Wednesday, 21 October 2015

Jangan asyik dukung baby?

Antara 'amaran' yang sering diberikan terhadap para ibu baru adalah: Jangan kerap mengangkat atau mendukung bayi. Nanti bayi asyik mahu di dukung sahaja!:

Ketahuilah, ia adalah antara mitos keibubapaan tertua dan paling terkenal sehingga ke hari ini namun paling tidak berasas!.

Bagaimana mungkin bayi kecil yang tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam akan cukup 'cerdik' untuk berfikir memanipulasi tangisannya untuk mendapatkan perhatian?. Lebih-lebih lagi bayi tidak belajar dan berfikir untuk menangis. Menangis adalah refleks!.

Dan anggapan bahawa menghadkan respon dengan membiarkan bayi menangis supaya dia belajar mententeramkan diri sendiri dan berdikari adalah tidak benar sama sekali!. Ya, pada akhirnya bayi akan diam namun bukan kerana dia faham yang anda sedang cuba mengajarnya berdikari. Tetapi kerana dia sudah letih!.

Ketahuilah, tiada istilah kasih sayang berlebihan (lavish love) hanya kerana anda banyak mendukung, mengangkat, mencium atau merespon pada setiap tangisan bayi kecil anda. Mengapa? Kerana ketika di dalam rahim, bayi anda telah mendapatkan kesemua yang dia perlukan untuk kekal bertenang: rasa bagai di peluk selalu hasil himpitan dinding rahim dan ruangnya yang sempit, didendangkan dengan bunyian semulajadi rahim yang hipnotik, merasa bagai di dodoi dan di hayun selalu setiap kali ibu bergerak malah, mereka tak perlu menangis atau berbunyi apa pun untuk meminta makanan!.

Sejurus di lahirkan, kesemua 'keselesaan' itu telah di 'rampas' dari mereka sekurang-kurangnya sehingga 50% kurang!. Andaikan ada mana-mana ibu yang mampu menggendong atau mendukung atau mendodoi bayi mereka 12 jam dalam sehari pun tanpa henti, bukankah ia masih kekurangan sebanyak 50% dari apa yang alam rahim telah sediakan untuk 24 jam selama 9 bulan?

Maka, pakar kebanyakkannya bersetuju bahawa pada 1 tahun pertama kehidupan bayi, kemahuan dan keperluan adalah dua perkara yang sama. Maka responlah pada tangisan dan resah bayi anda tanpa gagal dan tanpa risau. Jika kita semua memerlukan tempoh orientasi atau tempoh percubaan ketika memasuki asrama, kolej, universiti dan tempat kerja baru untuk membiasakan diri, maka 1 tahun pertama adalah tempoh orientasi bayi dengan masa kritikal pada 3-5 bulan pertama. Apa yang mereka perlukan pada 1 tahun pertama ini adalah binaan hubungan ibu-anak yang utuh dan penuh rasa percaya. Anda punya banyak lagi tahun-tahun mendatang untuk proses mendisiplin, mengajar atau menghadkan apa yang boleh dan tak boleh kepada anak. Usahlah terburu-buru!.

Kerana itu, salah satu kajian paling bersejarah dalam aspek keibubapaan yang terkenal pada tahun 1970 oleh pasangan Dr. Bell & Dr. Ainsworth dari University John Hopkins ke atas 2 kumpulan bayi : iaitu kumpulan A yang mendapat respon segera dan tanpa gagal dari penjaganya dan kumpulan B yang mendapat respon terhad serta berjadual. Kesemua bayi di perhatikan selama 1 tahun. Hasilnya, bayi dari kumpulan A di dapati membesar sebagai bayi yang lebih gembira, lebih mudah berkerjasama dan di uruskan serta kurang merengek berbanding bayi B. Ini kerana bayi kumpulan A telah 'pelajari' bahawa mereka hanya perlu menangis atau berisyarat 'sekadarnya' sahaja kerana ibu pasti datang. Manakala bayi B telah 'pelajari' bahawa tangisan dan isyarat mereka tidak cukup kuat untuk layak mendapat perhatian penjaganya maka mereka harus menangis lebih kuat atau mengamuk pada kebanyakkan masa.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.