Friday, 30 October 2015

Anakku Ezcema




Entry kali ni saya nak kongsikan kisah Puan AINUL FADZILAH menggunakan produk Shaklee untuk anaknda beliau ARIANA MARYAM.

Assalamualaikum. Hi Saya Ainul ibu kepada Ariana Maryam 1 tahun 3 bulan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dan anak saya Maryam yang mempunyai masalah eczema pada pipi yang teruk
.
Pada umur Maryam 4bulan, pipi Maryam naik merah dan kering. Bila time panas lagi la kering dan sebab kan pipi dia makin merah dan berdarah.
.
Maryam sendiri tidak selesa. sering menggaru. menangis bila panas. Susah hati ibu melihat keadaan maryam masa itu
.
Pelbagai jenis cream yang saya telah sapu namun tidak sesuai untuk maryam. Ada sesetengah ubat ada bahan kimia dan saya takut nak letak di pipi maryam. Risau terkena tangan dia dan dia masukkan tangan ke mulut.
.
Akhirnya saya berjumpa cream Shaklee iaitu HERBAL BLEND. Saya tak risau nak sapu di pipinya sebab saya tahu bahan dalamnya adalah bahan semulajadi seperti jagung, rosemary.
.
Saya konsistent sapu di pipi maryam setiap hari. Setiap masa saya akan sapu pada pipi nya.
.
Masa Maryam berusia 11 bulan pipi maryam sudah tiada lagi merah, kering. Pipi nya makin bersih, putih dan cantik.
.
Hati ibu mana tak gembira kan..
.
Sehingga sekarang HERBAL BLEND adalah cream WAJIB ada di rumah saya dan pasti bawa ke mana mana.
.
Terima kasih shaklee mengembalikan senyuman puteri saya Ariana Maryam

Kisah benar!

Assalamualaikum dan hai ,bertemu kembali dalam entry kali ni ..hari ni saya nak share KISAH BENAR yang dikongsikan oleh customer tersayang fazlina.com.Puan Rafidah telah selamat melahirkan cahaya mata beliau  yang sulung ,kalau sulung ni faham-faham la kan pengalaman pertama sebagai ibu.Panik sebab susu tak muncul2 ..Alhamdulillah ,Allah izinkan ikhtiar beliau bersama set penyusuan Shaklee ..jom baca  =)



TERTEKAN TAK BOLEH MENYUSU BAYI??

STRESS??RASA NAK MARAH??KECEWA??

Tenang,bersabarlah..Allah pasti tunjuk jalan keluar..

Sy nk kongsi kisah sy.

Masa sy lahirkan Abdullah, my baby, yg kini da nk masuk 4bulan dan makin bambam.. Alhamdulillah..Alhamdulillah
.
Cerita sy, selepas baby lahir seharusnya ibu ada susu kan. Tp keadaan sy lain. Sy takdak susu. Serius. Langsung takdak. Bila time pergi hosp, panic bila tgk anak menangis. Abdullah  kena warded elok2 lepas deliver. Sedih jgn habaq la. Mak sendiri, mak mertua n abah mertua saksi.
.
Abdullah kena warded sebab ada mslh pernafasan selama 2 hari. Setiap hari sy p tengok dia. Sy nges bakmai..tak hirau dah sekeliling. Tatap wajah dia, nangis. Sambil pegang tgn kecil dia, nangis. Tak hirau dah ibu2 bapa2 yg ada dalam tu.
.
Cepat2 lap air mata, sy angkat, bawak ke ruang khas ntk susu bayi. Letak ja Abdullah dlm posisi menyusu, dia terus hisap. Masa tu pun nk nangis jgk.  Tatap wajah kecil ni.Hanya inginkan susu. Tp tahan sbb tanak stress. Bila stress susu takkan keluar. Ditambah dgn dengar kata2 org mengenai diri sy bila balik dr hospital  "Si dia takdak susu". Lg sedih bakhang. Down. Suami plak jauh.
.
Selepas beberapa hari ulang alik ke hospital, sy nekad nk ambik shaklee. Sebenarnya hati nk ambik shaklee masa last trimester. Tp tgk pd harga. Tak jd. Ohya, pd  masa yg sama sy google  dan tanya org jgk mengenai produk lain yg bykkn susu. tp kebanyakannya hanya ntk susu, tak disediakan sekali vitamin ntk pantang dan sbgnya. Ada. Tp tak menepati dgn keadaan. Sebab pd masa tu Abdullah masih warded sbb jaundice tinggi. Tak digalakkan ambik ubatan2 traditional. Takut panas dan sebagainya.
.
Akhirnya, msg suami, sy nekad nk beli shaklee. Sy msg kaklin. sy ambik set pantang. Yg mana ada Esp,vita-lea,vita-c,zinc,bcomplex dan alfalfa. Sembang punya sembang, akhirnya sy beli. Perspektif sy pd masa tu, biarlah mahal pun, demi anak. Berbaloi. Ohya, doa jgn lupa ya. Minta suami, mak, mak n ayah mertua doakan kita.
.
Alhamdulillah, skrg dah  habis pantang pun, masih mkn vitamin2 tu. Bukan tambah susu ja, bg kulit lawa jgk. Ni pun sikit lg da nk habis. Alhamdulillah.

Wednesday, 28 October 2015

TRAGEDI KAYAP ? !!



Kayap sejenis penyakit kulit , saya tak pernah alami penyakit ni tapi pernah la tengok kawan sekuliah dulu yang ada masalah ni.Tapi kali ni saya nak share pengalaman seorang gadis yang bermasalah kayap teruk di muka .. apa dah jadi ? Bagaimana wajah yang menggerutu boleh bertukar jadi cantik seperti Cinderella ? Jom kita baca =)





Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! 
Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


SECANTIK BIDADARI


Assalamualaikum semua ! Alhamdulillah ,dalam sibuk berclosing dapat juga curik2 masa untuk update weblog terchenta.Kali ni nak cerita pasal dua program yang berlangsung bulan ni .. sepatutnya tiga tapi program Santai ASC terpaksa ditunda ke tarikh lain ekoran terpaksa check in di KMC tempohari.



Program Workshop SECANTIK BIDADARI berlangsung di AS HOMESTAY , Alor Setar ..Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan feedback yang ohsem dari para peserta .. dari facial sehingga lah make up ..kami juga dapat sijil tau ..Alhamdulillah.... majoriti dari kami surirumah ..faham-faham la kan mana ada masa nak berdandan berbagai ..dari situ la lahirnya projek SECANTIK BIDADARI ni ..actually banyak lagi projek yang akan berlangsung bawah SECANTIK BIDADARI ni ..nanti ada masa saya update setiap aktiviti kami ya ! Jom layan gambar dulu =) 



Program kedua pula JEJAK JUTAWAN UTARA yang berlangsung di Cinta Sayang Resort ,Sungai Petani ..Alhamdulillah dapat berkumpul dengan sebahagian keluarga besar Shaklee saya ..team Akademi Sihat Ceria 
Bersama keluarga besar Surijunior ... kami saja dah penuhkan 2/3 dewan ..memang best !

Sebahagian daripada team ASC di Utara , ada yang mai dari Penang ! Tahniah tau sebab berjaya hadirkan diri =)

Sebelum bersurai ,sempat titipkan tips dan buat diskusi dengan anak-anak mentee ..

Saya sangat serius dalam usaha nak bantu anak-anak didik saya untuk berjaya ..antara mereka ni ada yang dah menikmati income 2 , 3 sehingga 4 angka ..yang baru join pun ada ..Matlamat utama saya nak lahirkan lebih ramai wanita yang berpendapatan sendiri terutama sekali surirumah .. saya dah buat macam-macam jenis bisnes dan kali ni saya dah jatuh cinta dengan bisnes Shaklee ..semoga usaha kecil saya ini diberkati Allah .


Ingin jadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami ? Jom realisasikan impian anda bersama team AKADEMI SIHAT CERIA =)



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **








Mak nak air!

Pernah/biasa tak mengalami 2 situasi ini?
.
1. Kita pergi travel balik kampung atau bercuti bersama keluarga sehingga berjam-jam lamanya, kemudian tiba-tiba anak kita merengek "nak air masak! nak air masak!" Walhal masa tu hentian R&R baru je terlepas ataupun kawasan tu tak ada tempat nak berhenti beli air mineral pun.
.
2. Kita bawa anak-anak & keluarga berkelah atau bermain di taman permainan, kemudian setelah penat beraktiviti, masing-masing berebut nak minum air masak! Walhal waktu tu bekalan air mineral yg ada cuma 1-2 botol kecil sahaja!
.
Mudah kan kalau kita boleh ada bekalan air minum yg sentiasa tersedia pada bila-bila masa. Cuma tadah sahaja di mana-mana paip/sumber air berhampiran & air itu boleh terus diminum. Tak perlu susah payah nak cari kedai yg menjual air mineral berbotol-botol. Apatah lagi jika di kawasan pelancongan yg menjual semua barang dengan harga 2-3 kali ganda! Tak perlu nak fikir apa agaknya yg terkandung dalam sumber air yg kita ambil tu.
.
Memang mudah & menarik jika ada Get Clean Water Pitcher ni tau. Jug penapis air yg menapis air dengan mengekalkan mineral semulajadi air, rasa air yg sedap, mudah di bawa ke mana-mana & harga yg sangat-sangat mampu milik.
.
APA YG BESTNYA WATER PITCHER NI?
.
-Filter activated karbon yg diperbuat daripada tempurung kelapa yg mampu menapis 99% bahan kimia pencemar termasuk plumbum yg merbahaya kepada otak manusia.
-Jug mudah alih yg boleh dihidang/diletakkan terus & dibawa ke mana-mana sahaja apabila kita pergi bercuti, balik kampung, kursus & sebagainya.
-Menapis 303 liter air bagi setiap filter. Disertakan meter bagi menunjukkan waktu filter perlu ditukar.
-Rasa air yg sedap - tak payau.
-Filter mudah ditukar sendiri. Hanya cabut & pasang.
-Reka bentuk & corak yg menarik untuk terus dihidang kepada tetamu.
-Harga yg sangat-sangat rendah berbanding jenama lain dengan fungsi menapis yg jauh lebih baik! Hanya RM460 sahaja untuk set permulaan - jug + housing filter + 3 filter + 1 filter PERCUMA!
.
Dah ramai yg berebut memiliki water pitcher ni tau. Siap main kutu lagi.

Selamat malam. Semoga mimpikan Water Pitcher malam ni. hehe..




Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Thursday, 22 October 2015

Rat race?

Pernah  mengalami keadaan seperti ni:

Pegi kerja awal pagi, Smpi tempat keje tak smpt makan pulak tu
jadinya, Mengantuk ditempat kerja

kemudian, Balik dr keje traffic jam, Mata kuyu aje on the way balik ke rumah tu

Sampai kat umah lepas mandi dan solat; pi tgk tv..tertido plak depan tv

pastu dah siap kunci pintu rumah semua; masuklah tido
tak dapat tido plak tu, banyak sangat fikir kot!

----------

Ini adalah salah satu kesan dr gaya hidup yang tidak sihat + pemakanan kurang khasiat. Kita mmg sedia tau tetapi apa kt nak buat ya??

Ha, arini sy nk INTRO kombinasi set

Basic Health Combo iaitu
1.Bcomplex
2.Vitalea*
3.CinchTea
4.OsteMatrix

yang boleh bantu anda atasi masalah2x ini

Saya sendiri menggunakannya dan selepas sy konsisten guna sy dapat 3 manfaat berikut:

1. Badan lebih bertenaga dan semangat.Vitalea dan Bcomp bantu beri tenaga booster
2. Mata segar sepanjang pemanduan.Cinch Tea tingkatkan metabolisma badan menjadikan kt rasa segar bugar
3. Tidor lebih lena!IOsteMatrix bantu kurangkan stress badan kt tu

Alhamdulillah, inilah manfaat Shaklee dlm hidup seharian anda

Best kan!
Boleh diguna suami isteri mak ayah

Ha.semua nk sihat
Alhamdulillah

Credit : Master Firdhaus :)

Wednesday, 21 October 2015

Bahaya Jerebu Pada Ibu Hamil


Apakah itu jerebu?


Di kebanyakan negara di Asia Tenggara, jerebu merujuk kepada lapisan tebal kabus asap atau asbut yang melitupi rantau ini, selalunya di antara bulan Mei dan Oktober. Asbut pekat dengan bahan pencemar udara. Asbut disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor:
  • kebakaran bahan pertanian dan hutan di Sumatera pada musim cuaca kering; 
  • angin timur yang meniup asap tebal tersebut ke arah Malaysia, Singapura, Brunei dan boleh jadi hingga ke selatan Thailand dan Filipina. 
Sejak lewat tahun 1990-an, jerebu telah menjadi satu acara tahunan yang tidak diingini.

Terdapat juga sumber lain yang menyebabkan pencemaran udara di negara ini. Tanah gambut yang dijilat api di Semenanjung Malaysia juga menyebabkan jerebu melitupi kawasan Lembah Kelang dan kawasan bandar utama yang lain. Jerebu juga berpunca daripada pembakaran terbuka bahan sampah, asap dari kilang dan penjana kuasa yang menggunakan arang dan tidak ketinggalan, wasap ekzos dari kenderaan di jalan raya. 



Adakah jerebu menjejaskan saya dan bayi dalam kandungan?


Jerebu boleh memudaratkan kualiti udara sekeliling. Banyak kajian yang dilakukan di negara-negara lain telah menunjukkan bahawa pencemaran udara boleh membahayakan bayi dalam kandungan dalam beberapa cara:
  • Bahan cemar dalam udara yang disedut oleh si ibu boleh masuk ke dalam rahim melalui tali pusat.
  • Pendedahan kepada pencemaran udara sebelum dilahirkan dikaitkan dengan IQ rendah pada kanak-kanak.
  • Pendedahan kepada jerebu sebelum kelahiran dikaitkan dengan berat badan bayi yang rendah, kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan dan kematian selepas dilahirkan.
  • Ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi dengan sumbing bibir dan lelangit dan kecacatan injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ-organ. 

Laporan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 mengesahkan bahawa kesan jerebu adalah lebih ketara di kalangan kanak-kanak di bandar, selain warga emas dan mereka ada menghidapi masalah pernafasan. 


Bagaimana saya dapat meminimakan pendedahan kepada jerebu?


Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu senarai langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya berlaku "kecemasan jerebu" (apabila Indeks Pencemaran Udara melebihi 500). 

Jangan keluar rumah seberapa yang boleh. 


Semasa berada di dalam rumah… 
  • pastikan semua pintu dan tingkap ditutup;
  • buka penghawa dingin (jangan buka kipas kalau boleh) dan jika anda mampu, pasanglah penghawa dingin dengan penapis HEPA (penapis partikel halus berefisiensi tinggi); 
  • mop basah rumah dan kawasan dalaman rumah anda (menyapu dengan penyapu biasa TIDAK digalakkan); 
  • gunakan dapur elektrik, ketuhar atau ketuhar gelombang mikro untuk memasak (menggunakan dapur kayu, gas atau arang untuk memasak di dalam rumah TIDAK digalakkan). 
Banyak keluarga di Malaysia menggunakan alat pembersih udara atau penulen udara untuk memperbaiki kualiti udara dalam rumah. Sesetengah yang lain pula menggunakan pelembap udara untuk melembapkan partikel supaya ia jatuh dan tidak beredar di udara. Kelembapan tambahan ini juga membantu mengurangkan masalah pernafasan.


Jika anda perlu berada di luar rumah, gunakanlah topeng N95


Topeng N95 mampu menapis 95 peratus daripada partikel habuk bersaiz lebih daripada 0.3 mikron. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru harus bertanyakan doktor dahulu kerana topeng boleh sedikit sebanyak menyekat aliran udara. 


Jangan membuat perjalanan. 


Perjalanan perlu diminimakan bagi urusan penting sahaja. Tidak menggunakan kereta akan membantu mencegah pengurangan kualiti udara di samping meminimakan risiko kemalangan jalan raya disebabkan kadar penglihatan yang buruk. Jika anda perlu memandu… 
  • buka penghawa dingin dan pastikan ia dalam mod "putaran udara dalaman";
  • pastikan semua tingkap ditutup; 
  • buka lampu untuk mencerahkan lagi penglihatan jalan; 
  • jangan tinggalkan anak anda dalam kereta tanpa pengawasan; 
  • jangan merokok dan jangan benarkan orang lain merokok dalam kereta anda. 


Terdapat langkah-langkah keselamatan tambahan yang boleh diambil bagi seorang pemandu mahupun penumpang. 
  • Anda boleh menggunakan tali pinggang keledar walaupun hamil. Baca dengan lebih lanjut mengenai cara betul memasang tali pinggang keledar semasa hamil.
  • Begitu juga dengan kanak-kanak; pastikan mereka duduk secara terselamat dalam kerusi kereta kanak-kanak. 



Apa lagi yang boleh saya lakukan semasa jerebu?




Bukan salah anda sekiranya anda tidak tahu apa yang dapat anda lakukan apabila jerebu semakin teruk. Namun anda masih boleh menjaga kesihatan antenatal anda. 

Jauhkan diri daripada perokok 

Jika anda sendiri seorang perokok, berhentilah dengan segera. Kami mempunyai banyak tip untuk membantu anda berhenti merokok. 

Minum banyak air

Kementerian Kesihatan menyarankan anda minum dua liter air sehari apabila keadaan jerebu teruk. Kami juga mempunyai banyak idea lain mengenai minuman yang berkhasiat bagi wanita hamil.

Cuci tangan dan muka 

Bersihkan tangan dan muka daripada habuk sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah. Pastikan ahli keluarga yang lain juga melakukannya.

Pastikan anda kekal cergas

Masih ada pelbagai aktiviti dalam yang boleh anda lakukan seperti Pilates atau aerobik berimpak rendah. Baca dengan lebih lanjut mengenai senaman dan kecergasan semasa kehamilan di sini. 

Pastikan anda amalkan diet yang berkhasiat dan seimbang. 

Cuci atau kupas buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, adalah baik, buat masa ini, jika anda menjauhi pasar basah atau pasar tani dan sebaliknya manfaatkanlah kemudahan membeli-belah secara tertutup di pasar raya yang berhampi

Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

Produk Supplement yang dicadangkan untuk ibu mengandung ni musim jerebu ini ialah

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Resipi Carrot Cake sedap!

Rasa tak kurang dari carrot cake SR. Patut cuba...


Bahan;

8 biji telur gred A ( diasingkan)
3 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Mazola)
200g gula castor
200g brown sugar
3 cawan carrot (diparut)

500g tepung gandum
2 sudu teh serbuk kayu manis (kalau tak suka boleh kurangkan)
2 sudu teh baking soda (sukatan penuh, tapi janganlah membukit sangat)
1-1/2 sudu teh garam

150g walnut ( dicincang)

Cara;

Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan. Panaskan oven pada suhu 175C.

Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula halus dan gula perang serta lobak yang diparut. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan-bahan kering yang diayak tadi. Campuran ini tak perlu guna mixer pun ok, saya pukul guna 'hand mixer' jer, masa nak masukkan tepung tu saya guna senduk kayu. (masa ni adunan agak kental)

Pukul putih telur sampai betul-betul kembang, soft peak form (bila kita kaup, dia tak jatuh - ni penting!) dan masukkan dalam adunan kek. Kacau hingga rata.

Bakar pada suhu 175c selama 45-50 min (sehingga masak)

tips: Adunan yang dimasukkan ke acuan jangan terlalu tebal (khuatir sebahagian dalamnya tak masak). Cucuk dengan lidi untuk memastikan ianya telah masak, tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

Frosting.
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
1 sudu perahan lemon (Kalau guna Philadelphia cream cheese, tak letak pun tak apa)

Pukul semua aduan hingga sebati dan ringan (tapi jangan pula terlebih pukul, nanti ia jadi lebih cair). Dan boleh dihias di atas kek, tabur kacang walnut.

Nak buat icing sugar (incase kalau dah terhabis stok), 1 cawan gula biasa + 1 sudu besar tepung jagung, blend halus.

~ Selamat mencuba ~

Jangan asyik dukung baby?

Antara 'amaran' yang sering diberikan terhadap para ibu baru adalah: Jangan kerap mengangkat atau mendukung bayi. Nanti bayi asyik mahu di dukung sahaja!:

Ketahuilah, ia adalah antara mitos keibubapaan tertua dan paling terkenal sehingga ke hari ini namun paling tidak berasas!.

Bagaimana mungkin bayi kecil yang tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam akan cukup 'cerdik' untuk berfikir memanipulasi tangisannya untuk mendapatkan perhatian?. Lebih-lebih lagi bayi tidak belajar dan berfikir untuk menangis. Menangis adalah refleks!.

Dan anggapan bahawa menghadkan respon dengan membiarkan bayi menangis supaya dia belajar mententeramkan diri sendiri dan berdikari adalah tidak benar sama sekali!. Ya, pada akhirnya bayi akan diam namun bukan kerana dia faham yang anda sedang cuba mengajarnya berdikari. Tetapi kerana dia sudah letih!.

Ketahuilah, tiada istilah kasih sayang berlebihan (lavish love) hanya kerana anda banyak mendukung, mengangkat, mencium atau merespon pada setiap tangisan bayi kecil anda. Mengapa? Kerana ketika di dalam rahim, bayi anda telah mendapatkan kesemua yang dia perlukan untuk kekal bertenang: rasa bagai di peluk selalu hasil himpitan dinding rahim dan ruangnya yang sempit, didendangkan dengan bunyian semulajadi rahim yang hipnotik, merasa bagai di dodoi dan di hayun selalu setiap kali ibu bergerak malah, mereka tak perlu menangis atau berbunyi apa pun untuk meminta makanan!.

Sejurus di lahirkan, kesemua 'keselesaan' itu telah di 'rampas' dari mereka sekurang-kurangnya sehingga 50% kurang!. Andaikan ada mana-mana ibu yang mampu menggendong atau mendukung atau mendodoi bayi mereka 12 jam dalam sehari pun tanpa henti, bukankah ia masih kekurangan sebanyak 50% dari apa yang alam rahim telah sediakan untuk 24 jam selama 9 bulan?

Maka, pakar kebanyakkannya bersetuju bahawa pada 1 tahun pertama kehidupan bayi, kemahuan dan keperluan adalah dua perkara yang sama. Maka responlah pada tangisan dan resah bayi anda tanpa gagal dan tanpa risau. Jika kita semua memerlukan tempoh orientasi atau tempoh percubaan ketika memasuki asrama, kolej, universiti dan tempat kerja baru untuk membiasakan diri, maka 1 tahun pertama adalah tempoh orientasi bayi dengan masa kritikal pada 3-5 bulan pertama. Apa yang mereka perlukan pada 1 tahun pertama ini adalah binaan hubungan ibu-anak yang utuh dan penuh rasa percaya. Anda punya banyak lagi tahun-tahun mendatang untuk proses mendisiplin, mengajar atau menghadkan apa yang boleh dan tak boleh kepada anak. Usahlah terburu-buru!.

Kerana itu, salah satu kajian paling bersejarah dalam aspek keibubapaan yang terkenal pada tahun 1970 oleh pasangan Dr. Bell & Dr. Ainsworth dari University John Hopkins ke atas 2 kumpulan bayi : iaitu kumpulan A yang mendapat respon segera dan tanpa gagal dari penjaganya dan kumpulan B yang mendapat respon terhad serta berjadual. Kesemua bayi di perhatikan selama 1 tahun. Hasilnya, bayi dari kumpulan A di dapati membesar sebagai bayi yang lebih gembira, lebih mudah berkerjasama dan di uruskan serta kurang merengek berbanding bayi B. Ini kerana bayi kumpulan A telah 'pelajari' bahawa mereka hanya perlu menangis atau berisyarat 'sekadarnya' sahaja kerana ibu pasti datang. Manakala bayi B telah 'pelajari' bahawa tangisan dan isyarat mereka tidak cukup kuat untuk layak mendapat perhatian penjaganya maka mereka harus menangis lebih kuat atau mengamuk pada kebanyakkan masa.

Saturday, 17 October 2015

Tabung susu ?




Tabung susu adalah istilah mak cik ngurut 2 bagitau masa mengurut hari 2. Tabung susu terletak di urat belikat belakang badan kita. ( Baru ku tahu, walaupun dah bf anak kedua )

Di bahagian urat belikat itulah yg diurut untuk merangsang pengeluaran susu. Tapi kita tak bolehlah urut sendiri,  kena lah mintak tolong suami ke, mak, adik perempuan, kakak.

Cara urutan,  dari atas bahu tekan turun ke bawah, bawah 2 agak2 sampai ke ketiak je dalam beberapa kali. Lepas 2, dari atas tekan turun ke tepi ketiak dalam beberapa kali jugak. Selamat mencuba bagi ibu2 yg nak bf ataupun yg sedang bf. In Shaa Allah sangat membantu.

Untuk ibu2 yg ingin kekal cergas bertenaga,  jangan lupa ambil vitamin untuk kekalkan stamina. Almaklumlah, bila menyusukan baby tambah plak tugasan harian yang overload..badan jadi letih nanti menganggu pula production susu.

Nota Kaki
= Makcik urut 2 cerita dia pernah urut tabung susu kat anak dara sebabnya anak dara 2 nak ambil anak angkat. Nak menghalalkan dari segi hukum. Wah, ajaibnya badan wanita ne


Nak tahu lagi RAHSIA BANYAKKAN SUSU IBU ? KLIK SINI



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat.Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Thursday, 15 October 2015

Suami ku penipu ?



Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan syarat²:
1) lelaki itu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah spjang mlm setiap hari
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga³ syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.
Maka bernikah si gadis itu dengan lelaki tersebut.
---------------------------------------------------
Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan suami dia tu.
"Eh, tak puasa pulak laki aku hari macamane nak puasa setahun?"
"Err aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"
Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap suami tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan 'Ditipu Oleh Suaminya'
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat² yang saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si isteri pada Hakim Mahkamah
Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat² nikah yang isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif
.. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari..", jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim Mahkamah bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
Si suami tu selamba jawab, "Buat!"
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"
Si Suami itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"
Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"
"Tak" jawab Si Suami lalu Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab,
"Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka ganjaran seolah sama juga dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya berpuasa sepanjang tahun."
Hakim Mahkamah tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa."
Si Suami itu terus menjawab, "Saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah Nabi Muhammad {s.a.w} bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah² sama juga dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kepada Hakim Mahkamah.
Hakim itu makin tergamam kemudian menyoal, "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Si Suami itu sekali lagi senyum, "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah bersabda, Sesiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah² dia telah beribadah sepanjang malam", dia terus menyambung, "Islam itu indah dan mudah hanya untuk penganut yang menggunakan akal ikhlas mencari redha Allah!..
Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai²lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia²!" Si Suami yang dituduh menipu oleh isterinya itu meluahkan buah fikiran berhujah berdasarkan fakta Islam yang sahih.
Hakim terangguk² lalu memerintahkan si isteri bangun lalu bersuara, "Awak sebenarnya beruntung sangat. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan dan tertuduh dilepaskan kerana didapati tidak bersalah kepada semua tuduhan. Perbicaraan selesai!"
Si suami tersenyum puas
.. Sekian Al Kisah Rekreasi moga boleh dijadikan tauladan.
*3 amalan itu bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkan ganjaran besar hanya perlu ikhlas beramal hanya kerana Allah!
Peringatan bersama semoga Allah ta'ala memberikan jalan dan kekuatan untuk kita beribadat yang barakat dan berkualiti kepada Allah Rabbal'alamiin wa la haulawala quwwata ilabillah.
EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“
Rasulullah tersenyum dan bersabda :-
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al Ikhlas tiga kali
Seakan² engkau telah mengkhatamkan Al Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan² engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Wednesday, 14 October 2015

[KISAH FOUNDER NURRAYSA CHAPTER 1]

Bismillah...
Saya bermula bsnes 3 tahun lepas ketika mengandungkan anak pertama, waktu 2 kne hold belajar, belajar diploma nursing di kl. Bosan tak tau nak buat ape, saya terfikir nak buat bsness, tapi tak tau nak jual ape, saya tengok kt fb , ramai yg jual rumpai laut, saya terus beli 3 bungkus utk guna sendiri..
Alhamdulillah best guna 😊. Terfikir nak jual jgk
Waktu 2 xde sape pn ajar, saya hentam sendiri je, tengok ayat2 org lain promote macam mana.. banyak bertanya orang. Saya mulakan bsness bermodalkn rm500 pinjam duit gaji suami. Alhamdulillah bulan ke 2 drpd untung saya terus bayar balik.. daripada situ lah kisah bermula. Malam dah siap packing order, pagi2 suami bawak ke tempat kerja, tengah hari waktu rehat dia tolong poskan di poslaju.
Permintaan makin banyak, berguni2 saya order, jadi pemborong besar pulak, drpd duit untung je saya rolling modal, suami dah tak dapat bawak barang2 utk pos ke tempat kerja sbb bawak motor. Bawak kereta jalan jem, waktu rehat hanya sejam. Waktu 2 suami bawak kreta pergi kerja, tengah sarat, saya bawak motor dia, agkut 2, 3 kali barang2 ke pos mini.. nasib baik 5 minit je drpd rumah.. berkotak2 agkat dengan motor 😂 nak berjaya semua redahh je.. bile ingat2 balik, akan membuatkn kita bersyukur dgn kehidupan sekarang..
Beberapa bulan lepas 2, market rumpai laut semakin jatuh, persaingan harga, drpd rm100 sekilo, ade yg jual sampai rm25 sekilo.. saya cuba fikirkan cara lain, macam mana nak buat, tak boleh terus macam ni, waktu tu jual rumpai laut je, permintaan tengah tinggi, alhamdulillah jualan sbulan ade yg mencecah belas2 ribu, tapi kat rumah memang xde kerusi, sofa ke ape, tolak tepi dulu utk kembangkan bsness... makan kt lantai je. Org datang rumah dduk kt lantai.. tak kisah ape org cakap 😊
Bersambung ~

Tips jutawan muda 2

Bile permintaan rumpai laut semakin menurun, saya tengok ramai pulak buat sabun rumpai laut kat facebook... saya pun puas duk fikir, macam mana nak buat sabun, saya servey mana2 kilang yg buat, tapi memerlukan modal belas2 ribu, waktu tu belas2 ribu dah besar bagi saya, tiba2 Allah datangkan seseorang bantu saya ajar macam mana buat sabun .. alhamdulillah tercipta lah sabun Nurraysa, 😊 tapi kotak siap awal januari, saya buat sample banyak2, agih2kan, marketing dulu, cari agent, bagi orang cuba pakai...
Di pendekkan cerita keluar lah sabun brand Nurraysa pada januari 2014 , dulu kotaknya design memang kelakar habis, berwarna warni.. 😆 takde ilmu kan, redah aje lah.. hehe..
Jun 2014 saya keluarkan 1set lengkap skincare , 1000 unit sahaja, dengan takde ilmu, sekejap je habis 1000 set tu,.... ambik masa setahun habiskn 😂😂😂 saya start di uji dengan macam2 ujian lepas tu, mungkin nak bagi saya nampak ape itu bsness, ape yg belum saya buat, ape yg perlu saya buat, tuhan nak bagi sesuatu yg lebih besar lagi, saya di uji di tahap sampaikan xde duit langsung, pernah duit dalam bank , zero 😢😢
Balik kampung, buat tak tau je, tak susahkan mak ayah, beberapa bulan jugak lah, kami fikir balik, muhasabah diri, msti ade sebab kenapa Allah uji kami, mgkin kita tak sedar kesilapan kita.. akhir tahun 2014 bulan ramadhan, kami nekad nak ubah hidup balik, suami terpaksa kerja balik, ramadhan 2014, setiap hari kami bangun qiamullail bersma2, nak cari redha Allah balik bukan senang, teringat lagi ustaz 2 bagi ceramah di surau, tuhan uji kita, dia tak puas lagi dengar kita merintih, menangis , memohon padaNya, takut2 bila dah senang, kita akan lupa..
Nov @ desember 2014, rumah yg kami sewa di tenggelam banjir, tahun 2 kuantan banjir besar, air di paras dada dalam rumah, terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir, waktu 2, memang yg amatt... makannan sket, nak makan beratur pnjang, air xde, mandi di pili bomba, dengan anak sulong masih kecik 😊 saya terfikir dlm hati, rupanya macam ni hidup org susah.. alhamdulillah kami dapat rase semua tu.. hati last lepas beberapa hari berlaku banjir besar, datang beberapa hilux datang bawak bantuan makanan, semua persendirian, bukan drpd agensi mana2. dalam hati terdetik, kalo aku kaya nanti, aku mesti buat macam tu jgk, mesti bantu orang .
Ujian demi ujian datang, akhirnya bulan 3 2015, saya ade inbox di fb seorang jutawan muda , saya mintak share tips2 yang dia buat, dia bg 1 tips je.. nak tau ape tips yg beliau kongsikan? Tips 2 lah saya buat, dan lepas drpd tu, hidup saya start berubah balik sehingga sekarang...

TIPS JUTAWAN MUDA PART 3

~sambungan part 3.
Tips jutawan muda 2 share kat saya , 1 je dia bagi, katanya, " amalkan sedekah setiap hari selama sebulan "
Esoknya saya terus buat. Ajaibnya tak sampai 2 minggu, life saya start berubah, banyak Allah tunjukkan jalan2, buat ape pn mudah je... Allah kenalkan dengan orang hebat2... subhanallah...
Saya start balik bsness nurraysa, teruskan balik , tiba2 ade sorang hamba Allah ni owner produk, orang terengganu jgk, baru nak keluarkan produk, dia bgtau saya nak pergi coaching dengan jutawan famous beberapa tahun lps, puan felinna, saya tak mampu waktu 2, fees di kenakan xsilap hampir rm2000. Banyak tuuu bagi saya pd waktu tu. Ape yg berlaku, Allah gerakkn hati dia lps blk drpd coaching dgn puan fel, dia shating kt sy, tips2 puan fel buat hngga sales mletop2. Saya duk fikir sorg2, eh semua ni aku dah buat, dia boleh jd jutawan, knp aku mcm ni je,, rupanya saya xkonsisten..
Kbykn punca hari ni orang gagal, tak mulakan sesuatu sampai habis, buat sesuatu tak konsisten. Ape yg saya buat masa mula2 nk build up blk nurraysa, saya cari droship ramai2, saya guide di group whtspp cara nk promote. Drpd droship 2 lh, diorg upgrade ke agent dan stokis. Jgn pandang remeh pd droship tau, walaupn mreka xkluarkan modal.
Produk yg orang tak kenal lagi, cara pertama, cari droship je ramai, orang nk teruskan labur modal besar jd stokis, memang tak lah kan.. takut modal habis kt situ je, barang tak laku... alhmdulillah permintaan semakin meningkat april 2014. Kotak sabun pulak habis, saya start blk masa 2, saya gunakan ape yg ade di tangan je masa 2. Kotak nak buat balik modal beribu, nak korek kt mane duit ni, 😂😂 bayar deposit aje lah dulu, dh siap nk ambik balik xtau nak cari duit kat mane, fikir punya fikir, memang gak nak susahkan org tua, last2 call jugak mak buat muka tebal je, nk pnjam duit nak bayar kotak, jnji gn dia, dpt kotak ni, terus pos pd stokis, sbb ramai dah booking sabun, saya dah promote awal2 lagi, saya akn trus bayar balik duit mak. Alhamdulillah, semua settle, stokis semua dah payment, saya trus je bayar balik. Tak ingat berapa , lingkungan 2-3k je mcm 2.. saya tak start pada modal besar utk buat sesuatu..
Pada bulan jun 2014 saya sertai program dr azizan osman, imkk, pd waktu tengah sarat jgk mengandungkan anak ke 2, anak pertama memang takde orang sanggup jage, sebab dia sangat aktif, hehe, lagipun tak nak susahkan family, biar kami yg susah2 xpe.. dtg ke kl utk sertai program, kami gilir2 jage anak kt hotel dengan suami, pagi saya masuk, tengah hari suami masuk, macam tu lah seterusnya sampai program habis selama 4 hari di the mines. Balik je, kami sharing, ape yg doc ajar, Waktu tu kami ambik pakej paling murah, rm250 sorg, seat paling belakang sekali, dah lah datang lewat, tak sempat bara bere, hehe, dtg lewat sebab hotel jauh, dengan uruskan anak dlu... alhmdulillah suami banyak bagi sokongan, suami adalah tulang belakang saya...
Sebelum hadiri program imkk, sales saya biasa2 je, tak sampai pun 10 ribu sebulan, lepas balik drpd imkk, kami buat ape yg doc ajar, imkk program cuci kolam jiwa, sblm start bsnes, wajib cuci dulu, baru senang bsness nak berkembang, bersihkan hati, ape yg kami buat, sedekah setiap hari waktu pagi, konsisten dhuha, jaga hubungan suami isteri, mandi garam bukit, kongsikan sedikit untung dengan ibu bapa,tahajud, sentiasa berfikiran positif. Start daripada 2, julai dan setrusnya sales meningkat ke belas2 ribu, puluh2 ribu sebulan, suami masih bekerja, saya dah nak hampir bersalin, staf xde, semua kami buat sendiri, kadang2 2 pagi baru tido bersama suami, dduk pack barang, masukkn sabun dalam kotak, permintaan makin tinggi, sampai kan banyak kali suami tido selepas solat subuh, 2 pn tido 1jam je, pkul 7 stgh pagi terus pergi kerja lagi.. ape salah 1 penguat saya, nekad saya utk ubah balik hidup kami, setiap kali lepas solat, menangis, dia betul2, mohon pd Allah, tak snggup tengok suami tak tido malam tlg saya pack barang, awal pagi keluar kerja, petang baru balik kerja, dengan kerja tengah panas waktu 2, bawak excoveter (jentera berat) , kadang2 ot, pukul 8 @ 10 malam baru balik kerja.. dengan keadaan saya sarat waktu tu, kalo di ingatkan balik, memang menagis, tengah2 malam tak tido lagi, dengan pinggang semua sakit, Allah je yg tau, usaha nak berjaya 2 sgt kuat, kalo lembik2, memang tak sampai ke tahap sekarang..
Pada bulan 8 2015 saya sekali lagi keluarkan balik set kcntikan lengkap, berbeza formula dgn yg lama, pakaging semua lain, first batch keluar 500set je, sampai je licin, 500 lagi sampai, licin, sebulan order 2,3 kali dengan kilang, nak buat banyak2 terus, modal terhad, lepas 2 buat 1000set , 2000 set, semua licin sebelum stok sampai lagi, the best mrketing saya amalkn drpd dulu, mrketing dulu sebelum ada stok, sampai je semua terus pos pada stokis2. Marketing yg saya amalkan, hanya sistem berjemaah, 2 penguat saya sampai hari ini. Xde buat fb ads ke ape. Semua zero kos mrketing. Luangkan masa utk guide diorang..
Bulan 9@10 macam tu, ambik sorang staf, sebab dah tak larat nk buat sendiri, waktu tu staf kerja duduk di bilik blkg bersama stok2 yg ada, stok penuh sampau ke ruang tamu, kami xde mnyewa mana2 tempat lagi, dan daya tak ingat bulan berapa, lepas saya bersalin anak ke 2, saya suruh suami berhenti kerja. Waktu tu suami masih ragu2 nak bhnti, tkt jadi mcam tahun 2014, kena kerja balik, saya ckp,kne yakin, insyaAllah xkn blaku lagi..anak sulong sangat aktif, dengan baby kecik, saya tak larat nak jage sorang2, alhamdulillah suami bhnti kerja, bntu bsness n jaga anak2..
Pada akhir tahun 2015, bnjir besar berlaku lagi, tapi paling teruk di kelantan, kuantan pun teruk tapi kurang sket berbanding tahun 2014, rumah saya menyewa pn tak terlepas , air di paras lutut, alhmdulillah barang2 semua dah letak di tempat yg tinggi, xde ape2 kerosakan barang.. saya follow page2 fb, misi bantuan banjir banyak ke kelantan, saya tengok video dr azizan share yg dia pergi ke kelntan hantar brg2 mknn bntuan bnjir, hati terdetik makin kuat, nak pergi jugak,berkobar2 smgt, sbb nk follow ape mentor buat dan sbb saya dah janji pada 2014, saya pn nk buat jgk macam 2..
Alhamdulillah januari 2015 saya bersama suami dan anak2, sebuah lori, pergi ke kelantan utk hantar bantuan makann, pakian, brangan. Anak2 wajib agkut semua.. hehe.. waktu tu 50-50 dah, nak pergi ke x, sebab saya memang susah ke mana2 bwak anak yg sgt aktif, ujian memang sgt besar, last2 saya redah aje, pergi jugak, 10 malam bertolak drpd kuantan ke kelantan, malam tu suami mengantuk, 3 kalo kot hampir terbabas, nasib baik saya tak tido 😂😂 alhamdulillah sampai jugak di kelantan pukul 5 stgh pagi. Siap2 turunkan brg2 semua, terus bertolak balik, pagi 2 singgah di kedai utk makan, Allah uji lagi, anak yg sulong berlari ke arah jalan besar, umur masih pnjg, suami smpt tarik baju dia, kalo x, memang dah xde dah sekarang, sket lagi nak kne langgar gn kreta, kt kedai 2, semua menjerit tengok.. Ya Allah, tak tau nak fikir macam mne dah, terus balik je, hampir 5x jgk bhnti tepi jalan suami tido skejap sbb mngantuk 1 malam xtido. Akhirnya sampai jugak rumah fmly di terengganu, makan mndi2, trus tido.. esoknya baru balik ke kuantan..
Alhamdulillah kuasa Allah,balik je drpd misi 2, marketing saya buat sama je, xde upgrade ape2 pn, permintaan naik mendadak, berkali2 gnda order , stokis2 semua trkejut, stok terputus , permintaan tak terjgka, sales pada januari 100 ribu sebulan, sebelum tu paling tinggi pn xlebih 50k sbulan.
Bulan2 seterusnya sales maintain 100k jgk, tak naik2, saya duk fikir, macam ade sesuatu yg menghalang utk saya dapat lebih drpd 100k, ape yg mgkn sy xbuat, ape yg mgkn kami tak sedar ksilapan kami, 30 april, saya ke imkk lagi skli bersama suami, seat super spreme ke 2 plg dpn, blkg titanium. Waktu 2 dah ade maid yg jaga kn ank2, so kami brdua fokus btl2 dlm seminar tu, waktu 2, dh ade 1 ofis utk krani dan staf bhgn production , bbrpa org je, sbb stok banyak memang dah xmuat nk ltk kt rumah, saya mnyewa sebelah rumah je, kebetulan penyewa seblah keluar. Balik je drpd imkk, sales bulan mei meningkat hampir 300 ribu.
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.