Tuesday, 29 December 2015

Alfalfa Complex best?




Allah ..bila tengok keberkesanan Alfalfa ni ..rasa insaf jap.Rasa kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan tumbuhan dan mengilhamkan manfaatnya kepada manusia ..
.
Dari sekadar jenis tumbuhan melata di tanah.. akhirnya memberi 1001 manfaat kepada manusia .. berkhidmat setia dan patuh dengan tujuan penciptaan nya tanpa derhaka ..
Kita ni yang dijadikan sebaik-baik ciptaan ni plak ego tak mahu tunduk dengan tujuan kita dijadikan ..kawan2 ..jom kita koreksi diri nafsi nafsi .. berapa banyak dah kita derhaka dengan Allah sejak kita akil baligh..dan berapa banyak dah air mata taubat yang kita dah tumpahkan ?

Sayang .. biar banyak mana pun dosa kita ..hatta sebanyak buih di lautan pun ..selagi nafas belum di kerongkongan ..pintu taubat masih luas terbuka .. jom kembali kepada fitrah ..

Jangan baca kalau anda jutawan =)

Siapa kat sini suri rumah?
Pernah rasa nak ada duit sendiri tak..?
Ada keinginan nak ada kete sendiri
Or teringin nak ada savings sendiri?

Saya ada tips bagaimana nak jadi surirumah berkerjaya..jom join team bisnes saya.Takde pengalaman berniaga pun xpe..ada sorang anak didik saya ni asalnye xde basic langsung berniaga..alhamdulillah dengan izin Allah..selepas masuk training under saya..beliau berjaya meraih income 4 angka dalam masa 6 bulan...nak seribu daya kan?

Kenapa surirumah?
Sebab saya tahu bagaimana perasaan anda yang membuak buak nak bantu ekonomi keluarga hanya dari rumah..saya bersedia bantu anda 👍

Pm saya untuk sertai keluarga besar Akademi Sihat Ceria di bawah naungan saya.

#wassap0195560012
#mentorshakleeanda
#wwwfazlinacom
#projeksecantikbidadari

Dunia penyusuan bersama Shaklee

Ramai yang mengenali produk Shaklee dengan set vitamin penyusuan.Betulke set vitamin penyusuan Shaklee ni bagus? Jom kita baca perkongsian eksklusif Puan Salwa Ishak.Kredit to Supermom Shaklee story





DISEMBER 2015
TESTIMONI 53 : SALWA ISHAK

Set Menyusu Shaklee Penyebabnya...

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, set menyusu Shaklee bantu melancarkan perjalanan penyusuan saya bersama anak2..
.

Mula kenal Shaklee ketika anak pertama berumur 6 bulan.. saya google, cari vitamin untuk ibu menyusu.. niat saya untuk dapatkan lebih nutrien dlm badan sbb saya tau saya menyusukan anak perlukan berganda2 nutrien. Nutrien untuk diri saya serta anak yg saya susukan..
.

Saya cari vitamin bukan untuk tambah susu yea.. alhamdulillah dengan mengamalkan konsep penyusuan iaitu supply vs demand, bekalan susu anak mencukupi..
.

Tapi apabila saya consume set menyusu Shaklee, perjalanan penyusua  jadi lebih indah.. bekalan susu lebih meriah. Sebabnya.. vitamin yg saya ambil bantu memberikan kesihatan yg baik pada saya. Badan lebih bertenaga, mood lebih happy, xde stress2..
.

Bonus pada saya bila saya consume set menyusu Shaklee nie, perubahan ketara juga pada kulit wajah saya.. walaupun saya consume set menyusu tapi dalam masa sama set menyusu ini juga adalah set kecantikan Shaklee.. unik kan vitamin Shaklee nie..
.

Alhamdulillah dari tahun 2010 sehingga sekarang sedang menyusukan anak ketiga, saya masih consume set menyusu Shaklee.. bila anda konsisten mengamalkannya, manfaat lain juga anda akan rasa..
.

Anda consume set menyusu Shaklee, anda boleh teruskan pengambilannya apabila anda mengandung, berpantang dan menyusukan semula.. kan saya kata unik.. sebab tue saya CINTA produk Shaklee.

Wednesday, 23 December 2015

Allergic make up?



Kebanyakan remaja perempuan dan wanita dewasa menghidapi jerawat yang berpunca daripada alat solek yang mereka gunakan. Mereka terlampau bergantung kepada alat solek untuk menutup jerawat tetapi yang sebaliknya berlaku, jerawat boleh tumbuh lebih banyak dan mendatangkan kesan yang lebih buruk pada radang kulit yang sedang mereka hidapi. Jadi bagaimana anda hendak pastikan yang alat solek yang sepatutnya membantu menutupi jerawat sebaliknya mendatangkan kesan buruk kepada kulit?

Kesan Radang Kulit Berpunca Dari Alat Solek
Ya, sebenarnya memang ada penyakit yang datangnya dari alat solek. Ia dipanggil Acne cosmetica atau jerawat yang berpunca daripada alat-alat solek dan ianya adalah masalah jerawat yang biasa dihidapi oleh pengguna-pengguna alat solek. Untuk pengetahuan anda, kosmetik bukan hanya bermaksud alat solek tetapi apa sahaja yang bersentuhan dengan kulit muka anda boleh menyebabkan berlakunya jerawat. Sebab itu masalah jerawat pada muka bukan hanya berlaku di kalangan wanita tetapi juga lelaki serta mereka yang jarang ditumbuhi jerawat di muka.

Jadi, jangan pula anda terkejut bila saya katakan Acne cosmetica kerap menyerang kawasan permukaan kulit yang sering diliputi alat solek seperti pipi dan dahi. Keadaan ini akan mula berlaku dalam masa beberapa minggu atau bulan. Pada peringkat awal, anda akan lihat bonjolan-bonjolan kecil kemerahan yang gatal seperti ruam. Ia akan kekal beberapa lama pada kulit anda jika anda terus memakai alat solek di permukaan kulit tersebut. Walaupun ia tumbuh tetapi ia tidak akan meninggalkan kesan parut.


Cara terbaik untuk menangani masalah jerawat yang berpunca daripada pemakaian alat solek ialah dengan membeli alat solek dan produk penjagaan kulit yang ‘non-comedogenic’, dan elakkan dari menggunkan produk yang menyebabkan berlakunya radang pada kulit anda. Comedogenic adalah bahan yang boleh menyebabkan liang roma anda tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi dan jerawat jenis Acne cosmetica.
Apa yang boleh anda lakukan sebagai rutin untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat kosmetik jika anda perlu menggunakan alat solek adalah:
  1. Jangan tidur tanpa membersihkan muka daripada solekan. Anda boleh gunakan pencuci muka yang lembut pada kulit serta toner untuk membersihkan kulit muka anda.
  2. Pilih alat solek yang mempunyai label ‘non-comedogenic’ untuk mengelakkan bahan-bahan alat solek itu terkumpul dalam liang roma muka anda
  3. Bersihkan alat solek seperti berus alat solek anda dengan sabun antimikrobial untuk menghapuskan bakteria.
  4. Gunakan alat solek berasaskan bedak berbanding berasaskan cecair kerana cecair mempunyai kandungan minyak yang tinggi.
  5. Cuba tukar jenama alat solek jika yang anda gunakan sekarang menyebabkan iritasi dan radang pada kulit muka anda.
  6. Elakkan dari memakai alat solek terlalu kerap untuk memberi peluang kulit anda sembuh dan segar.
  7. Elakkan dari menggunakan bau-bauan dan minyak wangi yang berbau ‘sweet’ atau manis kerana minyak wangi yang berbau manis boleh menjadi punca alergik dan iritasi pada kulit muka dan leher.
  8. Elakkan dari menggunakan bedak muka atau blusher yang mempunyai ‘glitter’ atau ‘sparkle’ kerana bahan mineral yang terkandung dalam glitter dan sparkle, iaitu mica, mempunyai struktur yang kasar dan boleh melukakan permukaan kulit anda.
Sekarang ini terdapat sejenis rangkaian alat solek yang berasaskan mineral semulajadi. Ia amat lembut dan ‘ringan’.
Kelebihan rangkaian kosmetik mineral adalah :
  1. Tidak menyebabkan liang tersumbat – Ini adalah kerana partikel mineral yang merupakan asas kosmetik mineral ini mempunyai saiz yang lebih besar dari liang kulit. Oleh itu, kosmetik hanya berada dilapisan kulit atas tanpa diserap oleh kulit, dengan itu mengelakkan liang dari tersumbat.
  2. Tidak mempunyai risiko dicemari kuman – Ini adalah kerana kosmetik mineral mempunyai asas berbentuk mineral iaitu BUKAN ORGANIK yang menyebabkan ia tidak mempunyai risiko konteminasi.
  3. Boleh dipakai oleh kulit sensitive dan berjerawat. Amat sesuai untuk mengawal kulit berminyak. Ia juga boleh digunakan sejurus selepas rawatan chemical Peel, Extraction, Mikrodermabrasion  dan Laser.
  4. Juga sesuai untuk kaum lelaki yang mempunyai kulit berminyak kerana warna bedak yang ‘natural’.
Kosmetik berasaskan Mineral Semulajadi.

Kesimpulannya, anda boleh gunakan alat solek dan lain-lain jenis produk kosmetik tetapi anda harus pastikan pilihan anda sesuai dengan keadaan dan tahap sensitif kulit muka anda. Baca label dan tanya kepada wakil jualan atau dermatologis anda jika anda kurang pasti dengan alat solek yang anda ingin beli.

Credit to Dr Hasina 

Perut rasa best!





Assalamualaikum semua, apa khabar?  Semoga anda sihat dan ceria sentiasa.Bagaimana cuti sekolah kali ni..mesti best kan? =)

Hari ni nak share cetusan rasa daripada salah seorang customer FC yang beli Lecithin bulan ni.Alhamdulillah!

"Perut rasa best "
" Badan rasa ringan"

Lecithin ni berfungsi melembutkan najis,  uraikan lemak yang melekat di salur darah,mencegah lemak melekat di jantung, menguatkan daya ingatan,melancarkan pengaliran darah dan banyak lagi kebaikan Lecithin ni tau. Ada lebih kurang 8 hari je lagi sebelum promosi Lecithin berakhir.Kalau nak cuba stau nak borong buat stpk..inilah masanya.. boleh hubungi saya untuk dapatlan Lecithin anda dengan harga super jimat dari biasa 👍

Tuesday, 15 December 2015

10 Ayat Surah al-Kahfi

Kata ustaz..."Hafal lah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah al-Kahfi..."




Jom kita teruskan usaha menghafal. Bagi yang sudah berjaya menghafalnya, alhamdulillah. Dengan membaca ayat-ayat ini, InsyaAllah seseorang itu boleh terselamat dari fitnah Dajjal sebagaimana disebut dalam beberapa hadis Nabi SAW:

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya."(HR Mustadrak Hakim)

Surah al-Kahfi disunnatkan untuk kita membacanya pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat  sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW, jika kita membaca Surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat, InsyaAllah akan terpancar cahaya buat kita dari Jumaat ini sehingga tiba Jumaat yang akan datang. Jadi, jangan lupa untuk sama-sama  kita membacanya bermula malam ini. 


Dan mari kita tekun menghafal 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah al-Kahfi. Moga kita semua terselamat dari tipudaya dan fitnah Dajjal... ameenn


Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran - yakni tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya, maka ia adalah sebagai rumah yang musnah -sunyi dari perkakas." 
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.


Selamat Beramal.
Wallahu a'lam.



Saturday, 12 December 2015

Jatuh cinta berkali-kali




Jatuh cinta lagi...

Seorang tanya saya ustaz bila masa benar-benar jatuh cinta pada isteri. Jawab saya saat akad nikah...

Saat melihat isteri 3 kali mengandung. 3 kali bersalin. Jatuh cinta berkali-kali.. Benar-benar hati ini mencintainya dan semakin rindu kepada ibu yang melahirkan diriku..

Sepanjang malam menangis minta ampun pada Allah selepas isteri bersalin. Rasa benar-benar bersyukur dan rasa berdosa kerana tidak benar-benar menghargainya. Ya Allah terima kasih atas nikmat ini. Maafkanlah diriku kerana kecuaian dan dosaku.

Melihat isteri membawa perut ke sana sini. 9 bulan dengan penuh korban..Allahu akbar..

Saat bersalin kesakitannya..Allah..
Sambil duduk dekat kepalanya.dan usap-usap kepalanya. Lapkan air mata yang keluar serta kucup dahinya. Dan kata terima kasih sayang. Abang minta maaf. Kasihan sayang.. sakitnya..Allah..

Selepas isteri bersalin saya terus telefon mak saya dan kata mak, minta maaf semua salah silap selama ini. Dosa yang banyak.. Sakitnya wanita bersalin. Terima kasih lahirkan diriku ini..Saya juga terus telefon ibu mertua dan bercakap dengannya dengan nada sedih..terima kasih kerana melahirkan isteri yang baik buat diriku...

Terima kasih Allah atas segala nikmatnya-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 september 2014 di UPM Semua dijemput bersama lagi 5 hari insyaAllah. Siapa yng ingin menaja mereka ibu tunggal yang tidak mampu juga boleh hubungi kami insyaAllah.

Monday, 7 December 2015

Arghh MIGRAIN menyerang lagi !


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. 

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Insha Allah .. dengan izin Allah .. Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:

Ostematrix
(Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya
.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Berminat untuk dapatkan set vitamin ini ? PM atau SMS saya ye untuk dapatkan konsultasi secara percuma dan tawaran harga yang terbaik mengikut budget anda.



 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...






FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Saturday, 5 December 2015

Umur 9 tahun muda dari IC?


Perkongsian ikhlas daripada Puan NUR AFIZAH BINTI SHUIB

Assalamualaikum W.B.T

Saya Nur Afizah Binti Shuib, berumur 59 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan 4 orang cucu.
.

Daripada zaman saya muda-muda lagi, saya memang mementingkan kesihatan. Macam-macam suplemen yang saya cuba, yang murah yang mahal..Tapi kebanyakkan, tidak menunjukkan apa-apa kesan yang ketara. Saya amalkan produk Shaklee dah 3 tahun lebih. Saya kenal Shaklee daripada anak dan menantu saya.  Alhamdulillah, saya jatuh hati dengan produk Shaklee terutamanya VIVIX!
.
.
Saya memang jaga pemakanan, saya kurangkan gula dalam minumam harian. Tapi disebabkan kencing manis dan darah tinggi ni penyakit 'keturunan’, memang tak boleh nak lari mana lah..Check-up di hospital baru-baru ni, menggunakan mesin penimbang elektronik yang baru tu. Apa ntah namanya mesin tu. Happy sangat bila doktor cakap bacaan b/p saya mcm 'anak dara', 120/80.
.
.
Tapi dari bacaan mesin tu, doktor inform yang umur dalam badan saya 51 tahun! Memang terkejut lah dengar, walhal umur saya tahun depan dah masuk 60 tahun. Alhamdulillah, awet muda..BMI saya pun normal. Bacaan kencing manis saya pun normal, 6.7 berbanding dengan bacaan 3 tahun dulu, 8.0..Doktor pun dah kurangkan dos ubat kencing manis yang perlu saya makan setiap hari. Lega rasa..smile emoticon
.
.
Pernah ada sahabat saya tanya, kat mana saya buat gigi palsu. Teratur cantik je..Hehe, saya kata ni gigi betul. Tak pernah lagi buat gigi palsu. Terkejutlah dia, di usia saya yang nak masuk 60 tahun ni, masih lagi ada gigi kekal yang masih elok. Bagi saya, penjagaan gigi sangatlah penting. Dari saya muda lagi, saya amalkan minum susu setiap hari.
.
.
Ini adalah antara vitamin yg saya konsisten ambil setiap hari dengan konsisten. Paling best, saya suka VIVIX. Rasanya dah 12 botol yang saya makan. (saya kongsi makan dengan suami tercinta).
.
.
Kulit saya yang dahulunya kusam dan tak bermaya, rasa lebih ceria dan awet muda berbanding sebelum ambil vivix. Memang Best! Bg yang belum tahu, vivix ni bukan sahaja suplemen untuk kesihatan menyeluruh, tapi vivix jugak berfungsi sebagai anti-penuaan.
.
.
Pada tahun 2013, saya berpeluang untuk melangkah kaki ke tanah suci Mekah bersama anak dan suami untuk menunaikan Umrah. Alhamdulillah, kesihatan saya baik-baik je kat sana. Tapi, suami saya mengalami athma yang teruk sehingga sampai sahaja di Malaysia, suami saya kena admit di Hospital Sg.Buluh. Doktor mengesahkan suami saya kena jangkitan di paru-paru yang berpunca daripada habuk di Mekah. Berkampunglah di hospital selama 8 hari.
.
.
Suami saya ni, memang susah nak makan vitamin melainkan kalau saya ambil dan bagi kat dia, baru dia makan. Tapi, di Mekah kami tinggal di bilik berasingan, sebab tu susah sikit saya nak berkongsi vitamin dengan suami. Alhamdulillah, kesihatan saya baik di sana tanpa demam atau batuk. Vitamin Shaklee saya bawa sekali kesana dan amalkan setiap hari sebelum mengerjakan Umrah.
.
.
Produk yang hebat dan berkesan ni, saya kongsikan kebaikan dengan kawan-kawan sepejabat saya. VIVIX the best choice suplemen untuk di amalkan setiap hari. Di tambah dengan vitamin lain seperti Vita-Lea, Vita C Plus dan Omega, kesihatan saya bertambah baik.
.
.
Bagi anak-anak yang tak tau nak bagi hadiah apa kat mak abah anda, boleh la hadiahkan sebotol VIVIX ni setiap bulan.
.

Wednesday, 2 December 2015

Ibu bapa obses, anak tertekan




Baru saja berapa bulan yang lalu, murid-murid darjah enam menerima keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ada yang memperoleh keputusan cemerlang dan sebaliknya.

Apa yang menjadi isu hangat setiap kali keputusan diumumkan bukanlah kerana meningkat atau menurunnya peratus murid yang cemerlang secara keseluruhan tetapi rata-rata gaya masyarakat kini lebih gemar memfokuskan berapa A yang anak-anak mereka atau anak orang lain dapat.

Sehinggakan soalan “Anak awak dapat berapa A?” yang diutarakan menjadi soalan yang paling ditakuti kepada ibu bapa murid-murid berkenaan kerana bimbang keputusan anak mereka memberi aib.

Tanpa disedari ketaksuban ibu bapa dalam ‘memaksa’ anak-anak untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan banyak mengundang situasi kurang baik kepada anak-anak yang tidak dapat memenuhi impian ibu bapa.

Segelintir ibu bapa yang menganggap UPSR satu peperiksaan yang sangat penting sanggup memberikan hadiah berupa sebuah kereta Mini Cooper, telefon bimbit pintar, bercuti ke luar negara dan sebagainya kepada anak-anak kerana berjaya memperoleh 5A. Tanpa kita sedar, tindakan itu juga memberi tempias tekanan kepada murid-murid lain yang kurang berjaya atau berjaya tetapi ibu bapa mereka tidak berkemampuan.
Keadaan ini mengundang rasa kecewa dan sedih kepada murid-murid berkenaan kerana telah mengecewakan ibu bapa mereka, malah lebih buruk ada yang bertindak lebih agresif apabila membunuh diri seperti yang pernah berlaku kepada seorang murid perempuan India di sebuah negeri tahun lalu yang dikatakan terjun bangunan kerana terlalu kecewa tidak memperoleh keputusan 5A.

Jika dilihat situasi ini jelas membuktikan kanak-kanak itu berasa tertekan sehingga bertindak membunuh diri walaupun hanya gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang tidak dianggap sebagai penentu hala tuju kerjaya masa depan.
Menurut Pensyarah Perubatan dan Pakar Psikitari di Unit Kanak-kanak dan Remaja dari Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan Kubang Kerian Kelantan, Dr. Norzila Zakaria, keadaan berkenaan berlaku mungkin disebabkan tindakan ibu bapa yang terlalu obses mahukan anak-anak mereka berjaya dalam apa jua peperiksaan kerana beranggapan peperiksaan penentu kejayaan hidup anak-anak itu.
Tanpa menghiraukan kejayaan-kejayaan kecil lain yang anak-anak telah usahakan, jelas Dr. Norzila, tindakan ibu bapa itu sendiri melahirkan anak-anak yang rendah keyakinan diri hanya kerana tidak cemerlang dalam akademik.

“Apabila kita hanya melihat kejayaan dalam peperiksaan semata-mata, maka keputusan peperiksaan menentukan segala-galanya. Tiada pengiktirafan kepada usaha yang telah anak-anak lakukan dalam menghadapi peperiksaan, misalnya bagaimana mereka berusaha mengulangkaji pelajaran pada waktu luang, perlu menjaga adik seketika sewaktu sedang membaca, bangun di awal pagi untuk menelaah pelajaran dan sebagainya.

“Apa yang ibu bapa nampak hanya kegagalan anak-anak itu dalam peperiksaan dan kegagalan itu seolah-olah menenggelamkan segala usaha yang anak-anak telah lakukan,” katanya.

Tambah beliau, mentaliti ibu bapa yang menjadikan kejayaan dalam peperiksaan sebagai penanda aras kepada kejayaan masa depan harus diubah, jika mahu melahirkan anak-anak yang bukan sahaja bijak malah mempunyai keyakinan tinggi.
Bukan sahaja ibu bapa, perubahan mentaliti itu seharusnya dilihat dari semua peringkat, bermula daripada guru sehingga sistem pendidikan yang diamalkan di negara ini yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan peperiksaan dalam menilai kejayaan murid-murid.

Jelas Dr. Norzila, sistem pendidikan yang cenderung kepada pencapaian akademik semata-mata tidak membantu kecemerlangan secara keseluruhan generasi bijak pandai negara.
“Oleh kerana setiap sekolah mempunyai sasaran kecemerlangan yang perlu (wajib) dicapai, maka ibu bapa merasakan sesuatu yang perlu dipenuhi bagi menjaga nama dan prestasi sekolah manakala guru-guru juga terpaksa berusaha menghabiskan sukatan pelajaran demi memastikan matlamat sekolah tercapai, itu belum lagi penekanan yang perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang lemah.

“Ini boleh membawa kepada kebimbangan bagaimana kalau tak dapat 5A? Malu dengan kawan-kawan, guru-guru, mengecewakan ibu bapa. Ini mengakibatkan rasa rendah diri dan kekecewaan yang amat sangat dan boleh mengundang kepada masalah kemurungan yang mungkin boleh membawa kepada fikiran rasa tidak berharga dan lebih baik mati.
“Malah, kerana mahukan anak-anak segera menguasai bidang akademik, seawal usia empat tahun mereka telah dihantar ke tadika atau kelas tuisyen sedangkan waktu itu anak-anak berkenaan harus dibiarkan mengembangkan potensi diri masing-masing secara semula jadi.

“Itulah sebahagian punca mengapa anak-anak kini menjadi terlalu tertekan dan sedih walaupun telah memperoleh 4A 1B sedangkan keputusan itu sudah terlalu cemerlang pada sesetengah murid lain,” jelas beliau.

Berkongsi bagaimana jalan segera untuk ‘merawat’ kesedihan anak-anak dalam peperiksaan, ujar Dr. Norzila, semuanya boleh diubah jika ibu bapa dapat menerima keputusan kurang cemerlang dengan terbuka hati, dan menenangkan anak-anak mereka bahawa mereka sudah pun berjaya membuat persiapan dan menduduki peperiksaan dengan cemerlang maka anak-anak sudah pasti tidak terlalu bersedih.
Menurut Dr. Norzila, tidak kira apa agama dan bangsa, aspek kerohanian adalah menjadi tunjang dan matlamat hidup setiap manusia, justeru anak-anak perlu dilatih tidak hanya berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.

“Tekanan dan kesedihan anak-anak yang gagal dalam peperiksaan pastinya berbeza mengikut bagaimana respons orang sekeliling seperti rakan-rakan, guru-guru dan paling penting ibu bapa dan ahli keluarga.

“Ibu bapa dan guru perlu mempunyai satu kaedah yang sesuai dan munasabah dalam menguruskan murid yang kurang cemerlang agar usaha mereka untuk berjaya dalam hidup tidak terhenti begitu sahaja,” ujar beliau.

Dr. Norzila juga berpendapat bahawa media massa dan laman sosial berperanan penting untuk mengubah mentaliti masyarakat agar definisi kejayaan tidak dipandang dari sudut kecemerlangan peperiksaan sahaja.

Sikap ibu bapa yang gemar membangga-banggakan kejayaan atau mengutuk kekurangan anak-anak mereka dalam laman sosial boleh mengundang rasa iri hati ibu bapa lain selain menyebabkan anak-anak berasa sedih dan menjatuhkan aib anak mereka sendiri.
Seharusnya, ibu bapa perlu bantu anak-anak menjadi seorang yang berkeyakinan dengan kebolehan yang mereka ada dan kembangkan potensi mereka dalam apa jua bidang.

TIP MEMUJUK ANAK-ANAK GAGAL DALAM PEPERIKSAAN

  1. Mulakan dengan pengiktirafan kejayaan menduduki peperiksaan.

  2. Imbas kembali segala usaha yang telah anak-anak lakukan dan tunjukkan bahawa kita kagum dengan usaha mereka.

  3. Beritahu mereka bahawa pada pandangan kita mereka telah berjaya dengan cemerlang.

  4. Tonjolkan bakat dan kelebihan yang anak kita ada yang membanggakan kita.

  5. Beritahu mereka dengan bakat ini mereka boleh berjaya dalam bidang yang lain.


TIPS ATASI KERENAH ANAK-ANAK YANG BERKESAN


The power of syukur and "magic"
==========================
Anak-anak saya ada 2 generasi... yang besar dah anak dara dan sudah bersekolah menengah. Yang lain Hafiz usia 7, Hisham 5 dan Humairah 3.

Setiap kali balik ke rumah masing-masing mencari peluang bercerita dengan ibu. Suatu ketika dulu saya begitu rimas dengan gayutan-gayutan mereka di baju, jeritan-jeritan mereka yang begitu teruja untuk bercerita dan permintaan untuk susu atau ke bilik air.
.
Semuanya masa saya baru tiba ke rumah... memang geram sangat rasanya.
.
Tidak dinafikan ada kalanya saya juga jadi "hangin" dan marah. Kesian pulak tengok wajah mereka yang penuh kekecewaan
.
Saya hadir satu kursus untuk belajar transform segala yang negatif kepada positif. Bukan mudah ye... dah lebih dua tahun ni alhamdulillah saya dah berjaya menggunakan kaedah ini tanpa kesukaran.
.
Saya juga guna tips yang saya cipta sendiri
1. Saya meletakkan harga anak-anak saya sebagai harga syurga.
2. Saya nilaikan barang-barang di rumah saya kurang dari RM1. Dengan kaedah ini kalau ada barang yang pecah atau rosak saya tak ralat. Murah saja.
.
3. Bila anak-anak buat hal saya akan memandang mereka dengan penuh rasa syukur.
Contoh cerita yang sering saya bawakan semasa ceramah saya ialah kisah Hisham. Semasa kecil dulu hisham ni bila dia bangun tidur dan lihat saya tiada disebelahnya, dia akan menangis sekuat-kuat hati sambil menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada saya dengan intonasi suaranya yang separuh tersekat.
Hisham akan melompat macam katak... suaranya cukup menggegarkan rumah dan sukar dipujuk.
.
Masa-masa yang saya nak cepat lagilah dia buat hal dan akhirnya naik juga suara saya. Psssttt!!! masa tu belum belajar teknik berbisik!
.
Bila saya belajar untuk transform minda saya, saya pun mengubah skema dalam fikiran saya.
Setiap kali ada insiden yang berlaku saya akan analisa keadaan tu, berfikir sejenak sebelum bertindak. Saya letakkan rasa kesyukuran di tempat pertama tindakan saya. Saya syukuri anugerah anak kepada saya. Saya syukuri anak-anak saya cukup sifatnya.
"Masha Allah hebatnya ciptaan Allah, syukur alhamdulillah Allah berikan anak-anak yang cukup sifat, kuat kakinya dan boleh melompat macam katak".
Ini membuatkan saya tersenyum dengan penuh kesyukuran. Saya dapatkan Hisham, dukung dia sekejap, dan dia pun terus senyap.
.
"Wah... tengok semua ibu buat magik lah... Hisham dah diam" kata saya kepada Hafiz. Masa tu Humairah kecik lagi jadi dia tak faham apa-apa.
.
Hafiz seorang pemerhati... bila Humairah pulak menangis dia akan betitahu saya... "Ibu boleh buat magik tak?"
.
"Boleh... mari kita cuba.. " saya pujuk biasa-biasa je tapi saya dipandang hebat oleh anak-anak kecil saya.
.
Hafiz tanya lagi.. "apa lagi magik yang ibu boleh buat?"
.
Hafiz seronok bila saya kata saya boleh buat magik!!! Bila mereka semakin membesar magik saya dah berkurangan tetapi perhatian saya dan perkataan dari mulut saya menjadi magik yang lebih berkuasa... pujian dan "pura-pura" terkejut pula menjadi magik yang sangat disukai oleh anak-anak saya.
.
Ahhhh... memang seronok bermain dengan anak-anak ni. Tak sabar nak balik ke rumah untuk menjadi "Heroin" mereka.
.
Mari kita cuba... the power of syukur dan menjadi hero kepada anak-anak kita!

Credit to Dr Norzila Zakaria ats perkongsian hebat !



 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

LIGAMEN KOYAK ??

Bila sebut ligamen koyak ..nyiru rasa ..eh tau ke nyiru tu apa ..hee ..rasa seriau ..ngeri gitu.Ok kali ni saya nak share dengan anda semua kisah pengalaman seorang pengamal SHAKLEE COLLAGEN POWDER untuk masalah ligamen koyak yang beliau hadapi..Jom baca..


.
Sebut kolagen, mesti byk kaitan dgn Cun dan Cantik..normal lah tu sebab dh byk org buat treatment mcm2x style untuk kolagen ni esp untuk beauty2x gitu..
.
Adakah sy consume Collagen untuk cantik??opss..tu bonus yang dapat kulit licin+maintain tegang..

sy consume sebab lutut!!
.
9 tahun lepas, semasa masih aktif berBola Sepak, lutut kiri diuji dgn ACL!putus ligamen all over lutut menyebabkan 80% damage menyebabkan lutut sy 'longgar' ; bertongkat 2 minggu tapi takut nk g operate..tahan2x bertahun biar je lutut cmtu...efeknye? susah nk jalan jauh dan angkat barang berat sambil jalan..pasti rasa sengal dan kebas waktu malam..nk jogging atau aktif berjalan sambil bw beg berat serta membuat beberapa aksi bersukan yang gunakan lutut, xdapat dibuat secara kasar dan aktif.walaupun begitu..alhamdulillah..masih ada kaki..sy gagahkan juga
.
Tahun 2012 br kenal Collagen.tapi x consume
lagi~mula aktif sejak Jan 14!selepas tahu yang collagen ni bisa diperlukan untuk kekuatan Rawan..consume2x dan alhamdulillah, sy dapat rasakan lutut kiri jadi lebih kuat dari sebelum..walaupun dh lama sy xpi checkup untuk tgk condition lutut...since sy mampu berjalan jauh tanpa rasa sengal dilutut untuk jangka masa
lama..dh ckup syukur sgt...esp masa dukung Faheem..mampu
bertahan lama dan berjalan sambil
mendukung dan menggalas beg
(agak2x dlm 30kg la beban dibawa)..still
steady..lutut xgegau la
kirenye

Alhamdulillah..side effect
lain? Kulit Gebu? haha..kne rasa sendiri la perbezaannye

yang penting, jaga kesihatan sebelum
sakit..inshaaAllah 






 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

HALAL make up !



Wahhhh !!! teruja jap bila tengok produk make up ni ..ada sesiapa kat sini yang bersolek especially kawan-kawan yang bekerja kan ? Eh saya tak jual produk ni ,sekadar berkongsi ..manalah tau ada kawan-kawan yang tercari-cari make up yang boleh di bawa ketika bersolat kan ? maksudnya sebelum put on make up ni ambil wudhu' siap-siap ..pastu bila masuk waktu terus je solat.

Sedikit info mengenai produk ;

↪Orysense Serum Foundation 6 in 1 mudah di bersihkan & boleh dipakai ketika bersolat. Siap pun tak sampai 5 minit!
✔ Teksturnya ringan dan tidak melekit.
✔ Nampak seperti tidak pakai make-up.
✔ Produk halal & menggunakan bahan semula jadi.
✔ Water-base foundation, mudah di basuh.
✔ Boleh pakai ketika bersolat.
✔ Sesuai untuk kulit sensitif.
.
.
==============================
Apa yang lebih penting ia ada 6 manfaat dalam 1?
==============================
➜ Makeup - Treatment - Defence - Whitening - Moisture - Oil Control
.
❀ Makeup - kulit wajah lebih glowing & flawless.
.
❀ Treatment - merawat masalah kulit wajah seperti
Masalah Jeragat, Jerawat, Kulit Berminyak,
Kulit Gelap, Kulit Kering, Kulit Sensitif, Parut Jerawat,
Penuaan Kulit dan Pori-pori Terbuka.
.
❀ Defence - Dengan SPF 50, kulit wajah anda akan
dilindungi dari sinar UV matahari dengan lebih lama.
.
❀ Whitening - memutihkan wajah ada secara semula
jadi dan 2x lebih pantas dari biasa.
.
❀ Moisture - mengekalkan kelembapan
& meningkatkan kolagen pada bahagian muka anda.
.
❀ Oil Control - Mengawal masalah kulit berminyak
berlebihan walau di bawah terik matahari.

Anda kelihatan lebih cantik tanpa over make-up dan
kulit muka anda sentiasa dilindungi dan rawat setiap hari.
Lebih kerap anda guna Orysense Serum Foundation
ini, lebih banyak kebaikan yang akan anda rasai.

Bagaimana set makeup kit orysense terhasil?

Sebagai seorang MUA, sy banyak mendapat undangan makeup pengantin Dan shooting studio. Makeup yg cantik bermula dgn pemilihan foundation yg betul. Selalu cust tanya saya soalan di bawah:
1) makeup ni bole bawak solat ke ek? Halal?
2) tahan lama tak pada wajah? Takut cair nanti
3) saya xnak foundation yg clog kulit sy Dan xbagi kulit sy xbernafas, nanti naik jerawat
Penat sy Cuba berbagai2 foundation utk meet criteria cust. Sampaila, sy dapat formula orysense ni Dari chemist terbaik Asia. Iyer, orysense makeup kit halal, mesra wuduk, tahan lama pada wajah, Dan ia bersifat treatment yang akan menjadikan kulit lembut, mematikan kumàn jerawat Dan banyak Lagi. Anda patut Cuba Dan support cosmetic halal ini.
Ikhlas Dr:
Eiyma jalil makeup artist
MUA



Meh kita tengok pula bahan-bahan yang digunakan dalam produk ni 







Amacam best tak ? Kalau nak dapatkan produk make up Orysense ni ha  boleh dapati di sini ya -->  http://orysense.com/?productid=77


 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **






Welcome DECEMBER !


Alhamdulillah .. penghujung November closing dengan berderet-deret order daripada customer tersayang .. DONE wrap parcel untuk pos  harini ..ada lagoi order yang belum di pos ni sebab stock belum sampai ..apa pun puas hati sangatlah sebab sekarangni Shaklee pos cepat pesanan belian yang di pesan jadi mudahla kita nak pos kepada customer dengan kadar segera kan =)


Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa promosi December ni ..tarraaa


RM0.00 Shaklee: Dec'15 Promo_ 
Collagen Powder - "B7@6"(00P210) & "B2Get5% Off"(00P260),
 Lecithin - "B7@6"(00P192) &
 "B2Get5% Off"(00P232), 
Vita-Lea for Children - "B4@3"(00P219).
 Buy NOW! TQ


Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.