Sunday, 29 November 2015

CABARAN LOSE WEIGHT!






Alhamdulillah... dalam masa sebulan..saya berjaya kurangkan 10 kg.. still masih jauh dalam misi nak dapatkan berat ideal nih..doakan saya ye kawan2..saya sangat perlukan doa dan kata semangat dari korang semua =) Ekceli saya ada masalah metabolisma yang agak slow.. masa sekolah menengah dulu saya sangat aktif bersukan..once bila masuk uitm..memang stop sport ..berat badan naik mendadak! .
.
Saya bukan jenis "pemakan" tambah plak sejak ada anak2 kecil dan bz uruskan rumahtangga dan bisnes.Masa makan saya tak teratur...sarapan selalu skip..lunch kadang on time..kadang drag sampai ke petang gara2 terlupa.. nampak tak tabiat pemakanan saya sangat bermasalah?
.
Sudahla begitu...tidur plak lambat gara2 insomnia.Sebab tu metabolisma rate lintang pukang.Work out memang ke laut lah..harapkan bakar kalori melalui aktiviti harian rumah je macam mengemas..mop..menyapu..masak..basuh sental bilik air...kejar anak pakaikan baju..ahaks! .
Jadi apa yang saya buat ?
.
Betulkan tabiat pemakanan... breakfast wajib amik dan konsistant..lunch pun sama..nasi separuh penumbuk je..sayur banyak..yang ni xde masalah sbb saya mmg bukan jnis pemakan..hee.
.
Amik Lecithin dan ESP je.. dua ni memang konsistan..oh ye..saya amalkan vivix untuk atasi masalah insomnia dan fatigue dalaman..alhamduliah,dengan izin Allah..its work!
.

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist




Perkongsian ini saya ambil daripada Tuan punya blog..semoga bermanfaat..

----------
Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.

Dah lama sebenarnya rasa nak share.
Sejak 4 bulan lepas lagi.

Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
Macam-macam.

Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.

Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?

Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.

Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist.

Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.

Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu.

Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.

So kita skip cerita tu.
Boleh naa?

Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.
Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old.

Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.

Dan Alhamdulillah memang berkesan.
Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.


Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

2. Don't expose to too much things in a box.
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Gitu.
Takut aku.\

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T
Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.
Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.
Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-

8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"
Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.

At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.

Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.

Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.

Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.

Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.

So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas.

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.

Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.

Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..



copy dari saatakukaupilih.blogspot.com

Friday, 27 November 2015

EASYPARCEL pilihan WAHM masakini



Selepas dua bulan bereasy parcel.. saja la nak bagi review.Memang sesuai sangat la kat kawan2 yang ada anak kecik dan susah nak g poslaju pos barang.Elokla join easyparcel ni,takde yuran pun..kita cuma bayar parcel yang kita nak pos je.


Harini baru top up ..Dari segi penjimatan,Hoho macam x caya ,biasanya bil poslaju sebulan RM3++ tapi sejak guna easyparcel ni dalam RM1++ je tau sebulan.Siyes ,memang berbaloi sangat guna easyparcel ni tau .Cuma satu je la leceh kene print slip tracking sendiri..so kalau nak gune service ni wajib ada printer k.ha pastu penimbang ,sebab nak timbang berat parcel kita tu.
Ha feature paling best kan ,dia automatic save address customer kita..so kalau customer kita repeat order ke atau kita nak pos hadiah kat customer kita ..click je dari address book ..menjimatkan lagi masaku ..alhamdulillah

Ok ..dalam easy parcel ni kita boleh pilih nak courier apa ..setakat ni ada POSLAJU , AIRPAK , NATION WIDE dan SKY NET .. saya opkos la amek poslaju ..hee ..mean boleh pilih pilih.

Lagi...apa ek..hurmm..haaa Skang dah tak yah beratur kat poslaju ...tak yah susahkan encik suami g pos2 ( kecuali kalau printer rosak) .oh ye kalau first time register kan dapat la credit RM25 ..boleh hantar dalam 3 parcel gitu ..

Ok ni bukan iklan berbayar tau ..sekadar share pengalaman saya gune service ni..mana la tau ada kawan2 yang bisnes online bermasalah nak g pejabat pos ke apa ..harap dapat membantu..Nak register leh klik nihttp://www.easyparcel.com/.

Sunday, 22 November 2015

JAWATAN KOSONG 2015-2016




Semua sedia maklum dengan keadaan ekonomi yang semakin menghimpit ..kenaikan kos sara hidup dari pelbagai arah ..
.
Tenang , percayalah rezeki kita di tangan Allah ..
Walaupun duduk di rumah pun boleh jana income sampingan
InshaAllah ,selagi masih diizinkan terus bernafas ,saya bantu anda dengan segala pengetahuan tentang bisnes yang saya ada ..
.
Saya mempelawa individu yang memerlukan duit poket tambahan untuk sertai team saya dalam MISI BANTU DIRI DAN MASYARAKAT SIHAT ..PM saya untuk ketahui dengan lebih lanjut projek-projek bawah team kami ye


JOM dengar sharing daripada Master2 hebat Shaklee ..



 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Churros mudah dan sedap !


Resipi Churros ( saya punya x kurus,gemok..hihi)
2 sudu butter/mentega
3 cawan tepung gandum ( sy gune 2 1/4 je)
2 biji telur 
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 sudu gula
* saya letak skit esen rose
Cooking choc


Cara buat
1.Didihkan air, masukkan butter,gula dan garam..kacau sebati..tutup sat
2.Masukkan tepung..tutup api..ha time ni perlukan tenaga skit untuk kacau supaya semua,adunan ni sebati..bagi sejuk jap..bila dah sejuk..masukkan telur 2 biji..ha kacau... uli sampai x melekat dah.
3.amik piping beg..saya gune acu kuih dahlia je..pipe atas dulang..ada orang pipe kat minyak terus..goreng sampai kekuningan..pastu cairkan coklat..celop je..dah jadi..


Selain coklat..boleh juga taburkan gula icing atau serbuk kayu manis bergula ( cinnamon )..
Selamat mencuba

Thursday, 19 November 2015

Jom kenali Dr Forest Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®
sejarah shaklee
Pengasas Shaklee : Dr. Forrest C Shaklee
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.

Sejarah Dr. Forrest Clell Shaklee

Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun
Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana merek percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science ofchiropracticcare.
Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist

product_pertama_shaklee
Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopathsinternist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Dr. Shaklee Diuji Dengan Kanser

Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.
Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.
Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.

Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positf an juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.
Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Bermulanya Bisnes Suplemen Dr. Shaklee

dr shaklee
Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.
Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.
Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.
Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.
Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundationdan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).
Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.
Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.
Jemput menonton dokumentari pendek di bawah tentang kisah hidup Dr. Forrest C Shaklee.



Sumber rujukan:
  1. A Fascinating History ~ Dr. Forrest C. Shaklee
  2. Falsafah Shaklee – Shaklee Malaysia
  3. Shaklee – Wikipedia
  Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Wednesday, 18 November 2015

Bahaya jemur baju dalam rumah?


Ibu ibu , isteri isteri suma mesti pernah jemur baju dalam rumah kan ? Even sis sendiri pun pernah ! So inilah keburukannya . Jangan buat dahh okayy ๐Ÿ˜Š .

1. Boleh Jadi Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Sumber Anyys

Famous betul cik arnab debok bulan ni


Nak tau tak ?

Haiwan mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Contohnya, seekor arnab mampu menghasilkan 18000mg (18g) vitamin C, manakala seekor kambing dewasa mampu menghasilkan 13000mg (13g) vitamin C dan jumlah itu akan terus meningkat jika kambing berdepan dengan tekanan!  

AKAN TETAPI, MANUSIA TIDAK DAPAT MENGHASILKAN VITAMIN C SENDIRI. Tambahan pula, vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. So, sebab itulah kita PERLU MENGAMBIL VITAMIN C ini. Dan, vitamin C ini TIDAK MEMBERI KESAN TOKSIK!!! 

Dalam keadaan dan gaya hidup kita sekeluarga kini yang banyak terdedah dengan kesan radiasi ,banyak vitamin C yang menyusut dalam badan kita.Sebab tu lah penting sangat pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C dan jangan lupa top up dengan vitamin C Sustained Released sebagai ikhtiar untuk sihat.

Bulan ni tengah promo ,masih berbaki berapa hari je lagi ..ini adalah masa terbaik untuk borong stok Vitamin C n memandangkan expiry datenye pun December 2016.Ingin dapatkan stok vitamin C untuk keluarga tersayang? Boleh hubungi saya di nombor yang tertera di bawah.

Ingin kenal lebih lanjut dengan Vitamin C boleh KLIK di sini ya KLIK SINI

       Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Wednesday, 11 November 2015

JJCM: Train Cafe... Jitra



JJCM kami kali ni ialah Train Cafe di Jitra.. swbenarnya sempena ulang tahun kelahiran anak sulung kami yang ke 6 tahun.

Kali ni beli kek cute je dari bakeri Sayang..kek rainbow.. dan kek choclate.

Fawwaz happy sangat..semangat betul dia beli cone hat =)

Review makanan kat Train cafe ni..memang unik sebab makan kat sini macam dalam gerabak kereta api..foods pun not bad..saya makan yee mee sizzling..suami pula makan kambing grill..anak anak share ngan saya dan set kanak-kanak.. jom layan gambar-gambar ni




Bagi anda yang berada di Kedah..boleh la singgah menjamu selera ala western di sini =)

Sunday, 8 November 2015

Jom buat sushi!


Nasi Sushi
2 cawan beras jepun
3 cawan air
 1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil cuka nasi

Tuna
Tuna dlm tin kecik
1 sudu kecil Black pepper
Garam
2 sudu besar Mayonnis

Telur Dadar
2 biji Telur
3 sudu besar fresh milk
Garam

Crab stick (dicelur sekejap dlm air panas)
Seaweed
Timun

Caranya:
Masak nasi mcm biasa menggunakan sukatan yg di beri dia atas. Setelah nasi masak campurkan sedikit garam dan cuka dan gaul sehingga sebati. Sejukkan.

Telur dibuat dadar seperti biasa dgn mencampurkan sedikit garam dan fresh milk. Di potong panjang2.

Tuna
Dihancurkan di campur garam, lada hitam dan mayonis

Ni beras sushi yang di gunakan 


. ☺️☺️☺️

Thursday, 5 November 2015

Coordinator Development program


Alkisah nya semalam bertempat di CINTA SAYANG RESORT SUNGAI PETANI berlangsungnya program untuk leader Shaklee..Alhamdulillah ,banyak sangat ilmu yang saya dapat malam tu.Yang paling utama betapa pentingnya BIG WHY dan berapa kali kita ubah BIG WHY kita untuk berjaya dalam bisnes.

Malam tu juga ada leader-leader di peringkat tertinggi Shaklee yang berkongsi BIG WHY mereka dan startegi untuk berjaya dalam bisnes Shaklee dengan efisien.Jom tengok gambar-gambar sekitar program.




 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Soalan yang pasti buat anda menangis !

Kalau ada yang tengok Pencetus Ummah baru ni,ada seorang peserta ni,yg bernama Amin..Katanya dulu masa kecil,dia telah diberikan pada keluarga angkat untuk dijaga,dan dia berjaya hingga melanjutkan pengajian diluar negara..
Dan ditakdirkan pada rancangan tersebut,ayah kandungnya dijemput untuk bertanyakan soalan..
Kasih ibu membawa ke syurga ..kasih ayah sepanjang masa.Menitis air mata tatkala mendengar soalan Ayah kepada PU Amin ..Semoga doa beliau dimakbulkan Allah..Amiin 


Demo facial Nutriwhite free ?


~ Konnichiwa (ใ“ใ‚“ใซใกใฏ)

Sejak berNutriwhite ni asyik nak cakap Jepun je..hihi

Set skincare Nutriwhite ni dihasilkan oleh pakar kulit dan teknologi dari Jepun tau..Paling best ia TIDAK Mengandungi bahan kimia yang berbahaya.Nanti saya share apa kandungan utama Nutriwhite ni.Best sangat tau!






Saja nak share pengalaman saya buat demo facial kat customer2... yela kan selama ni tengok je kat FB.. tu yang bagi peluang mereka rasa sendiri best nye berfacial dengan set Nutriwhite nih..
Tapi yang paling lucu nye...ada satu habits yang semua customer akan buat lepas kami buat demo tau..ayat yang sama..."best nye...muke rasa halus je...sampai nak balik pun asyik pegang muke je "
Ha tu orang Jepun kata.. fuwa fuwa...maksudnya rasa macam kita pegang mashmallow tu..

Eh kalau anda teringin nak cuba set skincare Nutriwhite ni contact saya ye ..saya dan wakil team saya ada di seluruh Malaysia ..boleh la alami sendiri bestnye kan produk skincare Shaklee yang mesra alam ni.



Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...




FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **


Monday, 2 November 2015

Dajjal dah muncul?


Perkongsian ini saya kongsikan dari seorang sahabat FB...wallahu'alam..yang penting sejauh mana persediaan kita.

Dajjal...

Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.

Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.

" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.

" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.

" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.

" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.

" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.

Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.

" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.

" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.

" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.

" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.

" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.

" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.

" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.

" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.

" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.

" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.

" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat sayang.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni. Hehe... Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., ' jelasku sambil mula menarik selimut.

" Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ," ujar isteriku sambil mula membetulkan posisi badannya.

" Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, " ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.

" Waalaikumsalam sayang, sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami. Nite sayang...," jawab isteriku sambil memejamkan mata.

~ Hannah, saat cerita ini ditulis . Saat ini hati mama dan ba selalu risau. Adakah Hannah akan membesar melihat Islam sebagai agama menyelamat umat manusia, sebagaimana waktu islam mula2 sampai, atau adakah waktu itu Islam masih jadi agama dagangan beberapa kelompok kapitalis agama? ~

Islam agama yg bermulanya nampak ganjil, maka pengakhirannya sebelum kiamat juga akan nampak ganjil. Beruntunglah orang2 ganjil.

Sollua'lannabiii...
Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.