Wednesday, 2 December 2015

TIPS ATASI KERENAH ANAK-ANAK YANG BERKESAN


The power of syukur and "magic"
==========================
Anak-anak saya ada 2 generasi... yang besar dah anak dara dan sudah bersekolah menengah. Yang lain Hafiz usia 7, Hisham 5 dan Humairah 3.

Setiap kali balik ke rumah masing-masing mencari peluang bercerita dengan ibu. Suatu ketika dulu saya begitu rimas dengan gayutan-gayutan mereka di baju, jeritan-jeritan mereka yang begitu teruja untuk bercerita dan permintaan untuk susu atau ke bilik air.
.
Semuanya masa saya baru tiba ke rumah... memang geram sangat rasanya.
.
Tidak dinafikan ada kalanya saya juga jadi "hangin" dan marah. Kesian pulak tengok wajah mereka yang penuh kekecewaan
.
Saya hadir satu kursus untuk belajar transform segala yang negatif kepada positif. Bukan mudah ye... dah lebih dua tahun ni alhamdulillah saya dah berjaya menggunakan kaedah ini tanpa kesukaran.
.
Saya juga guna tips yang saya cipta sendiri
1. Saya meletakkan harga anak-anak saya sebagai harga syurga.
2. Saya nilaikan barang-barang di rumah saya kurang dari RM1. Dengan kaedah ini kalau ada barang yang pecah atau rosak saya tak ralat. Murah saja.
.
3. Bila anak-anak buat hal saya akan memandang mereka dengan penuh rasa syukur.
Contoh cerita yang sering saya bawakan semasa ceramah saya ialah kisah Hisham. Semasa kecil dulu hisham ni bila dia bangun tidur dan lihat saya tiada disebelahnya, dia akan menangis sekuat-kuat hati sambil menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada saya dengan intonasi suaranya yang separuh tersekat.
Hisham akan melompat macam katak... suaranya cukup menggegarkan rumah dan sukar dipujuk.
.
Masa-masa yang saya nak cepat lagilah dia buat hal dan akhirnya naik juga suara saya. Psssttt!!! masa tu belum belajar teknik berbisik!
.
Bila saya belajar untuk transform minda saya, saya pun mengubah skema dalam fikiran saya.
Setiap kali ada insiden yang berlaku saya akan analisa keadaan tu, berfikir sejenak sebelum bertindak. Saya letakkan rasa kesyukuran di tempat pertama tindakan saya. Saya syukuri anugerah anak kepada saya. Saya syukuri anak-anak saya cukup sifatnya.
"Masha Allah hebatnya ciptaan Allah, syukur alhamdulillah Allah berikan anak-anak yang cukup sifat, kuat kakinya dan boleh melompat macam katak".
Ini membuatkan saya tersenyum dengan penuh kesyukuran. Saya dapatkan Hisham, dukung dia sekejap, dan dia pun terus senyap.
.
"Wah... tengok semua ibu buat magik lah... Hisham dah diam" kata saya kepada Hafiz. Masa tu Humairah kecik lagi jadi dia tak faham apa-apa.
.
Hafiz seorang pemerhati... bila Humairah pulak menangis dia akan betitahu saya... "Ibu boleh buat magik tak?"
.
"Boleh... mari kita cuba.. " saya pujuk biasa-biasa je tapi saya dipandang hebat oleh anak-anak kecil saya.
.
Hafiz tanya lagi.. "apa lagi magik yang ibu boleh buat?"
.
Hafiz seronok bila saya kata saya boleh buat magik!!! Bila mereka semakin membesar magik saya dah berkurangan tetapi perhatian saya dan perkataan dari mulut saya menjadi magik yang lebih berkuasa... pujian dan "pura-pura" terkejut pula menjadi magik yang sangat disukai oleh anak-anak saya.
.
Ahhhh... memang seronok bermain dengan anak-anak ni. Tak sabar nak balik ke rumah untuk menjadi "Heroin" mereka.
.
Mari kita cuba... the power of syukur dan menjadi hero kepada anak-anak kita!

Credit to Dr Norzila Zakaria ats perkongsian hebat !



 Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...





FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012

COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.