Wednesday, 14 October 2015

[KISAH FOUNDER NURRAYSA CHAPTER 1]

Bismillah...
Saya bermula bsnes 3 tahun lepas ketika mengandungkan anak pertama, waktu 2 kne hold belajar, belajar diploma nursing di kl. Bosan tak tau nak buat ape, saya terfikir nak buat bsness, tapi tak tau nak jual ape, saya tengok kt fb , ramai yg jual rumpai laut, saya terus beli 3 bungkus utk guna sendiri..
Alhamdulillah best guna 😊. Terfikir nak jual jgk
Waktu 2 xde sape pn ajar, saya hentam sendiri je, tengok ayat2 org lain promote macam mana.. banyak bertanya orang. Saya mulakan bsness bermodalkn rm500 pinjam duit gaji suami. Alhamdulillah bulan ke 2 drpd untung saya terus bayar balik.. daripada situ lah kisah bermula. Malam dah siap packing order, pagi2 suami bawak ke tempat kerja, tengah hari waktu rehat dia tolong poskan di poslaju.
Permintaan makin banyak, berguni2 saya order, jadi pemborong besar pulak, drpd duit untung je saya rolling modal, suami dah tak dapat bawak barang2 utk pos ke tempat kerja sbb bawak motor. Bawak kereta jalan jem, waktu rehat hanya sejam. Waktu 2 suami bawak kreta pergi kerja, tengah sarat, saya bawak motor dia, agkut 2, 3 kali barang2 ke pos mini.. nasib baik 5 minit je drpd rumah.. berkotak2 agkat dengan motor 😂 nak berjaya semua redahh je.. bile ingat2 balik, akan membuatkn kita bersyukur dgn kehidupan sekarang..
Beberapa bulan lepas 2, market rumpai laut semakin jatuh, persaingan harga, drpd rm100 sekilo, ade yg jual sampai rm25 sekilo.. saya cuba fikirkan cara lain, macam mana nak buat, tak boleh terus macam ni, waktu tu jual rumpai laut je, permintaan tengah tinggi, alhamdulillah jualan sbulan ade yg mencecah belas2 ribu, tapi kat rumah memang xde kerusi, sofa ke ape, tolak tepi dulu utk kembangkan bsness... makan kt lantai je. Org datang rumah dduk kt lantai.. tak kisah ape org cakap 😊
Bersambung ~

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.