
Ingin dapatkan ALFALFA COMPLEX dan GARLIC COMPLEX boleh hubungi saya ye =)
Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Sunday, 13 September 2015

SI BALDU MERAH



Masa kenduri kawin sepupu suami ritu , Fawwaz suke betul makan cup cake red velvet .. apa lagi ummi pun google blog Mat gebu ..almaklumla lama dah tak buat kek baldu merah ni ..heee ...kek ni kan senang sangat nak buat nya dan sedap .. anak saya yang sulung tak suke krim nye ..yang angah suka makan krim dan kek nye ..macam macam selera anak anak ni kan ..ok ini resipi nya ya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan susu soya (mat guna susu segar)
1 camca teh "cider vinegar" = cuka epal
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
1 cawan gula halus (mat kurang kan 2 camca besar)
1/3 cawan minya canola (saya guna minyak jagung)
1 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh esen badam (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan susu dengan cuka epal, ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt), teknik ini penting untuk tindak balas soda bicarbonate.
  2. Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam (kalau guna) dan bancuhan susu + cuka epal tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, bakar 18 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing. Lagi sedap dimakan keesokkan harinya.
TIPS MAT GEBU :- Menghasilkan 12 - 15 biji bergantung pada saiz muffin cup masing2. Kalau tak de cuka epal, boleh ganti dengan perahan jus lemon atau cuka makan biasa...Selamat mencuba untuk semua!!!

Jom try buat .. =)

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Thursday, 10 September 2015

Kek kukus Coklat Express






Ini gambar semalam , masa nak minum petang ..buntu nak buat apa sebab bahan-bahan kek banyak yang takde ..anak mintak kek coklat ..lepas tu terjumpa la satu resipi RESIPI KEK MILO 3 MINIT ..Tapi saya ubah sikit resipi sebab ada bahan yang saya takde ... dan saya buat pakai periuk pengukus .. mudah sangat resipi  ni sebab tak perlu gune mixer dan penimbang ..


Bahan2 - ubah skit dari resipi asal
4 sudu serbuk minuman coklat / milo 
4 sudu gula kastor
4 sudu tepung gandum
6 sudu minyak masak ( saya gune minyak jagung)
1 biji telur
2 sudu susu tepung
1 sudu teh serbuk koko van houttan
1 sudu teh baking powder


Cara2
Masukkan serbuk minuman coklat, tepung gand,gula,minyak,gula,baking powder..pastu gaul sampai sebati..masuk dalam loyang.. kukus.. dalam 25 minit
P/s- lapik tutup periuk..jangan sampai.kene air wap ..mudah sangat kan ..kacau pakai sudu je tak pakai senduk kayu ..

Selamat mencuba =)

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Koyakan semasa bersalin ?

Bila sebut koyak je semua rasa ngeri kan lebih-lebih lagi kalau ibu yang pertama kali mengandung ..( macam saya dulu la) Mesti akan fikir :

i. Susah ke nak meneran ataupun boleh terlupa ke cara meneran yang betul
ii. Agak-agak sakit kontraksi lama sangat ke
iii. Koyakan semasa meneran samada kecil ke atau besar eh
Macam-macam fikir kan.
Tetapi yang paling menghantui adalah koyakan semasa meneran samada kecil ataupun besar. Ini dipanggil koyakan perineum.
Koyakan perineum berlaku di antara faraj dan dubur. Dimana doktor terpaksa potong atau gunting sedikit apabila kepala bayi sedang keluar. Ia bertujuan untuk mengelakkan kulit di sekitar faraj dan dubur terkoyak sendiri dengan teruk. Umpamanya kulit akan merekah terbuka saat kepala bayi keluar.
Koyakan perineum boleh jadi lebih teruk kerana ia bukan setakat jahitan di bahagian kulit luar tetapi jahitan di bahagian dalaman ‘isi’.

Mengapa kita nak elakkan koyakan perineum?

** Mesti kita hendak kulit yang cantik tanpa bekas jahitan kan. Walaupun di tempat tertutup. Hehehe.
** Nak elak jahitan dan kemungkinan tertetas semasa dalam pantang. Kemudian terpaksa jahit semula. Ohhh tidak!
** Sakit dan nyilu bekas jahitan ketika membuang najis. Bayangkan la kalau kena sembelit pula. Sakitnya.
Bagi yang alami koyakan yang teruk hingga ke dubur, ia akan boleh bagi kesan jangka panjang untuk sukar membuang najis.
** Koyakan yang sangat teruk juga bagi kesan pada keintiman suami isteri (tiada deria rasa!).
Takut rasa kan.
Tetapi boleh dielak koyakan perineum ini kalau tahu cara dan teknik yang betul walaupun baru pertama kali bersalin.

Cara Elak Koyakan Semasa Bersalin adalah:

1. Meneran dengan cara betul

Meneran dengan cara betul adalah meneran ke arah graviti. Graviti ke arah bawah dan dengan posisi atas katil, kita meneran dengan menekan punggung ke tilam kan.
Ibu yang terlalu sakit untuk meneran hinggakan terlupa dan terangkat punggung. Bila angkat punggung menyebabkan koyakan perineum lebih banyak hinggga sampai ke dubur.
Alahai memang panjang jahitan jadinya kan. Teknik meneran yang betul akan berkait dengan cara penafasan yang betul.
Anda boleh lihat video cara meneran dan bernafas dengan betul ketika di dalam labour room.

2. Petua gunakan minyak kelapa untuk lembutkan perineum

Ini memang petua orang-orang lama. Minyak kelapa diminum dan disapu di kawasan perineum bila sudah masuk trimester ke 3.
Minyak kelapa dijadikan selusuh untuk mudahkan proses bayi keluar. Suami boleh tolong sapu dan urutkan di sekitar perineum dengan menggunakan minyak kelapa.
Kalau isteri memang tak mampu buat sendiri kan. Dah tak nampak dah. Hehehe.
Tetapi kena rajin dan kerap buat.
Biasanya minyak kelapa yang digunakan adalah VCO (virgin coconut oil).

3. Amalkan suplemen untuk elastikkan perineum

Bukaan faraj akan menjadi 8cm hingga ke 10cm apabila bayi betul-betul bersedia untuk diteran keluar.
Untuk ibu yang akan bersalin normal, bukaan memang menjadi hingga ke 10cm tetapi bergantung cepat atau lambat sahaja bukaan tersebut.
Kalau lambat bukaan faraj maka akan menyebabkan proses bersalin yang lama. Hingga ada sampai 2 hari sakit tetapi belum bersedia untuk bersalin.
Bayangkan duk menahan kesakitan. Kan.
Salah satu caranya adalah dengan elastikkan perineum. Bagaimana untuk elastikkan perineum?

Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu:

** Minyak ikan (Omega Guard)
** Vitamin C
** Protein (Energy Soy Protein, ESP)
Minyak ikan (Omega Guard)
Kandungan utama adalah Omega 3 bukan sahaja bagus untuk perkembangan otak bayi tetapi membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mudah mengembang untuk bukaan hingga 10cm.
Secara tidak langsung boleh elak koyakan perineum.
cara elak koyakan semasa bersalin
Vitamin C
Mengandungi kolagen yang bertindak untuk menyokong sel-sel dengan kuat. Ia menguatkan regangan (tensile strength) apabila tiba masa untuk meneran bayi keluar.
cara elak koyakan semasa bersalin
Protein (Energy Soy Protein, ESP)
Salah satu asid amino yang penting dalam ESP adalah Cysteine iaitu untuk anjalkan kulit dan penting untuk membaiki kulit yang rosak.
cara elak koyakan semasa bersalin
Testimonial ibu-ibu yang berjaya bersalin tanpa koyakan dan jahitan perineum.
Saya pasti ia bukan kebetulan. Saya konsisten mengamalkan ESP sepanjang kehamilan.
Sebulan 2 canister jadi 9bulan 18 canister.
Apa kebaikan yang saya dapat?
Mampu melahirkan secara normal TANPA EPISOTOMY. Bukan satu tapi 3 orang anak
iaitu pada 2011, 2013 dan Julai 2015. Saya melalui tempoh berpantang dengan yakin
dan tak risau nak jaga luka ‘di bawah’.”
Puan Fauziah Chilun (sumber)
Cara elak koyakan semasa bersalin
Testimonial
Bagi ibu-ibu yang pernah melalui saat getir di dalam labour room ataupun suami yang menemani isteri, akan tahu betapa sakitnya menahan hinggakan ada sampai ke 2 hari. Tetapi masih belum bersalin.
Rasa tak tertanggung kan.
Masa tue, kalau boleh hendak suruh doktor buat pembedahan terus untuk hilangkan sakit untuk bersalin. Betul tak?
Apa-apa pun kalau boleh kita hendak bersalin normal kan. Untuk bakal ibu ataupun suami, boleh belikan suplemen ini untuk membantu elak koyakan semasa bersalin.
Jangan sampai trauma ataupun fobia untuk mengandung dan bersalin lagi hanya disebabkan oleh jahitan koyakan perineum yang banyak.Saya sarankan selepas bersalin ambil set vitamin berpantang Shaklee di samping amalan tradisional seperti bertungku , mandi herba ,berparam , berpilis ,berbengkung jangan di lupakan ye =)


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.