Thursday, 10 September 2015

Koyakan semasa bersalin ?

Bila sebut koyak je semua rasa ngeri kan lebih-lebih lagi kalau ibu yang pertama kali mengandung ..( macam saya dulu la) Mesti akan fikir :

i. Susah ke nak meneran ataupun boleh terlupa ke cara meneran yang betul
ii. Agak-agak sakit kontraksi lama sangat ke
iii. Koyakan semasa meneran samada kecil ke atau besar eh
Macam-macam fikir kan.
Tetapi yang paling menghantui adalah koyakan semasa meneran samada kecil ataupun besar. Ini dipanggil koyakan perineum.
Koyakan perineum berlaku di antara faraj dan dubur. Dimana doktor terpaksa potong atau gunting sedikit apabila kepala bayi sedang keluar. Ia bertujuan untuk mengelakkan kulit di sekitar faraj dan dubur terkoyak sendiri dengan teruk. Umpamanya kulit akan merekah terbuka saat kepala bayi keluar.
Koyakan perineum boleh jadi lebih teruk kerana ia bukan setakat jahitan di bahagian kulit luar tetapi jahitan di bahagian dalaman ‘isi’.

Mengapa kita nak elakkan koyakan perineum?

** Mesti kita hendak kulit yang cantik tanpa bekas jahitan kan. Walaupun di tempat tertutup. Hehehe.
** Nak elak jahitan dan kemungkinan tertetas semasa dalam pantang. Kemudian terpaksa jahit semula. Ohhh tidak!
** Sakit dan nyilu bekas jahitan ketika membuang najis. Bayangkan la kalau kena sembelit pula. Sakitnya.
Bagi yang alami koyakan yang teruk hingga ke dubur, ia akan boleh bagi kesan jangka panjang untuk sukar membuang najis.
** Koyakan yang sangat teruk juga bagi kesan pada keintiman suami isteri (tiada deria rasa!).
Takut rasa kan.
Tetapi boleh dielak koyakan perineum ini kalau tahu cara dan teknik yang betul walaupun baru pertama kali bersalin.

Cara Elak Koyakan Semasa Bersalin adalah:

1. Meneran dengan cara betul

Meneran dengan cara betul adalah meneran ke arah graviti. Graviti ke arah bawah dan dengan posisi atas katil, kita meneran dengan menekan punggung ke tilam kan.
Ibu yang terlalu sakit untuk meneran hinggakan terlupa dan terangkat punggung. Bila angkat punggung menyebabkan koyakan perineum lebih banyak hinggga sampai ke dubur.
Alahai memang panjang jahitan jadinya kan. Teknik meneran yang betul akan berkait dengan cara penafasan yang betul.
Anda boleh lihat video cara meneran dan bernafas dengan betul ketika di dalam labour room.

2. Petua gunakan minyak kelapa untuk lembutkan perineum

Ini memang petua orang-orang lama. Minyak kelapa diminum dan disapu di kawasan perineum bila sudah masuk trimester ke 3.
Minyak kelapa dijadikan selusuh untuk mudahkan proses bayi keluar. Suami boleh tolong sapu dan urutkan di sekitar perineum dengan menggunakan minyak kelapa.
Kalau isteri memang tak mampu buat sendiri kan. Dah tak nampak dah. Hehehe.
Tetapi kena rajin dan kerap buat.
Biasanya minyak kelapa yang digunakan adalah VCO (virgin coconut oil).

3. Amalkan suplemen untuk elastikkan perineum

Bukaan faraj akan menjadi 8cm hingga ke 10cm apabila bayi betul-betul bersedia untuk diteran keluar.
Untuk ibu yang akan bersalin normal, bukaan memang menjadi hingga ke 10cm tetapi bergantung cepat atau lambat sahaja bukaan tersebut.
Kalau lambat bukaan faraj maka akan menyebabkan proses bersalin yang lama. Hingga ada sampai 2 hari sakit tetapi belum bersedia untuk bersalin.
Bayangkan duk menahan kesakitan. Kan.
Salah satu caranya adalah dengan elastikkan perineum. Bagaimana untuk elastikkan perineum?

Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu:

** Minyak ikan (Omega Guard)
** Vitamin C
** Protein (Energy Soy Protein, ESP)
Minyak ikan (Omega Guard)
Kandungan utama adalah Omega 3 bukan sahaja bagus untuk perkembangan otak bayi tetapi membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mudah mengembang untuk bukaan hingga 10cm.
Secara tidak langsung boleh elak koyakan perineum.
cara elak koyakan semasa bersalin
Vitamin C
Mengandungi kolagen yang bertindak untuk menyokong sel-sel dengan kuat. Ia menguatkan regangan (tensile strength) apabila tiba masa untuk meneran bayi keluar.
cara elak koyakan semasa bersalin
Protein (Energy Soy Protein, ESP)
Salah satu asid amino yang penting dalam ESP adalah Cysteine iaitu untuk anjalkan kulit dan penting untuk membaiki kulit yang rosak.
cara elak koyakan semasa bersalin
Testimonial ibu-ibu yang berjaya bersalin tanpa koyakan dan jahitan perineum.
Saya pasti ia bukan kebetulan. Saya konsisten mengamalkan ESP sepanjang kehamilan.
Sebulan 2 canister jadi 9bulan 18 canister.
Apa kebaikan yang saya dapat?
Mampu melahirkan secara normal TANPA EPISOTOMY. Bukan satu tapi 3 orang anak
iaitu pada 2011, 2013 dan Julai 2015. Saya melalui tempoh berpantang dengan yakin
dan tak risau nak jaga luka ‘di bawah’.”
Puan Fauziah Chilun (sumber)
Cara elak koyakan semasa bersalin
Testimonial
Bagi ibu-ibu yang pernah melalui saat getir di dalam labour room ataupun suami yang menemani isteri, akan tahu betapa sakitnya menahan hinggakan ada sampai ke 2 hari. Tetapi masih belum bersalin.
Rasa tak tertanggung kan.
Masa tue, kalau boleh hendak suruh doktor buat pembedahan terus untuk hilangkan sakit untuk bersalin. Betul tak?
Apa-apa pun kalau boleh kita hendak bersalin normal kan. Untuk bakal ibu ataupun suami, boleh belikan suplemen ini untuk membantu elak koyakan semasa bersalin.
Jangan sampai trauma ataupun fobia untuk mengandung dan bersalin lagi hanya disebabkan oleh jahitan koyakan perineum yang banyak.Saya sarankan selepas bersalin ambil set vitamin berpantang Shaklee di samping amalan tradisional seperti bertungku , mandi herba ,berparam , berpilis ,berbengkung jangan di lupakan ye =)


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.