Saturday, 3 October 2015

Jadi pelupa selepas bersalin?

Fenomena ini yang dipanggil juga 'MUMNESIA' telah mendapat perhatian dari penyelidik di Boston University and the Massachusetts Institute of Technology. Mereka merumuskan, ada 4 faktor utama kepada mumnesia iaitu :

  1. Keutamaan ibu : Selepas bersalin, ibu-ibu ni akan jadi sangat pentingkan anak yang baru lahir tu berbanding perkara lain. Dalam keadaan apa pun, ibu akan utamakan urusan anak ini hingga perkara lain tidak lagi jadi prioriti. Pakar saraf kata, ia adalah tindakbalas bawah sedar semulajadi seorang ibu. Perkara bukan prioriti sesetengahnya akan dilupakan begitu sahaja atau kurang diaktifkan di dalam memori ibu.
  2. Kesan kesakitan bersalin : Seorang pakar sakit puan, Dr. Sharon Phelan berkata, pelupa adalah satu cara seseorang wanita hadapi kesan sakit bersalin. Pengalaman melalui proses melahirkan anak juga menyebabkan ibu jadi pelupa. 
  3. Hormon : Paras hormon oestrogen berubah secara mendadak dari paras yang sangat tinggi ketika di hujung kehamilan kepada paras paling rendah (kosong) selepas bersalin. Hormon ini bukan je berfungsi untuk kesuburan, tetapi juga bertindak sebagai neurotransmitter yang menghantar isyarat ke otak. 
  4. Keletihan : Ia adalah perkara yang akan dilalui oleh semua ibu selepas bersalin. Ibu-ibu akan hilang waktu tidur hingga 700 jam dalam 1 tahun pertama selepas melahirkan anak. Wanita yang menyusukan anak akan hilang lebih banyak waktu tidur. Kurang tidur menyebabkan letih. Keletihan pula akan menyebabkan kebolehan ibu mengingat banyak perkara berkurang.











No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.