Wednesday, 21 October 2015

Resipi Carrot Cake sedap!

Rasa tak kurang dari carrot cake SR. Patut cuba...


Bahan;

8 biji telur gred A ( diasingkan)
3 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Mazola)
200g gula castor
200g brown sugar
3 cawan carrot (diparut)

500g tepung gandum
2 sudu teh serbuk kayu manis (kalau tak suka boleh kurangkan)
2 sudu teh baking soda (sukatan penuh, tapi janganlah membukit sangat)
1-1/2 sudu teh garam

150g walnut ( dicincang)

Cara;

Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan. Panaskan oven pada suhu 175C.

Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula halus dan gula perang serta lobak yang diparut. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan-bahan kering yang diayak tadi. Campuran ini tak perlu guna mixer pun ok, saya pukul guna 'hand mixer' jer, masa nak masukkan tepung tu saya guna senduk kayu. (masa ni adunan agak kental)

Pukul putih telur sampai betul-betul kembang, soft peak form (bila kita kaup, dia tak jatuh - ni penting!) dan masukkan dalam adunan kek. Kacau hingga rata.

Bakar pada suhu 175c selama 45-50 min (sehingga masak)

tips: Adunan yang dimasukkan ke acuan jangan terlalu tebal (khuatir sebahagian dalamnya tak masak). Cucuk dengan lidi untuk memastikan ianya telah masak, tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

Frosting.
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
1 sudu perahan lemon (Kalau guna Philadelphia cream cheese, tak letak pun tak apa)

Pukul semua aduan hingga sebati dan ringan (tapi jangan pula terlebih pukul, nanti ia jadi lebih cair). Dan boleh dihias di atas kek, tabur kacang walnut.

Nak buat icing sugar (incase kalau dah terhabis stok), 1 cawan gula biasa + 1 sudu besar tepung jagung, blend halus.

~ Selamat mencuba ~

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.