Sunday, 17 January 2016

Anak-anak tak suka makan makanan berkhasiat ?





Masya Allah ,baru je saya berbincang dengan suami tentang hal ni.Anak kami , Fawwaz baru saja masuk darjah 1 ..baru nak belajar guna duit beli makanan kat kantin sekolah.Hari-hari saya bawa kan bekal makanan untuk Fawwaz ,tapi sedihnya bila balik sekolah ..saya lihat bekalan yang saya bawakan tak di jamah.Fawaz bagitau kat sekolah makan donut ..hari-hari donut..air pun minum air manis di sekolah. hurrm...sehari kami bagi Fawwaz RM2 untuk belanja sekolah.Hurmm ..
Tiba-tiba ternampak posting dari FB seorang Doktor ,saya kongsikan juga posting beliau di blog ni mudah-mudahan bermanfaat untuk anda yang bermasalah macam kami juga.Doktor mencadangkan solusinya ...jangan berikan duit belanja sekolah kat anak ..dengan itu mereka akan makan dan minum apa yang kita bekalkan saja dari rumah..pastikan sarapan pagi di rumah adalah perkara wajib sebelum mereka pergi ke sekolah.

Dari FB DR Rusyainie Ramli ,
Saya ingin berkongsi sedikit ilmu. Semoga berguna untuk ibubapa yang membacanya.
Ada 1 pesakit kelmarin datang mendapatkan rawatan. Umurnya 8 tahun dan dia hadir ditemani ayahnya. Berdasarkan simtom2nya, saya bertanya tentang cara pemakanan anak kecil itu. Rupa2nya, ayah menyatakan yang anaknya itu tidak suka makan makanan yang berkhasiat. Tiada istilah makan pagi, tengahari atau dan malam untuknya. Dia lebih menggemari snek2 ringan. Yang paling berkhasiat yang dia mahu jamah pun hanyalah roti. Mujurlah ayahnya terbuka untuk menerima pandangan saya demi perubahan yang lebih baik.
Sebelum meneruskan apa yang mahu saya katakan, saya bertanya:
1. Berapa jumlah duit poket yang dia ke sekolah?
2. Bagaimana dia pandai makan makanan ringan seperti itu?
3. Apakah yang telah dilakukan oleh ibu dan ayah untuk memperbetulkan keadaan?
Datang dari keluarga berpendapatan rendah, anak itu membawa RM5 sehari ke sekolah. Terkejut saya. Badannya kecil sahaja. RM5 sudah cukup mewah untuk membeli makanan yang dijual di luar pagar sekolah. Air pun tak bawa. Ibu dan ayah sibuk bekerja waktu shif maka itulah alasan untuk tidak memberikan bekal makan kepada anak. Kalau bawa bekal roti, masih tidak makan sebab masih ada duit di tangan. Ayah menyalahkan anak yang sekecil itu kerana tidak membeli makanan yang sepatutnya di kantin.
Di rumah, anak ini makan apa yang dia mahu makan sahaja. Roti memang ada kerana nasi atau mee tidak mahu dijamah pun. Waktu makan tidak teratur di rumah. Makanan ringan memang sentiasa ada dalam simpanan di rumah.
Saya memberi cadangan. Memang bunyinya seakan kejam tapi kita perlu lakukan apa yang mesti kita buat sebagai ibubapa untuk mendidik anak2 dengan cara yang betul.
1. Kerana anak ini tidak pandai memilih makanan yang sepatutnya dia makan, dia TIDAK BOLEH dibekalkan dengan duit poket. Anak itu bersekolah petang. Dia mesti bersarapan dan makan tengahari di rumah sekenyang2nya dan membawa bekalan ke sekolah. Tidak perlu membawa makanan yang berat pun. Ibubapa mesti berusaha. Usaha tidak memerlukan duit sesen pun. Dia mesti membawa botol air masak. Anak itu mesti diberitahu dengan TEGAS yang dia tidak boleh meminjam atau memeras duit orang lain bila di sekolah. Dia HANYA boleh memilih untuk makan bekalan yang dibawa atau untuk berlapar. Itu sahaja pilihan yang dia ada. Mungkin sehari dua bolehlah dia bertahan. Masuk hari2 seterusnya mesti dia terpaksa makan kerana dia sudah tidak ada pilihan. Pilihan yang ada sebenarnya memang akan buatkan dia terpaksa kalah pada peraturan yang dikenakan ke atasnya. Apa yang kita tegaskan di sini ialah dia tidak ada peluang untuk makan makanan ringan.
2. Di rumah juga dia tidak boleh diberi pilihan. Sekarang ini, kalau dia tidak mahu makan, ibubapa akan tutup sebelah mata dan biarkan dia makan sembarangan. Lepas ini tidak boleh begitu. Dia mesti makan di meja makan bersama2 anggota keluarga yang ada di rumah masa itu. Waktu makan mesti konsisten. Dia mesti makan apa juga hidangan yang disediakan tanpa ada pilihan lain. Kalau dia masih tidak mahu makan, dia boleh pilih untuk berlapar. Dia tidak boleh diberi makanan lain hanya kerana ibubapa risau yang dia lapar. Mungkin dia akan berkeras untuk beberapa hari dengan tidak makan dan menahan lapar. Tetapi kalau ibubapa konsisten dengan apa yang telah ditetapkan, dia terpaksa mengalah. Apa yang kita nak terapkan ialah IBUBAPA YANG BERKUASA bukannya dia. Ibubapa tidak boleh mengalah walau macam mana pun tanda protes anak itu. Biarlah dia memberontak. Itu memang kita jangkakan. Maklumlah selama ini dia boleh makan ikut suka hati tetapi bila dah ada undang2, dia rasa terkongkong.
3. Tiada stok makanan segera di rumah. Ayah dan ibu mesti menyediakan makanan yang bernutrisi untuk anak2. Kerana kedua2nya bekerja tidak tentu masa, maka ibubapa mesti berusaha menyiapkan jadual untuk memastikan ada makanan untuk anak2. Kedua2nya mesti berada dalam 1 pendapat yang sama. Mesti menyokong sama sendiri untuk buat perubahan. Tidak boleh buka peluang untuk mengelat. Tiada alasan. Untuk membesarkan anak2 memang perlukan pengorbanan. Perlukan perancangan untuk kehidupan seharian mereka. Anak2 perlukan undang2 dalam dan luar rumah yang mesti diikuti. Kalau bab makan pun ibubapa sudah tidak dapat mengawalnya, saya bimbang mereka sebenarnya secara perlahan2 hilang kuasa ke atas anak2 mereka dalam perkara2 lain juga.
Saya doakan yang terbaik buat ayah dan anak ini. Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit ilmu untuk mereka mencapai matlamat yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan mereka.

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.