Saturday, 12 December 2015

Jatuh cinta berkali-kali




Jatuh cinta lagi...

Seorang tanya saya ustaz bila masa benar-benar jatuh cinta pada isteri. Jawab saya saat akad nikah...

Saat melihat isteri 3 kali mengandung. 3 kali bersalin. Jatuh cinta berkali-kali.. Benar-benar hati ini mencintainya dan semakin rindu kepada ibu yang melahirkan diriku..

Sepanjang malam menangis minta ampun pada Allah selepas isteri bersalin. Rasa benar-benar bersyukur dan rasa berdosa kerana tidak benar-benar menghargainya. Ya Allah terima kasih atas nikmat ini. Maafkanlah diriku kerana kecuaian dan dosaku.

Melihat isteri membawa perut ke sana sini. 9 bulan dengan penuh korban..Allahu akbar..

Saat bersalin kesakitannya..Allah..
Sambil duduk dekat kepalanya.dan usap-usap kepalanya. Lapkan air mata yang keluar serta kucup dahinya. Dan kata terima kasih sayang. Abang minta maaf. Kasihan sayang.. sakitnya..Allah..

Selepas isteri bersalin saya terus telefon mak saya dan kata mak, minta maaf semua salah silap selama ini. Dosa yang banyak.. Sakitnya wanita bersalin. Terima kasih lahirkan diriku ini..Saya juga terus telefon ibu mertua dan bercakap dengannya dengan nada sedih..terima kasih kerana melahirkan isteri yang baik buat diriku...

Terima kasih Allah atas segala nikmatnya-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 september 2014 di UPM Semua dijemput bersama lagi 5 hari insyaAllah. Siapa yng ingin menaja mereka ibu tunggal yang tidak mampu juga boleh hubungi kami insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.