Friday, 2 October 2015

"Percutian" di KMC





Catatan 2 Oktober 2015

Alhamdulillah..masih diberi nikmat bernafas lagi di Jumaat yang mulia ini.

Beza nya kalau biasa,bangun pagi dah sibuk bersilat kat dapur prepare breakfast...sambil tu mendobi kain.. membebel kat anak anak syurga yang comel.. fawwaz g main air ngan ayyad ( mandi ) ..kakak g color buku ( baca buku )......tapi hari ni bila bangun..suasana sepi.. hikmahnye mungkin Allah nak bagi badan  saya rehat setelah setiap hari dikerah oleh Tuanye tanpa belas kasihan: )

Ramai yang whatsapp tanya keadaan kesihatan saya..alhamdulillah dikurniakan family,rakan2,team legasi ASC yg sangat caring n loving..Alhamdulillah saya sihat..cuma ada masalah skit nak berjalan,duduk dan tunduk..plan awal sebenarnya datang ke KMC ni nak xray je..tapi Doktor "sayang " saya..sampai suh duduk kat sini sampai Ahad.Maka bermulalah "percutian" di KMC 3 hari 2 malam ..menurut laporan MRI...saya mengalami slip disc..baru teringat..mungkin kesan dari jatuh yang berulang kali time pregnant dulu.

Kenapa saya memilih hospital swasta? ...bukanlah sebab saya tak suka hospital kerajaan..di sini service nya lebih cepat dan biliknya agak privacy..anak-anak boleh masuk tengok ummi..nak solat agak tenang sebab tak ramai.. kalau sebut bab harga..rasanya seorang surirumah seperti saya memang tak mampu..

 Alhamdulillah..dengan rezeki yang Allah bagi melalui Shaklee..saya dapat ambil medical card prudential.. semua perbelanjaan rawatan saya ni di cover oleh pihak insurans.Tapi ni bukan saya nak jual insurans ye..cuma nak beritahu kepentinganya tambah plak surirumah macam kita ni yang non stop bekerja menguruskan anak,tugasan rumah dan keluarga..perlu sangat jaga kesihatan..ambil supplement..wat medical check up..eh panjang pula celoteh saya..inshaAllah akan ada catatan hari berikutnya.. =)

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.