Wednesday, 14 October 2015

Awak dah tak menarik lagi Mah !





Kisah nyata seorang suami zaman kini tapi saya percaya tak semua suami begitu.
Apakah perbezaan orang gaji dengan isteri anda? Orang gaji dibayar kudratnya, adakah kudrat isteri anda dibayar?




Dalam islam tugas menjaga anak, beri makan, urus rumah tangga adalah tugas suami. Jika isteri buat semua itu tandanya isteri meringankan beban suami kerana suami sibuk bekerja mencari nafkah selain kasihkan anak-anaknya & suami.
Sepatutnya suami perlu memberikan reward kepada isteri anda kerana kerja mereka 24 jam sehari, 7 hari seminggu tiada cuti.

Untuk para suami ketahuilah tugas menjaga anak sangat sangatlah penat lagi-lagi seorang suri rumah. Tiada salahnya anda sebagai seorang suami beri penghargaan kepada isteri anda, hulurkan setiap bulan. Pasti isteri anda rasa dirinya dihargai.


Pernah saya dengar kes seorang suri rumah dimadu kerana penampilan isterinya tidak seperti dulu. Badan berisi, muka kusam & etc. Si suami bosan lalu Kahwin lain.

Bila ditanya kepada isterinya bahawa suaminya Jarang sekali hulurkan wang kepada isterinya kalau ada pun 6 bulan sekali tu pun RM50. Isterinya nak beli untuk kecantikkan diri pun tak mampu. Sedangkan kereta pun ada maintainence inikan pula isteri yang dah beranak pinak. Confirm perlukan lebih maintainence.

Bila isteri dah tak cantik habiskan duit cari perempuan lain, apa kata habiskan duit untuk cantikkan isteri. Mesti lebih cantik dari sebelumnya. Cuma ada setengah para suami tak sedar akan tanggungjawab yang Allah berikan kepadanya. Seorang isteri tak mengharapkan apa-apa cuma berharap agar suami mereka menghargai segala penat lelah, mengandung, melahirkan, menjaga anak-anak & uruskan rumah tangga.


No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.