Thursday, 17 September 2015

Cheese tart Blueberry


Resipi cheese tart kali ni adalah sangat istimewa di mana Tuan empunya resipi dah pun kembali ke sisi Allah ..Al fatihah buat allahyarham Ustaz Abdullah Mahmod.


( gambar nanti saya update ye ..belum siap buat )

Bahan Pastri:
450g tepung gandum
250g mentega
100ggula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air
1 sudu teh esen vanila

Inti Keju:
250g krim keju
60g gula kastor
50g mentega
1 biji telur
1 bj merah telor
200g inti blueberi

Cara membuat:
1.Pastri:Putar mentega,gula dan esen vanila hingga kembang.Masukkan telur dan air.Putar lagi
hingga adunan berkrim.

2.Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.

3.Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 minit sehingga masak.

4.Inti:Putar keju,mentega dan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur dan putar lagi hingga
sebati.

5.Sudukan sedikit inti blueberi ke dalam kulit tat.Tuangkan adunan keju di atasnya hingga penuh.
6.Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180'C hingga masak.

*Untuk corak di atas tat pandai-pandai la buat sendiri yea...guna pewarna merah muda dan
pewarna hijau epal.Caranya,ambil 1/2sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna merah
muda.Kemudian ambil 1/2 sudu besar adunan krim keju dan letak pewarna hijau epal.Dotkan
sekali adunan merah di atas tat,kemudian dotkan juga adunan hijau di atas tat dan lorekkan dg
lidi sehingga bentuknya sama seperti di dalam gambar.

*Untuk kulit tat bakar pada suhu 170'C selama 25 minit guna api atas dan bawah.

1 comment:

  1. ibu hamil boleh makan kan ? saya hanya nak pendapat :)

    ReplyDelete

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.