Tuesday, 2 February 2016

Set Nutrisi tambahan Menopause Shaklee



Wanita adalah makhluk istimewa yang melalui beberapa fasa dalam hidupnya. Seperti yang sudah saya kongsikan sebelum ini mengenai menopaus yang bukanlah penyakit, tetapi adalah perubahan semulajadi dan perjalanan hidup yang harus dilalui oleh seorang wanita. Tak dinafikan, keadaan ini bukanlah mudah, namun minda adalah kunci penyelesaian. Tetapkan dalam minda bahawa anda mampu dan boleh melalui fasa ini.
Untuk entry ini saya berjanji untuk kongsikan cara semulajadi untuk menghadapi masalah pra-menopaus dan menopaus tanpa sebarang kesan sampingan kerana ada doktor yang lebih berminat membekalkan wanita istimewa ini dengan pil perancang yang diketahui tidak sesuai untuk semua orang kerana kesan sampingannya, apatah lagi orang-orang tua yang mempunyai masalah kesihatan.
Masalah ini mudah diatasi dengan perubahan gaya hidup, termasuk perubahan pola pemakanan kepada vegetarian, senaman aerobik dan amalkan teknik-teknik yang boleh memberi ketenangan.
Atasi simptom menopause dengan makanan tambahan
Antara makanan tambahan yang disarankan kepada wanita ini yang saya rujuk di laman web Dr Weil dan buku Return To Joy of Health yang ditulis oleh Dr Zoltan P. Rona ialah:
1. Makanan berasakan soya
Isoflavones yang terkandung dalam makanan soya dipercayai dapat mengembalikan keseimbangan hormon dan mempunyai tindakan estrogen, iaitu hormon yang terkurang dalam wanita akibat menopaus. Walaupun masih dalam kajian kesannya terhadap kesihatan wanita, namun ramai wanita yang mengadu simptomnya berkurangan dengan pengambilan soya. Saya nasihatkan anda dapatkan soya dalam makanan berbanding suplemen, namun soya sumber semulajadi dan non-GMO yang ditawarkan oleh Shaklee sudah tentu pilihan terbaik.
2. Herba-herba yang mengandungi aktiviti estogen
Ini termasuklah biji flax (flaxseed yang mengandungi lignins, yang dipercayai dapat mengawal hormon estrogen.
Dong quai yang digunakan dengan meluas di China dan Barat. Namun, ia tiada aktiviti estrogen tapi mampu mempengaruhi keseimbangan hormon. Wanita yang mengalami pendarahan berlebihan dinasihatkan untuk tidak mengambil herba ini.
Black cohosh juga dipercayai tiada aktiviti estrogen, namun boleh mengurangkan simptom pra-menopaus.
Rasberi
Siberia Ginseng
3. Vitamin E
Juga dikatakan mempunyai sedikit kesan estogen. Selain itu, vitamin E boleh mengembalikan kelembapan kulit dan vagina.
4. Gamma-Linolenic asid (GLA)
Asid lemak perlu yang mempengaruhi penghasilan prostaglandin yang turut mengawal simptom pra-menopaus.
5. Bioflovonoids yang terdapat dalam vitamin C
Bahan ini menghalang pengurangan estrogen dengan begitu cepat, jadi secara tak langsung dapat membantu mengawal simptom pra-menopaus.
6. Boron
Walaupun merupakan mineral yang kecil, namun suplemen bron dipercayai dapat meningkatkan paras estrogen sama dengan wanita menopaus yang dirawat dengan estrogen yang tidak mengambil suplemen boron dalam diet hariannya.

Suplemen cadangan Shaklee untuk wanita menopaus

Tonik antipenuaan : VIVIX

vivix untuk menopaus
VIVIX adalah tonik anti-penuaan yang terbukti mengembalikan usia 25 tahun lebih muda

Sudah tentu ini adalah suplemen yang paling gempak untuk wanita-wanita menopaus. Dengan memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan selular, VIVIX bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tapi organ dalaman tidak terkecuali. Rasailah sendiri perbezaannya dengan VIVIX.
Suplemen membantu simptom pra-menopause

menopaus
Produk dalam set ini membantu mengurangkan simptom pra-menopaus secara langsung

Energizing Soy Protein (ESP) – Protein soya terbaik dalam bentuk suplemen. Dihasilkan daripada soya yang bermutu dan bebas GMO.
GLA Complex Dihasilkan daripada minyak borage yang mempunyai kandungan GLA 3 kali ganda berbanding Evening Primrose Oil.
Vitamin E – Digabungkan bersama selenium yang membantu penyerapan vitamin E dengan berkesan. Sebiji kapsul mengandungi 400IU. Pengambilan 1-3 biji vitamin E Shaklee sehari dapat mengurangkan simptom pra-menopasu dengan berkesan.
Vitamin C – Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan bila-bila masa sahaja.
Vita-Lea – Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan simptom menopause.

Suplemen membantu wanita menopaus untuk tampil lebih sihat dan bergaya

kolagen untuk menopaus
Set ini membantu wanita menopaus untuk tampil lebih sihat dan bergaya


Omega Guard  – Untuk jantung yang sihat selepas menopaus kerana hormon estrogen melindungi wanita daripada masalah jantung.
Ostematrix – Membekalkan kalsium secukupnya dan mengelakkan osteoporosis dikalangan wanita menopaus. Keistimewaan juga ialah mengandungi magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Dengan ini, penyakit batu karang dapat dielakkan.
Advanced Joint Health Tablets (AJHT) – Memperbaik keselesaan sendiri dan tisu lembut disekitarnya. Maklumlah, bila usia meningkat, memang sakit sendi selalu menyerang.
Serbuk kolagen – Wanita mengalami pengurangan kolagen apabila mencapai umur 20-an. Kolagen dapat membantu menegangkann dan melembapkan kulit.
Mungkin anda tertanya-tanya, begitu banyak kah perlu dimakan? Ya, jika anda mampu. Pelaburan untuk kesihatan tidak pernah rugi. Namun, cadangan saya paling kurang semua wanita menopaus perlu memiliki Vivix dan Vita-Lea. Namun, anda boleh hubungi saya, kita boleh bincang dengan lebih lanjut apa sebenarnya suplemen yang sesuai untuk anda.
Sampai sini dulu, semoga dapat membantu anda untuk mengatasi masalah menopaus secara semulajadi dan moden supaya anda terus yakin dan yakin untuk menuruskan aktiviti malahan semakin aktif.

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini dan semoga bermanfaat. Nantikan entri yang berikutnya ...


FAZLINA SAMSUDDIN
Whatsapp/SMS ; 019 556 0012



COD ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA/MERGONG/KEPALA BATAS/BANDAR BARU AMAN.URUSNIAGA SECARA POS KE SELURUH MALAYSIA SECARA PERCUMA **

No comments:

Post a Comment

Elegant Rose - Working In Background

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.