Wednesday, 23 December 2015

Allergic make up?



Kebanyakan remaja perempuan dan wanita dewasa menghidapi jerawat yang berpunca daripada alat solek yang mereka gunakan. Mereka terlampau bergantung kepada alat solek untuk menutup jerawat tetapi yang sebaliknya berlaku, jerawat boleh tumbuh lebih banyak dan mendatangkan kesan yang lebih buruk pada radang kulit yang sedang mereka hidapi. Jadi bagaimana anda hendak pastikan yang alat solek yang sepatutnya membantu menutupi jerawat sebaliknya mendatangkan kesan buruk kepada kulit?

Kesan Radang Kulit Berpunca Dari Alat Solek
Ya, sebenarnya memang ada penyakit yang datangnya dari alat solek. Ia dipanggil Acne cosmetica atau jerawat yang berpunca daripada alat-alat solek dan ianya adalah masalah jerawat yang biasa dihidapi oleh pengguna-pengguna alat solek. Untuk pengetahuan anda, kosmetik bukan hanya bermaksud alat solek tetapi apa sahaja yang bersentuhan dengan kulit muka anda boleh menyebabkan berlakunya jerawat. Sebab itu masalah jerawat pada muka bukan hanya berlaku di kalangan wanita tetapi juga lelaki serta mereka yang jarang ditumbuhi jerawat di muka.

Jadi, jangan pula anda terkejut bila saya katakan Acne cosmetica kerap menyerang kawasan permukaan kulit yang sering diliputi alat solek seperti pipi dan dahi. Keadaan ini akan mula berlaku dalam masa beberapa minggu atau bulan. Pada peringkat awal, anda akan lihat bonjolan-bonjolan kecil kemerahan yang gatal seperti ruam. Ia akan kekal beberapa lama pada kulit anda jika anda terus memakai alat solek di permukaan kulit tersebut. Walaupun ia tumbuh tetapi ia tidak akan meninggalkan kesan parut.


Cara terbaik untuk menangani masalah jerawat yang berpunca daripada pemakaian alat solek ialah dengan membeli alat solek dan produk penjagaan kulit yang ‘non-comedogenic’, dan elakkan dari menggunkan produk yang menyebabkan berlakunya radang pada kulit anda. Comedogenic adalah bahan yang boleh menyebabkan liang roma anda tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi dan jerawat jenis Acne cosmetica.
Apa yang boleh anda lakukan sebagai rutin untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat kosmetik jika anda perlu menggunakan alat solek adalah:
  1. Jangan tidur tanpa membersihkan muka daripada solekan. Anda boleh gunakan pencuci muka yang lembut pada kulit serta toner untuk membersihkan kulit muka anda.
  2. Pilih alat solek yang mempunyai label ‘non-comedogenic’ untuk mengelakkan bahan-bahan alat solek itu terkumpul dalam liang roma muka anda
  3. Bersihkan alat solek seperti berus alat solek anda dengan sabun antimikrobial untuk menghapuskan bakteria.
  4. Gunakan alat solek berasaskan bedak berbanding berasaskan cecair kerana cecair mempunyai kandungan minyak yang tinggi.
  5. Cuba tukar jenama alat solek jika yang anda gunakan sekarang menyebabkan iritasi dan radang pada kulit muka anda.
  6. Elakkan dari memakai alat solek terlalu kerap untuk memberi peluang kulit anda sembuh dan segar.
  7. Elakkan dari menggunakan bau-bauan dan minyak wangi yang berbau ‘sweet’ atau manis kerana minyak wangi yang berbau manis boleh menjadi punca alergik dan iritasi pada kulit muka dan leher.
  8. Elakkan dari menggunakan bedak muka atau blusher yang mempunyai ‘glitter’ atau ‘sparkle’ kerana bahan mineral yang terkandung dalam glitter dan sparkle, iaitu mica, mempunyai struktur yang kasar dan boleh melukakan permukaan kulit anda.
Sekarang ini terdapat sejenis rangkaian alat solek yang berasaskan mineral semulajadi. Ia amat lembut dan ‘ringan’.
Kelebihan rangkaian kosmetik mineral adalah :
  1. Tidak menyebabkan liang tersumbat – Ini adalah kerana partikel mineral yang merupakan asas kosmetik mineral ini mempunyai saiz yang lebih besar dari liang kulit. Oleh itu, kosmetik hanya berada dilapisan kulit atas tanpa diserap oleh kulit, dengan itu mengelakkan liang dari tersumbat.
  2. Tidak mempunyai risiko dicemari kuman – Ini adalah kerana kosmetik mineral mempunyai asas berbentuk mineral iaitu BUKAN ORGANIK yang menyebabkan ia tidak mempunyai risiko konteminasi.
  3. Boleh dipakai oleh kulit sensitive dan berjerawat. Amat sesuai untuk mengawal kulit berminyak. Ia juga boleh digunakan sejurus selepas rawatan chemical Peel, Extraction, Mikrodermabrasion  dan Laser.
  4. Juga sesuai untuk kaum lelaki yang mempunyai kulit berminyak kerana warna bedak yang ‘natural’.
Kosmetik berasaskan Mineral Semulajadi.

Kesimpulannya, anda boleh gunakan alat solek dan lain-lain jenis produk kosmetik tetapi anda harus pastikan pilihan anda sesuai dengan keadaan dan tahap sensitif kulit muka anda. Baca label dan tanya kepada wakil jualan atau dermatologis anda jika anda kurang pasti dengan alat solek yang anda ingin beli.

Credit to Dr Hasina 

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.