Sunday, 17 January 2016

Baby menangis tak berhenti 5 jam ?





Doktor kanak-kanak juga menghadapi masalah anak colic (sawan tangis) dan bergelut untuk mententeramkan bayi mereka.
Berikut adalah perbualan di antara admin page BABY LANGUAGE dengan salah seorang pengasas doktorbudak.com iaitu Dr. Zahilah yang merupakan seorang doktor kanak-kanak (paediatrician) di salah sebuah hospital kerajaan.

Beliau menceritakan bagaimana seorang kawannya yang juga seorang paediatrician menghadapi masalah di mana bayi colicnya menangis 5 jam sehari!

Post ini TIDAK LAIN TIDAK BUKAN adalah untuk kita semua melihat keadilan Allah kepada kita semua. Bagaimana ini adil?;
1. Tiada seorang bayi pun yang lahir ke dunia ini bersama-sama buku manual tentang bagaimana untuk menjaga mereka. Ilmu itu di tuntut untuk dicari. Siapa pun kita; ibu bergelar doktor, ibu biasa, ibu kaya, ibu miskin, ibu graduan, ibu buta huruf...ilmu itu kuasa dan memberi kuasa kepada siapa juga yang mahu memilikinya.
2. Jika 'terus-tahu-bagaimana- untuk -menjadi- ibu' itu adalah benar untuk semua wanita yang berpeluang melahirkan anak sendiri, bagaimana kah harus di jalani hidup ini buat mereka yang menjadi ibu tanpa berpeluang merasa pengalaman mengandung dan melahirkan?. Bagaimana juga harus di lalui hidup ini buat bayi yang kehilangan ibu mereka?.
Gesaan mententeramkan bayi itu ada dalam naluri setiap orang. Namun, kebolehan sebenar untuk melakukannya adalah kemahiran yang perlu di pelajari.

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012


COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.